Thursday, December 13, 2012

mari bayar zakat. sangat mudah!


aku selalu stalk blog Maria Elena yang femes ames ni sebab syiok! haha. blog dia bersahaja. kadang-kadang banyak info yang dia share. info yang memang sangat berguna macam die share organisasi yang terlibat untuk bantuan pada Gaza, share isu semasa pasal masjid, share motivasi dan macam-macam. plus, she's soooo beautiful and sempoooooi. 

and, she will get married real soon with a handsome guy. auuuw~

terbaru, dia share pasal pembayaran zakat pendapatan yang wajib bagi umat Islam yang layak. Alhamdulillah post dia tu sangat berguna untuk aku (specifically) sebab aku yang jahil ni ingat cuma perlu bayar zakat fitrah masa raya je. aku penah tanya kat mak pasal zakat pendapatan. mak kata aku tak payah bayar sebab ada certain amount of gaji / harta, baru lah kena menzakatkan pendapatan.

but, i didn't get the specific amount of harta / gaji yang diperoleh tu. mak pun macam was-was sikit.

And this awesome Maria Elena just came into the right time when she posted about zakat.

setahu aku, zakat pendapatan ni dibayar mengikut tahun. akan total kan pendapatan / harta kita untuk setahun. ni kan dah hujung tahun ni. apa kata jom check korang layak ke tak untuk memberi zakat =)

As for me, aku nak sangat bagi walaupun aku tak layak. boleh aje dong. it's our sedeqah to our brothers and sisters in need. boleh pergi dekat kaunter atau bayar online jeeeee. online bebeh! sambil-sambil ber'youtube' boleh je click kejap sana sini pastu setel la zakat korang. as simple as that.

tapi kalau korang nak buat pengiraan jumlah sebenar zakat yang perlu korang bagi, atau nak tau korang layak ke tidak bagi zakat, boleh la click kat sini. kalkulator saintifik untuk pengiraan zakat uollsssss. semua dihujung jari jek!

as for me, after the calculation, aku adalah tidak layak untuk memberi zakat. tapi kalau nak bagi jugak, takde hal! online banking dan transfer terus ke Lembaga Zakat Negeri atau pergi ke kaunter-kaunter zakat yang banyak kat luar sana tu ha. tak pon, pegi pejabat pos. kat pejabat pos pun boleh bayar zakat bebeh.

malas lagi nak keluar, pastu internet pun takde? ape susah, buat potongan gaji teruuuuuus hah! automatik jek deduct from your monthly salary. tak payah gerak sana sini pun. majikan bayarkaaaaaan. ape lagi nak?

korang boleh usha dekat sini semua info pasal pembayaran zakat. tempat-tempat pembayaran, cara nak bayar, berapa banyak nak kena bayar, calculator. Ya Allah hai, mudahnyeeee la.

apa lagi, jom menyucikan harta dengan berzakat. moga Allah swt meluaskan lagi rezeki kita supaya lebih banyak kita boleh share dengan orang lain :)


Assalamualaikum

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..