Assalamualaikum
Entry pertama di tahun 2013.
Semalam sibuk melagho, dengan keadaan internet yang nazak
kat rumah tu mementang 1 Jan 2013, langsung tak terjengah belog yang nak
memasuki umur 5 tahun ni.
Syiok dan eksaited jugak. Tahun baru menjelma dengan harapan
ade perubahan positif dalam hidup dan rezeki akan lebih melimpah ruah lepas ni
Amiiinn.
Azam tahun lepas aku, korang ingat tak? Kejadahnye nak ingat
azam aku kan?
Azam korang sendiri pun korang dah lupe. Muahahaha~
Takde la. Gurau je. Gurau gurau. Jangan tacing-tacing ye.
Azam aku tahun 2012 ialah, to own a car and a house! Tapi yang
tercapai cuma 1 je. A CAR. Alhamdulillah. Setahun yang lepas, aku ada rezeki
untuk beli kereta. Nak kate kereta idaman, takle jugak. Kereta idaman aku mini
cooper. Mampu?hahaha. so instead of my dream car, aku terpaksa la beli
my-affordable car. Kih kih kih.
Yang syioknye, januari last year aku booking, and the car
released on my mother’s birthday! Senang giler nak ingat umo kete aku. Umo mak
pada tahun semasa tolak 53. ahaks! Senang jugak nak ingat tarikh roadtax mati. Aiyak!
Rumah masih dalam perancangan. Aku carry forward jadi azam
tahun ni. Boleh? Hehe. Tengah berusaha untuk dapatkan loan sekarang and instead
of buy a ready-made house, insyaAllah will be a new-build-house kat tanah
sendiri. InsyaAllah. Please, doakan rezeki aku untuk ini.
Dan harini jugak merupakan hari pertama sesi persekolahan
tahun 2013. pepagi lagi aku dah dengar suara budak melalak lalak menangis macam
hysteria. Tu kes takmo gi sekolah lettew. Hahahaha.
Aku dulu pun liat giler nak gi sekolah. Mula-mula teruja la
masa shopping barang sekolah. Beli beg, kasut, baju uniform, buku. Sekali pegi
sekolah sehari, esoknye dah melalak-lalak takmo gi dah. Sebab cikgu
garaaaaaaang.
Aku penah ponteng sekolah berhari-hari sebab buku hilang. Takut
sangat dekat cikgu. Ntah kenapa, dulu aku sangat-sangat takut kat cikgu. Kalau tak
siap keje sekolah, jangan harap aku nak pegi sekolah. Pepagi aku dah melalak
marah kat mak sebab tak kejut aku untuk siapkan keje sekolah. Padahal aku yang
malas taknak siapkan awal-awal.
Tapi bebudak sekarang ni aku rasa, cikgu yang takut kat
deme. Kih kih kih. Dulu masa aku jadi cikgu tuisyen, aku rasa aku dah cukup
garang dah. Cuma blom tahap nak tampor anak orang je. Tapi suara aku je la dok
bergegar-gegar kat tuisyen tu. Masalahnye, student aku cam tuuuu gak. Keje tak
penah siap. Kat kelas main-main. Hangin betul aku.
And this year, I will turn 25. Ya ampuuun suku abad sudah
ni. Ape nak jadik dengan kau ni tiqah. Hiks.
Bismillahirrahmanirrahim. Moga tahun 2013 membawa lebih
kebahagiaan, lebih kekuatan, lebih rezeki yang diberkati, dan lebih keimanan di
dada. AMIN.
1 comment:
Wah..dh suku abad yea...dah tua dahh rpnya...hehehe (Abg Long)
Post a Comment