Monday, April 30, 2012

tahukah anda, mambuat oreo cheese cake adalah semudah A B C? jom try!


 Assalamualaikum wbt

Seperti yang aku rancang semalam, harini aku bersemangat untuk cite pasal kejayaan aku buat kek keju oreo! tapi kan, sebenarnye kan, kan kan..er..takde la jadi sangat pun. ngeh ngeh ngeh.

disebabkan aku buat kek ni pada pukul 10.30 malam dan lampu kat dapur pun macam hidup segan mati tak mau, maka kualiti gambarnye tak berapa bagus walaupun aku telah berusaha menggunakan kamera terbaik yang aku miliki. rupanye takde la power mane pon kamer DSLR D3100 aku tuh! huh! *atau aku yang tak pandai main setting? poor me~*

ok ok back to business.

aku dah selalu bikin cream cheese cake, tapi ni first time aku bikin oreo version. disebabkan aku sangat pemalas nak cari lagi resipi yang memang khas untuk buat oreo cheese cake, maka aku dengan sukahati je tambah tolak darab bahagi resipi cream cheese cake yang sedia ada, sehingga terjadilah oreo cheese cake ini.

mula-mula, aku asingkan cream dengan biskut oreo tuh. kacang putih jak bha rupanya. kamek ingat susah gilak! aku bukak je apitan biskut tu, pastu tarik ngan jari je cream putih tu. langsai! untuk base, aku guna 2 bungkus oreo ni. kalau ikut resipi, kena guna 2 cawan serbuk biskut marrie. tapi aku tak mau membazir oreo yang dah aku beli dengan hanya menghadkan kepada 2 cawan, maka aku habiskan semuanya. muahahaha!




lepas dah siap asingkan macam gambar kat atas ni, aku patah-patahkan dulu biskut tu sebelum kisat haluuuuuus. cream tu, kalau anda mampu makan begitu sahaja, maka dipersilakan. aku buang jek. kesian die kan? membaziaq~

lepas dah kisar halus, satukan dalam bekas zink. eh sebenarnye tak kisah bekas zink ke plastik ke kaca ke. sukati la pendek kata. gunakan kewarasan akal je ye. kemudian masukkan marjerin / planta yang dah lembut dan gaul mesra bersama serbuk biskut oreo tu. kalau ikut resipi asal, satukan 1/4 cawan planta dengan 2 cawan serbuk biskut. tapi aku yang malas ni, hanya menggunakan sense untuk mengagak kuantiti planta yang diperlukan. ini bukan penipuan. ok meh aku kasik tips. bila dah boh planta tu, gaulkan mesra. mesti gaul guna tangan yang dah dibasuh dengan air mutlak mengalir beserta sabun anti-bakteria ok. masa gaul gaul tu, rasa sendiri dengan tangan sendiri. agak-agak elok je boleh kepal-kepal, tu maknanye cukup la planta. kalau gaul pastu dok berderai je takmau langsung bersatu mesra, hah tunggu ape lagi. tambah la lagi planta tu. kalau terlalu moist pulak, tambah je serbuk biskut tu lagi. self-adjustment ok~


bile dah gaul mesra dengan planta, jadila seperti ini. disebabkan biskut oreo ni dah manis, aku tak tambah la gula. tapi kalau guna biskut marrie, sila tambah sedikit gula haluuuuuus ok. agak-agak dalam setengah cawan. ikut tahap kencing manis korang la. eh ikut tahap penerimaan kemanisan korang la.


lepas tu kan, padat-padatkan lah adunan tu kat dalam dulang pembakar. ok yang ni aku guna loose base non-stick baking pan. so, aku tak perlu la sapu-sapu mentega kat baking pan ni. kalau korang guna dulang zink biase, sapu mentega dulu hokey~

lepas tu, bakar dalam oven 150 darjah celcius lebih kurang 10 minit.

sementara nak tunggu bakar base oreo tu, boleh la kita buat cream cheese pulak.


 

dalam bekas kuning ni adalah susu pekat manis berkrim ye adik-adik. timbang sebanyak 400 gram. yang ni, aku terpaksa merajinkan diri timbang dengan setepatnye sebab taknak jadi terlalu manis. kang aku main agak-agak boh setin tu, kencing manis terus kang, susah gak. 


 

dan ini adalah cream cheese berjenama pheladelphia. memang selalu aku guna yang ni je. aku guna 500 gram. kalau nak guna 600 gram pun boleh jugak. masih ok lagi dengan sukatan susu tu. tapi aku kedekut la jugak nak beli cheese ni sebab mahal. tu pasal aku cut down kuantiti die. sukahati jek~




dah sediakan cheese dan susu? ok kita ke step seterusnya. potong cheese tadi kecik-kecik ye. jangan terus beat seketul 500 gram tu. mau rosak mixer haku. sebelum tu, pastikan cream cheese tadi nerkeadaan soft pada suhu bilik. kuarkan dari peti sejuk awal setengah jam sebelum guna. jangan la beku-beku tu nak guna no. pikiaq biaq logik sikit. thihihi~

lepas dah potong, masukkan dalam mixer lepas tu beat dengan kadar maksimum. iye. maksimum sampai jadi soft dan hancur haluuuuus macam gambar kat atas ni ha.

lepas dan haluuuuuuus, slowkn sikit mixer tu dan tuang slow-slow susu pekat tadi pastu sambung la mix lagi sampai sebati ye.

lepas tu, amek 3 biji telur ayam gred B. basuh elok elok, lap keringkan. lepas tu masukkan sebiji-sebiji dalam adunan cheese tadi sambil mixer tu masih menjalankan tugasnya. kalau guna telur gred A, guna 2 biji pun cukup dah. mix lagi sampai mesra bergaul bersama.


kalau ikut mat saleh, depa guna lemon. tapi aku bukan mat saleh mahupun minah saleh. aku keturunan jawa bugis maka aku bangga mengatakan aku mengubah resipi ni dengan menggantikan lemon kepada limau nipis. HIDUP JAWA!!!! 

ok ok sori teremo. perah la sebiji limau nipis tu. asingkan biji. jus nye, masukkan dalam adunan cheese + telur + susu tu tadi. pastu kacau la sikit kasi sebati.


 Tada!!!! dah sebati~




ok masihkah anda ingat pada base biskut oreo yang dibakar tadi? dah cukup 10 minit, anda keluarkan dari ketuhar dan sejukkan dulu ye. suam-suam pun boleeeh la. lepas tu tuangkan cream cheese tadi kat atas base tu. tuang sampai habis. kais-kais sisa-sisa cream yang kat dalam bekat tu kasi tuang bagi habis. jangan membazir! *nasihat penaja*



dah siap tuang, bukak la lagi sebungkus biskut oreo. kali ni tak payah nak asing bagai. amek je sekeping tu sekali dengan krim die, masukkan dalam kek. ha, kasi cellop. kasi tenggelam dalam itu cream. wal-lah!




lepas tu bakar lagi dengan suhu yang sama selama 50 - 55 minit. tengok-tengok la jugak kek tu kot-kot termasak awal ke. bila dah kuning permukaan atas tu, dah masak la maknanye. *sila abaikan kecomotan cermin ketuhar itu*



terhasil lah OREO CHEESE CAKE yang enak. *enak tu bukan aku cakap tapi orang yang makan yang cakap.*


 oh ya! aku sangat fail bab kekemasan dan decoration. sila paham keadaan aku ni. aku buat kek sampai siap boleh makan. nak cantik-cantik, kau buat sendiri. muahahahaa!




comot itu seni. sekian.

malam ni saya tido lambat. ajaib kan?

Assalamualaikum and a very good evening.

jam kat laptop aku dah pukul 12.38 tengah malam waktu aku dok menaip ni. sejak aku kerja ni, aku jarang tido lambat. tambah-tambah lagi malam isnin. paling lambat, pukul 12 la dah masuk bilik tutup mata rapat-rapat pas baca doa. tapi malam ni, aku nak rase jadi remaja semula di mana masa zaman remaja dulu, aku selalu tido lambat. pukul 2 pagi, relek agi der. dok layan lagu-lagu jiwang kat hotfm. kekadang gatal tangan call ikim nak cakap dengan ustaz-ustaz or sape-sape la DJ yang berugas. kekadang tengah malam pegi basuh baju kat toilet. tapi selalunya aku terpaksa stay up sebab nak buat kerja la. siapkan esemen, atau lab report, atau proposal, atau thesis. atau pun aku study untuk test keesokannya. paling awal aku akan study untuk test adelah lebih kurang 20 jam sebelum test. tu paling awal. sejam sebelum test baru nak study pun, penah buat. sila jangan tiru aksi tersebut ye adik-adik. kerana anda pasti akan menyesal sebaik sahaja anda selesai menjawab test tersebut. 

husyo. aku dah melalut.

disebabkan esok aku telah mendapat cuti yang aku minta awal sebulan, maka malam ini aku dengan berlagaknya tido lambat. 

*yawn*

ops! termenguap pulak. hihihi *gelak sopan*

ekceli kan, aku tengah tunggu kek aku siap bakar ni. tangan aku dah gatal-gatal la nak buat kek. aku kira-kira, dah berbulan aku tak buat kek. rasanya, tahun 2012 ni langsung tak penah buat kek. untuk memastikan bakat aku mengadun kek tu tak hilang, aku dah buat keputusan untuk buat kek hari ni, tak kira walau sesibuk mana pun, kek harus siap! jiyeh~

pagi tadi seawal jam 9.40 pagi aku dah terpacak depan kedai. lepas opening, buat keje macam biase. pukul 1 tengahari habis la sudah waktu kerja. lepas solat zohor, aku dengan si comel Nas gerak gi Jaya Jusco Bukit Raja yang terletak disebelah Federal Highway tak jauh dari I-City Shah Alam. *dah macam google map dah explanation aku ni ha*. niat di hati aku, memang nak shopping habis-habisan sebab dah lama tak shopping dan memanjakan diri sendiri. lepas ni, aku saving semula. ngeh ngeh ngeh.

2-3 kali la jugak aku terpaksa ke ATM. adoi syaithon ini semua. takpe, aku janji takkan shopping lagi untuk 3 bulan akan datang! *tu pun kalau korang percaya*

lebih kurang pukul 6 lebih aku sampai dekat rumah. rase exhausted sangat sebab sepanjang hari tak rehat. mula dah rase sangat malas nak buat kek. tapi disebabkan aku telah berjanji kepada si comel Nas, nak kasik die kek yang aku buat, maka aku gagahkan diri jugak. itupun selepas aku berpuas hati dengan persembahan protege Faizal Tahir pada konsert mentor 6 minggu ke-3 kumpulan A. makanya, pukul 10.30 malam baru aku mulakan operasi membuat kek.

kek keju biskut oreo!!!!!

macam pelik je bunyinye.

Oreo Cheese Cake!!!!

baru sedaaaaaap sikit nyebutnye. bajet omputih. padahal, Jawe!

aku plan, esok aku nak update la pasal kek ni. macam mana aku buat sampai jadi sebiji kek yang enak. itupun kalau esok aku rajin la. sebabnye, esok aku nak jalan-jalan kat Ikea. makan meatball yang best tuh, dan bajet-bajet heaven dok kat rumah idaman. tahukah anda, berjalan di dalam Ikea itu, boleh membuatkan anda leka dengan segala barang dan perhiasan yang berada di situ? itu pun kalau anda pencinta rancangan deco-deco la.

sekian sahaja bebelan saya untuk malam ni.

p/s: saya rasa saya better tido awal macam biase. kalau saya tido lambat macam harini, saya banyak mengarut. kan?

Friday, April 27, 2012

im here since 2008 and i am refused to change!

hok a loh! suke suki atok tiri die aje nak nukar-nukar aku punyer setting belog. haiya. ape ni google. be fair la. aku pengguna setia tegar kipas susah mati google blogspot ni. jangan la ini macam. aku dah tak berapa muda untuk paham segala setting yang baru blogspot ni. haddoi!

aku dah berblogging since 2008. sebab aku berblogging --> putus cinta.

ok aku tipu.

putus cinta tu betoi. tapi aku berblogging sebab itu, tak berapa betoi.

dah lama aku berblogging. aku dah fasih benar dengan segala setting blogspot ni. i mean, the old version one. ini hari aku bukak dashboard, hah dah ghupe lain pulaaaaak. aku pening dow camni. pening pening. dan malas jugak nak explore. aku rase orang yang baru start berblogging last year dah memang pakai setting baru ni. tapi aku yang dah bertahun-tahun ni, tak biase la wey.


sekarang baru aku paham perasaan old birds yang selalu refuse to change. coz they already familiar with the old practice and diorang dah malas dah nak amek tau yang baru-baru ni. dah penat~


am I categorized as OLD BIRD? oh no maaaaaan~

Wednesday, April 25, 2012

am i too slow or the time running too fast??

Bulan 4 bakal berakhir. Bulan 5 bakal menyusul. Aku suke bulan 5. tapi aku takut. Masa berlalu terlalu pantas. Masa dok lari. Aku dok merangkak. Ape je aku dah buat sepanjang tahun 2012 ni? *kesat peluh kat dahi laju laju*

Friday, April 20, 2012

hari jumaat yang masyuk~


Assalamualaikum dan selamat petang

Harini Jumaat. Selalunya hari Jumaat ni hari yang ditunggu-tunggu oleh orang yang bekerja. Tu pun kalau kerja sampai hari Jumaat la. Kalau sabtu pun kerja, aku tak tanggung.

Bila datang hari Jumaat, nak buat kerja pun dah takde mood. Sebab, dok pikir weekend je. Ape mau bikin la Sabtu Ahad. Mau dating kat mana. Nak tengok wayang cite ape. Jenuh memikir plan untuk cuti dua hari tu sampai kerja banyak terabai.

Tapi aku terkecuali. Sebab Sabtu ke, Ahad ke, sama je bagi aku. Hari-hari pun aku kerja maa. No weekend.

Tapi harini quite lemau. Ntah kenapa. Kurang iron gamaknye. Pulak tengahari tadi makan banyak bebenor tahap melampau sampai kena pegi toilet adjust seluar lepas lunch. Mata pun ape lagi, berat maksimum la. Pastu dok salahkan setan la kengkonon bergayut kat mata. Padahal semua oksigen dah berkumpul kat perut, berjuang habis-habisan sebab nak membantu dalam proses penghadaman makanan yang banyak tu, itu sebab dah takde oksigen kat otak. Dan itu jugak sebabnya mengantuk tahan babun. Otak kurang oksigen der~

Tersengguk depan komputer aku dibuatnye. Dah tamper diri sendiri se-das dua pun masih mengantuk. Aku pun berkira-kira nak pegi bancuh Nescafe tambah coffee mate gandingan ideal tu. Masuk pantry, wallawei bau sedap pulak ni. Ada orang tengah goreng nugget la nak bagi customer rasa. Aku tibai 2 pinggan nugget tu lepas siap bancuh Nescafe sama coffee mate. Tapi aku takde la pelahap. Aku agih-agih ke seluruh opis. Aku amek 3-4 ketul je.



Makan nugget beberapa ketul, pekena sama Nescafe bancuh dengan coffee mate panas-panas, kebetulan cuaca kat luar tengah hujan sejuk sejuk, sambil dengar Hot FM, sambil layan report audit yang belum settle. Gua rasa masyuk pulak Jumaat gua hari ni.

Anda bagaimana?

Monday, April 16, 2012

when I am near 24~


Harini 16 April 2012. lagi sebulan, umur aku nak masuk 2* tahun. Muahaha. Sengal nak berahsia. Apa ada pada umur ye tak? Janji gua awet muda, jiwa remaja gitu.

Umur aku nak masuk 24 tahun dah sebulan lagi. Dewasa enough to think bout my future. Rata-rata kawan aku dah bertunang walaupun belum ada keje tetap. Ada yang dah kawin. Tapi yang aku perasan la kan, kawan-kawan belajar uitm, baru sorang je dengar cite bertunang. Yang lain, macam busy benor keje. Tak dengar kabar berita langsung.

Termasuk la aku jugak~

Sangat sibuk sekarang ni. Keje approximately 14 hours a day, 6 days per week. Another 1 day in a week tu, pun keje jugak tapi separuh hari je. Tapi yang tinggal separuh tu la selalunya ada je hal, last-last tak dok rumah jugak. Balik malam jugak. Atoiyai~

Kesian mak sorang-sorang kat rumah. Adik dah balik kedah sambung belajar. Abang dengan kakak, dah ada tanggungjawab sendiri dengan famili yang baru dibina. Kakak pulak tengah pregnant sekarang. Tak dapat selalu balik teman mak. Mak mesti sunyi. Nasib baik ada si kecik-kecik dua ekor tu, untuk dilayan dan melayan. Hehe. Sabar ye, sampai masa aku akan slow down jugak nanti and give more priority to my family. But, after I achieve my target, my dream, my aim! insyaAllah.

Target aku? Biarlah rahsia buat masa sekarang. Sebab aku Cuma merancang. Belum tentu termakbul. Aku dah succeed nanti, baru senang hati nak berkongsi.

Aku harap sangat tahun ni aku dapat sume yang aku dah listkan dalam WANTED LIST. Tahun depan, nak settle down kalau diizinkan Allah.

U know what I mean by settle down? Ngeeeeeeeeee~

Ya Allah Ya Tuhanku,

Beri aku kekuatan hati, jasad, dan mental.

Untuk aku terus berusaha mengejar impian.

Ya Allah, aku punya harapan,

Yang tak mampu aku miliki tanpa izinMu..

Makbulkanlah doa, harapan dan impianku Ya Allah~

Wednesday, April 11, 2012

awak..dan..dia..

Awak, saya nak minta maaf. sebab dah menduakan awak. saya tak berniat nak tinggalkan awak, tak berniat nak lupakan awak. tak langsung!

awak banyak berjasa kat saya. macam-macam kita dah harungi sama-sama. susah, senang, suka, duka. saya sayang awak. sangat-sangat!

tiap kali ada hal yang jadi kat awak, saya pun sama rasa sakit. bila awak luka sikit, saya 1000 kali lagi terluka. saya sanggup buat apa je untuk awak. saya sanggup berhabis duit, masa dan tenaga untuk awak. sume tu, sebab saya sayang dan hargai awak.

tapi sekarang, bukan awak sorang je yang ada dalam hati saya. terus terang saya cakap, kasih sayang saya dah terbahagi. saya minta maaf banyak-banyak. saya masih sayang awak, sama banyak macam dulu. tapi dalam masa yang sama, saya dah sayangkan orang lain jugak.

awak, peredaran masa, keperluan, peningkatan umur saya, buat saya terpaksa pilih dia jugak. saya perlukan dia. saya sangat perlukan dia dengan keadaan saya sekarang ni. saya minta maaf lagi sekali.

saya janji, saya takkan abaikan awak walaupun saya dah ada dia. saya akan jaga awak, sama macam dulu. cuma saya nak awak paham, saya tak boleh luangkan masa dengan awak macam dulu-dulu. awak kena paham yang saya kena jaga dia jugak. kena temankan dia jugak. kena luangkan masa saya yang terhad ni, untuk dia dan awak. saya nak minta maaf awal-awal, kalau masa akan datang nanti saya berubah. saya lebihkan dia dari awak. saya minta maaf. saya manusia biasa. tak lepas dari kekurangan. saya akui yang dia, adalah impian saya. saya bersungguh-sungguh untuk memiliki dia. mungkin, kasih saya akan lebih pada dia. mungkin. saya minta maaf awak.

dia ada semua ciri yang saya idamkan. saya harap awak paham.





Mr Revo, saya minta maaf~~~








dia..pakwe ensem saya~~




Friday, April 6, 2012

bila mak takde, aku yang berkerjaya menguruskan rumah tangga. wallawei!


ini hari mak aku sudah pegi memanjakan diri kat rumah abang aku. manakala aku terpaksa menerima hakikat akan membujang buat sehari ini.


hari ni terbangun lambat. tak sempat nak bersarapan kat rumah sebab mak pun tarak, dengan perut kosong aku memecut motor ke Port Garden dengan niat nak beli nasik lemak sambal kerang sebungkus buat sarapan kat opis. tapi kesedihan hidup membujang aku telah bermula, apabila gerai yang selalunya beroperasi 7 hari seminggu tu, tak bukak pulak ini hari.

sampai kat opis, aku cerita kat Kak Siti yang aku takde makanan nak makan. kak siti yang bersimpati dengan nasib aku, pelawa la aku makan roti gardenia sapu sama tuna dalam tin. boleh tahan jugak aku paw kak siti. separuh dari sebungkus roti tu aku balun. terima kasih kak siti!


habis keje pukul 5.30 petang hujan lebat pulak beserta kilat sabung menyabung. aku tawakal je sarung baju hujan dan meredah kelebatan air hujan yang mencurah-curah tu. sampai kat rumah, baru aku teringat mak takde. perut lapar keriuk keriuk berbunyi. pantas aku menggeledah dapur mencari sebungkus megi perisa kari. masak sama telur, boleh tahan masyuk. teringat pulak zaman-zaman duduk kolej dulu. masak megi dalam kettle. habis sume air yang aku masak lepas tu, berperisa megi. jahanam kettle!

bila dah tersandar kekenyangan, baru aku sedar yang kucing-kucing aku dari aku balik tadi dah bergayut kat kaki aku, minta diberi makan barangkali. tapi tengok jam, HALAMAK! dekat pukul 6.30 pm sudah. terus aku bergegas tukar baju. pastu start enjin kete. pastu gerak pulak ke tempat keje part time.


pukul 10.30 pm sampai rumah lepas keje. masuk je rumah, sume kucing dah melalak. tanpa salin baju, terus bergegas ke dapur tengok makanan kucing. dah tu, baru perasan yang dapur sangat berselerak. pinggan mangkuk hayun sama periuk kuali berselerakan kat sinki. cawan-cawan yang dah berguna pun bersepah atas meja makan. periuk yang aku guna buat masak megi petang tadi pun, dah kering dok atas dapur.

bermulalah tugas-tugas suri rumah yang sibuk menguruskan rumah tangga. bila sume kucing dah kenyang dan tak lagi memanjat-manjat kaki aku, baru senang sikit nak buat keje. basuh semua pinggan periuk kuali kat sinki. kutip semua cawan atas meja. bersihkan dapur.

beres dapur, ke ruang tamu pulak. pastikan pintu semua dah berkunci. kucing-kucing yang kurang disayangi, aku campak ke luar, TIDO KAT LUAR!

masuk pulak dalam bilik, huyyo baju berlonggok tak berlipat. anak kucing aku yang dah senang hati sebab kekenyangan, buat tempat main sorok-sorok lagi ha. aku kutip satu-satu dan masukkan dalam bakul. kamera DSLR yang bersepah atas katil, aku simpan balik dalam beg pastu masukkan dalam laci. meja solek yang penuh dengan kapas muka, aku bersihkan. buang semua kapas muka. lap-lap sikit meja tu. susun elok-elok barang-barang. tengok diri sendiri kat cermin sambil senyum dan terdetik "hallamak! cun jugak aku ni"

tengok lantai. hah apesal beg-beg ni bersepah ni? terus kutip masukkan dalam baldi dengan niat nak basuh esok nye. harap niat tu tercapai.


siap! aku ke bilik air amik wuduk dan solat isyak. anak kucing aku sekali lagi bersimpang siur lalala depan aku ke hulu ke hilir sepanjang aku solat. saje nak test tahap kekhusyukan aku la tuh!

selesai solat, aku bukak ini laptop dan menaip entry ni. dan sekarang menghampiri 12 tengah malam. esok pagi pukul 10 mau pegi keje lagi.

wah aku seorang pengurus rumah tangga yang baguuuuuuuuuuuuuuuuuuus!Bila mak takde jer


selamat malam si kacak dan si cantik. assalamualaikum~

Sunday, April 1, 2012

ShahAlam-Kamunting - Yeay aku dah dewasa!!!



Alhamdulillah dah selamat berehat-rehat kat rumah lepas habis 12 jam atas jalan je semalam. kengkonon nak gerak pukul 8 pagi. tapi hai, pukul 8.30 pagi baru terjaga dari tido, tu pun lepas 7 missed call dari cik mashi. sori mashi!!!! =)

akhirnya, pukul 10 pagi baru gerak dari Shah Alam. Stop jap kat RnR Sungai Buloh makan nasik lemak beli kat Shah Alam, pastu sambung jalan sampai ke Kamunting pukul 1.45 petang. anggaran, 3 jam perjalanan sebab tolak masa stop makan tu. 3 jam Shah Alam-Kamunting, apa macam? ngeeee =)


pukul 10.30 malam sampai semula kat Shah Alam. nasib baik la cik mashi teman aku. kalau tak, mau terbabas-babas aku drive sensorang jauh gitu dengan badan letih + ngantok tak hengat. tenkiu ho mashi. aku sayang hang lebih! (^^)


selain mashi, aku pun bawak pakwe ensem sama (^^). for the first time, aku bawak dia pegi Kamunting. tunjuk-tunjuk kilang tempat keje lama dulu. and at the same time, tolong ngangkut barang dari ex-rumah sewa aku balik ke Shah Alam. pakwe ensem berkelakuan baik dan disebabkan itu lah, kitorang berjaya sampai kat Kamunting dalam masa 3 jam je. pakwe ensem, saya sayang awak lebih jugak! (^__^)

dan dengan kejayaan saya travel beratus batu bersama kawan saya dan pakwe ensem saya, saya mengisytiharkan yang saya kini dah dewasa! lalala~


sekian, dengan rasminya saya mungkin tidak akan berkunjung ke Kamunting lagi selepas ini kerana semua urusan di sana dah selesai. oh tak! melainkan ada kawan-kawan saya kat sana yang kawen dan jemput saya, maka saya akan pegi jugak dan op kos, bawak pakwe ensem sekali. i tak sanggup berpisah u~


p/s: padahal tahun lepas siap travel ke China lagi berdua je dengan rakan senegara yang sama slenge dengan aku, tak rasa pulak diri ni dewasa (=_=!)
p/s/s: insyaAllah when the time comes, i'll introduce my pakwe ensem =D



UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..