Harini 16 April 2012. lagi sebulan, umur aku nak masuk 2* tahun. Muahaha. Sengal nak berahsia. Apa ada pada umur ye tak? Janji gua awet muda, jiwa remaja gitu.
Umur aku nak masuk 24 tahun dah sebulan lagi. Dewasa enough to think bout my future. Rata-rata kawan aku dah bertunang walaupun belum ada keje tetap. Ada yang dah kawin. Tapi yang aku perasan la kan, kawan-kawan belajar uitm, baru sorang je dengar cite bertunang. Yang lain, macam busy benor keje. Tak dengar kabar berita langsung.
Termasuk la aku jugak~
Sangat sibuk sekarang ni. Keje approximately 14 hours a day, 6 days per week. Another 1 day in a week tu, pun keje jugak tapi separuh hari je. Tapi yang tinggal separuh tu la selalunya ada je hal, last-last tak dok rumah jugak. Balik malam jugak. Atoiyai~
Kesian mak sorang-sorang kat rumah. Adik dah balik kedah sambung belajar. Abang dengan kakak, dah ada tanggungjawab sendiri dengan famili yang baru dibina. Kakak pulak tengah pregnant sekarang. Tak dapat selalu balik teman mak. Mak mesti sunyi. Nasib baik ada si kecik-kecik dua ekor tu, untuk dilayan dan melayan. Hehe. Sabar ye, sampai masa aku akan slow down jugak nanti and give more priority to my family. But, after I achieve my target, my dream, my aim! insyaAllah.
Target aku? Biarlah rahsia buat masa sekarang. Sebab aku Cuma merancang. Belum tentu termakbul. Aku dah succeed nanti, baru senang hati nak berkongsi.
Aku harap sangat tahun ni aku dapat sume yang aku dah listkan dalam WANTED LIST. Tahun depan, nak settle down kalau diizinkan Allah.
U know what I mean by settle down? Ngeeeeeeeeee~
Ya Allah Ya Tuhanku,
Beri aku kekuatan hati, jasad, dan mental.
Untuk aku terus berusaha mengejar impian.
Ya Allah, aku punya harapan,
Yang tak mampu aku miliki tanpa izinMu..
Makbulkanlah doa, harapan dan impianku Ya Allah~
2 comments:
Assalamualaikum kak. :) Saja singgah.
waalaikumussalam..sila sila..jemput jemput..tambah nasik..hehe..
Post a Comment