Assalamualaikum wbt
Seperti yang aku rancang semalam, harini aku bersemangat untuk cite pasal kejayaan aku buat kek keju oreo! tapi kan, sebenarnye kan, kan kan..er..takde la jadi sangat pun. ngeh ngeh ngeh.
disebabkan aku buat kek ni pada pukul 10.30 malam dan lampu kat dapur pun macam hidup segan mati tak mau, maka kualiti gambarnye tak berapa bagus walaupun aku telah berusaha menggunakan kamera terbaik yang aku miliki. rupanye takde la power mane pon kamer DSLR D3100 aku tuh! huh! *atau aku yang tak pandai main setting? poor me~*
ok ok back to business.
aku dah selalu bikin cream cheese cake, tapi ni first time aku bikin oreo version. disebabkan aku sangat pemalas nak cari lagi resipi yang memang khas untuk buat oreo cheese cake, maka aku dengan sukahati je tambah tolak darab bahagi resipi cream cheese cake yang sedia ada, sehingga terjadilah oreo cheese cake ini.
mula-mula, aku asingkan cream dengan biskut oreo tuh. kacang putih jak bha rupanya. kamek ingat susah gilak! aku bukak je apitan biskut tu, pastu tarik ngan jari je cream putih tu. langsai! untuk base, aku guna 2 bungkus oreo ni. kalau ikut resipi, kena guna 2 cawan serbuk biskut marrie. tapi aku tak mau membazir oreo yang dah aku beli dengan hanya menghadkan kepada 2 cawan, maka aku habiskan semuanya. muahahaha!
lepas dah siap asingkan macam gambar kat atas ni, aku patah-patahkan dulu biskut tu sebelum kisat haluuuuuus. cream tu, kalau anda mampu makan begitu sahaja, maka dipersilakan. aku buang jek. kesian die kan? membaziaq~
lepas dah kisar halus, satukan dalam bekas zink. eh sebenarnye tak kisah bekas zink ke plastik ke kaca ke. sukati la pendek kata. gunakan kewarasan akal je ye. kemudian masukkan marjerin / planta yang dah lembut dan gaul mesra bersama serbuk biskut oreo tu. kalau ikut resipi asal, satukan 1/4 cawan planta dengan 2 cawan serbuk biskut. tapi aku yang malas ni, hanya menggunakan sense untuk mengagak kuantiti planta yang diperlukan. ini bukan penipuan. ok meh aku kasik tips. bila dah boh planta tu, gaulkan mesra. mesti gaul guna tangan yang dah dibasuh dengan air mutlak mengalir beserta sabun anti-bakteria ok. masa gaul gaul tu, rasa sendiri dengan tangan sendiri. agak-agak elok je boleh kepal-kepal, tu maknanye cukup la planta. kalau gaul pastu dok berderai je takmau langsung bersatu mesra, hah tunggu ape lagi. tambah la lagi planta tu. kalau terlalu moist pulak, tambah je serbuk biskut tu lagi. self-adjustment ok~
bile dah gaul mesra dengan planta, jadila seperti ini. disebabkan biskut oreo ni dah manis, aku tak tambah la gula. tapi kalau guna biskut marrie, sila tambah sedikit gula haluuuuuus ok. agak-agak dalam setengah cawan. ikut tahap kencing manis korang la. eh ikut tahap penerimaan kemanisan korang la.
lepas tu kan, padat-padatkan lah adunan tu kat dalam dulang pembakar. ok yang ni aku guna loose base non-stick baking pan. so, aku tak perlu la sapu-sapu mentega kat baking pan ni. kalau korang guna dulang zink biase, sapu mentega dulu hokey~
lepas tu, bakar dalam oven 150 darjah celcius lebih kurang 10 minit.
sementara nak tunggu bakar base oreo tu, boleh la kita buat cream cheese pulak.
dalam bekas kuning ni adalah susu pekat manis berkrim ye adik-adik. timbang sebanyak 400 gram. yang ni, aku terpaksa merajinkan diri timbang dengan setepatnye sebab taknak jadi terlalu manis. kang aku main agak-agak boh setin tu, kencing manis terus kang, susah gak.
dan ini adalah cream cheese berjenama pheladelphia. memang selalu aku guna yang ni je. aku guna 500 gram. kalau nak guna 600 gram pun boleh jugak. masih ok lagi dengan sukatan susu tu. tapi aku kedekut la jugak nak beli cheese ni sebab mahal. tu pasal aku cut down kuantiti die. sukahati jek~
dah sediakan cheese dan susu? ok kita ke step seterusnya. potong cheese tadi kecik-kecik ye. jangan terus beat seketul 500 gram tu. mau rosak mixer haku. sebelum tu, pastikan cream cheese tadi nerkeadaan soft pada suhu bilik. kuarkan dari peti sejuk awal setengah jam sebelum guna. jangan la beku-beku tu nak guna no. pikiaq biaq logik sikit. thihihi~
lepas dah potong, masukkan dalam mixer lepas tu beat dengan kadar maksimum. iye. maksimum sampai jadi soft dan hancur haluuuuus macam gambar kat atas ni ha.
lepas dan haluuuuuuus, slowkn sikit mixer tu dan tuang slow-slow susu pekat tadi pastu sambung la mix lagi sampai sebati ye.
lepas tu, amek 3 biji telur ayam gred B. basuh elok elok, lap keringkan. lepas tu masukkan sebiji-sebiji dalam adunan cheese tadi sambil mixer tu masih menjalankan tugasnya. kalau guna telur gred A, guna 2 biji pun cukup dah. mix lagi sampai mesra bergaul bersama.
kalau ikut mat saleh, depa guna lemon. tapi aku bukan mat saleh mahupun minah saleh. aku keturunan jawa bugis maka aku bangga mengatakan aku mengubah resipi ni dengan menggantikan lemon kepada limau nipis. HIDUP JAWA!!!!
ok ok sori teremo. perah la sebiji limau nipis tu. asingkan biji. jus nye, masukkan dalam adunan cheese + telur + susu tu tadi. pastu kacau la sikit kasi sebati.
Tada!!!! dah sebati~
ok masihkah anda ingat pada base biskut oreo yang dibakar tadi? dah cukup 10 minit, anda keluarkan dari ketuhar dan sejukkan dulu ye. suam-suam pun boleeeh la. lepas tu tuangkan cream cheese tadi kat atas base tu. tuang sampai habis. kais-kais sisa-sisa cream yang kat dalam bekat tu kasi tuang bagi habis. jangan membazir! *nasihat penaja*
dah siap tuang, bukak la lagi sebungkus biskut oreo. kali ni tak payah nak asing bagai. amek je sekeping tu sekali dengan krim die, masukkan dalam kek. ha, kasi cellop. kasi tenggelam dalam itu cream. wal-lah!
lepas tu bakar lagi dengan suhu yang sama selama 50 - 55 minit. tengok-tengok la jugak kek tu kot-kot termasak awal ke. bila dah kuning permukaan atas tu, dah masak la maknanye. *sila abaikan kecomotan cermin ketuhar itu*
terhasil lah OREO CHEESE CAKE yang enak. *enak tu bukan aku cakap tapi orang yang makan yang cakap.*
oh ya! aku sangat fail bab kekemasan dan decoration. sila paham keadaan aku ni. aku buat kek sampai siap boleh makan. nak cantik-cantik, kau buat sendiri. muahahahaa!
comot itu seni. sekian.
No comments:
Post a Comment