2 bulan lepas, aku nekad withdraw RM2000 dari saving bank
aku untuk beli Samsung Galaxy Note Limited Edition pink color yang berharga
RM1999.
Untuk dapatkan duit RM2000 tu, aku tak simply guna duit gaji
bulanan aku. Sebab, banyak keperluan lain yang aku kena utamakan. Kereta, bile
elektrik rumah, barang dapur, bil broadband, hutang ptptn dan sebagainya. Setiap
1 haribulan tiap bulan, almost RM1100 jugak la duit yang wajib dikeluarkan
untuk tampung semua keperluan tu. Tak termasuk dengan saving dan belanja harian
selama 30 hari berikutnya pulak. Tak masuk dengan petrol, maintainance kereta
dan motor, kecemasan tetibe kucing demam.
Jadinya, aku buat keje part time selama 5 bulan untuk kumpul
RM2000. sebab, aku memang sangat terlalu inginkan gadget tu; Samsung Galaxy
Note. Keje part time aku mula pukul 7 malam hingga 10 malam dari Isnin sampai
Jumaat (dengan 1 hari off) dan 8 jam untuk Sabtu dan Ahad. Maknanye, selama 5
bulan tu lah, aku takde cuti, aku tak mingle with family kat rumah, aku tak
hang out dengan kawan-kawan. Life aku hanya keje keje dan keje. Semuanya sebab
Samsung Galaxy Note.
Lepas aku berjaya memiliki Samsung Galaxy Note, aku resign
keje part time sebab aku sangatlah penat. Dan aku kesiankan mak aku selalu
duduk sorang kat rumah sebab aku balik rumah cuma untuk mandi, makan dan tido. Kadang-kadang
tak sempat makan pun. Tapau je makanan dari rumah dan pegi keje semula. Lagi pulak,
aku dah dapat gadget idaman aku. Aku dah tak perlukan extra money dah.
2 hari lepas, Sabtu bersamaan 8 September 2012, 22 Syawal
1433H. aku kehilangan Samsung Galaxy Note Limited Edition pink color yang aku
sayang tu, hanya dengan sekelip mata.
Sling bag aku telah diceroboh oleh tangan yang durjana, yang
dengan sengaja mengambil Samsung Galaxy Note tu dengan niat mencuri. Aku sedar
yang aku dah kehilangan gadget tu, pukul 6 petang, masa nak menunaikan solat
asar kat surau PWTC.
Perasaan masa tu, KOSONG. Sekosong lagu Najwa Latif.
Aku fikir, mungkin aku tercicir kat mana-mana. Aku cuba call guna
Blackberry kawan aku, dan ternyata memang sah dicuri sebab talian dimatikan. Off!
Takde ape yang boleh dibuat pun. Tekup muka. Istighfar banyak
kali. Selawat sebanyak yang mampu. Positifkan fikiran.
“Tiqah, sabar. Bukan rezeki kau. Sabar. InsyaAllah ada
hikmah. InsyaAllah ada rezeki yang lebih besar. Allah Maha Adil. Serahkan pada
Allah untuk menghukum. Kau kena sabar je Tiqah. Sabar”
Setitis air mata jatuh jugak. Tak mampu nak bendung. Cepat-cepat
lap pipi, amek wuduk dan solat.
“Ya Allah, aku redha dengan kehilangan ni. Aku yakin dengan
takdirMu Ya Allah. Ini bukan rezeki aku, maka Kau ambil semula. Ampunkan aku
andai kehilangan ni kerana dosa-dosa aku sebagai hambaMu yang kufur nikmat dan
lalai. Murahkan lah rezeki aku Ya Allah. Bukakan pintu rezeki seluas-luasnya
untuk aku. Berkatilah setiap rezeki yang Kau berikan. Dan lindungi aku dari
manusia-manusia kejam berniat jahat. Amin”
Assalamualaikum.
1 comment:
ohhhh..mungkin x jodoh dgn galaxy note tu..sabaq noo.. :(
Post a Comment