Monday, September 24, 2012

Resipi Triffle dan gambar ayam saya heee~

Assalamualaikum

ok esok dah hari Isnin. Monday blue aku dah kembali. Cara-cara nak hilangkan Monday blue ni, haruslah ke dapur!!


Selalu aku tunjuk kek, cookies and dessert yang aku buat. ada gak la yang cakap 
"hang ni dok menggila masak benda benda alah ni suma, satgi hang nikah laki hang makan kek ja la hari hari no"

PEEHH tertusuk gua cakap lu.

ape, ingat aku tak reti ke masak nasik? ape susah. bubuh beras dalam periuk, tambah air sama tinggi dengan tinggi nasik tu, on je suis periuk letrik tu. tunggu la sampai periuk tu bunyi "ketak" tanda nasik dah masak. see? see? senang tahu? memalukan betul kasik resipi nasik. cis.


2 hari lepas,  balik dari keja lebih kurang pukul 10.30 malam, aku sempat berehat kejap. lepastu dekat-dekat tengah malam, aku pun memulakan projek aku. kejap je sediakan bahan-bahan nak perapnye. lepas tu perap je semalaman. bila agak-agak nak makan, panggang je dalam oven pastu boleh la main game angry bird sementara tunggu ayam tu masak. 




malas sebenarnye nak cite resipi ayam panggang ni sebab ada orang penah mempertikaikan kredibiliti aku memasak masakan ruji dan rutin. 

fine. fine. aku omputih celup. aku makan cheese cake hari-hari. so?

tapiiiii. aku nak share resipi dessert yang best dan senaaaaaang sangat kat korang. cuma nya, kena sabar sikit sebab lebih best bile simpan dalam peti ais dan makan sejuk sejuk. baru siap tak sedap lagi nak makan.

apakah ia?

is adalah....

TRIFFLE!!!!!

wallah. senang. sambil tido pun boleh buat. *ok tu tipu*


bahan-bahan 



swiss roll
tepung kastard
gula
susu cair
crystal jelly
fruit cocktail
whipping cream
badam bakar
air

swiss roll tu boleh guna macam yang aku guna, then potong. ataupun boleh terus beli yang mini swiss roll je. susun kat dalam bekas rapat-rapat. lagi best kalau boleh tuutp semua ruang yang ada kt dasar bekas tu. baru best 3 layer jadik dan best jugak mase makan. aku ni pemalas sikit. mana yang sempat jek. ditambah dengan keadaan malam yang hening dan mata yang mengantuk dan keletihan balik keje pukul 10.45 malam terus buat trifel, aku tak kuase nak penuhkan. aku potong dan susun je mana yang muat. gasaaaak. haha.






lepas tu, bukak fruits cocktail dan curah sikit air die kat atas swiss roll tu. ikut sedap hati la. kalau suke soggy cake, curah banyak sikit. kalau tak suka, just lembabkan je kek tu dengan air buah. ok?

then, mase untuk masak kastard. campur 1 tin susu cair dengan 1 tin air (guna tin yang sama) dengan 7 sudu besar gula. kalau nak kurangkan gula pun boleh. ikut tahap kencing manis korang lah. aku pun main taram jek. haha.

 




sementara tunggu susu tu didih, korang bancuh 4 sudu besar tepung kastard (4 sudu membukit) dengan 1/2 tin air. kacau supaya tak berketul.

 



bile susu dah didih, perlahankan api, pastu tuang bancuhan kastard tadi sambil kacau kacau sampai likat.

 



bile dah likat, tuang kastard tu atas lapisan swiss roll. sekarang dah ada 2 lapisan. yeay!





untuk lapisan ke-3, tabur fruit cocktail atas kastard tadi. ketepikan dulu.

 



masak sepeket crystal jelly dengan 400ml air. atau korang kena refer instruction kat kotak crystal jelly tu. aku guna jenama First Choice, sebab murah. haha. 


bile dah didih, sejukkan kejap dalam 15 minit pegi lah tengok spongebob dulu ke. bile dah suam-suam kuku (jangan biar sampai dah mengeras) tuang larutan jelly tu atas fruit cocktail tadi. ratakan tau. jangan tuang setempat je. tuang slowly ke seluruh permukaan.

 


lepas tu, biarkan lah sejuk sampai jelly tu mengeras. nak simpan dalam peti ais kejap pun boleh. tapi disebabkan peti ais aku dah sendat, aku sejukkan dengan cara bukak kipas tahap maksimum. hamek!


 

sementara tunggu tu, bolehla korang putar whipping cream sampai kembang. ni optional sahaja. taknak pun takpe. kalau ikut asal usul trifel, cuma ada 3 layer utama je iaitu swiss roll, kastard dan jelly.



 
aku memang tahap dah tak kuasa nak punggah almari cari hand mixer. sudahnye, aku gigih putar whipping cream dengan hand whisker je. kental jugak jadinye. sekental jiwa aku ni ha.



 

bile dah keras lapisan jelly tu, tuang la sesuka hati whipping cream dan tabur badam. badam ni pun optional je. aku nak menghabiskan badam yang aku beli buat kuih raya itu hari sebelum die expired. gasaaaak. aku rasa kalau tabur chocolate chip pun sodap ni. chocolate chip aku pun berlambak. 



then, simpanlah dalam peti ais semalaman. 




esoknya makan dengan penuh kenikmatan ye.





 sebekas extra untuk mereka yang bertuah (^^)


 Triffle. Open house tahun depan ye. save the date! haha

selamat mencuba =) 



Nak tayang anak buah hee! Aiman saye!




No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..