Wednesday, July 18, 2012


kenapa orang lain mudah melukai?
kenapa aku tak sanggup nak melukai?

kenapa orang lain mudah buang aku dari hidup diorang?
kenapa aku payah sangat nak buang orang dari hidup aku?

kenapa orang lain senang nak melupakan aku?
kenapa aku rasa teramat susah nak melupakan orang?

kenapa orang lain mudah bertindak kejam kat aku?
kenapa aku tak sanggup nak buat benda yang sama?

kenapa aku sanggup berkorban untuk orang yang tak sanggup pun nak harungi hidup dengan aku?


kenapa orang lain kejam sangat dengan aku?
kenapa tiap kali aku nak bertindak kejam kat orang lain, aku tak mampu. tak sanggup. tak sampai hati.



aku mengaku aku tak mampu nak buang kau. tak sanggup nak melukai kau. tak terdaya nak kejam dengan kau.




Tuesday, July 17, 2012

Ramadhan, will I have a chance to meet U?

Assalamualaikum wbt.

Ramadhan akan menjelma dalam masa 4 hari je lagi InsyaAllah. 
Moga umur aku masih panjang untuk merasa Ramadhan kali ni.
Moga iman aku masih teguh untuk mengimarahkan Ramadhan. 
Moga aku cukup kuat untuk istiqamah dalam beribadat. 
Moga Ramadhan kali ni dapat mendidik aku jadi hamba Allah yang lebih taat. 
Moga Ramadhan kali ni mampu mendidik hati aku untuk lebih tabah. 
Moga Ramadhan kali ni boleh melatih aku untuk mengalirkan air mata hanya kerana Allah.


Aku berada di fasa yang paling bawah sekarang ni.
Hati aku perit sangat.
Hati aku pedih sangat.
Hati aku hancur.

Allah je yang tahu.



Ramadhan, please come fast. I miss u. I need u.

Saturday, July 14, 2012

RESIPI BLUEBERRY CHILLED CHEESE CAKE



 Asalamualaikum wbt.

penat jugak aku kebelakangan ni. last weekend, aku buat trip to Kuala Lumpur. is it sound nice, for a person live in Selangor? sound noob!

insyaAllah bout that, nanti kendian la aku tempek kat sini. memey syiok wei jelajah Kuala Lumpur, dengan syarat, waktu kena tepat supaya tak bersesak. Pfff~

here i am, to tell u guys bout my previous kitchen disaster program. muahaha. blueberry chilled cheese cake. eh, actually, it's blueberry yoghurt chilled cheese cake.

kat rumah ni, terdapat pesakit kencing manis. oleh yang demikian, aku kena limitkan stok kat rumah. almost half of the cake la aku bawa pegi opis and happy sangat bila ramai yang suke (^^)

first of all, aku nak bagitau yang aku amek resipi kek ni dari sini.  tapi ada sikit-sikit aku olah, sebab kalau ikut resipi ni, kecik nau kek nye. lagi pulak, kalau aku ikut resipi asal, sume bahan yang aku beli nanti aku gune separuh je. then lagi separuh nak buat ape? nak simpan untuk next cake? i will not doing the same cake dah dalam masa terdekat. itu pasal la aku habiskan je sume bahan dan jadi la 2 kali ganda dari resipi asal. tapi untuk kuantit yoghurt, aku tak tambah pun. sebab yoghurt tu masam lemak. mudah muak kalau aku boh banyak sangat. ni aku buat ikut tekak sendiri la ye. u can try it either =)

ok guys. mula-mula bahan yang diperlukan ialah.............



biskut oreo yang dah dikisar. kali ni, aku berjaya menjumpai biskut oreo hancur yang dijual tanpa krim. yeah hebat kan aku? so takyah dah la susah-susah nak buang krim lagi, kisar lagi. aku terus timbang jek. senang! kalau ikut timbangan, guna 100 g. tapi tak salah pun kalau nak guna lebih sikit. tebal la sikit base nye nanti. pepandai la adjust ho.



next, butter. lebih kurang 50 g. masa nak gaul dengan biskut oreo tu, letak sikit-sikit tau. rasa texture doh tu masa gaul. kalau berderai, baru tambah agi butter. kalau dah boleh kepal-kepal tu, cun dah la tu. boleh terus press je kat dalam bake pan.



2 sudu besar gelatin. campur dengan 3 sudu besar air panas dan larutkan. 


 

make sure betul-betul larut tau. kalau dah kacau tu tak larut gak sampai larutan tu dah sejuk, rendam bekas yang ade larutan tu dalam mangkuk isi air panas then kacau lagi.



 

next, 150 g blueberry topping.



1 bekas yoghurt perisa blueberry



250 g cream cheese. usually, aku guna brand Pheladelphia. tapi masa nak membeli tuh, habis stok pulak kat kedai amoi tu. takde pilihan der. aku bantai je brand Tatura ni. tapi bagi aku takde beza pun. orait jek. rasa pun sodap yo.



250 ml whipping cream

60 g gula kastor / gula icing.

ok now we go to the steps.

campurkan mentega dengan biskut oreo hancur. gaul-gaulkan mereka sebati lepas tu press dekat dasar baking pan.

 

 aku lapik dulu dengan aluminium foil supaya senang nak angkat keluarkan dari baking pan ni lepas dah siap nanti. tapi kalau taknak lapik pun takpe. tak dosa ok. kek pun sedap je tak kurang rasanye. hehe.


 after pressing, ni la jadinye. tekan tekan tekan bagi padat tau. baru la tak berderai masa nak potong nanti. make sure kuantiti mentega pun mencukupi masa gaulkan tadi. baru la tak pecah. ok lepas dah press padat-padat cenggini, simpan dalam chiller ye. bekukan die. then jangan lah pegi tengok tv atau berchatting dekat wassup pulak. buatla kek nye pulak.hihihi.

ok, campurkan cream cheese, gula dengan blueberry topping. beat sampai sebati gune mixer. kalau korang cukup gagah, try la beat dengan tangan. mau beroleh ketul-ketul mucle tu haaaa kau.

 

orait bebeh. dah sebati kan? cuuun~


masukkan yoghurt blueberry pulak. lepas tu kan, korang kacau sikit-sikit je bagi sebati, guna senduk ke, whisk ke, sudu ke, spatula ke. takyah nak mengade gune mixer dah. pemalas nau namanye tu.

lepas dah sebati, masukkan pulak larutan gelatin tadi. korang sediakan larutan tu bile dah nak gune tau. kalau korang buat awal-awal, nanti die beku balik. dah tak boleh gune dah kecuali korang rajin nak panaskan semule gune double boiler. kalau aku, memang malas.muahaha~

lepas masukkan larutan gelatin, kacau lagi kasi sebati. 

dalam bekas lain, masukkan whipping cream. beat gune mixer kelajuan sederhana. after few seconds, tukar ke kelajuan tinggi. beat sampai jadik kental macam kat gambar bawah ni ha.



lepas dah siap ni, masukkan whipping cream ni sikit-sikit dalam adenan kek tadi tu. boh sikit then kacau. boh sikit agi kacau agi. sampai la habis semuanya.

keluarkan base oreo tadi dari dalam chiller. tuang adunan kek ni atas base oreo tu tadi.




hasilnya jadi macam ni.



lepas tu, masukkan dalam chiller semula. biarkan dalam tu lebih kurang 4 jam. atau sampai beku. tapi lagi lama simpan lagi sedap. sebati rasanye.

...
...
.....
...
...
...
.....
...
...



tada!!!!!!! keburukan kek aku ni terserlah dengan jayanyeeeeee. 

aku hias gune blueberry topping yang sama jugak. yang putih tu pulak cream. tapi yang dah ready made punye. aku tinggal picit dan hias je. tapi mungkin sebab aku gune yang murah punye, cair dalam masa 3.58 saat! tak sempat la den nak posing-posing kan kek den ni ha nak snap gambar dah cair. tak menyempat!

ok selamat mencuba =)





Friday, July 6, 2012

U..please listen to me..


U..

Please don’t do things just to satisfy me.
Please do things for your own sake.
Trust me, I’ll accept u as who u are.
I’ll accept u even at your worst.

Ya Allah, kuatkan lah dia.

Tuesday, July 3, 2012

sepintas lalu dulu ye. blueberry chilled cheese cake with oreo base

Assalamualaikum!!!!

ok aku mengaku aku sangat sibuk oleh itu aku hanya akan tayang gambar kek terbaru yang aku buat manakala resipinya akan aku cite kemudian bila aku dah tak sibuk ho.


*fuh! senapas je hah. semput den*

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..