Alhamdulillah dah selamat berehat-rehat kat rumah lepas habis 12 jam atas jalan je semalam. kengkonon nak gerak pukul 8 pagi. tapi hai, pukul 8.30 pagi baru terjaga dari tido, tu pun lepas 7 missed call dari cik mashi. sori mashi!!!! =)
akhirnya, pukul 10 pagi baru gerak dari Shah Alam. Stop jap kat RnR Sungai Buloh makan nasik lemak beli kat Shah Alam, pastu sambung jalan sampai ke Kamunting pukul 1.45 petang. anggaran, 3 jam perjalanan sebab tolak masa stop makan tu. 3 jam Shah Alam-Kamunting, apa macam? ngeeee =)
pukul 10.30 malam sampai semula kat Shah Alam. nasib baik la cik mashi teman aku. kalau tak, mau terbabas-babas aku drive sensorang jauh gitu dengan badan letih + ngantok tak hengat. tenkiu ho mashi. aku sayang hang lebih! (^^)
selain mashi, aku pun bawak pakwe ensem sama (^^). for the first time, aku bawak dia pegi Kamunting. tunjuk-tunjuk kilang tempat keje lama dulu. and at the same time, tolong ngangkut barang dari ex-rumah sewa aku balik ke Shah Alam. pakwe ensem berkelakuan baik dan disebabkan itu lah, kitorang berjaya sampai kat Kamunting dalam masa 3 jam je. pakwe ensem, saya sayang awak lebih jugak! (^__^)
dan dengan kejayaan saya travel beratus batu bersama kawan saya dan pakwe ensem saya, saya mengisytiharkan yang saya kini dah dewasa! lalala~
sekian, dengan rasminya saya mungkin tidak akan berkunjung ke Kamunting lagi selepas ini kerana semua urusan di sana dah selesai. oh tak! melainkan ada kawan-kawan saya kat sana yang kawen dan jemput saya, maka saya akan pegi jugak dan op kos, bawak pakwe ensem sekali. i tak sanggup berpisah u~
p/s: padahal tahun lepas siap travel ke China lagi berdua je dengan rakan senegara yang sama slenge dengan aku, tak rasa pulak diri ni dewasa (=_=!)
p/s/s: insyaAllah when the time comes, i'll introduce my pakwe ensem =D
No comments:
Post a Comment