Monday, November 28, 2011

saat-saat bahagia mesti diuji punye. kalau tak, tak thrill la hidup beb!




Walau sayang macam mana korang kat pasangan korang, walau macam mana loving life korang, satu saat relationship korang pasti akan diuji.

Bila korang dah betul-betul pasti si dia memang pilihan terbaik, si dia yang akan berkongsi hidup dengan korang selama-lamanya. so, bersedialah untuk hubungan tu diuji.

Diuji macam mana?

Masalah orang ketiga

Masalah kewangan

Masalah emosi/ tekanan



Yang paling kerap ialah, masalah orang ke-3. Kekadang, bukan korang sengaja minta pun untuk ade skandal. Kekadang korang memang dah sayang betoi dah kat pasangan korang, tapi ntah kenapa bile datang seseorang yang lain, boleh pulak korang sayang jugak dekat orang tu, but at the same time korang sayang pasangan korang jugak.





Tapi ade je orang yang memang sukati cari pasal dengan try-try orang lain sedangkan diri sendiri dah ade pasangan. Konon nak test power la tu. Kalau lekat, bangge la kan. Terasa hot. Tapi last-last baru glabah bile nak kena buat pilihan mana satu. Either pasangan yang memang dah lama berhubungan tu, or skandal baru yang dah lekat tu. Alah kalau stakat suke-suke je try tapi xde feeling senang la nak pilih kan? Tapi kalau dah dok try-try, pastu orang tu plak bagi positive feedback, pastu caring, pastu sweet, pastu humour, pastu comel jugak. Sanggup ke rejek? Haaaa sendiri mau ingat la.



Slalu jadi kat orang sekeliling aku. Bile time single, takde plak yang nak tanye kabo. Nak masuk line apetah lagi sampai korang rase sangat down dan tak laku. Tapi once dah ade steady couple yang konon-konon memang dah nak sehidup semati (sorang hidup sorang mati), tetibe datang pulak daaah orang ke-3 ntah dari mana nak ngorat korang jugak. Kan?kan? pastu mula la konpius nak pilih sape. Kat pasangan, dah janji nak setia bagai. Tapi orang yg baru datang ni pun not bad. Pakej ade. Pakej tu adelah DUIT dan RUPA. HAKS~



Kes curang ni pun boleh terjadi bile u are having long distance relationship. Yela kan, bile korang kena gastric sebab diet melampau, tapi boipren korang takde sebab dok jauh. Takkan korang nak merengek jugak kat die soh datang kat korang sebab korang gastric kan? Nak-nak pulak time tu die tengah sibuk dok cari pasal. Korang call tak jawab-jawab, sms tak berbalas dah 3.5 minit korang tunggu. Last-last korang pun sms kawan kelas korang yang memang minat kat korang (tp before ni korang tak layan pun die sbb nk setia konon), tak sampai setengah saat die dah reply sms korang. Pastu 5 minit kemudian dah tercangak depan pagar hostel bawa mekdi set large. Siap dengan minyak angin pastu pesan soh sapu kat perut pastu pesan soh makan kenyang-kenyang pastu pesan soh jaga diri pastu cakap yang die risau pasal korang. Confirm melt kan? Confirm korang maki-maki boipren korang yang langsung tak caring kan? Pastu mule la compare boipren korang dengan mamat tu. Mula la kuar ayat “pakwe aku tak caring aku macam ni pun. Camne die nk jage aku bile dah kawen nanti?orang lain jugak yang jage aku…bla bla bla”.



See?see?bibit-bibit kecurangan dah terserlah.



Kekadang, relationship tu boleh jugak diuji dengan fitnah manusia. Nama pun manusia, penuh dengan hasad dengki bile tengok orang lain bahagia sebab die tak bahagia macam org tu. Mula la buat fitnah macam-macam.


“weh joyah, semalam aku terserempak ngn boipren ko suap nasik lemak kat si tini. Betoi joyah. Aku tak tipu. Lama aku usha. Kompom tu boipren ko”


Lagi tambah best kalau memang kebetulan semalam korang tak jumpe boipren korang sebab boipren korang bagi alasan tak sihat dok umah je. pastu korang tak dapat kontek die plak semalam.


“min, baderul cakap boipren ko tu sebenarnye gay. Sebab baderul tu lah kekasih gay die”


“ko kenal kan meah? alaaa, bekas awek mirul. mirul boipren ko tu la. meah tu kawan main guli aku tau. Kamcing abes la dengan aku. Die cakap mase kapel dengan mirul dulu, diorang dah penah terlanjurrrrr. Astaghfirullah~”


Hah! Kalau korang tak kuat iman, atau cepat melenting, atau otak sempit. Kompom tak lama la hubungan korang dan orang yang memfitnah tu akan gelak horey-horey tengok hubungan korang berantakan.


Duit pun boleh timbulkan masalah dalam hubungan. Hell no lah bile org cakap “u takde duit pun takpe I tetap sayang u sebab I sayang u bukan duit u”


Pooorah!


Takde duit dengan tak kaya, sama skali tak sama yek. Setakat tak kaya takpe lagi sebab ade la jugak duit sikit-sikit kan. Tapi bile sebut takde duit, boleh jalan lah. Nak bercinta pon pakai duit tau. Hidup berumah tangga lagiiii la pakai duit. Dah tu takkan tiap-tiap kali jumpe korang nak bawa bekal air mineral sama biskut hupseng sekeping pastu kerat 2? Naik moto dalam ujan pastu tetibe motor break down tengah-tengah highway. Sanggup? Tak pun, awek kene tolong tolak moto boipren sebab dah abes minyak. Ape kes? Bukanlah nak jadi mata duitan sangat. Tapi kalau pun tak dapat nak menyenangkan pasangan, takyah nak menyusahkan boleh tak? bahaha!


Lagi worse bile gf sms


“B, I miss u la. U buat ape tu? Senyap je lama tak text i. tak rindu I ke?”

*selang 3 minit*

“B, apsal tak reply sms i? u ni betoi-betoi tak rindu I ke? Sampai ati u tau! Benci la I mcm ni”

*selang 3 minit*

“B!! u memang sengaje kan? Ntah-ntah u tengah date ngan pompuan lain. Sebab tu tak reply sms i! u takut kantoi ye? Kuajaq u ni!!”

*selang 3 minit*

“SUMPAH I BENCI U SAMPAI MATI!!!!!!!! KITE CLASH!!!”

*capslock menandakan kemarahan teramat*


Padahal si boipren tak reply sbb xde kredit. Sengkek la kate. tak mampu nak topup dah. Nak buat kredit advance pun dah tak boleh. Celcom tu lagi bersyukur kalau dia terus terminate nombor dia tu sebab banyak utang ngan celcom dia tak settle.


So ape jadi? Pelamin anganku musnah la cite die.


Masalah emosi pun boleh gak jadi punca. masalah ni boleh datang dari pelbagai sumber antaranye:


1. Esok test subjek yg korang selalu fail. Tapi sampai sekarang korg study x jugak paham2.macam nak fail lagi skali je.

2.
Mak korg suruh balik weekend ni sbb dah 3 sem korg x balik kg tapi weekend ni pasangan korang sambut besday. Die dah warning awai-awai kalau korang x datang, putus!

3.
Datang bulan (untuk pompuan) menyebabkan hormone tak stabil. Emo tak memasal. Hal kecik nak besar-besar. Boipren lambat balas sms (slalunye setengah minit dah reply, tapi kali ni 3.8 minit tak reply lagi) terus korang nangis teresakesak mcm mati anak.

Sume-sume ni boleh menyebabkan pertelingkahan dan perbalahan yg akan menguji hubungan korang.


Zaman sekarang, yang paling utama penyebab keberantakan ialah


MUKA BUKU


Rase macam nak hempok laptop je bile nampak boipren korang reply komen pompuan lain sedangkan sms korang tak balas-balas pun dah separuh jam tunggu.

Terus rasa nak minta putus.



So, jangan la ingat cinta korang tu akan selamanya like in the air. Terawang awang. Kaki tak pijak bumi. Kentut wangi. Akan tiba masa hubungan tu diuji di mana korang akan rase menyesal sangat kalau korang too show off pasal relationship korang. Tak semua benda harus bagitau pada umum. Well like for girls, rase semua benda bahagia nak share kan? Boipren kasik air mineral pun nak post kat pesbuk. Tu blom dapat rantai tikam lagi tu. Pastu bile hubungan diuji, mula la nak nangis-nangis pastu post yang emo-emo je. Kang 3-4 ari dah baik semula, mule nak sweet-sweet balik. Pastu kang gadoh lagi. Kalau pun korang tak bosan, ORANG LAIN BOSAN DOW TENGOK KORANG!

Like what I always remind myself, just follow the flow. Bila bahagia, nikmati. Tak perlu nak heboh. Bile diuji, try to find the best solution. Let that relationship become u and ur partner relationship. Not u , ur partner and others relationship. Got what I mean? Jadikannye eksklusif hanya untuk korang berdua. Dan sentiasa doakan yang terbaik untuk diri sendiri, pasangan, dan hubungan.

Bergantung pada Allah adelah jalan terbaik. *eh eh mood tukar jadi baik pulak*



3 comments:

picairin said...

agree!!
haha..
kelasss kau tiqah!=P

mashi said...

hahahha..gle mantop ar wehhh like2x..seribu kali like :)

tqah said...

aik? lain macam punye suke..terase ke? hahahaha..kelaassss mak nak~

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..