Wednesday, January 2, 2013

ENTRY PERTAMA 2013



Assalamualaikum

Entry pertama di tahun 2013.

Semalam sibuk melagho, dengan keadaan internet yang nazak kat rumah tu mementang 1 Jan 2013, langsung tak terjengah belog yang nak memasuki umur 5 tahun ni.

Syiok dan eksaited jugak. Tahun baru menjelma dengan harapan ade perubahan positif dalam hidup dan rezeki akan lebih melimpah ruah lepas ni Amiiinn.

Azam tahun lepas aku, korang ingat tak? Kejadahnye nak ingat azam aku kan? Azam korang sendiri pun korang dah lupe. Muahahaha~

Takde la. Gurau je. Gurau gurau. Jangan tacing-tacing ye.

Azam aku tahun 2012 ialah, to own a car and a house! Tapi yang tercapai cuma 1 je. A CAR. Alhamdulillah. Setahun yang lepas, aku ada rezeki untuk beli kereta. Nak kate kereta idaman, takle jugak. Kereta idaman aku mini cooper. Mampu?hahaha. so instead of my dream car, aku terpaksa la beli my-affordable car. Kih kih kih.

Yang syioknye, januari last year aku booking, and the car released on my mother’s birthday! Senang giler nak ingat umo kete aku. Umo mak pada tahun semasa tolak 53. ahaks! Senang jugak nak ingat tarikh roadtax mati. Aiyak!

Rumah masih dalam perancangan. Aku carry forward jadi azam tahun ni. Boleh? Hehe. Tengah berusaha untuk dapatkan loan sekarang and instead of buy a ready-made house, insyaAllah will be a new-build-house kat tanah sendiri. InsyaAllah. Please, doakan rezeki aku untuk ini.

Dan harini jugak merupakan hari pertama sesi persekolahan tahun 2013. pepagi lagi aku dah dengar suara budak melalak lalak menangis macam hysteria. Tu kes takmo gi sekolah lettew. Hahahaha.

Aku dulu pun liat giler nak gi sekolah. Mula-mula teruja la masa shopping barang sekolah. Beli beg, kasut, baju uniform, buku. Sekali pegi sekolah sehari, esoknye dah melalak-lalak takmo gi dah. Sebab cikgu garaaaaaaang.

Aku penah ponteng sekolah berhari-hari sebab buku hilang. Takut sangat dekat cikgu. Ntah kenapa, dulu aku sangat-sangat takut kat cikgu. Kalau tak siap keje sekolah, jangan harap aku nak pegi sekolah. Pepagi aku dah melalak marah kat mak sebab tak kejut aku untuk siapkan keje sekolah. Padahal aku yang malas taknak siapkan awal-awal.

Tapi bebudak sekarang ni aku rasa, cikgu yang takut kat deme. Kih kih kih. Dulu masa aku jadi cikgu tuisyen, aku rasa aku dah cukup garang dah. Cuma blom tahap nak tampor anak orang je. Tapi suara aku je la dok bergegar-gegar kat tuisyen tu. Masalahnye, student aku cam tuuuu gak. Keje tak penah siap. Kat kelas main-main. Hangin betul aku.
And this year, I will turn 25. Ya ampuuun suku abad sudah ni. Ape nak jadik dengan kau ni tiqah. Hiks.

Bismillahirrahmanirrahim. Moga tahun 2013 membawa lebih kebahagiaan, lebih kekuatan, lebih rezeki yang diberkati, dan lebih keimanan di dada. AMIN.

1 comment:

Anonymous said...

Wah..dh suku abad yea...dah tua dahh rpnya...hehehe (Abg Long)

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..