Wednesday, September 26, 2012

syndrome yang tak dapat diubati dari dulu sampai sekarang

Aku memang sejenis manusia yang sangat alergik dengan nota panjang lebar, karangan penuh kertas dan library. Ye itu tak bagus. I was lucky I able to finish my degree with that attitude.

Sebab, dalam course yang aku amek dulu, I can say almost 90% from the subjects were memorize one with lots of notes and heavy books. While I was, eh no, I AM a person who allergic with those materials. Up till now. Belog aku rajin la baca. Buku ilmiah memang nan hado!

Aku tak boleh study dekat library. Jiwa raga aku akan terseksa sebab kena control suara, sedangkan I like to quotes the word I read. Baru boleh ingat dan paham. Ditambah pulak dengan alergik aku towards notes and books, which I will fell sleepy after a short time of reading. Ni bukan main-main. Ni serius gile. If I am lucky, bolehla around 30 minutes then baru mengantuk. Kalau tak, baru je bukak buku first page, 5-6 line, aku dah hilang focus. Sama ada aku akan mula menyanyi ikut lagu kat mp3 sambil muke feeling feeling penyanyi profesional, atau aku berangan, atau aku korek hidung, atau aku cari coco crunch nak kunyah-kunyah, atau aku akan pandang orang sekeliling yang lalu lalang, berkepit dengan boipren, muke serius kerut-kerut baca buku (kalau aku dekat library). Or worst, kalau aku stadi dekat kolej, aku akan terus lompat ke katil yang hanya bersebelahan dengan meja stadi dan tido dengan nyenyaknye sambil peluk bantal.

Dari observation yang aku buat dulu, aku cuma mampu stadi selama 1 jam (membaca) dan akan tido selama 2 jam. Selagi tak cukup 2 jam, aku takkan bangun. Ni auto reset. Bukan sengaja sengaja taknak bangun.

So, can u guys imagine how hard I struggle to finish my study for 4 years with this syndrome? Tu belum lagi sebut yang stadi tapi tak ingat, yang dah hafal tapi bercampur dengan hafalan subjek lain. Duuuuh!

Sekarang ni, right now, yes right now! I am struggling myself to read all the documents my boss ask. Not only read, but I need to study the documents and create the new one that combine all the information contained in all documents that I need to study.

Paham ke idok?

Satu satu page. Menguap beribu kali dah. Nak bancuh Nescafe pekat, aku puasa. Rasa macam nak tampar diri sendiri je la.

Im a dead meat la kalau syndrome ni tak diubati.

*yawn* (-_____-!)

Monday, September 24, 2012

Resipi Triffle dan gambar ayam saya heee~

Assalamualaikum

ok esok dah hari Isnin. Monday blue aku dah kembali. Cara-cara nak hilangkan Monday blue ni, haruslah ke dapur!!


Selalu aku tunjuk kek, cookies and dessert yang aku buat. ada gak la yang cakap 
"hang ni dok menggila masak benda benda alah ni suma, satgi hang nikah laki hang makan kek ja la hari hari no"

PEEHH tertusuk gua cakap lu.

ape, ingat aku tak reti ke masak nasik? ape susah. bubuh beras dalam periuk, tambah air sama tinggi dengan tinggi nasik tu, on je suis periuk letrik tu. tunggu la sampai periuk tu bunyi "ketak" tanda nasik dah masak. see? see? senang tahu? memalukan betul kasik resipi nasik. cis.


2 hari lepas,  balik dari keja lebih kurang pukul 10.30 malam, aku sempat berehat kejap. lepastu dekat-dekat tengah malam, aku pun memulakan projek aku. kejap je sediakan bahan-bahan nak perapnye. lepas tu perap je semalaman. bila agak-agak nak makan, panggang je dalam oven pastu boleh la main game angry bird sementara tunggu ayam tu masak. 




malas sebenarnye nak cite resipi ayam panggang ni sebab ada orang penah mempertikaikan kredibiliti aku memasak masakan ruji dan rutin. 

fine. fine. aku omputih celup. aku makan cheese cake hari-hari. so?

tapiiiii. aku nak share resipi dessert yang best dan senaaaaaang sangat kat korang. cuma nya, kena sabar sikit sebab lebih best bile simpan dalam peti ais dan makan sejuk sejuk. baru siap tak sedap lagi nak makan.

apakah ia?

is adalah....

TRIFFLE!!!!!

wallah. senang. sambil tido pun boleh buat. *ok tu tipu*


bahan-bahan 



swiss roll
tepung kastard
gula
susu cair
crystal jelly
fruit cocktail
whipping cream
badam bakar
air

swiss roll tu boleh guna macam yang aku guna, then potong. ataupun boleh terus beli yang mini swiss roll je. susun kat dalam bekas rapat-rapat. lagi best kalau boleh tuutp semua ruang yang ada kt dasar bekas tu. baru best 3 layer jadik dan best jugak mase makan. aku ni pemalas sikit. mana yang sempat jek. ditambah dengan keadaan malam yang hening dan mata yang mengantuk dan keletihan balik keje pukul 10.45 malam terus buat trifel, aku tak kuase nak penuhkan. aku potong dan susun je mana yang muat. gasaaaak. haha.






lepas tu, bukak fruits cocktail dan curah sikit air die kat atas swiss roll tu. ikut sedap hati la. kalau suke soggy cake, curah banyak sikit. kalau tak suka, just lembabkan je kek tu dengan air buah. ok?

then, mase untuk masak kastard. campur 1 tin susu cair dengan 1 tin air (guna tin yang sama) dengan 7 sudu besar gula. kalau nak kurangkan gula pun boleh. ikut tahap kencing manis korang lah. aku pun main taram jek. haha.

 




sementara tunggu susu tu didih, korang bancuh 4 sudu besar tepung kastard (4 sudu membukit) dengan 1/2 tin air. kacau supaya tak berketul.

 



bile susu dah didih, perlahankan api, pastu tuang bancuhan kastard tadi sambil kacau kacau sampai likat.

 



bile dah likat, tuang kastard tu atas lapisan swiss roll. sekarang dah ada 2 lapisan. yeay!





untuk lapisan ke-3, tabur fruit cocktail atas kastard tadi. ketepikan dulu.

 



masak sepeket crystal jelly dengan 400ml air. atau korang kena refer instruction kat kotak crystal jelly tu. aku guna jenama First Choice, sebab murah. haha. 


bile dah didih, sejukkan kejap dalam 15 minit pegi lah tengok spongebob dulu ke. bile dah suam-suam kuku (jangan biar sampai dah mengeras) tuang larutan jelly tu atas fruit cocktail tadi. ratakan tau. jangan tuang setempat je. tuang slowly ke seluruh permukaan.

 


lepas tu, biarkan lah sejuk sampai jelly tu mengeras. nak simpan dalam peti ais kejap pun boleh. tapi disebabkan peti ais aku dah sendat, aku sejukkan dengan cara bukak kipas tahap maksimum. hamek!


 

sementara tunggu tu, bolehla korang putar whipping cream sampai kembang. ni optional sahaja. taknak pun takpe. kalau ikut asal usul trifel, cuma ada 3 layer utama je iaitu swiss roll, kastard dan jelly.



 
aku memang tahap dah tak kuasa nak punggah almari cari hand mixer. sudahnye, aku gigih putar whipping cream dengan hand whisker je. kental jugak jadinye. sekental jiwa aku ni ha.



 

bile dah keras lapisan jelly tu, tuang la sesuka hati whipping cream dan tabur badam. badam ni pun optional je. aku nak menghabiskan badam yang aku beli buat kuih raya itu hari sebelum die expired. gasaaaak. aku rasa kalau tabur chocolate chip pun sodap ni. chocolate chip aku pun berlambak. 



then, simpanlah dalam peti ais semalaman. 




esoknya makan dengan penuh kenikmatan ye.





 sebekas extra untuk mereka yang bertuah (^^)


 Triffle. Open house tahun depan ye. save the date! haha

selamat mencuba =) 



Nak tayang anak buah hee! Aiman saye!




Thursday, September 20, 2012

putus cinta? relax. small matter.



Wah kau tajuk nak tabah je kan?hahaha.

Ye, kita haruslah tabah. Putus cinta je pun.


Aku rasa ada kawan aku yang tengah ‘sakit’ sebab putus cinta, kan? Well, I used to be that girl. Twice even. Yang dulunya parah, sekarang dah hancuuuur. Puas hati! Haha


Sebab kenapa putus cinta, tu simpan sendiri. Tapi cara nak handle, same je untuk semua orang pun. Sama ada putus atas kerelaan atau bukan dengan kerelaan, once dah putus, dah la. Move on! Tak perlu nak pertikaikan lagi apa yang dah jadi. Kalau hubungan tu bertaut kembali satu hari nanti, serahkan pada Allah. But, stop searching and forcing!


Jangan sesekali fikir “kalau aku sabar sikit, kitorang tak putus pun. Aku takkan hilang dia”.

Dah dah! Hentikan segala KALAU korang tu. STOP!


First, redha. Redhakan kehilangan korang. Dia bukan milik korang.

Kedua, berdoa. Berdoa berdoa dan terus berdoa. Mintak Allah hilangkan perasaan sayang tu kalau perasaan tu memudaratkan korang. After all, Allah yang anugerahkan perasaan tu. Jadi, perlulah mintak Dia jugak yang tarik balik, kan?

Ketiga, jangan kenang! Yang indah-indah tu semua perkara lepas. It’s past. Tengok keadaan korang sekarang. Bukan hidup dengan kenangan lama.

Keempat, sibukkan diri. Jangan bagi peluang untuk korang all alone. Nanti mulalah teringat itu, teringat ini. Teringat janji-janji manis, kenangan manis. Believe me, sibukkan diri untuk sementara waktu. Bila hati dah stabil, korang dah boleh face tanpa perlu busy sana sini.

Kelima, enjoy life bebeh! Hey banyak lagi nikmat dunia yang korang boleh explore ok! Hidup korang bukan semata-mata untuk cinta yang tak pasti tu. Travelling, shopping, entertainment, wayang, bowling, picnic, holiday. Just name it! Looooooooots of thing out there waiting for you.

Keenam, bukak hati. Bukak hati pada kehidupan yang luas. Bukak hati pada kasih sayang yang dicurahkan oleh famili and friends. Bukak hati pada benda yang kita suka buat. Bukak hati untuk orang lain.

Ketujuh, deletion session. Buang semua SMS indah korang dengan ex korang tu. Kalau SMS tu sume takkan jejaskan emosi korang, takpela. Tapi kalau hari-hari dok ulang baca, pastu mula nak bergenang-genang air mata, what for? Delete je wei. Takyah baca dah sampai bila-bila. Jangan lupa tukar saved contact name dalam handphone. Kalau dah putus tapi dok save as ‘darling’,’sayang’,’B’ dan sebagainya tu, kenapelah? Tukar, ye?

Kelapan, be friend. Tak kisah atas apa sebab sekalipun korang putus, kekallah bersahabat. Kalau dia bersalah, maafkan dia seikhlas hati. Lupakan. Move on. Kalau dia takmau berkawan dengan korang, terpulang kat dia. Tapi korang jangan ikut perangai tu. Ni bukan nampak macam gila talak. Kita cuma nak kekalkan hubungan baik sesame manusia.


Aku tahu pedihnya hati bila putus cinta. Aku tahu rasa bila hancur hati dek orang yang kita sayang. But no matter how hard it is, do we have any other choice to take, if not face it? Takde kan? So, face it la. Relax. Putus cinta je.

Dah 2 kali putus cinta, setakat ni aku tak perlukan masa yang lama untuk recover. Selalunya less than a month. Tapi untuk heal, perlu lama. Lama sangat-sangat. Kali ni punya hancur hati, tak tahu lah berapa lama pulak need time to heal. But, im doing fine now. Even better than before. Bile kita redha dengan kehilangan, rasa lega sangat.

Bila hati dah tertutup ni, datanglah apa sekalipun, aku dah takde rasa. Aku mula rasa rimas bila ada lelaki yang propose. Aku mula rasa bengang bila ada lelaki yang paksa dan tak paham hati aku. Aku mula annoyed dengan lelaki yang offer kebendaan untuk dapatkan cinta. What the frog?



p/s: I used to be a girl that give you a chance to take my heart. Willing to do anything for you. Begging for your love and attention. Cry for you. I won’t be that girl again.



Monday, September 17, 2012

kini berwajah baru beserta semangat baru!!

Bismillahirahmanirrahim...

Dengan ini, saya, Nur Atiqah, merasmikan blog saya yang berwajah baru. 

*kebabombombom piu piu piu*

ok tu sound effect bunyi mercun, if u unaware ahahaha.


dah lama nak tukar ekceli, but then, masa adalah punca utama kelambatan perubahan ini.

well, masa create this blog umur aku 19 tahun. very the unmatured. tajuk pun nak sempoi enjoy dunia tak ingat akhirat kahkahkah. sekarang ni, after almost 5 years, sekali lagi aku ubah template and layout. buang mana-mana gadget yang tak memberangsangkan dan tolak tambah mana-mana yang patut.

white. lebih tenang. and white, i can throw anything inside freely. tanpa perlu memikirkan, eh matching ke dengan layout aku karang ni?
ok lah readers. next entry aku pasal hari berpoyapoya aku di Sunway Lagoon. Tunggu proses gambar siap, then akan dipublish.

Assalamualaikum =)

Saturday, September 15, 2012

Aiman si permata hati

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

syukran Ya Allah..

Aiman comel. Aiman sihat. Aiman cahaya dalam keluarga kami. Aiman rezeki dari Allah. Aiman tanggungjawab dan amanah dari Allah. 

tadi first time pegang Aiman. pangku dia sementara mama dia makan. ntah kenapa, sebak rasa hati. pangku Aiman sambil berselawat, tetiba suara bergetar. lama-lama, air mata menitis sikit.

Hoi la malu aku kalau nenek Aiman nampak ni aku menangis takde angin takde ribut. 


tak tahu perasaan ape yang datang masa tu. menyelinap terus ke lubuk hati, dan hantar impuls pada otak agar mata mengalirkan air.

Ya Allah. sekarang aku paham perasaan dan naluri seorang ibu. walaupun aku hanya ibu saudara. ajaib sangat sangat.

Ya Allah, lindungi Aiman. jadikan Aiman seorang lelaki yang bertanggungjawab dan soleh. amin.

Friday, September 14, 2012

letting go my DSLR



Im thinking of letting go this 1 gadget of mine..

I can’t hold the memories anymore..

I don’t wanna keep the memories in it..





I felt this before. Losing the thing I love. I used to it. Never mind. I just need to face it 1 more time. Letting go is not that hard.

Chill lah!


Monday, September 10, 2012

belajar erti sabar



2 bulan lepas, aku nekad withdraw RM2000 dari saving bank aku untuk beli Samsung Galaxy Note Limited Edition pink color yang berharga RM1999.

Untuk dapatkan duit RM2000 tu, aku tak simply guna duit gaji bulanan aku. Sebab, banyak keperluan lain yang aku kena utamakan. Kereta, bile elektrik rumah, barang dapur, bil broadband, hutang ptptn dan sebagainya. Setiap 1 haribulan tiap bulan, almost RM1100 jugak la duit yang wajib dikeluarkan untuk tampung semua keperluan tu. Tak termasuk dengan saving dan belanja harian selama 30 hari berikutnya pulak. Tak masuk dengan petrol, maintainance kereta dan motor, kecemasan tetibe kucing demam.

Jadinya, aku buat keje part time selama 5 bulan untuk kumpul RM2000. sebab, aku memang sangat terlalu inginkan gadget tu; Samsung Galaxy Note. Keje part time aku mula pukul 7 malam hingga 10 malam dari Isnin sampai Jumaat (dengan 1 hari off) dan 8 jam untuk Sabtu dan Ahad. Maknanye, selama 5 bulan tu lah, aku takde cuti, aku tak mingle with family kat rumah, aku tak hang out dengan kawan-kawan. Life aku hanya keje keje dan keje. Semuanya sebab Samsung Galaxy Note.

Lepas aku berjaya memiliki Samsung Galaxy Note, aku resign keje part time sebab aku sangatlah penat. Dan aku kesiankan mak aku selalu duduk sorang kat rumah sebab aku balik rumah cuma untuk mandi, makan dan tido. Kadang-kadang tak sempat makan pun. Tapau je makanan dari rumah dan pegi keje semula. Lagi pulak, aku dah dapat gadget idaman aku. Aku dah tak perlukan extra money dah.

2 hari lepas, Sabtu bersamaan 8 September 2012, 22 Syawal 1433H. aku kehilangan Samsung Galaxy Note Limited Edition pink color yang aku sayang tu, hanya dengan sekelip mata.

Sling bag aku telah diceroboh oleh tangan yang durjana, yang dengan sengaja mengambil Samsung Galaxy Note tu dengan niat mencuri. Aku sedar yang aku dah kehilangan gadget tu, pukul 6 petang, masa nak menunaikan solat asar kat surau PWTC.

Perasaan masa tu, KOSONG. Sekosong lagu Najwa Latif.

Aku fikir, mungkin aku tercicir kat mana-mana. Aku cuba call guna Blackberry kawan aku, dan ternyata memang sah dicuri sebab talian dimatikan. Off!

Takde ape yang boleh dibuat pun. Tekup muka. Istighfar banyak kali. Selawat sebanyak yang mampu. Positifkan fikiran.

“Tiqah, sabar. Bukan rezeki kau. Sabar. InsyaAllah ada hikmah. InsyaAllah ada rezeki yang lebih besar. Allah Maha Adil. Serahkan pada Allah untuk menghukum. Kau kena sabar je Tiqah. Sabar”

Setitis air mata jatuh jugak. Tak mampu nak bendung. Cepat-cepat lap pipi, amek wuduk dan solat.

“Ya Allah, aku redha dengan kehilangan ni. Aku yakin dengan takdirMu Ya Allah. Ini bukan rezeki aku, maka Kau ambil semula. Ampunkan aku andai kehilangan ni kerana dosa-dosa aku sebagai hambaMu yang kufur nikmat dan lalai. Murahkan lah rezeki aku Ya Allah. Bukakan pintu rezeki seluas-luasnya untuk aku. Berkatilah setiap rezeki yang Kau berikan. Dan lindungi aku dari manusia-manusia kejam berniat jahat. Amin”




Assalamualaikum.

Friday, September 7, 2012

bengkek!



Dulu requirement kata

SELF STARTER AND INDEPENDENT


Tapi sekarang ni asyik nak kena report every single thing.

INDEPENDENT la sangat. pffffffffff!!!!!!

Thursday, September 6, 2012

Pavlova idaman akhirnya berjaya dihasilkan. jom cuba!

Assalamualaikum wbt

Masih mood raya kawan-kawan?
Nak resipi untuk buat open house?
Apa? Nak? Pi carik kat Google muahaha!

Masa cuti merdeka itu hari, aku gigih buat pavlova. Ye, pavlova ye rakan-rakan. Yang harganya mencecah RM12 – RM15 per slice. What The???

Zaman sekarang ni, harga makanan melambung-lambung. Itu sebab aku lebih suka buat sendiri dari beli. Kalau beli, dah le kicik dok celah gigi je, mahal giler pulak tu!

Kos untuk buat pavlova ni tak ler mahal mana. Whipping cream tu je la mahal sikit dengan buah-buah segar. Tapi kalau beli kat pasar borong, kau boleh dapat sebakul buah segar dengan harga yang sama kau beli buah segar kat Giant. Aku hangin sikit sebab harga buah segar kat Giant mahal dari Tesco. Aku dah beli kat Giant dulu baru pegi Tesco dan memaki hamun Giant kat depan chiller buah Tesco. Huh!

Ekceli, aku dah try post entry pasal pavlova ni 5 hari lepas lagi tapi hanya melalui smartphone aku yang sampai sekarang pun aku tak pandai lagik nak guna application dalam tu. Bile dah post entry, tetiba gambar-gambar takleh nak rearrange pulak! Penat je aku padam taip padam taip perkataan demi perkataan dari smartphone tuh. Bile gune smartphone, memang selalu typo sebab jari lebih besar dari keypad huruf menyebabkan banyak huruf yang ditekan pada satu masa. Tu pun bikin aku stress tu. Huh lagik!

*aku mencintai nokia tige tige sekupang*


Ok ok dah jauh kan aku melalut. Ok ok back to bisnes.

Resipi Pavlova Atiqah The Bomb! Ha amacam nama? Ade bran nak cabar? Kah kah kah!


Apa yang korang perlukan untuk buat pavlova ialah

4 biji telur putih saiz sederhana
1 cawan gula kastor (aku guna ¾ cawan je sebab aku sendiri dah cukup manis PUIIII~)
½ sudu besar tepung jagung
½ sudu kecik esen vanilla
½ sudu kecik cuka masakan (jangan guna cuka getah pulak. Eh ade ke?)


Ha senang je kan bahan? Semua pun memang dah ada kat dapur tu ha. Tinggal korang nak selongkar je mana bibik korang letak sebab korang tak penah masuk dapur bahaha!

Ok adik-adik. Mula-mula korang kena tau bahawa semasa mengasingkan putih dan kuning telur, jangan ada walau sekelumit pun kuning telur yang termasuk dalam putih telur tu. Dan pastikan jugak mangkuk yang korang guna sangat bersih tanpa sebarang bendasing ataupun air. PENTING TAU!

Bila dah asingkan tu, masukkan putih telur dalam bekas untuk diputar. Bekas ni pun kena bersih tau. Takmo basah-basah. Takmo yang recycle tanpa pembersihan.

Dengan menggunakan speed paling minimum, putar putih telur tu. Mula-mula putih telur tu akan berbuih. Lama kelamaan akan bertukar dari jernih kepada putih susu. Kemudian, tukar speed kepada maximum dan masukkan gula kastor sambil putar tu. Putar sampai ade soft peak. Tau apa soft peak? Ha ni aku tunjuk dalam gambar ni. Permukaan berkilat dan ‘bertanduk’.


 


ok zoom sikit haaaaa


 



Pastu masukkan pulak esen vanilla dan pukul lagi sikit kasi sebati.

 



 Lepas tu, masukkan cuka diikuti dengan tepung jagung sikit-sikit dan gaul secara kaup balik. Jangan guna mixer dah tau. Guna spatula je. Slowly.



Ok dah siap meringue kita. Benda alah ni dipanggil meringue. Bukan mereng ok!



Sediakan baking paper untuk membakor. Cedok meringue dan letak atas baking paper. Bentukkan sikit macam kek tapi tak perlu nak kemas sangat pun takpe. Just make sure, bahagian tengah lebih tenggelam dari tepi. Maksudnye ade tembok la kat sekeliling meringue tu. Supaya senang nak boh topping nanti.

tembok aku tak berapa jadi =_=!



Kemudian bakar 140C selama 1 jam. Jangan lupa panaskan oven dulu sebelum bakar tu. Dan jangan lupe jugak menjengah-jengah pavlova korang. Kot la terawal masaknye. Lain oven lain peel.

Korang tengok permukaan pavlova tu dah keperangan dan sikit merekah, ok dah masak la tu. NANTI DULU! Jangan gelojoh sangat nak kuarkan dari oven. Kang melepek pavlova korang kang, nangis la sampai tahun depan pun takkan der kembang semula.

Korang kena simpan dulu pavlova korang dalam oven. Cuma matikan suhu je. Lebih kurang 15 minit lepas matikan suhu, bukak sikit pintu oven tu. Sikit je tau. Kasi angin sepoi-sepoi bahasa je yang masuk. Tunggu lagi dalam 30 minit baru kuarkan. Sabar. Jangan rakus.

Sementara tunggu sejuk tu, korang gi la buat topping die. Cuma perlukan 250ml NON-DAIRY whipping cream. NON-DAIRY tau! Maksudnya, takde susu dalam tu. Kalau beli yang dairy punye, sah tak jadik. Ini serius.

Korang tuang je whipping cream tu dalam bekas dan pukul guna mixer dengan speed maximum sampai la jadi kental. Selagi tak kental jangan stop tahu?

Dah siap toppingnye! Sangat senang kan? Apo laei, tuang la topping tu atas pavlova yang korang dah buat bentuk kawah tu. Pastu, taburkan dengan buah-buahan citrus. Aku suggest citrus sebab pavlova ni dah manis dan fatty taste so untuk menyeimbangkan rasa, gunelah citrus fruits yang masam-masam sikit macam blueberry, strawberry, kiwi, raspberry, dan anggur. Mana-mana yang korang suka lah. 1-2 jenis je pun takde hal.



Tapi aku tak guna pun whipping cream ni untuk buat topping sebab masa tu dalam fridge rumah aku dah ade dah topping whipping cream yang dalam tin tu. Tinggal nak picit atas pavlova je. Tu baki-baki aku buat hiasan blueberry cheese cake dulu. Tak baik membazir kaaaaaan? Tapi hasilnya tak memuaskan sebab topping aku cepat nau cairnye. Tu lah beli yang murah lagik! Kedek lagik! Baru beberapa saat picit atas pavlova, tengah feeling-feeling susun buah tetibe dah meleleh-leleh cair. Kejadahnye?





Buah yang aku gunakan ialah kiwi hijau, anggur, strawberry dan blueberry. Gigih ke Giant dan Tesco sebaik pulang dari pejabat semata-mata nak mencukupkan buah-buahan idaman kalbu. Hamek kau RM32 untuk buah sahaja. Menyesal! (=_=!)



Ok itu sahaja cara-cara nak buat. Senang jek. Sambil tutup mata boleh putar-putar hah. Orait tak? Sila cuba sebab memang sedap. Ke sebab aku yang buat, die jadi sedap? Oh noooo~

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..