Thursday, September 20, 2012

putus cinta? relax. small matter.



Wah kau tajuk nak tabah je kan?hahaha.

Ye, kita haruslah tabah. Putus cinta je pun.


Aku rasa ada kawan aku yang tengah ‘sakit’ sebab putus cinta, kan? Well, I used to be that girl. Twice even. Yang dulunya parah, sekarang dah hancuuuur. Puas hati! Haha


Sebab kenapa putus cinta, tu simpan sendiri. Tapi cara nak handle, same je untuk semua orang pun. Sama ada putus atas kerelaan atau bukan dengan kerelaan, once dah putus, dah la. Move on! Tak perlu nak pertikaikan lagi apa yang dah jadi. Kalau hubungan tu bertaut kembali satu hari nanti, serahkan pada Allah. But, stop searching and forcing!


Jangan sesekali fikir “kalau aku sabar sikit, kitorang tak putus pun. Aku takkan hilang dia”.

Dah dah! Hentikan segala KALAU korang tu. STOP!


First, redha. Redhakan kehilangan korang. Dia bukan milik korang.

Kedua, berdoa. Berdoa berdoa dan terus berdoa. Mintak Allah hilangkan perasaan sayang tu kalau perasaan tu memudaratkan korang. After all, Allah yang anugerahkan perasaan tu. Jadi, perlulah mintak Dia jugak yang tarik balik, kan?

Ketiga, jangan kenang! Yang indah-indah tu semua perkara lepas. It’s past. Tengok keadaan korang sekarang. Bukan hidup dengan kenangan lama.

Keempat, sibukkan diri. Jangan bagi peluang untuk korang all alone. Nanti mulalah teringat itu, teringat ini. Teringat janji-janji manis, kenangan manis. Believe me, sibukkan diri untuk sementara waktu. Bila hati dah stabil, korang dah boleh face tanpa perlu busy sana sini.

Kelima, enjoy life bebeh! Hey banyak lagi nikmat dunia yang korang boleh explore ok! Hidup korang bukan semata-mata untuk cinta yang tak pasti tu. Travelling, shopping, entertainment, wayang, bowling, picnic, holiday. Just name it! Looooooooots of thing out there waiting for you.

Keenam, bukak hati. Bukak hati pada kehidupan yang luas. Bukak hati pada kasih sayang yang dicurahkan oleh famili and friends. Bukak hati pada benda yang kita suka buat. Bukak hati untuk orang lain.

Ketujuh, deletion session. Buang semua SMS indah korang dengan ex korang tu. Kalau SMS tu sume takkan jejaskan emosi korang, takpela. Tapi kalau hari-hari dok ulang baca, pastu mula nak bergenang-genang air mata, what for? Delete je wei. Takyah baca dah sampai bila-bila. Jangan lupa tukar saved contact name dalam handphone. Kalau dah putus tapi dok save as ‘darling’,’sayang’,’B’ dan sebagainya tu, kenapelah? Tukar, ye?

Kelapan, be friend. Tak kisah atas apa sebab sekalipun korang putus, kekallah bersahabat. Kalau dia bersalah, maafkan dia seikhlas hati. Lupakan. Move on. Kalau dia takmau berkawan dengan korang, terpulang kat dia. Tapi korang jangan ikut perangai tu. Ni bukan nampak macam gila talak. Kita cuma nak kekalkan hubungan baik sesame manusia.


Aku tahu pedihnya hati bila putus cinta. Aku tahu rasa bila hancur hati dek orang yang kita sayang. But no matter how hard it is, do we have any other choice to take, if not face it? Takde kan? So, face it la. Relax. Putus cinta je.

Dah 2 kali putus cinta, setakat ni aku tak perlukan masa yang lama untuk recover. Selalunya less than a month. Tapi untuk heal, perlu lama. Lama sangat-sangat. Kali ni punya hancur hati, tak tahu lah berapa lama pulak need time to heal. But, im doing fine now. Even better than before. Bile kita redha dengan kehilangan, rasa lega sangat.

Bila hati dah tertutup ni, datanglah apa sekalipun, aku dah takde rasa. Aku mula rasa rimas bila ada lelaki yang propose. Aku mula rasa bengang bila ada lelaki yang paksa dan tak paham hati aku. Aku mula annoyed dengan lelaki yang offer kebendaan untuk dapatkan cinta. What the frog?



p/s: I used to be a girl that give you a chance to take my heart. Willing to do anything for you. Begging for your love and attention. Cry for you. I won’t be that girl again.



2 comments:

¬ KaLSHaH ¬ said...

makaseh tips2 nie ;p

~batrish♥~ said...

tqah..same goes to me la..
hilang cinta xsmstinya gelap dunia..
family lagi penting.. =)

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..