Tuesday, August 28, 2012

PENGUMUMAN UNTUK MASHI ROSLI

MASHITHOH ROSLI, SILA INVITE AKU SEBAGAI READER BLOG HANG GUNA EMAIL haqitaurus@gmail.com. SAMPAI HATI HANG NO. RESTRICTED BAGAI. AKU KECIK HATI! =P

Monday, August 27, 2012

rutin kembali normal. jadinya saya merindui detik semalam.

9 Syawal sudah. Alhamdulillah.
Berat badan apecer? Ada naik kurang-kurang 3 kilo tak? Muehehe aku menganjing diri sendiri.


Raya aku tahun ni Alhamdulillah sangat best cause full of love, happiness and ukhwah fillah =)

Walaupun ada jugak pahit dan sedih mase 1 Syawal itu hari kerana kehilangan orang yang disayangi, but it was healed by kebahagiaan brought by family, friends and of course, Allah SWT =)

5 Syawal, my best friend became wife. Alhamdulillah jugak! She was extremely gorgeous on that day. And I was there during akad nikah. I was one of the witness when her husband announced the akad. Sekali lafaz je beb. SAH! Alhamdulillah again and again. Tu la bagusnya kalau nama bakal bini tak rumit dan tak panjang bebenor heee!

To the new wed, SYAFIQAH SAIDUN, congratulations darling! Aku yakin hang akan jadi isteri yang solehah pada suami dan hamba yang solehah pada Allah. Moga berbahagia dan selamat bercinta hingga ke syurga. Doakan aku ditemukan dengan empunya tulang rusuk asal aku diciptakan insyaAllah. Always pray for your happiness dear =)

Dan semalam, 8 Syawal aku berunion dengan besties yeay! Adila and Iera. From Klang, to Puchong, to Kajang and lastly to Pajam. Dah tambah besties dah iaitu si mujib jazmin hah nama penuh aku tulis. Satu-satunya kumbang dalam kuntuman 3 bunge heeee~

And u know what, si mamat sorang ni asalnya hanyalah kenalan di alam maya iaitu mukabuku. Die kagum dengan friendship between 3 of us and started to be friends with us. Kepala kitorang 3 orang pun senget sikit sama je macam die tu yang boleh je masuk air sesame. Kemudian persahabatan ni diteruskan dengan pertemuan semasa berbuka puasa 2 tahun lepas. Kemudian pertemuan kali ke-2 pulak iaitu semalam lah! Dah semangat berbaju melayu warna krim dan bersampin hah kau memang terbaik la mujib!
Photos insyaAllah will be available soon. Tak sangka dok komen-komen liking-liking poking-poking kat FB jek boleh jadik kamcing siap beraya bersama dan masukkan dia sekali dalam senarai power puff girl kitorang hahaha~

Dan harini rutin kembali kepada alam nyata iaitu bekerja puff!

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN DARI HUJUNG SHAWL-BELI-KAT-MASJID-INDIA SAMPAI HUJUNG SELIPAR-JEPUN.

Assalamualaikum!

Wednesday, August 22, 2012

hARI rAYA aIDILFITRI 2012

Assalamualaikum wbt.

How’s your raya celebration? Mine was great! Meriah tapi bersederhana hiks~

As usual like last year and last 2 years and last 3 years and blablabla, I was celebrating raya in Selangor. Yeah yeah damn right! Dah la stay Selangor, keje kat Selangor, makan minum berak study melagho sume pun kat Selangor. Raya juge di Selangor. See how loser I am? Tak masuk langsung highway PLUS uolls. Tak rasa langsung sesak jem bagai tu uolls. NOOB haha!


As my mother ialah anak jati Selangor so beginilah kehidupan aku saban tahun. My father’s village kat Batu Pahat Johor, but since my late Grandma and Grandpa no longer there (meninggal dunia), so takde nak balik Batu Pahat dah.


Raya pertama as usual, lepas mandi sunat hari raya, solat sunat raya, make up dan makan-makan bersama ahli keluarga, kitorang balik kampong kat Pulau Indah Pelabuhan Klang yang hanya memakan masa 30 minit perjalanan dari rumah. Dekat rumah nenek, makan lagi dan lagi dan lagi sambil tunggu kedatangan sedare mare dari KL. Lepas dah mengah, petang tu balik rumah semula.

Raya ke-2, adik beradik mak pulak berkumpul first at my house la kan. Makan lagi dan lagi dan lagi. Kemudian bergerak ke rumah my atok sedara yang juge berdekatan rumah aku. Makan lagi dan lagi dan lagi. Kemudian ke rumah bapak sedare aku pulak kat Putra Heights Shah Alam. Makan lagi dan lagi dan lagi beserta solat Zohor dan gosips haha. Kemudian kami 5 kereta yang sama ni menuju pula ke Kuala Lumpur untuk menziarahi keluarge atok-atok sedare yakni adik beradik nenek. Mula-mula ke Bandar Tun Razak, kemudian ke Ampang dan akhir sekali ke Kg Baru. Dan agendanye tetap sama iaitu makan dan makan dan makan.

Aku memerlukan 1 bulan untuk menurunkan berat badan sebanyak 4 kg dan aku hanya memerlukan 2 hari untuk menambah berat badan sebanyak 5kg! Damn U Damn U!


Dan lepas tuh, habis lah sesi beraya aku untuk tahun ni hahaha! Senang kan? Hari ni aku keje uolls. Hari raya ke-4 di opis bersendirian tanpa rakan-rakan seagama dan sebangsa muahaha. Tapi tak mengapa. Kerana esok aku akan sambung cuti dan membawa diri ke Kedah! Gua putus cinta. Haruslah pegi jauh-jauh untuk mengubat hati yang lara, tak gitu?muehehe~


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. SEMOGA IBADAH SEBULAN KITA SEPANJANG RAMADHAN DITERIMA OLEH ALLAH SWT DAN KITA TETAP ISTIQAMAH MELAKUKAN IBADAH SEMAKSIMA MUNGKIN SEHINGGA KITA BERTEMU LAGI DENGAN RAMADHAN TAHUN DEPAN INSYAALLAH.

Thursday, August 16, 2012

status raya mereka dan saya berbeza

kat office aku, kitorang selalu berhubung melalui skype. boleh la eksyen eksyen buat keje khusyuk tengok screen komputer muka kerut kerut padahal dok bergosip dengan kakak HR dalam skype.

yang aku tak puas hati giler ni, sekarang ni punya status kat skype memasing tak mau kalah bai.

'I'M ON LEAVE FROM 16/8/2012 - 26/8/2012'


aku punya status dekat skype pulak

'16/8/2012 THURSDAY GOING TO xxxx FOR MONTHLY AUDIT SESSION'

ape ape jadah la kan? 

nak jugak aku menguar-uarkan tentang cuti raya aku. tapi aku malu. malu giler ar. mau kena bahan je dengan kak suzi jawa tuh. malu malu malu.

malu aku nak buat status ni 

'I'M ON LEAVE FOR RAYA FROM 23/8/12 TO 24/8/2012'


serupa macam tak payah cuti je. APE CELOP???????


p/s: ni lah akibatnya kalau aku bekerja di Klang, menetap bersama keluarga di Klang, dan menyambut raya bersama nenek, makcik pakcik, sepupu sepapat di Klang.

Wednesday, August 15, 2012

pasrah sudah saya~

Hai hati, jangan terlalu layan rasa kecewa tu..
Tak bagus untuk kesihatan..

It’s ok. Sekurang-kurangnya Allah pernah pinjamkan dia untuk membahagiakan awak..
Walaupun sekejap…

Wednesday, August 8, 2012

I think I hurt someone heart. I am really sorry but I have to do that for u to give up and let go. Aku mengaku selama ni aku memang rimas tapi aku tak sampai hati nak bagitahu. And I thought, u will understand my silent and try to let go but u didn’t! I have to reveal everything. Aku mintak maaf sangat tapi bila aku tak selesa dengan seseorang, hidup aku jadi tak tenang. Aku pentingkan diri, aku tahu. Aku nak tenangkan hati aku sendiri tapi aku dah sakitkan kau. Better now kan? Lagi sekali aku mintak maaf.

Ramadhan terakhir mungkin...

Assalamualaikum wbt..

10 days ahead to reach Syawal. Time flies fast kan? Ape je dah buat dalam 20 hari Ramadhan ni? Quran dah khatam ke? Juzuk berapa dah? Ke tak smpat nak sentuh langsung? Yela sibuk kan. Siang keje. Balik keje sibuk masak pulak. Lepas berbuka dah letih. Terus tido sebab esoknya nak kena bangun awal pagi lagi masak sahur pastu bergegas gi keje. Sibuk kan bunyik?

Kadang-kadang aku terfikir untuk diri aku, seolah-olah tuntutan duniawi tu lebih penting dari tuntutan akhirat. Padahal kan, tugas manusia kat dunia ni untuk kutip bekalan untuk akhirat nanti. Apsal ha kita macam ni?

Kalau keje dekat KL tapi dok kat Shah Alam, selalunya pukul 6 pagi dah kena keluar dari rumah. Nak menempuh jem dengan perjalanan yang agak jauh. Sanggup? Sangguuuuup. Kena bangun pukul 5 pagi sebab nak bersiap ke tempat keje. Tapi kalau suruh bangun pukul 5 pagi untuk qiam, agak-agak kesanggupan tu sama ke dengan kesanggupan bangun awal pagi untuk pegi keje?

Lambat masuk keje, menggelabah puyuh takut bos marah. Melambat-lambatkan solat tak takut ke Allah marah?

Tak dapat pegi teraweh sebab alasan letih keje. Sanggup tak kalau tak keje semata-mata sebab taknak letih untuk buat ibadah pada Allah? Kenapa macam lebih pentingkan hal dunia? Ye memang teraweh tu sunat aje. Tak wajib pun. Tak dosa langsung kalau tak buat. Tapi dalam 365 hari, cuma 30 hari je yang ada teraweh. Tak rasa sayang ke?

Jangan bagi alasan takde mase. Sebab mase tu ada. Kita yang kena cari masa. Takkan lah Allah masih belum cukup bijak to provide us with 24 hours a day yang mana kita claim as not enough? Kita lagi bijak dari Allah ke?

I used to know this 2 ladies. Let me call them as A and B je la ek. This 2 ladies are my friends, back to UiTM. During my zaman stadi la. They were classmate. They got the same assignment, the same dateline, the same exam at the same time, the same thing to study. Everything was the same. But this so-called A, she’s also involved in university club activities which occupied her time during weekend. And she’s also doing part time job at nigh from Monday to Thursday. That’s mean, A got more work to do compare to B. But when there comes to Test day, B lady said she has not enough time to study because lots of assignments to settle and lots of things to be studied. Well then, kalau dah B pun cakap tak cukup masa, A macam mana? Bertambah tak cukup masa lah? Tapi at last, dua-dua pun grad at the same time. A tak terkandas pun dengan keadaan dia yang tak cukup masa tu.

Kita pun sedar sekarang ni masa terlalu cepat berlalu. Rasa macam baru je mula puasa. Sekarang dah masuk fasa terakhir bulan Ramadhan pun. Kalau dah tahu masa tu laju sangat, kita mana boleh slow slow lagi dah. Tak valid dah untuk zaman ni.

Leka dengan keseronokan dunia. Asyik nak pikir keseronokan diri sendiri. Ada duit lebih je pegi tengok wayang, karok, bowling, buy branded stuff. Hujung bulan, pokai. Simpanan langsung takde. Bila tetibe Allah turunkan ujian, terkontang kanting nak handle sebab langsung tak buat persediaan or bekalan. Lepas tu mula la nak rasa kecewa dengan diri sendiri pulak. Nak salahkan takdir. Dengki bila tengok orang lain senang-senang je dapat kebahagiaan dan kejayaan. Padahal, sume pun datang dari diri sendiri.

P/s: teguran keras ni untuk bagi tamparan pada diri aku sendiri. Bukan untuk menyindir sesiapa.


Wednesday, August 1, 2012

My Ramadhan 1423H, 2012

Assalamualaikum wbt.

InsyaAllah, harini hari ke-12 umat Islam kat Malaysia ni berpuasa. tapi aku.. er.. er.. 12 ke? thihihi~

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur kita semua. sempat lagi beribadat. kumpul amalan. sementara masih bernafas ni. nak buat bekalan kat akhirat sana. yang kekal. forever and ever tu.

Alhamdulillah, setakat ni aku mampu istiqamah lagi dengan niat aku dan azam aku before Ramadhan itu hari. ha, bukan tahun baru je tau aku ade azam. tahun tak baru pun aku berazam. pendek kata, aku ni sentiasa mempunyai azam. tapi terlaksana atau tak, malas nak kabor.

Setakat ni, aku masih mampu berbuka puasa kat masjid, solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah dekat masjid. kakak aku yang tengah pregnant tu, dah banyak hari missed sebab dia kurang sihat. kesian dia. Syukur Ya Allah Kau beri aku kesihatan lagi untuk aku istiqamah.

I am very lucky to be chosen by Allah, to have big, beautiful, and comfortable mosque just at my 'door step'! beberapa langkah je dari pagar rumah, dah masuk masjid. pagar masjid pun beberapa jengkal je jarak dari pagar rumah aku. dah kalau aku yang paling hampir ni tak mengimarahkan masjid, yang jauh tu acaner? lagi malu kalau tengok makcik-makcik yang dah sakit lutut tu, jalan kaki lebih jauh dari aku. tapi tetap semangat ke masjid. malu wei malu!


aku selalu dapat kata-kata ni dari kawan-kawan yang hidup membujang
"best la kau. balik rumah jek mak dah masakkan. takyah susah nak pikir nak beli ape kat bazar tu ha. duit pun jimat dow. syiok ar.."

well, all i can do is just, SMILE. friend, i had that time before. Having Ramadhan all alone. break fast all alone. sahur, all alone. all by myself. for the whole Ramadhan dear. when people ate ayam percik, murtabak, bubur lambuk and all delicious foods from bazaar, I only have mi segera to break fast. cause it's raining heavily outside while all i have was just a motorcycle without roof. no refrigerator to keep my foods. no microwave to heat up my foods. all i have was just, stove and mi segera.

Tapi bila pikir-pikir balik, adventurous wo. 

Tu tahun lepas la. Tahun ni alhamdulillah, 30 hari dalam Ramadhan aku dengan familia (^^)

dan tahun ni penuuuuh sangat jadual sepanjang Ramadhan ni. Jemputan iftar tu selalu sangat. dekat masjid sebelah rumah ni memang hampir tiap hari. weekend with friends. dan dan dan, aku tokey sekarang. hihihi. tokey cookies choc chip almond. wohho! tempahan berduyun-duyun. alhamdulillah. tapi penat la sikit. takpe, rezeki Ramadhan. jangan sampai aku terabaikan ibadah puasa and teraweh udah la ye.

Guys, 18 days more to go. tinggal sikit je kan? kenapa cepat sangat Ramadhan nye? Moga kita sama-sama dapat manfaat dengan Ramadhan ni. entah berpeluang ke tak jumpe Ramadhan tahun depan. ape lagi, Pulun wei Pulun bak kata orang Kedah. =)

Assalamualaikum!

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..