Assalamualaikum
Minggu lepas adalah minggu heaven sebab aku cuma kerja 2 hari je dan lagi 5 hari aku bercuti. Tahniah tqah!
aku dah merancang percutian pendek ni sejak bulan September. aku dapatkan pakej masa Matta Fair. u know what is Matta Fair? kalau tak tahu baik pegi duduk kat thailand hahaha.
Matta Fair ni adalah karnival pelancongan. kalau sape-sape nak pegi honeymoon, ha elok sangat la dapatkan pakej kat sini sebab pakej masa Matta Fai memang extremely murah!
aku amek pakej 2 hari 1 malam. pakej ni termasuk penginapan 2 hari 1 malam kat New York Hotel JB, sarapan pagi pada hari ke-2, tiket 1 hari ke Universal Studios Singapore (USS) beserta voucer SGD 10 untuk makan kat USS, dan bas return New York Hotel-USS.
dan kesemua tu berharga RM256.
itu sangat murah sebab harga tiket untuk masuk ke USS sahaja adalah berharga SGD 68 kalau bukan peak hours. SGD 68 tu lebih kurang RM180. dan New York Hotel tu aku yakin mahal jugak sebab aku dapat bilik yang besar. selesa la kalau setakat nak main WWF berdua dengan syira.
aku memang pegi under bajet trip. aku tak suka nak berhabis-habisan semata-mata sebab nak selesa feeling diva-diva bawak beg stroller pakai sun glasses besar. haha cliche.
aku pegi ke JB naik bas ekspress berharga RM35 seperjalanan. aku pakai t-shirt pasar malam dengan beg hiking. hah terbaik.
bas gerak dari Shah Alam pukul 10 pagi. sampai kat terminal bas Larkin JB pukul 2.30 petang. tu pun ade stop kat mane ntah setengah jam. kebulur tahap dewa masa sampai kat Larkin. tetibe ternampak pakcik bermisai sedang tersenyum megah kat bangunan sebelah terminal bas tu. KFC here I come!!!!!
tapi, kitorang tak makan kat situ. kitorang decide untuk tapau dan makan kat hotel. motip? supaya boleh makan dengan rakusnyeeeeeeee sambil guling-guling depan TV.
dari terminal bas Larkin, kitorang amek teksi untuk ke hotel. kat sini kitorang agak malang. teksi kan beratur dalam satu line kan masa tunggu penumpang. masa kitorang nak amek teksi pulak, teksi yang paling depan sekali adalah teksi besar kaler biru. nak tak nak kitorang bantai je asalkan selamat sampai kat hotel. perjalanan yang makan masa lebih kurang 10 minit tu cost us RM17!!!!! wallawei..tercirit nak bayar hahaha.
masa untuk check in hotel pukul 3 petang. kitorang sampai awal 10 minit sebelum waktu check in. sementara tunggu boleh check in, kawan aku si syira pun memulakan perbualan
"tiqah, kau tahu tak teksi tadi tu kategori limosin?"
"tak tau pun. yeke? bapak ah berprestij giler kite naik limo. sekali kuar dari limo selekeh dengan t-shirt pasar malam beg hiking bagai"
"itu la. aku kan duduk belakang. kat belakang seat korang tu ada tulis starting charge RM6. then tiap 21 saat akan naik 40 sen"
"bapak ah. patutlah mahal giler. sekentut je tapi sampai 17 hengget kau. aku pasan jugak starting cas die 6 hengget. aku dah lama tak naik teksi. aku ingat tu memang rate normal. kau tau, aku memang usha gak meter die tu. mula-mula RM8.40. mak aih, aku alih pandang kejap tengok beburungan di awan, bila toleh balik tengok dah jadik RM12. berdebar-debar aku dow tadi. aku doa je cepat la sampai"
"tak adil la kan kalau ikut time. kalau banyak traffic light ke, jem ke, mati kite"
"tahu takpe! ini tidak adil tidak adil bagikuuuuuu"
abes je bergosip, dah boleh check in. terus lelaju pegi masuk bilik buat hempasan padu kat katil empuk. peh, view memang terbaik. tingkat 15 wei. rasa macam kat angkasa lepas.
lepas tu ape lagi, dengan rakusnye bukak bungkusan KFC. syira pun dah merengek rengek "beb....lapar....jom la makan...jom la...jom la.." kat aku yang tengah sibuk nak connect wifi hotel semata-mata nak check in kat foursquare. LAME!
lepas makan, of course la mengantuk. syira terus tido! sangat tak berwawasan. hahahaha. gurau je beb.
aku golek-golek guling-guling sambil ber'whatssup' dengan memember kat Selangor yang merindui aku. masa tu pulak hujan. nak keluar jenjalan memang tak la kan. dengan kitorang yang tak tahu nak ke mana. dengan kepenatan hampir 5 jam dalam bas tido kepala terlentok sana terlentok sini.
pukul 6 petang aku terus mandi air panas peh memang masyuk. rasa macam taknak keluar dow.
lepas solat jamak maghrib dengan isyak, kitorang keluar untuk mengisi perut yang dah kembali lapar. tapi masa tu duit cash malaysia hanya berbaki RM10. sebab masa nak check in, kena bayar deposit RM100. seriously im not prepared for it so nah! pepandai la kau makan dengan sekeping RM10 tu je. syira pun tak bawak extra cash malaysia money sebab die bajet nak carik ATM kat JB.
kedai makan cuma berdepan je dengan hotel. senang. takyah gi jauh-jauh. tapi kuew teow tomyam yang aku makan memang pedas tahap nak meletop! aku sukeee pedas. tapi ini punye pedas, memang bikin guwa hot! rasa macam nak order ayam penyet je sebab tak boleh nak habiskan tomyam tu. tapi duit pulak tak cukup =_=!
habis je makan, kitorang pun berazam untuk cari ATM. tanya la kat sorang akak ni. die jawab "takde la mesin ATM terdekat kat sini dik. jauh ade lah"
kitorang dah macam, seriously??????? damn!
tapi kitorang tetap nekad nak berjalan jugak cari ATM. mana la tau kan ade ke terjumpa.
suprisingly, lebih kurang 1km jek kitorang dah jumpe AmBank kat dalam bangunan hotel yang lain! hahaha. ape lah akak tu. nak menipu pun tengok orang la. ni tiqah ok. hahaha =p
maka kami pun dapat tido dengan lenanya pada malam tu.
esok paginye, pukul 7.30 pagi kitorang dah check out dari hotel tau! lepas check out baru serbu kafe hotel untuk breakfast. bagi aku hidangan hotel ni biasa-biasa je.
kenapa kitorang awal? sebab bas yang kitorang nak naik untuk ke USS tu akan bergerak jam 8.30 pagi. tapi biase la kan janji hanya tinggal janji. pukul 9 baru jalan.
Lokasi hotel ni memang dekat sangat dengan imigresen tau. dalam 10 minit je dah sampai dekat imigresen Malaysia. kat sini cuma buat simple procedure iaitu scan passport dan thumb print. settle!
Dekat imigresen Singapore lambat sikit sebab nak cop passport, scan bag bagai. tapi takdelah makan masa berjam pun. lama sikit dari imigresen Malaysia je.
yeay! time to check in kat foursquare. LAME!
sampai je kat USS, rasa macam nak melompat kegirangan. nampak globe besar berasap-rasap ni, rasa macam kat US.
kat sini bermulalah dugaan kami yang ke-2. tiket syira tak boleh digunakan sebab ikut rekod pihak USS, tiket tu dah guna sehari sebelum kitorang guna.
kitorang pulak dah macam WHAT THE HECK???!!!
aku dah lepas ni. aku dah kat dalam USS ni. tinggal lagi nak pegi peluk kung fu panda yang tengah posing kat tengah-tengah jalan tu je ha. Syira lak stuck kat entrance tu bersoal jawab dengan gadis Singapore.
sebab syira yang kecuakan tahap maksimum, aku terpaksa mengeluarkan diri aku semula dari USS untuk tolong syira settle that thing.
unfortunately, nothing we can do except for buying new ticket. sebab memang tak boleh guna. tiket tu orang lain dah guna dah. camno syira nak guna? ikut kata orang USS tu, mungkin ada kesilapan dari agen yang kasi tiket tu kat kitorang. dah bertindih dengan orang lain. so die suggest kitorang beli tiket baru dan refund from our agent later.
u remember i told u earlier, ticket price is SGD 68? and u know what? syira just have SGD 40 yang bernilai RM100. yup. itu sahaja duit singapore yang dia ada. nak tak nak, i have to give mine la kan. yang juga berjumlah SGD 40. aku kasik sume duit aku kat dia masa tu.
lepas beli tiket, kami hanya ada duit berbaki SGD 20. =_=!
nasib baik semalam, kitorang dah withdraw duit. tapi jadi keje la pulak kan nak kena cari money exchanger lak dalam USS ni.
tapi nasib kitorang baik. dalam kedai jual barang-barang Betty Boops, ada money exchanger! dan kedai ni adalah kedai pertama yang kitorang masuk. Alhamdulillah.
maka bersuka ria la kitorang kat situ.
USS ni consist of 6 part if im not mistaken. sorry la. lupe sudah. peta yang aku amek kat situ pun dah lunyai dek lencun terkena hujan lebat.
yang aku ingat ada Hollywood, ada Far Far Away, ada Madagascar, ada Jurassic Park, ada Egypt and lagi satu yang ade WaterWorld tu aku tak ingat dah namanye.
dekat Hollywood, korang boleh main Transformers ride. aku nak sangat main tapi masa aku pegi, waiting time ialah sejam. hah memang tak kuase aku nak tunggu sejam. baik aku jenjalan tempat lain dulu.
pastu aku ada masuk satu tempat ni di mana kita akan alami dan tengok live depan mata cite dalam TV. cite kengkonon Hollywood dilanda ribut ganas sampai air laut melimpah ke daratan pastu berlaku letupan pastu kapal besar tersasar dan merempuh perairan. Peh! memang real beb. rasa macam nak ulang tengok 2-3 kali. depan mata ni hah terbakar terbakar. ribut, angin, asap. semua kita boleh rasa.
lepas tu, aku lalu kat mainan roller coster berkembar kaler merah dengan biru. kengkonon yang kaler merah ni pejuang la. yang kaler biru lak cyclon. pejuang nak menentang cyclon la konon roller coster tu. tapi aku sempat naik yang kaler merah je sebab masa tu syira taknak naik. aku boleh la mintak die pegang beg aku. bile nak naik kat biru, syira pun nak naik sama. pastu ingat nak simpan beg kat locker. tetibe mahal giler! pastu ramai orang beratur. ah tak jadi.
pastu kitorang masuk kat Egypt. kat sini la ade patung besar cekci pakai kain paras lutut. wow!
kat sini ada surau. ada satu je surau for the entire USS. kebetulan masa kat sini, memang dah masuk waktu Zohor. aku pun terus je jamak sekali dengan Asar.
kat Eqypt ni pun ada game. antaranya ride menyusuri sejarah Egypt hah kau. beratur punye lama. naik ridenye tak sempat panas punggung pun.
dari Egypt, kitorang terus ke Jurassic Park.
kat sini dinasor la banyak kan. sana sini dinasor. kat sini, kitorang berminat la nak try 1 water ride ni. sepanjang ride tu nanti kite akan dapat tengok spesis-spesis dinasor yang kononnye penah wujud. kat luar sebelum beratur, dah diberi amaran yang ni adalah water ride. so posibility nak basah tu memang ada. makanya, aku pun beli poncho. poncho tu baju hujan la kire. ala pelastik je pun. poncho bagai lak die.
masa nak beli tu, aku siap tanya lagi kat adik yang jual poncho tu
"dik, ride ni memang confirm basah ke?"
"confirm basah kak"
"alamak. basah giler giler ke?"
"basah giler-giler tu tak la. tapi baju boleh perah la jugak"
"oo mak. kalau pakai poncho pun basah jugak?"
"tak la kak. basah sikit kat kaki dengan tangan je la. kalau taknak basah, masukkan tangan kaki sume dalam poncho la kak"
"ooooooo. ok. bak 2 peket!"
punye laaaa lama kitorang beratur. rasa macam nak buat buat pengsan je supaya diorang angkat aku pegi depan sekali boleh terus naik.
setelah sekian lama menunggu, akhirnya sampai giliran kitorang. disebabkan kitorang cuma berdua je, kitorang kena share boat dengan 6 orang budak cina yang speaking omputih. nasib baik lah. boleh jugak aku paham kalau diorang ngutuk aku nanti.
tapi sekali lagi nasib tak menyebelahi kitorang. elok je boat kitorang berlepas, tetibe aku dapat rasakan titik-titik air jatuh ke muka. tetibe syira bersuara.
"eh. ape renjis-renjis ni? hujan ke?
"bukan laaaa. ni kan water ride. diorang renjis renjis la ni."
selepas kitorang merempuh beberapa waterfall dan dinasor dinasor ganas, tetibe titis-titis hujan tadi berubah lebat!
"wei hujaaaaannnnnn" syira dah jerit.
"peeehhh. ni kite memang menadah hujan ni beb."
budak budak cina tadi pun dah menjerit jerit kesejukan dan ketakutan sebab hujan memang menggila punye lebat. ada pulak sorang membe diorang tu tak pakai poncho. nak rasa macho la kot. tak sangka hujan pulak.
tak lama lepas tu, kitorang memasuki ke satu kawasan gelap. gelap teramat. boat kitorang dah terhuyung hayang. aku memang dah tak nampak apa-apa dah. nampak lampu siren kaler merah je dok berpusing-pusing.
"tiqah...kite kat mane ni? kit sesat ke?"
"isy tak mungkin la"
dalam kegelapan tu, sesekali kitorang dikejutkan oleh bunyi ngauman dinasor. aku berdebar debar sebab terbayangkan dinasor tu akan cekup aku sorang dan buai-buaikan aku kat angkasa sebelum hempas aku balik masuk boat.
tapi tu cuma imaginasi melampau aku je.
tetibe, boat kitorang stop. dah pulak. beberapa saat kemudian, boat tu bergerak ke atas. ye, macam naik lif tu. bergerak ke atas. bila aku pandang atas, waaaaaaaaaaaaa!!!!! ada sekor dinasor besar tengah menunggu kedatangan kitorang kat die. menganga cantik je.
sikit lagi sebelum cecah mulut dinasor tu, boat kitorang stop lagi. tetibe, pintu depan kitorang terbukak dan kitorang terus dihidangkan dengan lurah air terjun yang menjunam. terbaik!
menjerit jerit sume orang. yang tak boleh blah nye, syira selalu jerit " Ya Allah! Ya Allah" tetibe mase tu die jerit "Oh noooo. Oh nooo. Oh my God. Oh noooo"
ade rase nak lempang laju-laju tak?
maka sekali lagi kitorang terdedah dengan hujan lebat. basah jangan cakap la. bukan tahap perah dah. ni tahap rendam!
bila dah selesai ride, baru kitorang perasan, kitorang adalah boat terakhir yang dilepaskan. after kitorang, sume kena hold sebab hujan. HAHAHAHA. nasib baik aku sempat. dah la beratur panjang. kalau tetibe kena hold tunggu hujan stop, memang aku bako je USS tu.
aku malas nak tunggu hujan stop. dah alang-alang basah, redah je. pulak kitorang tengah pakai poncho. gasak la. terus masuk kat Far Far Away.
kat sini, memang feeling-feeling princess uolls. kingdom memang terbaik! aku suke giler castle tu. real! siap tangkap gambar kat depan castle ok. oh dream....
kat dalam castle ni, kitorang layan theater. best wooo. theater pasal shrek. 4D lagi. kalau masa tu donkey bersin bersin, peeeh memang ade air air kene kat muke siot. geli!hahaha. ada satu kali tu, shrek lepaskan banyak labah-labah. tetibe kaki aku rasa kena hinggap labah-labah! aaaaahhhh..syira kat sebelah memang dah menjerit-jerit.
dah la kitorang layan theater tu dalam keadaan basah kuyup. giler sejuk kot dalam castle.
tapi memang terbaik. habis je kitorang tengok theater, jam menunjukkan pukul 4 petang. pukul 4.15 petang, ade show dekat WaterWorld. show ni kalau terlepas memang rugi. orang memang dah membanjiri pintu masuk. masa pintu bukak, peeehhh sume orang lari-lari nak masuk dalam.
dalam WaterWorld ni, kitorang tengok show perang. live! tembak-tembak. terjun terjun. bom bom. bunuh-bunuh. fuuuuhhhh! mantap! lama jugak dalam ni. dekat sejam aku rasa. berbaloi aku tersepit sepit pastu lari laju-laju nak rebut tempat masuk dalam ni.
habis je show, kitorang masuk balik kat Far Far Away. sebab tadi tak sempat explore kawasan lain. tapi tak besar sangat kingdom ni. kejap je dah sampai pintu hujung. keluar dari situ, kitorang masuk Madagascar. ni memang best dan sweet dan comel! untuk kanak-kanak riang memang sesuai. game kat sini pun untuk kanak-kanak je. alalala tetibe aku rindu kat Aiman. sobs!
kat Madagascar ni la kitorang singgah makan. masa tu dah pukul 5. lapaq tak hengat la kan. tapi masa jalan-jalan tu kitorang ada makan jugak roti gardenia butterscotch beli masa kat JB. memang dah plan untuk makan sekali je sebab voucher makan cuma SGD 10.
kitorang yang memang dah kebulur mestilah carik nasi. banyak je restoran halal kat sini jangan risau. mana-mana yang ada logo Halal Singapore tu boleh layan. kat sini kitorang amek set nasi putih dengan roasted chicken yang berharga SGD 15. kalau convert duit Malaysia, dekat 40 hengget! nanges!
tapi kenyang giler. ayam separuh ekor hokey! sayur pulak sesenduk! pastu dapat appertizer sebekas. air kitorang beli hot latte secawan kongsi berdua. sebab kitorang cuma nak refresh balik badan yang dah kesejukan tadi. kitorang ada je air kosong sorang sebotol. takde hal.
after makan, kitorang masuk balik kat Hollywood sebab nak beli souvenir la kononnye. berpeluh aku kat dalam kedai Universal Studios Store tu. Key Chain cenonet pun harga SGD3.90. lebih kurang 10 hengget! tu paling murah dow. syira dok mengira adik die ada 4 orang, mak die, ayah die, 2 orang kakak serumah die. hamek! SGD 32 die habiskan.
aku pulak last-last decide tak beli souvenir untuk sesape. cuma beli key chain sebijik dengan fridge magnet sebijik untuk diri sendiri. nanges!
lepas beli souvenir, aku ada baki lagi SGD 15. terus aku pegi balik kat money exchanger tu untuk tukar duit Malaysia. dalam wallet memang yillek!
berakhirlah pengembaraan kami di USS. bas gerak dari USS kul 7.30 malam dan sampai kat JB pukul 8.30 malam. Sampai je kat JB, aku terus tahan teksi untuk ke Terminal Bas Larkin. kitorang beli tiket balik Shah Alam on the spot je. Dapat pukul 11 malam. sampai kat Shah Alam pukul 3.30 pagi.
sampai rumah terus terjah katil. bangun pagi, sakit-sakit badan, selsema, batuk. lengkap!
terbaiklah short holiday kat USS.
(^^)v
p/s: pesanan kepada seseorang. i know u know who u r. jangan bermain api dengan aku. I'm not Atiqah u used to know. I'm different and u r the one who responsible for that! Kau akan menyesal satu hari nanti sebab pilih aku jadi mangsa kau. Kau tak pernah tahu apa yang aku mampu buat. seriously!