Tuesday, November 29, 2011

sape yang tak penah tertekan dalam dunia ni, die memang abnormal. tapi macam mana nak atasi? meh aku cte meh. come come to papa..

Salam


korang penah tak rasa sangat down dengan diri sendiri?
penah tak rase korang manusia paling malang dalam seluruh alam jagat?
penah tak rase buntu giler-giler tahap dah tak tau nak buat ape?
penah tak rase sedih maha dasyat sampai hati rase macam kena siat-siat?
penah tak rase hidup messy teramat sangat?



study macam nak giler, tapi dalam otak ni apeee pun tak lekat.

assignment berlambak bertindih-tindih dengan exam pulak tu. tak tau nak buat yang mana satu.

keje datang bertimpa-timpa. belum sempat siap yang ni, bos bagi keje lain pulaaak pastu sume nak cepat jek.

dan macam-macam lagi la perkara yang boleh menjurus kepada 5 perkara kat atas. penah tak?
untuk aku, semua aku penah rase.


rase down sangat dengan diri sendiri bila tak dapat perform well untuk final exam semester 1 kat matrikulasi dulu. kawan-kawan rapat sume excellent. aku sorang jer tertinggal jauh. makan asap je. mase tu, Tuhan je yang tau ape perasaan aku. down teramat-amat. tambah-tambah bile mengenangkan ape yang kebanyakan orang cakap,

"kalau sem 1 pun tak perform, alamatnye sem 2 ke laut laaaa"

sebab sem2 lagi susah dan tough dari sem 1. killer subjek semuanya.

giler tak down dengar orang cakap macam tu???? nak-nak lagi bile pikir "kalau tak dapat result gempak kat matriks, kang nak masuk U susah dow. kalau dapat pun, lelong jer. kos ntah ape-ape je ko dapat. seni tari la ape la" *mereka yang mengambil jurusan seni tari please, no offense k?chill. hanya sekadar contoh*


penah jugak aku rase aku manusia paling malang dalam dunia bile musibah datang bertimpa-timpa. combo meal la senang kate. a few months back, aku eksiden. mase tu dekat Taiping. dan aku memang lone ranger kat sane. harapkan kawan-kawan kat kilang je la. family takde langsung. kawan rapat pun takde. sedara mara pun yillek. kejadian tu, waktu malam. pukul 10 lebih la macam tu. kawasan aku eksiden tu pulak sunyi. takde orang lalu lalang. mase tu pulak tengah duduk menumpang kat rumah makcik member. maklum la, perantau. menumpang je la. dah la menumpang, lagi nak menyusahkan makcik tu ke bile dah eksiden? memang tak la kan. cari orang untuk tolong angkut motor. motor rosak teruk dah. tak boleh gerak langsung. lepas eksiden tu, 2 hari dok terdampar je kat rumah. kaki bengkak, pinggang ke bawah memang sakit giler. nak jalan memang tak boleh. dok sorang je kat rumah tumpang tu. 2 hari tu la aku setakat makan biskut dengan minum air kosong je. motor pun takde nak kuar makan. dapor rumah pulak kosong. memang menangis-nangis aku masa tu kenang nasib diri. motor yang rosak tu nak kena repair pulak. rm300++ lagi lebur.


kebuntuan yang melampau pulak aku hadapi mase aku kena buang keje 3 bulan lepas. eh macam giler hina kan ayat kena buang keje?haha. tapi aku pun tak tau nak cakap camne. oh ok! bukan kena buang keje, tapi company tu taknak continue my service. habis je probation, habis la tempoh perkhidmatan aku. tapi yang nak jadi kisahnye, aku cuma diberitau yang tempoh perkhidmatan aku akan ditamatkan, 3 minggu sebelum. bayangkan la wei, aku mase tu dah move ke rumah sewa dah. aku punye deposit rumah sewa pun 2 bulan wei. tapi aku dapat notis 3 minggu je. ape kes la? 2 bulan tu deposit worth rm600 dow. bukan sikit-sikit. bajet aku nak terus balik KL la lepas habis tempoh tu? banyak benda kena amek kire. aku nak bagitau famili lagi 1 hal. giler wei. mak aku hantar aku pegi sane, pesan macam-macam. takkan senang-senang je aku nak bagitau "mak, tiqah kena buang keje. tarra!!!!". agak-agak ape reaksi mak aku? mau menangis die. high expectation on me, tup-tup jadi camtu. masa tu aku memang betoi-betoi buntu. sebab aku tak boleh balik KL sebab aku tak tau nak menjawab ape dengan mak aku. but at the same time, aku tak boleh stay lama dekat Taiping without any work. aku sampai tahap pikir nak buat keje part time je dulu. jadi operator kilang je, sales girl kat giant ke, cuci pinggan kat kedai makan ke, jaga kaunter 7-eleven ke. ape-ape je la asalkan aku ade duit nak survive kat Taiping. asalkan aku tak buat mak aku sedih. dah la time tu bulan pose noookkk. nak dekat raye lagi. duit raya kena ready kan, baju raya kena beli sendiri dah. duit tiket bas lagi. tak kire kuih muih yang nak kena sediakan jugak. mase tu, hari-hari nangis wei. aku tau Tuhan tak suka orang yang terlampau meratap. tapi mase tu aku betoi-betoi takde jalan. takde cara. aku langsung tak tau ape yang patut aku buat. depan orang, aku tunjuk la happy. tapi bile dok sorang-sorang especially lepas semayang, "uwaaaaaa!!!! uwaaa!!!!! sob sob slurp *sound efek sedut hingus*"

hari-hari merintih. minta Allah tunjukkan jalan. minta Allah guide supaya aku tak tergelincir. minta Allah jage hati supaya aku tak buat benda bukan-bukan. perit pedih tu memang tak tergambar. mase tu, 100% pasrah.


perasaan sedih macam kena hiris pulak aku rase mase putus cinta dulu. takyah tanye la putus cinta yang mana. but seriously, hati rase macam kena siat-siat. alah ni takyah cite pun takpe la. sume orang yang penah putus cinta rase benda yang sama. susah nak gambar dengan kata-kata perasaan tu. sampai aku boleh kurus lah time tu. ha pelik kan kalau aku kurus? so boleh imagine tak impak putus cinta tu?


dari ape yang aku dah rase selama ni (sebenarnye banyak lagi tapi mate dah ngantuk cukup la takat ni), hanya ada 1 saje penyelesaian pada sume ni. ha punyer banyak masalah aku bagi. sekarang aku nak bagi solution pulak. baik kan aku? cikgu korang pun tak baik macam aku. cikgu korang bagi masalah soh korang selesaikan sendiri.hahaha padan muka korang.

penyelesaiannya

ALLAH


Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. yang takkan sesekali tinggalkan kita walaupun kita selalu tinggalkan die. Allah tak penah lupa dan abaikan kita. kita je selalu lupa dan abaikan sume suruhan Allah. lepas ape yang dah Allah bagi kat kita (paling utama, nikmat nyawa, nikmat yang tak dapat diberi oleh ape-ape selain Allah), masih lagi tak sedar ke?

cuba sekali korang rase down, atau sedih, atau buntu, atau serabut. korang tarik nafas kejap, amek wudhuk, pegi solat dan baca Quran. aku berani JAMIN. walau pun masalah tu masih ade, sekurang-kurangnye korang rase lebih lapang, lebih tenang. boleh berfikir dengan lebih rasional untuk cari penyelesaian.

selama aku hidup ni, tak penah lagi aku kecewa bile aku berharap pada Allah. TAK PENAH. ape saje rintihan aku, Allah dengar dan temani aku. 24/7. tak penah langsung Dia tinggalkan aku. cuma lambat atau cepat je Dia tunjukkan hikmah.

kalau korang rasa "aku dah penah mintak. dah penat solat. dah penat doa. aku macam niii jugak. Tuhan tak tolong pun".

cuba tengok balik diri sendiri. doa macam-macam tapi masih buat ape yang Allah larang. adil tak? penat sangat ke nak doa? Allah bagi rezeki tiap-tiap hari kat kita tak penah missed. Allah tak penah penat pun dengan kita. cepatnye putus ase dari rahmat Allah? nak tackle awek tu, tak reti give up pulak?

bersyukur bile Allah bagi ujian. sebab ujian tu banyak mengajar kite erti hidup. pembelajaran yang langsung takkan dapat dari mana-mana sekolah atau universiti. cuba tengok orang yang tak penah kena ujian berat. bile sekali Allah turunkan ujian, die mesti melenting punyer la. sebab tak dapat kawal emosi dan amarah. kalau kita yang dah biase terima ujian ni, insyaAllah datanglah ape pun, kite akan rasional. insyaAllah.


jom mengislahkan diri!

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..