Friday, January 27, 2012

need space..sorry world~



FOR THE TIME BEING, I NEED TO DISTANCE MYSELF FROM WORLD.





YA ALLAH, PEGANG HATI AKU.



p/s: kau mungkin bukan takdir aku, tapi kau adalah ujian buat aku. mungkin.

Friday, January 20, 2012

lagi lagi macam ni. tak habis-habis.


Assalamualaikum wbt..

lagi isu pasal halal. haih! penat la dengan isu macam ni kan? kita ni negara Islam. majoriti penduduk Islam. tapi pengeluar makanan ni suka suki je nak memperjudikan halal haram.

Semalam 19 Januari aku tak tengok tv. tapi aku dapat tau thru internet la, yang Jakim serbu Subway dan mendapati Subway ni gune sijil halal dari syarikat lain untuk pamer kat premis diorang, beserta dengan sijil halal dari syarikat swasta yang tak diiktiraf Jakim.

bukak-bukak FB, terpampang "SUBWAY TAK HALAL. JANGAN MAKAN" kat wall aku. dipost oleh seorang kenalan. then, aku pun tengok la video cite 999 tu. ok dah tau cite sebenar pasal sijil halal Subway kalau tak silap yang kat Mines tu.

rakan-rakan sekalian, pembaca yang bijaksana lagi budiman, sahabat-sahabat Islam saya sumenye, please take note. TAK HALAL dan TAK MEMPUNYAI SIJIL HALAL adalah 2 perkara yang berlainan ye. sila paham.

TAK HALAL bermaksud, makanan tersebut mempunyai unsur-unsur haram yang termaktub di dalam Al-Quran sebagai haram. dalam Al-Quran, benda yang diharamkan untuk makan adalah khinzir atau bahase kasaqnya babi, haiwan bertaring, haiwan 2 alam, haiwan yang mempunyai kuku cakar. juga makanan yang memabukkan seperti arak.

jatuh hukum haram jugak bagi haiwan yang halal dimakan, tapi tidak disembelih mengikut hukum Islam, hukum syarak.

jadi penerangan di atas ini membawa definisi HARAM UNTUK DIMAKAN.

manakala TAK MEMPUNYAI SIJIL HALAL bermakna, sesuatu premis makanan itu tak penah apply dari Jakim untuk dapatkan sijil halal dan tak diiktiraf sebagai halal, TETAPI tak semestinya TAK HALAL. ade paham?

berdosa kite menjatuhkan hukum HARAM kepada sesuatu.

sijil halal dari jakim ialah satu assurance kepada pelanggan bahawa makanan tersebut halal, dan tak perlu diragui. bukannya termaktub dalam Al-Quran "Wahai anak adam, janganlah kamu makan makanan yang tak mendapat pengiktirafan halal dari jakim kerana makanan tersebut haram dimakan".

takde kan? tak de kan? takdeeeeeeeee.

jangan salah paham. aku bukannya nak back up Subway ke atau mane-mane premis makanan yang tipu customer tu. aku cume rimas bile baca statement kebanyakan orang yang mengatakan "kedai makan A haram sebab takde sijil halal"..blablabla~

yes they are guilty when they cheat on us, especially about halal haram thing. but it doesn't shows that they are haraaaaam. got me?

itu syubhah! bile syubhah, haruslah dihindari.

kalau semua orang buat statement menghukum macam tu, ape cer dengan makcik jual kuih ngan nasik lemak pepagi kat tepi jalan tu? sebelum gi keje, kite singgah beli kuih harge 40 sen sebiji tu tanpa ragu-ragu pun. penah tanye,

"makcik, bak sijil halal jakim saya nak tengok"
"makcik takde sijil halal la nak. makcil jual kuih talam je"
"isy tak boleh ni makcik. haram ni haram. takde sijil halal ni haram makcik!"


mau menangis makcik tu kalau korang buat macam tu.

so, what im trying to say is, be careful on what u wanna say, what u wanna write. kalau premis tu takde sijil halal, tulis terang-terang "SEKIAN SEKIAN KEDAI MAKAN TAKDE SIJIL HALAL. SILA AMBIL PERHATIAN". janganlah terus cakap haram sayang oi. tak bagus tu tak bagus.

Salam.


Sunday, January 15, 2012

jom beli beg gorgeous dengan harga mampu milik + free postage yo!!

Assalamualaikum


Alhamdulillah, today 15th January 2012 aku secara officialnya telah memulakan online business yang aku penah gitau dulu. ingat? banyak rupanya keje nak kena buat sebelum boleh lauch. tapi, sekarang ni aku masih dalam proses untuk expend produk dan tingkatkan kualiti. kualiti dari segi produk, marketing, promotion dan service.

this is my first time, and i will try to improve my business from time to time. pada jam ini, yang ada hanyalah 18 biji beg yang sangat eksklusif. kenapa eksklusif? sebab setiap satu, cuma ada 1 saje! hanya sorang pembeli yang boleh memiliki beg tu untuk tiap-tiap design/ warna. kalau permintaan tinggi dan stok masih ada, insyaAllah aku boleh tambah after this. tapi kalau stok pun dah habis, terpaksa la continue with the new design. itulah sebabnya EKSKLUSIF (^_____^)

untuk masas-masa akan datang, insyaAllah akan ada koleksi tudung, inner neck, handsock dan brooch comel pulak.

dan buat masa ni jugak, hanya facebook yang menjadi medium promosi dan jualan. mula-mula dulu ingat nak create blog untuk business ni, tapi nak create blog makan mase lebih dari nak set up fb. aku ni kurang sabar orangnye. nak yang cepat aje. ngeh ngeh ngeh. tapi insyaAllah nanti bila masa mengizinkan, bolehlah aku create 1 blog khas untuk promosi barang.

nak tengok beg gorgeous? singgah sini:

http://www.facebook.com/YatExclusiveCollections


from 15th January 2012 until 19th January 2012, promosi pembukaan diadakan iaitu free postage!! dah la aku kautim harga muraaah punyer untuk semua beg. free postage lagi tu. ianya ibarat, anda duduk silang kaki di rumah, order beg gorgeous, tunggu sehari beg tu sampai depan mata anda tapi penghantaran adalah percuma!! ape tunggu lagi beb? promosi ni sah untuk seluruh Malaysia ok! bukan semenanjung sahaja. Sabah & Sarawak tak terkecuali jugak~ save duit minyak, save tol, save duit makan minum kalau korang gi beli kat Times Square or KLCC sane. atau kalau korang menggunkan KTM, pun dah save duit tiket KTM. itu aku belum sebut penat lelah korang tersepit-sepit dalam KTM tu, atau peluh yang korang dah bazirkan bersesak-sesak di Jalan TAR. tak ke untung namanye tu?

jamu mata dulu dengan salah satu koleksi beg yang limited ini.




ape lagi, terjah facebook Yat Collections, cepat-cepat book via email ok~

Salam

Tuesday, January 10, 2012

UiTM jer??? *feel like wanna slap your mounth*



"Exec yang dulu tu degree holder. tapi ape pun tak buat. pemalas. degree UiTM jer la tapi."


Degree UiTM JER?????

what is that mean by UiTM jer????

ape? ape? ape jer jer?? apeeeee????



M.E.N.Y.A.M.P.A.H TAHU???

Thursday, January 5, 2012

9 dari 10 rezeki datangnye dari perniagaan..

Assalamualaikum

kawan-kawan, tak lama lagi insyaAllah aku nak mencari rezeki dalam bidang perniagaan pulak. boley support i tak?????~~~ ngeeee.

berkongsi bisnes dengan seorang lagi hamba Allah, insyaAllah aku nak buat online bisnes sebab online bisnes je aku mampu manage, sebab aku sendiri pun makan gaji jugak kan.

Barang-barang yang nak dijual adalah barang-barang yang tak mempunyai tarikh luput. korang boleh beli anytime tanpa ragu-ragu ok~


Tudung jahitan sendiri
brooch buatan tangan
handsock jahitan sendiri
beg/ handbag



insyaAllah kalau ada lagi ternampak lain-lain barang yang ada market, aku akan tambah lagi lepas ni.


tapi, bisnes ni hanya akan berjalan dalam masa sebulan dari sekarang insyaAllah. kalau dipermudahkan, dapatlah mula awal. nanti aku akan create blog baru untuk bisnes ni. insyaAllah handsock and tudung yang akan dijual tu, susah nak dapat dari pasaran. jahitan sendiri la kata, aku bantai fesyen yang aku suke la kan?hahaha. tengok-tengok orang tak suke. hampa! (=_=)

i can promise u that the price will be very reasonable and affordable.

do support me k? tenkiu. sayang awak lebih! =)


Tuesday, January 3, 2012

sound effect~


"bile aku dah kena sekali, dua kali, dah tego tapi die tetap buat jugak, aku memang dah paham. tu memang diri die. aku kena terima"

"tapi aku rasa aku nak usaha ubah die supaya die tak ulang buat perkara yang aku tak suke"

"sampai bile nak usaha?ko tak penat ke? kalau memang die nak berubah, die akan berubah sendiri. tak payah kite susah payah ubah die"

"hmm. penat jugak beb. tu sebab sekarang aku dah give up. fed up. ntah la."

"kalau ko nak ubah die ikut taste ko, ko kenyang makan hati je la nanti."

"so? ape patut aku buat?"

"ko terime je la diri die tu seadanya. dah die memang jenis macam tu. bile die depress, die nak bersendiri. die taknak bebankan orang lain dengan problem die. die nak settle sendiri. ko biar je die. bile die dah settle sume, die akan cari ko balik and back to normal. beb, ko orang paling rapat dengan die, ko patut dah masak sangat dengan perangai die tu. ko patut dah paham sangat dengan die dan boleh terima. kan?"

"betul gak ape ko cakap. aku tak terpikir that side. yang aku pikir, tiap kali die ade masalah, die avoid aku. ignore aku. macam aku ni menambah beban kat die"

"avoid tu bukan istilah yang sesuai. die cume perlu ruang. mungkin die mengelak dari ko sebab die tak tau macam mana nak react kalau die jawab call ko tu. die taknak ko detect sal problem die. die taknak susahkan ko. sekurang-kurangnye, die jage hati ko and explain nape die buat macam tu, walaupun ko tak tau betul ke tak ape yang die cakap tu. but at least, die cuba jugak nak jaga hati ko."

"dah tu aku kene terime je sume?"

"kalau tu dah memang diri die, ko kena la terima. lebih baik ko blaja adapt dengan cara die."

"ko tak rase ke kite ni as a women, slalu beralah?"

"beb, tu memang lumrah. ko kena terima hakikat yang lelaki memang macam tu, akan macam tu selamanya."

*****************************************************************

we better accept the weakness rather then trying hard to create someone we dream of.

im trying too hard and it waste of my time.




Monday, January 2, 2012

harapan dan impian aku sandarkan pada Ilahi

Ya Allah, jika dia benar untukku, Kau mudahkanlah urusan jodoh kami..
Kau satukanlah kami dalam restumu..
Kau kuatkanlah kami menempuhi badai, dugaan dan ujianMu..
Titipkan kebahagiaan buat kami..


Ya Allah, jika tak pernah tertulis di long mahfuz tentang jodoh kami..
Kau redhakanlah hati kami menerima takdirMu..
menerima qada' dan qadarMu..
menerima ketentuanMu..

Ya Allah, jika tidak kau izinkan kami untuk hidup bersama..
Kau jauhkanlah dia dari aku..
hilangkanlah dia dari hati dan fikiranku..
kuatkanlah hati dan jasadku untuk meneruskan kehidupan..
dan tetap berpegang teguh pada jalanMu Ya Allah..

Amin...

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..