Assalamualaikum wbt
Selamat Hari Raya Korban u olls~ (gedik nak mamp!)
Hari raya ni seolah-olah sinonim dengan makanan kan? korang perasan tak? ke aku je yang kuat mentekedarah?
memang tak boleh nak berdiet langsung. nak tolak makanan, tak best la kan hari raya. sebab tu gua makan je semua yang orang hidang.
Macam biase, menu wajib famili aku time-time raya ialah lontong. ni makanan orang Jawa. Lontong ni adelah gabungan masak lodeh, rendang dan lontong (ala-ala ketupat tapi guna daun ape ntah nak bungkus pulut tu. pastu bungkus panjang-panjang). Tapi zaman moden ni jarang dah jumpe ketupat lontong tu. kitorang pun selalu ganti dengan ketupat nasi or nasi impit jek.
mak aku mesti buat ketupat palas dengan ketupat nasi. ketupat nasi ni tradisi la kat area Selangor and selatan. ketupat palas susah cari. tapi dulu kan kitorang bermastautin lama bebenor kat kedah tu. mak aku sempat belajar buat ketupat palas. sekarang ni, tiap kali raya mesti nak buat ketupat palas jugak. tak beragak pulak tu nak membuatnye. 20 biji mak aku kata sikit. padahal bukan pernah abes pun. kitorang tak berapa makan sebab pulut cepat muak tapi mak aku suke so die bajet semua orang pun macam die. hai la mak~
rendang yang mak aku buat ade 2 jenis. 1 rendang Jawa. 1 lagi rendang Minang. famili belah mak aku memang ade campuran Jawa, Minang dan Bugis. Rendang jawa, tak pedas. rasa rempah kuat. kaler pun cekelat-cekelat gitu. rendang Minang ni kaler merah-merah, pastu pedas sikit sebab memang boh cili banyak pun. aku penggemar pedas semestinya suke rendang Minang style la kan. tapi mana-mana mak aku buat, aku makan jugak dengan rakusnye.
lepas menjamu selera kat rumah, kitorang akan bungkus sikit makanan-makanan yang masak kat rumah tu untuk bawa balik kampung. kampung tak jauh pun dari rumah. bak kata member aku, lempor taik idong pun boleh sampai. lebih kurang 30 minit la perjalanan by car. kampung aku ni best sebab suasana kampung kan. aku suke suasana kampung. dengan lalang kiri kanan jalan, angin laut, orang naik motor kepala bolat zaman-zaman atok aku tu dengan tak pakai helmet, bebudak lumba beskal, parit besau. sumpah aku suke. pastu kat kampung confirm la meriah kan. Ha rumah nenek aku kat Jalan Sidang Adnan, Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah Port Klang Selangor. nama jalan ni sempena nama arwah atok aku, Adnan. arwah atok aku dulu penghulu kampung. gelaran 'sidang' tu gelaran untuk penghulu kampung.
kat kampung ni, dah jadi tradisi tiap-tiap kali raya korban, orang kampung akan sembelih lembu, lapah dan masak kat surau. surau ni sebelah rumah nenek gua jek. bak kata member gua lagi sorang, sekentot je dari rumah. bergotong-royong la buat semua benda. meriah wei gua tak tipu. selalunya daging tu diorang masak sup. pastu nanti diorang akan sediakan sekali la nasi, mee and mihun untuk makan dengan sup tu.
tak terliur ke kau tengok sup dengan gearbox ni? gua yang tak berapa gemar daging pun terliur kot. dah berapa kali gua jilat balik air liur gua yang dah leleh-leleh ni. sup daging ni sumpah sedap gua jamin. memang yang tukang masak ni expert abes la bab ni. tiap-tiap tahun tu aje kejenye. sedap teramat sampai jilat mangkuk (over la tu kan). gua ni nasib tak berapa gemar daging. so gua lantak sup je lah. ade la gua cubit-cubit sikit daging ni dari mangkuk mak gua buat rasa-rasa kat tekak.
ni pulak namanye sambal goreng. mesti korang yang takde kaitan darah dengan jawa, akan tertanya-tanya. "apsal nama dia sambal? gua tak nampak sambal pun." ha tu lah pertanyaan aku dulu-dulu masa aku tak sedar yang aku ni keturunan jawa. keje nak memberontak je. semua benda aku nak pertikaikan. tapi dah orang yang cipta makanan ni namakan die sambal goreng, apehal aku nak kecoh ye tak? baik aku makan je. ni memang feveret aku. aku rase ni feveret semua orang jawa lah sebab tak penah aku jumpe orang jawa tak suke makan sambal goreng. cara-cara nak masak, kau boh belacan, kacang buncis, cili merah. tempe, udang, hati dan pedal ayam, tauhu. jangan lupe boh bawang pulak. pastu kau goreng la sesuka hati. garam dan gula penyedap rasa. maka terhasillah sambal goreng. ni nenek aku memang expert. nenek aku tak pandai masak (tak guna punye cucu), tapi sambal goreng nenek aku TERBAIK!!!!!!!
aku suke hari raya sebab banyak makanan yang aku suke, aku jumpe. but thinking of the fact that aku punye diet bakal hancur, aku pun akan berduka nestapa pada hari raya. korang percaya tak?
p/s: pasni aku akan berusaha mengamalkan gaya hidup sihat. less fast food, less sugar and salt, less seasoning, less oily food, less carbo. more protein, warm water, and vitamin. more exercise jugeeee~
okbai!
No comments:
Post a Comment