Assalamualaikum wbt
5 hari lagi menjelang 2013. fuh cepat sesangat sangat sangat
laaa masa berlalu. Tak terkejor den.
When I’m looking back time, Ya Allah macam-macam hal dah
jadi sepanjang 2012 ni. Yang menduga iman, eksabaran, kekuatan hati.
Alhamdulillah dapat menghadapi semua tu. After all, semua best dan ade hikmah
=)
26 September lepas genap setahun aku keje kat second work
place ni. Dalam masa setahun ni banyak dah rase. Kena maki, kena marah, kena
puji. Hahaha memang best. Tapi, zaman student dulu jugak yang terbaik.
Awal tahun itu hari, aku mule keje part time. Tapi kejap je.
5 bulan je. Dah semput lak rase. Siang keje. Malam keje. Weekend keje. Macam la
workaholic nau. Haha.
Tapi sebab keje ni la, aku banyak dapat kawan-kawan yang
best. So ni la hikmahnye (^-^)
Tahun ni jugak, banyak giler menguji kesabaran aku. Ade la
sorang hamba Allah ni yang tak tau kenapa carik pasal dengan aku. Padahal selama
ni, aku buat baik je dengan die. Sanggup buat apa je asalkan die happy walaupun
aku sakitkan diri sendiri. Korbankan perasaan sendiri untuk die. Bertolak ansur
dengan die walaupun apa pun yang die buat dekat aku. Pinjamkan die duit mase
die susah pastu tak penah pun nak mintak balik sebab aku percaya kat die,
percaya yang die akan pulangkan sendiri.
And seriously I did a BIG mistake. This is the biggest
mistake in my whole and entire life.
Seriously, kenal dengan die memang satu kesilapan terbesar. Teramat
besar. Lepas ni, kena berhati-hati giler dan jangan mudah bagi muka kat orang.
Bukan setakat tak bayar duit aku mase aku giler-giler
terdesak, khianati aku lagi. Khianati tahap tak boleh dimaafkan dah.
Hati aku bukan tahap broken lagi dah. Tapi, tahap hancur
bersepai berdebu-debu. Yang tak mungkin lah dapat baik semula untuk die.
Bertahun-tahun aku diperbodohkan, dipergunakan, dan
dikhianati. Giler ape kalau tak sedih?
Kalau ikut rase yang pedih ni, aku memang taknak maafkan die
langsung. Dunia dan akhirat. Biar kat akhirat nanti die carik aku susah payah.
Tapi, Allah tak suke manusia yang berdendam. Dan aku taknak
Allah tak suke aku. Sapelah aku kalau Allah tak suke aku. Manusia tak suke aku,
lantak la kan.
Jadinya, aku berusaha sedaya upaya aku untuk maafkan die. Tapi
rasanye tak mampu nak fully forgiven. Tak boleh nak tipu diri sendiri. But whatever
it is, aku takkan balas dendam ape-ape. Biarlah die dengan hidup die yang
tentu-tentu tak diberkati tu (atas ape yang die buat). Biar Allah balas setiap
ape perbuatan jahat die. Aku tak berhak pun nak menghukum orang.
But still deep in my heart, aku terkilan dengan ape yang dah
terjadi. Semoga Allah pelihara die dari dosa-dosa besar dan kecik, dari
kemaksiatan, dari kemungkaran, dari syaitanirrajim. Yang paling penting, aku
mohon die kembali ke pangkal jalan, bertaubat dan jadi hamba Allah yang soleh.
moga tahun 2013 yang akan mendatang ni, aku dilimpahkan rezeki yang diberkati, dan bahagia.
p/s: doakan diri sendiri jugak supaya tak lalai dan
berpegang pada Islam untuk selamanya. Dan semoga, aku dipertemukan dengan jodoh
yang boleh membimbing aku, jadi imam aku, tunjuk ajar aku untuk sampai ke Jannah.
Yes, aku bukan perempuan bertudung labuh, yang banyak ilmu agama di dada, yang
disegani. Sebab tu aku perlukan pembimbing. Sama-sama belajar dan improve diri
insyaAllah.
No comments:
Post a Comment