Assalamualaikum and a very good evening.
jam kat laptop aku dah pukul 12.38 tengah malam waktu aku dok menaip ni. sejak aku kerja ni, aku jarang tido lambat. tambah-tambah lagi malam isnin. paling lambat, pukul 12 la dah masuk bilik tutup mata rapat-rapat pas baca doa. tapi malam ni, aku nak rase jadi remaja semula di mana masa zaman remaja dulu, aku selalu tido lambat. pukul 2 pagi, relek agi der. dok layan lagu-lagu jiwang kat hotfm. kekadang gatal tangan call ikim nak cakap dengan ustaz-ustaz or sape-sape la DJ yang berugas. kekadang tengah malam pegi basuh baju kat toilet. tapi selalunya aku terpaksa stay up sebab nak buat kerja la. siapkan esemen, atau lab report, atau proposal, atau thesis. atau pun aku study untuk test keesokannya. paling awal aku akan study untuk test adelah lebih kurang 20 jam sebelum test. tu paling awal. sejam sebelum test baru nak study pun, penah buat. sila jangan tiru aksi tersebut ye adik-adik. kerana anda pasti akan menyesal sebaik sahaja anda selesai menjawab test tersebut.
husyo. aku dah melalut.
disebabkan esok aku telah mendapat cuti yang aku minta awal sebulan, maka malam ini aku dengan berlagaknya tido lambat.
*yawn*
ops! termenguap pulak. hihihi *gelak sopan*
ekceli kan, aku tengah tunggu kek aku siap bakar ni. tangan aku dah gatal-gatal la nak buat kek. aku kira-kira, dah berbulan aku tak buat kek. rasanya, tahun 2012 ni langsung tak penah buat kek. untuk memastikan bakat aku mengadun kek tu tak hilang, aku dah buat keputusan untuk buat kek hari ni, tak kira walau sesibuk mana pun, kek harus siap! jiyeh~
pagi tadi seawal jam 9.40 pagi aku dah terpacak depan kedai. lepas opening, buat keje macam biase. pukul 1 tengahari habis la sudah waktu kerja. lepas solat zohor, aku dengan si comel Nas gerak gi Jaya Jusco Bukit Raja yang terletak disebelah Federal Highway tak jauh dari I-City Shah Alam. *dah macam google map dah explanation aku ni ha*. niat di hati aku, memang nak shopping habis-habisan sebab dah lama tak shopping dan memanjakan diri sendiri. lepas ni, aku saving semula. ngeh ngeh ngeh.
2-3 kali la jugak aku terpaksa ke ATM. adoi syaithon ini semua. takpe, aku janji takkan shopping lagi untuk 3 bulan akan datang! *tu pun kalau korang percaya*
lebih kurang pukul 6 lebih aku sampai dekat rumah. rase exhausted sangat sebab sepanjang hari tak rehat. mula dah rase sangat malas nak buat kek. tapi disebabkan aku telah berjanji kepada si comel Nas, nak kasik die kek yang aku buat, maka aku gagahkan diri jugak. itupun selepas aku berpuas hati dengan persembahan protege Faizal Tahir pada konsert mentor 6 minggu ke-3 kumpulan A. makanya, pukul 10.30 malam baru aku mulakan operasi membuat kek.
kek keju biskut oreo!!!!!
macam pelik je bunyinye.
Oreo Cheese Cake!!!!
baru sedaaaaaap sikit nyebutnye. bajet omputih. padahal, Jawe!
aku plan, esok aku nak update la pasal kek ni. macam mana aku buat sampai jadi sebiji kek yang enak. itupun kalau esok aku rajin la. sebabnye, esok aku nak jalan-jalan kat Ikea. makan meatball yang best tuh, dan bajet-bajet heaven dok kat rumah idaman. tahukah anda, berjalan di dalam Ikea itu, boleh membuatkan anda leka dengan segala barang dan perhiasan yang berada di situ? itu pun kalau anda pencinta rancangan deco-deco la.
sekian sahaja bebelan saya untuk malam ni.
p/s: saya rasa saya better tido awal macam biase. kalau saya tido lambat macam harini, saya banyak mengarut. kan?
No comments:
Post a Comment