Assalamualaikum dan selamat petang
Harini Jumaat. Selalunya hari Jumaat ni hari yang ditunggu-tunggu oleh orang yang bekerja. Tu pun kalau kerja sampai hari Jumaat la. Kalau sabtu pun kerja, aku tak tanggung.
Bila datang hari Jumaat, nak buat kerja pun dah takde mood. Sebab, dok pikir weekend je. Ape mau bikin la Sabtu Ahad. Mau dating kat mana. Nak tengok wayang cite ape. Jenuh memikir plan untuk cuti dua hari tu sampai kerja banyak terabai.
Tapi aku terkecuali. Sebab Sabtu ke, Ahad ke, sama je bagi aku. Hari-hari pun aku kerja maa. No weekend.
Tapi harini quite lemau. Ntah kenapa. Kurang iron gamaknye. Pulak tengahari tadi makan banyak bebenor tahap melampau sampai kena pegi toilet adjust seluar lepas lunch. Mata pun ape lagi, berat maksimum la. Pastu dok salahkan setan la kengkonon bergayut kat mata. Padahal semua oksigen dah berkumpul kat perut, berjuang habis-habisan sebab nak membantu dalam proses penghadaman makanan yang banyak tu, itu sebab dah takde oksigen kat otak. Dan itu jugak sebabnya mengantuk tahan babun. Otak kurang oksigen der~
Tersengguk depan komputer aku dibuatnye. Dah tamper diri sendiri se-das dua pun masih mengantuk. Aku pun berkira-kira nak pegi bancuh Nescafe tambah coffee mate gandingan ideal tu. Masuk pantry, wallawei bau sedap pulak ni. Ada orang tengah goreng nugget la nak bagi customer rasa. Aku tibai 2 pinggan nugget tu lepas siap bancuh Nescafe sama coffee mate. Tapi aku takde la pelahap. Aku agih-agih ke seluruh opis. Aku amek 3-4 ketul je.
Makan nugget beberapa ketul, pekena sama Nescafe bancuh dengan coffee mate panas-panas, kebetulan cuaca kat luar tengah hujan sejuk sejuk, sambil dengar Hot FM, sambil layan report audit yang belum settle. Gua rasa masyuk pulak Jumaat gua hari ni.
Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment