Thursday, September 6, 2012

Pavlova idaman akhirnya berjaya dihasilkan. jom cuba!

Assalamualaikum wbt

Masih mood raya kawan-kawan?
Nak resipi untuk buat open house?
Apa? Nak? Pi carik kat Google muahaha!

Masa cuti merdeka itu hari, aku gigih buat pavlova. Ye, pavlova ye rakan-rakan. Yang harganya mencecah RM12 – RM15 per slice. What The???

Zaman sekarang ni, harga makanan melambung-lambung. Itu sebab aku lebih suka buat sendiri dari beli. Kalau beli, dah le kicik dok celah gigi je, mahal giler pulak tu!

Kos untuk buat pavlova ni tak ler mahal mana. Whipping cream tu je la mahal sikit dengan buah-buah segar. Tapi kalau beli kat pasar borong, kau boleh dapat sebakul buah segar dengan harga yang sama kau beli buah segar kat Giant. Aku hangin sikit sebab harga buah segar kat Giant mahal dari Tesco. Aku dah beli kat Giant dulu baru pegi Tesco dan memaki hamun Giant kat depan chiller buah Tesco. Huh!

Ekceli, aku dah try post entry pasal pavlova ni 5 hari lepas lagi tapi hanya melalui smartphone aku yang sampai sekarang pun aku tak pandai lagik nak guna application dalam tu. Bile dah post entry, tetiba gambar-gambar takleh nak rearrange pulak! Penat je aku padam taip padam taip perkataan demi perkataan dari smartphone tuh. Bile gune smartphone, memang selalu typo sebab jari lebih besar dari keypad huruf menyebabkan banyak huruf yang ditekan pada satu masa. Tu pun bikin aku stress tu. Huh lagik!

*aku mencintai nokia tige tige sekupang*


Ok ok dah jauh kan aku melalut. Ok ok back to bisnes.

Resipi Pavlova Atiqah The Bomb! Ha amacam nama? Ade bran nak cabar? Kah kah kah!


Apa yang korang perlukan untuk buat pavlova ialah

4 biji telur putih saiz sederhana
1 cawan gula kastor (aku guna ¾ cawan je sebab aku sendiri dah cukup manis PUIIII~)
½ sudu besar tepung jagung
½ sudu kecik esen vanilla
½ sudu kecik cuka masakan (jangan guna cuka getah pulak. Eh ade ke?)


Ha senang je kan bahan? Semua pun memang dah ada kat dapur tu ha. Tinggal korang nak selongkar je mana bibik korang letak sebab korang tak penah masuk dapur bahaha!

Ok adik-adik. Mula-mula korang kena tau bahawa semasa mengasingkan putih dan kuning telur, jangan ada walau sekelumit pun kuning telur yang termasuk dalam putih telur tu. Dan pastikan jugak mangkuk yang korang guna sangat bersih tanpa sebarang bendasing ataupun air. PENTING TAU!

Bila dah asingkan tu, masukkan putih telur dalam bekas untuk diputar. Bekas ni pun kena bersih tau. Takmo basah-basah. Takmo yang recycle tanpa pembersihan.

Dengan menggunakan speed paling minimum, putar putih telur tu. Mula-mula putih telur tu akan berbuih. Lama kelamaan akan bertukar dari jernih kepada putih susu. Kemudian, tukar speed kepada maximum dan masukkan gula kastor sambil putar tu. Putar sampai ade soft peak. Tau apa soft peak? Ha ni aku tunjuk dalam gambar ni. Permukaan berkilat dan ‘bertanduk’.


 


ok zoom sikit haaaaa


 



Pastu masukkan pulak esen vanilla dan pukul lagi sikit kasi sebati.

 



 Lepas tu, masukkan cuka diikuti dengan tepung jagung sikit-sikit dan gaul secara kaup balik. Jangan guna mixer dah tau. Guna spatula je. Slowly.



Ok dah siap meringue kita. Benda alah ni dipanggil meringue. Bukan mereng ok!



Sediakan baking paper untuk membakor. Cedok meringue dan letak atas baking paper. Bentukkan sikit macam kek tapi tak perlu nak kemas sangat pun takpe. Just make sure, bahagian tengah lebih tenggelam dari tepi. Maksudnye ade tembok la kat sekeliling meringue tu. Supaya senang nak boh topping nanti.

tembok aku tak berapa jadi =_=!



Kemudian bakar 140C selama 1 jam. Jangan lupa panaskan oven dulu sebelum bakar tu. Dan jangan lupe jugak menjengah-jengah pavlova korang. Kot la terawal masaknye. Lain oven lain peel.

Korang tengok permukaan pavlova tu dah keperangan dan sikit merekah, ok dah masak la tu. NANTI DULU! Jangan gelojoh sangat nak kuarkan dari oven. Kang melepek pavlova korang kang, nangis la sampai tahun depan pun takkan der kembang semula.

Korang kena simpan dulu pavlova korang dalam oven. Cuma matikan suhu je. Lebih kurang 15 minit lepas matikan suhu, bukak sikit pintu oven tu. Sikit je tau. Kasi angin sepoi-sepoi bahasa je yang masuk. Tunggu lagi dalam 30 minit baru kuarkan. Sabar. Jangan rakus.

Sementara tunggu sejuk tu, korang gi la buat topping die. Cuma perlukan 250ml NON-DAIRY whipping cream. NON-DAIRY tau! Maksudnya, takde susu dalam tu. Kalau beli yang dairy punye, sah tak jadik. Ini serius.

Korang tuang je whipping cream tu dalam bekas dan pukul guna mixer dengan speed maximum sampai la jadi kental. Selagi tak kental jangan stop tahu?

Dah siap toppingnye! Sangat senang kan? Apo laei, tuang la topping tu atas pavlova yang korang dah buat bentuk kawah tu. Pastu, taburkan dengan buah-buahan citrus. Aku suggest citrus sebab pavlova ni dah manis dan fatty taste so untuk menyeimbangkan rasa, gunelah citrus fruits yang masam-masam sikit macam blueberry, strawberry, kiwi, raspberry, dan anggur. Mana-mana yang korang suka lah. 1-2 jenis je pun takde hal.



Tapi aku tak guna pun whipping cream ni untuk buat topping sebab masa tu dalam fridge rumah aku dah ade dah topping whipping cream yang dalam tin tu. Tinggal nak picit atas pavlova je. Tu baki-baki aku buat hiasan blueberry cheese cake dulu. Tak baik membazir kaaaaaan? Tapi hasilnya tak memuaskan sebab topping aku cepat nau cairnye. Tu lah beli yang murah lagik! Kedek lagik! Baru beberapa saat picit atas pavlova, tengah feeling-feeling susun buah tetibe dah meleleh-leleh cair. Kejadahnye?





Buah yang aku gunakan ialah kiwi hijau, anggur, strawberry dan blueberry. Gigih ke Giant dan Tesco sebaik pulang dari pejabat semata-mata nak mencukupkan buah-buahan idaman kalbu. Hamek kau RM32 untuk buah sahaja. Menyesal! (=_=!)



Ok itu sahaja cara-cara nak buat. Senang jek. Sambil tutup mata boleh putar-putar hah. Orait tak? Sila cuba sebab memang sedap. Ke sebab aku yang buat, die jadi sedap? Oh noooo~

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..