Assalamualaikum wbt.
Sejak kebelakangan ni, mood aku nak layan belog, fb, twitter
dan adik beradik sepupu sepapat social web ni, macam dah berkurangan. Ntah kenapa.
Mungkin sebab takde perkembangan yang best nak share. Oh hidup sebagai wanita
sangat membosankan.
Kalau dulu zaman student, mak ai sehari kekadang 2 post. Tiap
hari kau nak jugak membebel kat belog. Merungut itu ini. Sekarang ni ha hamek! Diam
terus kau. Hahaha.
Sekarang aku lebih syiok buang masa depan TV bila kat rumah.
Kalau online pun, aku cari resipi atau layan youtube tengok cite-cite semasa
yang aku tertinggal supaya karang bile kengkawan kat opis buat ulang cite sal
drama-drama kt TV, takle aku diam membisu seperti noob.
Tiap-tiap pagi pulak aku sibuk berperang dengan masa untuk
siapkan bekalan makanan ke opis. Mana taknye, dah la bangun stok-stok pukul 7
ke atas Nak masak lagi, mandi lagi, iron baju lagi, bersolek lagi, panaskan
enjin motor lagi. Nak sampai dekat opis lak before 8.30 pagi. Haruuuu.
Aku suspek alarm tepon aku ni ada problem la. Tak penah nye
aku terjaga sebab alarm bunyik. Selalunya aku terjage sebab kucing aku Cemokey
gigit-gigit jari aku. Tepat pukul 6 pagi pulak tu. Lepas setelkan die dan
beberapa hal, aku pegi tido semula. Pastu terlajak tido. What the?? =P
Kes pagi tadi, pukul 7.15 pagi baru terbangun. Dah plan nak
masak creamy butter chicken dengan sayur kubis rebus. Malam tadi dah goreng
ayam salut tepung siap-siap. Kopek bawang merah, bawang putih, potong kubis and
carrot. Lepas tu simpan dalam peti ais. Tetibe bangun lambat pulak. Kelam kabut
serabut serabai aku berperang dekat dapur tu. Beriya la nak masakcreamy butter
chicken for the first time. Tapi boleh pulah FAILED! TAK JADIK LANGSUNG! Butter
yang dah cair tu takmo sebati dengan susu. Well, oil and water memang takleh homogenized
kalau ikut logic sains tapi aku ingat dengan bahan-bahan tambahan tu mungkin
leh jadi pemangkin untuk bersatunya mereka. Lagi teruk bile aku tambah bancuhan
tepung jagung. Terus berketul ketul jadinya susu tu, dan butter remain liquid.
Paham tak?
Ala
yang macam kite buat eksperimen sains, bile ade mendapan yang di sebut precipitate,
atau pun namanye…mendapan lah! Ha begitulah keadaannya.
Aku suspek, mungkin cara aku masak tu tak betul. Aku didihkan
butter dulu kemudian baru masukkan segala bawang dan susu.
Dengan rasa tak puas hati, aku berkira-kira nak buat lagi
sekali. Kali ni aku akan guna api yang paaaaaaaling perlahan, satukan terus
butter dan susu tanpa didihkan dulu dan sentiasa kacau campuran susu dan butter
tu.
And it works!
Memang tak separate langsung campuran tu. Aku pun puas hati
la kan. Last sekali
nak masukkan larutan tepung jagung untuk pekatkan dan bagi effect creamy tu.
Sekali aku masukkan sikit, tak pekat-pekat. Aku tambah lagi
sikit. Pun tak pekat. Aku tambah untuk kali ketiga. Kacau lama-lama baru mula
memekat.
Tapi, tak sempat aku nak tutup api, tetibe masakan aku jadik
macam yang pertama tu. Perlahan-lahan separated!!!! Adoi!
Aku suspek lagi la kan,
masakan ni sangat sensitive terhadap haba tinggi. Sensitive terlampau!
Jadinya, setelah kehabisan butter, maka aku pun give up. Lastly,
aku hanya pergi ke opis berbekalkan ayam goreng tepung dan sayur kubis rebus.
Tapi takpe. Never give up! Aku akan try lagi dan lagi sampai
jadik gak masakan ni. Sangat tak puas hati.
Anyhow, aku dah biase dengan kegagalan so takdelah
frustrated sangat. Cuma rasa tak puas hati selagi tak accomplished. Jadi,
tunggukan resipi yang aku akan kongsi bile Berjaya nanti. Muahaha!
p/s: sebab ketidakputusasaan aku itulah, aku mandi pada jam
7.50 pagi dan berjaya sampai di opis pada jam 8.20 pagi dengan keadaan yang
huru hara. Hakhakhak!
No comments:
Post a Comment