Saturday, November 16, 2013

Entri sambil sambil lalu

Dah lama gilos aku tak hapdet belog. Terlalu sibuk dengan urusan duniawi.

Ni pun aku sesambil je ni. Sementara tunggu azan zohor. After solat japgi, terus nak bergegas ke Damansara.

Lately aku banyak program. Sebab tu dah jarang-jarang jengah belog. Banyak story boleh share tapi tak terase nak share. I might be a bit secretive now?

Urusan kat opis memang tak penah habis. My work is like a never-ending-story. Memang betul lah dialog kat drama cite melayu yang aku penah dengar dulu
"Jom la kite bercuti kat London bang. Dah lama kite tak pegi holiday. I nak shopping beg Gucci terbaru yang dah release kat London tu. Kat sini takde lagi"
"Abang sibuk la yang. Abang tengah uruskan projek RM20 juta dari Tan Sri Hashim ni. Ni projek mega syarikat kite. Abang kena bagi komitmen penuh"
"Alah abang ni. Kalau nak pikir pasal keje, sampai bile bile pun takkan habis!" 

ha lebih kurang gitu lah. Cuma bezanya, aku tak handle projek juta juta. Aku kuli batak je.


Banyak benda aku buat sepanjang 2 bulan menyepi dari belog ni. Antaranya

1. Skytrex challenge kat Bukit Cerakah Shah Alam
2. Badminton every Friday night
3.Trip to Krabi
4. Go kart racing

And kejap lagii, --> Escape Room Challenge!


InsyaAllah bila aku ade kerajinan dan masa, aku nak cite sume sume tu. Aku memang suke cite benda yang menggembirakan aku. Bukanlah nak berlagak ke hape, cuma nak share. Sharing is caring rite?

Ok dah azan. Jom solat =)


Assalamualaikum.

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..