Wednesday, May 23, 2012

genap dah setahun..23052011 - 23052012

Assalamualaikum wbt.

harini 23 Mei 2012. u know what? genap sudah setahun aku bergelar wanita bekerjaya!!!!! jieyyyyyyh~

23 Mei 2011, hari pertama keje yang official. kalau part time tu, selalu dah layan mase zaman student-student dulu. tapi yang official punyer, first time.

dan pengalaman yang memang takkan aku lupa. aku tak dapat salam dan cium tangan mak masa nak pegi keje tu, sebab masa tu aku di perantauan yakni di Taiping, Perak. sedihnya hati, cuak, excited. bercampur mesra.

masa tuh, aku menumpang kat rumah makcik kak Farah. kak Farah ni senior aku dalam GPMS masa kat uitm dulu. makcik dia sangat baik sebab izinkan aku menumpang sana padahal dia tak kenal aku pun. pepagi 23 Mei tu, aku konon-konon bajet dedikasi la kan, telah bertolak awal dari rumah makcik dengan harapan akan sampai awal kat opis dan memberi first impression yang tip top pada bos. tengah syok-syok rempit, aku ternampak gerai jual nasi lemak kat tepi jalan. masa tuh dah half way ke opis. quite jauh la dari rumah. aku pun stop dan menilik-nilik nasik lemak yang nak dibeli. elok time nak bayar, aku selongkar beg dan tak jumpa purse. MAK!!!!!!!!!!!!!!!! PURSE CEQ TERTINGGAI KAT QHUMAH!!!!!!!!!!!!!!!

dengan kelam kabut, aku memecut speed 120km/j balik ke rumah. yang buat spoil mood aku tuh, aku amek masa kira-kira 5 minit nak bukak kunci pagar, kunci pintu grill, kunci mangga kat grill, kunci mangga kat rantai yang lilit kat grill, dan akhir sekali, kunci slidding door. Fuh! berpeluh wei. 5 minit sangat lama bagi aku yang dah terdesak. aku pulak, tak berapa familiar dengan anak kunci yang berlambak-lambak tu.

tapi, dengan berkat kesungguhan aku dan semangat jitu menjadi anak perantau, aku berjaya sampai di opis 5 minit sebelum jam 8.30 pagi.

dan selepas tu, bermulalah kerjaya aku sebagai supervisor kilang makanan.

tapi, jodoh aku kat sana cuma 3 bulan. something happened and i need to accept that i'm not belong there. but alhamdulillah, sekarang aku sangat selesa dengan tempat keje baru. 

but for your information, on that time (when something happened) aku sangat-sangat depressed and down. nothing can heal my heart. i kept on crying everyday and can't hold my tears each time after performing my prayer. only Allah knows what i faced. i was all alone at that time with miserable life. without mum. without closed friends. tapi Allah maha adil, takkan biarkan aku tanggung sesuatu yang aku tak mampu,sorang-sorang. He gave me wonderful new friends around to help me, support me and motivate me well.

"Allah take away something from you to emptying your hand so that He can give something better"

i hold on that and have faith on Allah. Alhamdulillah sangat-sangat, no regret at all with all the hardness. just be patient a bit. InsyaAllah, everything is just on time, for you, from HIM.

p/s: moga apa yang aku buat sekarang, yang terbaik untuk aku. moga apa yang sedang aku hadapi ni, yang terbaik untuk mematangkan aku, mendewasakan aku, menguatkan hati dan jasad aku. moga apa yang pernah aku alami dan sedang aku hadapi, jadikan aku hamba yang lebih taat.

p/s/s: mak dah makin sembuh. Syukran Ya Allah.

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..