Assalamualaikum wbt uolls.
Alhamdulillah my best friend, Nur Amirah Bt Mohd Yusof dah
selamat diijabkabulkan dengan putera idaman, Hakim (nama penuh tak ingat
muahaha).
Gigih giler aku dengan 3 orang kawan pegi kenduri tu. Kat SP
wei. SP. Tau tak SP?
Sungai Petani der.
Hari Sabtu lepas, pepagi lagi aku dah bangun bersiap-siap.
Pukul 5.30 pagi! Di hari Sabtu! Terbaik. Tiqah dah ada kemajuan.
Lebih kurang pukul 6.50 pagi, bertolak la aku berdua dengan
syira dari Klang, exist tol PLUS ke arah utara semenanjung. Disebabkan
perjalanan yang kitorang rancang ni adalah perjalanan bajet, kitorang dah
sediakan sandwich telur untuk bekalan dalam perjalanan. Tak stop langsung kat
mana-mana R&R hokey!
Pukul 8.10 pagi, kitorang exit tol Sungkai, Perak untuk
fetch sorang lagi penumpang, Yani. Ingatkan kitorang yang dari jauh ni, die dah
siap-siap tunggu ler dekat exit tol tu. Tinggal lagi nak bukakkan pintu kete je
soh die masuk tanpa perlu tekan brek kereta dan tukar ke gear N.
Hampeh!
Syira siap sempat mengosongkan tangki pundi kencing dan
berborak-borak dengan makcik cleaner sementara tunggu Yani. Aku pulak sempat
senam robik meregangkan segala urat kentut dan ber’snap’ dengan pakwe ensem
merah.
Bile aku mesej tanye
“katne dah weh?”
Jawapan yang tak memberangsangkan
“otw”
Ceeettt!
5 saat kemudian, 1 lagi SMS masuk dari Yani
“baju kurung tertinggal kat rumah. Kena patah balik. Jap
tau. 5 minit. Kikiki”
Duuuuuhhhhh. Nak aje aku sunatkan budak ni. Hahaha.
Pukul 8.20 pagi, kitorang exist dari tol Sungkai ke arah
Kuala Kangsar pulak. Kitorang nak gi rumah Nora kt Pengkalan Hulu untuk fetch
die before ke SP. Aku tak pernah drive sendiri ke sane, makanya aku tak dapat
agak jarak. Main redah je.
Dari Sungkai ke Kuala Kangsar tak jauh pun, dalam sejam je.
Tapi lepas exist tol Kuala Kangsar, nak sampai ke Pengkalan Hulu tu mak
aaaiiiihhhh terasa macam dunia tiada penghujungnya! Jalan yang kecik selekoh sana sini, motor
berselirat sesuka hati, pemandu yang drive macam makan angin. Huisy! Stress!
Haha
Sampai dekat rumah Nora pukul 11.50 pagi. Aku yang masih
selebek berbaju t-shirt dan seluar jeans, cecepat tukar baju sopan untuk ke
kenduri Amy.
Dalam pukul 12.50 tengah hari kitorang gerak dari rumah
Nora. Tapi sampai kat pekan Baling, stop beli hadiah, balut hadiah sambil
mengunyah kerepek kentang, last-last pukul 2.15 petang baru gerak dari Baling.
Tapi bukan aku yang drive. Nora yang drive. Dia lebih
familiar dengan jalan situ.
Sampai SP lebih kurang pukul 3 petang. Pusing sana pusing sini cari
rumah, dekat pukul 3.30 gak baru menapak ke rumah Amy.
Dari jauh kitorang dah nampak orang dah lipat meja.
UWAAAAA!!! LAPAQ!!!!! AWAT DAH LIPAT MEJA??? MAKANAN MANA?
MAKANAN MANA??
Nasib kami sangat baik sebab famili Amy dah ada back up
plan. Mak dia masak lauk sendiri. Peeeeh sedap syial. Kari udang, sambal udang,
sambal telur, masak lemak nenas, rendang tok, ayam masak merah (ni catering
punye yang lebih lebih. Sobs!)
Sama bubur kacang hijau.
Melahap tak hengat dunia weh. Dah kenyang baru ceroboh rumah
tangkap gambar banyak-banyak. Dengan bilik pengantin kitorang lenjan buat
studio photoshoot kitorang. Hahaha. Pertama kali and terakhir kali la kan Amy. Pasni
sodaqallahalazim la untuk kitorang. Hehe.
Dalam pukul 5 petang baru kitorang blah dari rumah Amy.
Kitorang pegi solat dulu then terus ke Central Square (CS). Mall yang femes kat
sane CS ni lah. Ingatnye nak jenjalan window shopping, tapi last-last end up
kitorang gi melantak kat Asian Thai Food restaurant sampai tegang perut pastu
tak larat nak jalan dah terus balik rumah.
Baru balik dari kenduri kawen kot. Kitorang pegi melantak
pulak. Spesies apekah??
Sepanjang perjalanan balik, memang aku hanyut dibuai asmara. Kenyang + letih,
memang kombo terhebat untuk tido yang nyenyak bagaikan bayi.
Sampai kat rumah Nora, aku yang mamai-mamai lalat ni terkejut bile dengar adik-adik Nora dengan bapak dia menjerit jerit. Rupanye Malaysia dah score 2 gol lawan bola dengan Indonesia.
Aku dah takde upaya. Terus mandi, basuh baju (sebab nak
pakai baju yang sama untuk kenduri ke-2 esoknye) dan terbongkang atas katil.
Ingatnye nak solat dulu, tapi sebab tak tahu arah kiblat campur dengan malas
nak kuar cari Nora nak tanye sebab pakai baju short sleeve, aku lelap dulu. Aku
pikir
“takpela. Japgi Yani ngan Syira nak solat mesti diorang
tanye. Aku solat lepas diorang je la”.
After that, kroooh kreeeh krooh kreeh shahid sudah.
Elok dibuai mimpi, aku dengar suara Syira panggil aku.
“tiqah….bangun sembahyang wei..kitorang nak tido dah ni….nanti
ko tak bangun pulaaaaak”
Berulang-ulang kali.
Aku buat donno je. Mengantuk tahap kritikal seyh.
Tetibe aku dengar suara Yani
“tiqah! Bangun solat.”
Ntah kenapa terus sentap pastu aku terus bangun dari baring
pastu terus duduk. Aku tengok Yani macam nak parking dah nak tido. Dalam hati
pikir.
“cepatla tido Yani oii. Aku nak baring balik ni. Japgi japgi
la aku bangun semula”
Tetibe Yani bersuara
“ko jangan baring balik tau! Gi solat dulu”
Huisy! Bagaikan halilintar membelah bumi. Macam mana dia tahu
isi hati aku? Terus lelaju aku bangun gi toilet amek wuduk dan solat.
Kihkihkih.
Kalau ikut plan, esoknye nak gerak dari rumah Nora pukul 8
pagi. Tapi kalau pukul 9 atau 10 pun ok lagi. Sebab anggaran nak ke kenduri
yang ke-2 tu lebih kurang 5 jam perjalanan.
Tup-tup pukul 11.35 pagi baru bertolak!
Akibat berborak sakan dengan parents Nora, makan-makan,
bergelak ketawa dan sebagainya. Hai la.
And almost 4pm baru laaa kitorang terjengul kat Dewan
Bandaraya Teluk Intan. Bukan takat kerusi meja tengah dilipat, makanan pun
tengah dipunggah.
LAPAQ!!!! UWAAAAA!!!!
Tapi sempat je kitorang lelaju amek makanan dan makan.
Setengah jam je kat situ pastu kitorang dah blah.
Muke kitorang ni kalau tak datang time orang dah lipat meja,
tak sah kan?
Selesai sudah menghadiri 2 kenduri, kitorang pun gerak balik
Klang tapi nekad taknak lalu highway sebab dah alang-alang kat Teluk Intan,
terus je lalu Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Dengan hujan, jem teruk, eksiden sana sini, pukul 10 malam baru sampai rumah
dow!
Pengsan.
Pastu harini gi keje macam biasa. Atoiyai. Kepala aku sedang
hang. Tak sabar nak balik rumah nak sambung tido semalam yang tak cukup.
Bajet kitorang meronda sakan ni ialah RM200 untuk tol, minyak
kete, singgah stesen minyak borong jajan, dan singgah tepi jalan kenduri durian.
Terbaik punya jimat.
p/s: Disember sudah. Pesanan pada kau yang terasa, time is
running and I am still holding my word. End of this month, please make sure
everything is settle. Or else, u know what I can do and I am serious with my
word.
No comments:
Post a Comment