Monday, February 23, 2015

Tahun 2015........ It's going to be March already~

Assalamualaikum wbt..

Dah lama sangat aku mengabaikan belog ni. Kurang masa, kurang tenaga dan kurang story. Dulu tak kisah pun nak merepek cite-cite seharian yang ntah hape-hape, tapi sekarang ni rasa kalau takde cite yang boleh dimanfaatkan lebih baik takyah cite pape.

Frankly speaking, as my age will turn 27 in a few months, bukan masa untuk aku merepek tak tentu hala lagi. Masa untuk aku establish myself supaya dalam masa beberapa tahun lagi aku boleh selesa dengan kehidupan aku.

And yes, as my age will turn 27 in a few month, I am still single. Belum berkahwin apetah lagi mempunyai anak-anak yang comel. setakat anak tekak je yang ada sekarang. And a BIG YES, aku sangaaaaaat nak berkeluarga dan mempunyai anak. and a BIG YES too, aku dah ready nak ada komitmen untuk keluarga sendiri.

Lately aku selalu rasa tersentuh bila tengok kawan-kawan bawak anak pergi sana sini. Perasaan dalam hati tu macam "Ya Allah comelnyeeeeeeee lahai baby ni. Nak jugak nak jugak nak jugak!!" hati aku meronta-ronta.

Tapi, takdir Tuhan melebihi keinginan hambaNya sebab Dia je yang tau apa yang terbaik untuk hambaNya kan? Mungkin di mata Tuhan aku sebenarnye belum ready lagi nak pegang tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sebab tu sampai sekarang Tuhan belum kurniakan jodoh yang terbaik untuk aku.

Sejujurnya, aku tak pernah salahkan takdir. Walaupun soal jodoh belum menyebelahi aku, aku happy dengan life aku. Cuma bila terpandang budak-budak especially baby, hati aku mudah tersentuh. Aku tak risau pasal umur yang makin hari makin banyak. Tak! Umur langsung tak buat aku risau. Aku pun bukannya risau sebab tak berjodoh. Aku cuma nak berkeluarga.

Nak kahwin, jaga suami dan anak, solat lima waktu, pergi umrah dan haji, then can prepare for the death peacefully.

Dalam masa setahun dua ni, banyak sangat dugaan Allah bagi kat aku soal hati dan perasaan. Bohonglah kalau aku kata lepas kecewa dengan kisah lama aku langsung tak terbukak hati untuk orang lain. Tapi semua tu dugaan yang Allah bagi untuk lebih kuatkan aku jadi wanita yang lebih baik dan lebih bersedia for the real one HE destined for me.

Jatuh cinta dengan orang yang salah beberapa kali, Allah je tau how much I struggled to get back my strengh, my hope, my life. How hard i tried to fix the pieces of my broken heart. Allah knows.

Jangan tanya "bila nak kahwin?" sebab soalan-soalan tu buat aku rasa perit dan teringat persiapan-persiapan yang pernah dirancang dulu. 

How do I know my future?

Sampai ke saat ni pun, aku masih merasakan aku mencintai orang yang salah. Bukan sebab dia tak cukup baik untuk aku. Tapi sebab dia terlalu baik dan aku rasa dia tak adil pada orang yang lebih berhak ke atas diri dia daripada aku.

Senang orang cakap "tinggalkan lah. fikirlah hati dan perasaan orang lain. biarlah hati kita yang terluka tapi jangan kita jadi penyebab kelukaan hati orang lain"

Try tu put yourself in my shoes and try to leave something that brings light and happiness in your life. I can tell, you will easily fail!

But, as a human and a woman, aku mengaku aku masih sangsi dan masih rasa aku mencintai orang yang salah. Cinta tak semestinya harus memiliki, kan? As long as orang yang kita cintai tu bahagia, kita akan bahagia. Tapi macam mana kalau dengan tidak memiliki, aku dan dia pun tak bahagia?

Dan sekali lagi orang akan cakap "sabar. ada bahagian untuk orang yang sabar. masa akan ubat semua luka tu"

Sejak BFF aku kahwin, aku hilang tempat mengadu, tempat rujukan, tempat minta pandangan. Aku macam hilang panduan, dan semua yang aku buat aku terpaksa fikir sendiri kesan dan akibat, patut or tak.

Susah sangat. Tapi ni semua kan ujian.

Allah, tolonglah selamatkan hati aku untuk kesekian kalinya.



-Atiqah-




No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..