nak cite pasal kenangan berpuasa yang lepas, banyak giler kot. rasanye tak larat orang nak baca *eh ade ke orang yang baca?*
last year punyer Ramadhan, aku rasa yang paling best, meningfull and penuh dengan aktiviti best. last year aku masih lagi bergelar pelajar. almost the whole ramadhan tu kat uitm la. weekend je balik rumah berbuke ngan famili. cause i was very busy at that time. buat FYP, keje kat gerai kawan aku kat bazar uitm, keje kat Pena. penat tapi best and meaningful.
kalau hari aku duty jaga gerai, aku memang berbuka kat gerai je la. tapi yang bestnye, makcik yang jual lauk kat sebelah gerai kitorang tu baik! selalu bagi kitorang amek lauk free. jadinye, aku selalulah buka pose makan free!!
kerap jugak aku pergi Masjid Shah Alam berbuka kat sana. again, FREE!!! free dan SEDAP wallawei kot!!! tapi kalau nak pegi masjid tu, kena pegi awai. around 5.30 pm. kalau pukul 6 ke atas tu alamatnye dah takde extra food la. dan berbuka kat masjid ni sangat best sebab terasa sangat bahang Ramadhan. berbuka ramai-ramai dengan orang Islam yang lain, mengeratkan silaturrahim. yang tak kenal pun boleh kenal, yang dah kenal lagi-lagi la kenal. best woo. pas makan, solat sama-sama. dah la feel dalam masjid tu nak sama plak ngan feel dalam Masjidilharam. peehh terbaik wa cakap.
tapi tahun lepas ade gak yang sadisnye. aku berbuke kat LAB. sob~ sob~. aku memang sibuk sangat buat FYP. lab tu dah jadi rumah kedua aku. eh! rumah pertama kot. almost all the time aku spend kat lab. ade satu hari tu, aku kena buat extra analysis. ingatkan sempat. tapi bile dah siap buat, kemas-kemas lab la, cuci tools segala bagai, lambat jugak. dah azan, aku masih kat lab lagi. tapi aku sempat la pesan kat member aku belikan makanan untuk aku. aku berbuka pukul 8 mase tu. ujian...ujian...
tu kisah tahun lepas. dengan kawan-kawan universiti. dengan kawan-kawan belajar. zaman student-student. sikalang ar, wa sudah bukan student lagi. wa talak boley pelcaye. wa talak boley telime kenyataan woo. wa lase wa masih budak-budak. wa mau ikut kawan-kawan wa berniage kat bazar lagi..waaaaa~~~~~~~~~~
mase kecik dulu, aku ni jahat sikit. sikit je la jahatnye. baik lagi banyak dari jahat. so aku kekadang tipu pose. aku curi-curi gi minum air dalam bilik. mak aku memang letak sebotol air dalam bilik tidur, senang nak minum malam-malam. mase tu rumah 2 tingkat. memang giler malas nak bangun tidur turun bawah gi dapur cari air. disebabkan kemudahan itu, aku selalu la buat-buat masuk bilik. padahal aku minum air dalam bilik tu. kang malam nak tidur mak aku mesti pelik "aik! kosong dah botol ni? bile pulak diminum? nak kate toyol, sekarang bulan pose." aku?? macam biase. muke tak bersalah der~
masa darjah 1 sampai darjah 6, kalau pose abah akan bagi duit. peh kuat makan rasuah gak aku kecik-kecik dulu. aku siap tulis dalam buku 555 lagi tau tarikh and amount duit. kalau pose penuh sehari dapat sengget. pose separuh hari dapat 50sen. bagi budak-budak, tu dah cukup lumayan kot. kau bayangkan kalau sebulan pose penuh, dapat 30 hengget! tu tak termasuk duit raya kumpul-kumpul lagi tu. kayo la jugak sekejap. takat nak beli paddle pop 43 batang pun mampu.
tapi bile aku dah WAJIB POSE, korang paham kan maksudnye? abah aku dah tak bagi dah. abah aku kata "kena pose kalau tak dah dosa. abah dah tak boleh bagi duit dah". tapi sebab aku lambat matang walaupun dah WAJIB POSE, aku cakap plak "alah abah bagi la. tak best la camni dah tak dapat duit kalau pose". malang abah aku dapat anak mata duitan cam aku nih.
kekadang pose setengah hari. dulu aku ingat memang wujud pose setengah hari. pahala dapat setengah. aku dah besar sikit baru aku tau, pose setengah hari tu serupe je la dengan tak pose. NOOB!
kalau berbuka pose tu, jarang la nak beli kat bazar. kalau nak beli pun, murtabak denga tau fu fah. famili aku gila murtabak ngan tau fu fah. makanan berat, mak aku masak. mak aku memang terbaik bab masak-masak ni. tiap-tiap hari menu memang special. mee bandung la, kuew teow tomyam la, nasi ayam berempah la, mee kari kerang banjir la. pehh aku tengah tulis ni pun dah leleh-leleh. maklum la pagi tadi tak terbangun sahur. terlajak tidur. adoi!
tapi sekarang ni aku kena gi bazar hari-hari. dan aku rasa tak best pun. nak beli makanan untuk sorang makan, alahai! pastu balik rumah pun buke sambil ngadap laptop. bosan. aku dah bosan hidup bujang. cepatlah masuk meminang aku wei!!!! EHH???
tulah antara hal-hal pose aku. bile kenang-kenang balik, best jugak kenangan tu sume. nanti anak aku baca belog mama die ni malu aku die tau perangai tak semenggah mama die. eh anak pulak? aisy~
ok guys, salam Ramadhan. beramal dan beribadatlah kerana Allah. May this Ramadhan make us be a better MUSLIM insyaAllah.
Assalamualaikum