Monday, October 1, 2012

Ulasan belanjawan 2013 oleh Atiqah



Assalamualaikum

Sejak belanjawan 2013 diumumkan jumaat lepas, kebanyakan post kat fb sume kondem. Yang private sector tak puas hati sebab government sector dapat bonus lagi. Yang government sector pulak hentam balik. Katenye, private sector gaji besar, bonus 3-4 bulan, setahun lebih dari sekali dapat bonus.

Adoi nye pun.

Ni lah yang aku tak suke jadi dewasa ni. Dulu aku tak kisah langsung pasal belanjawan. Lantak la nak bagi ape pun. Aku tetap macam tu jugak. Gi kelas, balik kelas. Tido, makan. Sebab, duit dapat takyah susah-susah. Aku Cuma kena habiskan je duit tu. Apa mau risau.

Tapi sekarang ni, tiap satu point dalam belanjawan 2013 tu aku dengar. Peh matang siot.

Yang paling aku syok dengar, kalau beli smartphone boleh dapat rebat RM200. kan Galaxy Note aku dah hilang, dan aku baru berkira-kira nak beli Samsung S3. nampaknya aku kena pendamkan dulu hajat aku ni sampai tahun depan la. Tunggu rebat tu boleh dapat baru beli. Lagi pun time tu, mungkin harga S3 dah murah sikit dari sekarang. Sooo the jimat uolls.

Harga gula pulak akan naik RM0.20 sekilo. Tapi tengoklah, harga kuih mesti naik seposen untuk sebijik kuih. Padahal gula tu naik Cuma RM0.20 sekilo. Sekilo tu boleh dapat berpuluh bijik kuih u know! Takde beza sangat pun kos nye. Jangan klentong aku. Aku pun penah jual cookies ok! Cis~

Yang lagi best, BR1M akan diperluaskan. Dulu, Cuma ketua keluarga ataupun orang yang mempunyai saran sahaja yang layak untuk apply BR1M dan dapat RM500. tapi tahun depan, orang bujang pun boleh dapat uolls. Yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun, berpendapatan kurang dari RM2000, atau yang tak berpendapatan langsung pun boleh. So kalau korang tu student, atau penganggur, silalah apply dan tunggu untuk dapat RM250. tapi bukan sebulan sekali tau. Dapat one-off payment jek. Kalau dapat sebulan sekali, takde sape la nak keje dow.

Isu PTPTN pun ade. Kalau dapat langsaikan hutang dalam masa 1 tahun bermula harini, 1 October 2012, boleh dapat diskaun 20%. Kiranya kalau aku hutang RM28K, aku akan dapat diskaun RM5600. tu kalau mampu bayar terus habiskan lah. Tapi kalau aku mampu bayar RM28K sekaligus, tak perlu kot aku buat pinjaman PTPTN mase nak belajar dulu. Lain la kalau aku sonok-sonok je nak sedekah 1% interest, RM4000++ tu kat PTPTN. Saja nak beramal jariah. Pinjam sikit, pastu bayar lebih-lebih. Kaaaan?

Kalau konsisten bayar pulak, boleh dapat diskaun 10% setahun. Ok contohnya tahun ni aku bayar konsisten RM200 tiap bulan. Cukup 12 bulan, total aku bayar dah RM2400. So baki dari RM28K tu tinggal RM25600. pastu deduct plak 10% iaitu RM2560. jadi total bayar untuk tahun ke-2 ialah RM23040. tahun yang ke-2 aku konsisten lagi bayar RM200 tiap bulan. Cukup setahun, baki pinjaman aku tinggallah RM20640. another 10% discount which is RM2064, baki pinjaman aku tinggal RM18576. dan begitulah seterusnya. Ni kalau aku kire ikut pemahaman aku la. Aku tak tau la PTPTN tu kire camne. Mungkin guna formulation lain. Jadinya dari pemahaman aku, jumlah diskaun 10% tiap tahun tu lebih banyak dari jumlah diskaun 20% 1 kali.

Aku Cuma senaraikan mana-mana point yang menarik perhatian aku je. Pasal household, aku suke jugak dengar sebab memang ade impian nak beli rumah, tapi disebabkan PM tak detail bagitau berapa kos untuk sebijik rumah, berapa jumlah loan paling tinggi dengan interest paling rendah bank boleh offer, area mana dan berapa keluasan rumah yang dianggarkan. So susah untuk aku bergumbira. Lagipun harga rumah sekarang kalau tak RM300K tak sah tambah-tambah area Selangor ni. Nak je aku jual tanah Selangor kok mahal benor. Sekilo berapa boleh dapat? *sign*

Cuma yang tak bestnye, bile orang dok gaduh pasal bonus. Tak puas hati sebab pekerja gomen dapat bonus lagi.

Bagi aku yang bekerja swasta dengan gaji yang tak besar mana pun dan bonus hanyalah 1 bulan gaji tu pun dapat setahun sekali je, aku malas nak amek port pasal bonus orang lain. Bior ler. Udah rezeki deme. Ape hak kita nak nafikan rezeki deme ye dok? Bior ler kite bayor tax mahei pun untuk tampung gaji deme. Sabor je la yob. Cuma pastikan, kite keje la dengan baik, amanah, tak mengulor. insyaAllah, gaji kecik yang dapat bonus 1 bulan gaji setahun sekali tu pun mampu jugak beli kereta, beli rumah buat berteduh, beli makanan isi perut, beli topup nak call mak, beli baju nak tutup aurat, beli toiletries nak bersihkan badan, beli minyak kete, bayar zakat. Asalkan cukup udah la ye. Berlebih sangat pun buat ape kalau tak berkat. Elok dapat duit berkepuk, kete pulak rosak. Anak sakit, rumah kena rompak. Mane la tahu kaaaan? Last-last tak ke mana puuun duit berkepuk tu.

Doakan Negara aman damai je la. Amiiin.

Wednesday, September 26, 2012

syndrome yang tak dapat diubati dari dulu sampai sekarang

Aku memang sejenis manusia yang sangat alergik dengan nota panjang lebar, karangan penuh kertas dan library. Ye itu tak bagus. I was lucky I able to finish my degree with that attitude.

Sebab, dalam course yang aku amek dulu, I can say almost 90% from the subjects were memorize one with lots of notes and heavy books. While I was, eh no, I AM a person who allergic with those materials. Up till now. Belog aku rajin la baca. Buku ilmiah memang nan hado!

Aku tak boleh study dekat library. Jiwa raga aku akan terseksa sebab kena control suara, sedangkan I like to quotes the word I read. Baru boleh ingat dan paham. Ditambah pulak dengan alergik aku towards notes and books, which I will fell sleepy after a short time of reading. Ni bukan main-main. Ni serius gile. If I am lucky, bolehla around 30 minutes then baru mengantuk. Kalau tak, baru je bukak buku first page, 5-6 line, aku dah hilang focus. Sama ada aku akan mula menyanyi ikut lagu kat mp3 sambil muke feeling feeling penyanyi profesional, atau aku berangan, atau aku korek hidung, atau aku cari coco crunch nak kunyah-kunyah, atau aku akan pandang orang sekeliling yang lalu lalang, berkepit dengan boipren, muke serius kerut-kerut baca buku (kalau aku dekat library). Or worst, kalau aku stadi dekat kolej, aku akan terus lompat ke katil yang hanya bersebelahan dengan meja stadi dan tido dengan nyenyaknye sambil peluk bantal.

Dari observation yang aku buat dulu, aku cuma mampu stadi selama 1 jam (membaca) dan akan tido selama 2 jam. Selagi tak cukup 2 jam, aku takkan bangun. Ni auto reset. Bukan sengaja sengaja taknak bangun.

So, can u guys imagine how hard I struggle to finish my study for 4 years with this syndrome? Tu belum lagi sebut yang stadi tapi tak ingat, yang dah hafal tapi bercampur dengan hafalan subjek lain. Duuuuh!

Sekarang ni, right now, yes right now! I am struggling myself to read all the documents my boss ask. Not only read, but I need to study the documents and create the new one that combine all the information contained in all documents that I need to study.

Paham ke idok?

Satu satu page. Menguap beribu kali dah. Nak bancuh Nescafe pekat, aku puasa. Rasa macam nak tampar diri sendiri je la.

Im a dead meat la kalau syndrome ni tak diubati.

*yawn* (-_____-!)

Monday, September 24, 2012

Resipi Triffle dan gambar ayam saya heee~

Assalamualaikum

ok esok dah hari Isnin. Monday blue aku dah kembali. Cara-cara nak hilangkan Monday blue ni, haruslah ke dapur!!


Selalu aku tunjuk kek, cookies and dessert yang aku buat. ada gak la yang cakap 
"hang ni dok menggila masak benda benda alah ni suma, satgi hang nikah laki hang makan kek ja la hari hari no"

PEEHH tertusuk gua cakap lu.

ape, ingat aku tak reti ke masak nasik? ape susah. bubuh beras dalam periuk, tambah air sama tinggi dengan tinggi nasik tu, on je suis periuk letrik tu. tunggu la sampai periuk tu bunyi "ketak" tanda nasik dah masak. see? see? senang tahu? memalukan betul kasik resipi nasik. cis.


2 hari lepas,  balik dari keja lebih kurang pukul 10.30 malam, aku sempat berehat kejap. lepastu dekat-dekat tengah malam, aku pun memulakan projek aku. kejap je sediakan bahan-bahan nak perapnye. lepas tu perap je semalaman. bila agak-agak nak makan, panggang je dalam oven pastu boleh la main game angry bird sementara tunggu ayam tu masak. 




malas sebenarnye nak cite resipi ayam panggang ni sebab ada orang penah mempertikaikan kredibiliti aku memasak masakan ruji dan rutin. 

fine. fine. aku omputih celup. aku makan cheese cake hari-hari. so?

tapiiiii. aku nak share resipi dessert yang best dan senaaaaaang sangat kat korang. cuma nya, kena sabar sikit sebab lebih best bile simpan dalam peti ais dan makan sejuk sejuk. baru siap tak sedap lagi nak makan.

apakah ia?

is adalah....

TRIFFLE!!!!!

wallah. senang. sambil tido pun boleh buat. *ok tu tipu*


bahan-bahan 



swiss roll
tepung kastard
gula
susu cair
crystal jelly
fruit cocktail
whipping cream
badam bakar
air

swiss roll tu boleh guna macam yang aku guna, then potong. ataupun boleh terus beli yang mini swiss roll je. susun kat dalam bekas rapat-rapat. lagi best kalau boleh tuutp semua ruang yang ada kt dasar bekas tu. baru best 3 layer jadik dan best jugak mase makan. aku ni pemalas sikit. mana yang sempat jek. ditambah dengan keadaan malam yang hening dan mata yang mengantuk dan keletihan balik keje pukul 10.45 malam terus buat trifel, aku tak kuase nak penuhkan. aku potong dan susun je mana yang muat. gasaaaak. haha.






lepas tu, bukak fruits cocktail dan curah sikit air die kat atas swiss roll tu. ikut sedap hati la. kalau suke soggy cake, curah banyak sikit. kalau tak suka, just lembabkan je kek tu dengan air buah. ok?

then, mase untuk masak kastard. campur 1 tin susu cair dengan 1 tin air (guna tin yang sama) dengan 7 sudu besar gula. kalau nak kurangkan gula pun boleh. ikut tahap kencing manis korang lah. aku pun main taram jek. haha.

 




sementara tunggu susu tu didih, korang bancuh 4 sudu besar tepung kastard (4 sudu membukit) dengan 1/2 tin air. kacau supaya tak berketul.

 



bile susu dah didih, perlahankan api, pastu tuang bancuhan kastard tadi sambil kacau kacau sampai likat.

 



bile dah likat, tuang kastard tu atas lapisan swiss roll. sekarang dah ada 2 lapisan. yeay!





untuk lapisan ke-3, tabur fruit cocktail atas kastard tadi. ketepikan dulu.

 



masak sepeket crystal jelly dengan 400ml air. atau korang kena refer instruction kat kotak crystal jelly tu. aku guna jenama First Choice, sebab murah. haha. 


bile dah didih, sejukkan kejap dalam 15 minit pegi lah tengok spongebob dulu ke. bile dah suam-suam kuku (jangan biar sampai dah mengeras) tuang larutan jelly tu atas fruit cocktail tadi. ratakan tau. jangan tuang setempat je. tuang slowly ke seluruh permukaan.

 


lepas tu, biarkan lah sejuk sampai jelly tu mengeras. nak simpan dalam peti ais kejap pun boleh. tapi disebabkan peti ais aku dah sendat, aku sejukkan dengan cara bukak kipas tahap maksimum. hamek!


 

sementara tunggu tu, bolehla korang putar whipping cream sampai kembang. ni optional sahaja. taknak pun takpe. kalau ikut asal usul trifel, cuma ada 3 layer utama je iaitu swiss roll, kastard dan jelly.



 
aku memang tahap dah tak kuasa nak punggah almari cari hand mixer. sudahnye, aku gigih putar whipping cream dengan hand whisker je. kental jugak jadinye. sekental jiwa aku ni ha.



 

bile dah keras lapisan jelly tu, tuang la sesuka hati whipping cream dan tabur badam. badam ni pun optional je. aku nak menghabiskan badam yang aku beli buat kuih raya itu hari sebelum die expired. gasaaaak. aku rasa kalau tabur chocolate chip pun sodap ni. chocolate chip aku pun berlambak. 



then, simpanlah dalam peti ais semalaman. 




esoknya makan dengan penuh kenikmatan ye.





 sebekas extra untuk mereka yang bertuah (^^)


 Triffle. Open house tahun depan ye. save the date! haha

selamat mencuba =) 



Nak tayang anak buah hee! Aiman saye!




Thursday, September 20, 2012

putus cinta? relax. small matter.



Wah kau tajuk nak tabah je kan?hahaha.

Ye, kita haruslah tabah. Putus cinta je pun.


Aku rasa ada kawan aku yang tengah ‘sakit’ sebab putus cinta, kan? Well, I used to be that girl. Twice even. Yang dulunya parah, sekarang dah hancuuuur. Puas hati! Haha


Sebab kenapa putus cinta, tu simpan sendiri. Tapi cara nak handle, same je untuk semua orang pun. Sama ada putus atas kerelaan atau bukan dengan kerelaan, once dah putus, dah la. Move on! Tak perlu nak pertikaikan lagi apa yang dah jadi. Kalau hubungan tu bertaut kembali satu hari nanti, serahkan pada Allah. But, stop searching and forcing!


Jangan sesekali fikir “kalau aku sabar sikit, kitorang tak putus pun. Aku takkan hilang dia”.

Dah dah! Hentikan segala KALAU korang tu. STOP!


First, redha. Redhakan kehilangan korang. Dia bukan milik korang.

Kedua, berdoa. Berdoa berdoa dan terus berdoa. Mintak Allah hilangkan perasaan sayang tu kalau perasaan tu memudaratkan korang. After all, Allah yang anugerahkan perasaan tu. Jadi, perlulah mintak Dia jugak yang tarik balik, kan?

Ketiga, jangan kenang! Yang indah-indah tu semua perkara lepas. It’s past. Tengok keadaan korang sekarang. Bukan hidup dengan kenangan lama.

Keempat, sibukkan diri. Jangan bagi peluang untuk korang all alone. Nanti mulalah teringat itu, teringat ini. Teringat janji-janji manis, kenangan manis. Believe me, sibukkan diri untuk sementara waktu. Bila hati dah stabil, korang dah boleh face tanpa perlu busy sana sini.

Kelima, enjoy life bebeh! Hey banyak lagi nikmat dunia yang korang boleh explore ok! Hidup korang bukan semata-mata untuk cinta yang tak pasti tu. Travelling, shopping, entertainment, wayang, bowling, picnic, holiday. Just name it! Looooooooots of thing out there waiting for you.

Keenam, bukak hati. Bukak hati pada kehidupan yang luas. Bukak hati pada kasih sayang yang dicurahkan oleh famili and friends. Bukak hati pada benda yang kita suka buat. Bukak hati untuk orang lain.

Ketujuh, deletion session. Buang semua SMS indah korang dengan ex korang tu. Kalau SMS tu sume takkan jejaskan emosi korang, takpela. Tapi kalau hari-hari dok ulang baca, pastu mula nak bergenang-genang air mata, what for? Delete je wei. Takyah baca dah sampai bila-bila. Jangan lupa tukar saved contact name dalam handphone. Kalau dah putus tapi dok save as ‘darling’,’sayang’,’B’ dan sebagainya tu, kenapelah? Tukar, ye?

Kelapan, be friend. Tak kisah atas apa sebab sekalipun korang putus, kekallah bersahabat. Kalau dia bersalah, maafkan dia seikhlas hati. Lupakan. Move on. Kalau dia takmau berkawan dengan korang, terpulang kat dia. Tapi korang jangan ikut perangai tu. Ni bukan nampak macam gila talak. Kita cuma nak kekalkan hubungan baik sesame manusia.


Aku tahu pedihnya hati bila putus cinta. Aku tahu rasa bila hancur hati dek orang yang kita sayang. But no matter how hard it is, do we have any other choice to take, if not face it? Takde kan? So, face it la. Relax. Putus cinta je.

Dah 2 kali putus cinta, setakat ni aku tak perlukan masa yang lama untuk recover. Selalunya less than a month. Tapi untuk heal, perlu lama. Lama sangat-sangat. Kali ni punya hancur hati, tak tahu lah berapa lama pulak need time to heal. But, im doing fine now. Even better than before. Bile kita redha dengan kehilangan, rasa lega sangat.

Bila hati dah tertutup ni, datanglah apa sekalipun, aku dah takde rasa. Aku mula rasa rimas bila ada lelaki yang propose. Aku mula rasa bengang bila ada lelaki yang paksa dan tak paham hati aku. Aku mula annoyed dengan lelaki yang offer kebendaan untuk dapatkan cinta. What the frog?



p/s: I used to be a girl that give you a chance to take my heart. Willing to do anything for you. Begging for your love and attention. Cry for you. I won’t be that girl again.



Monday, September 17, 2012

kini berwajah baru beserta semangat baru!!

Bismillahirahmanirrahim...

Dengan ini, saya, Nur Atiqah, merasmikan blog saya yang berwajah baru. 

*kebabombombom piu piu piu*

ok tu sound effect bunyi mercun, if u unaware ahahaha.


dah lama nak tukar ekceli, but then, masa adalah punca utama kelambatan perubahan ini.

well, masa create this blog umur aku 19 tahun. very the unmatured. tajuk pun nak sempoi enjoy dunia tak ingat akhirat kahkahkah. sekarang ni, after almost 5 years, sekali lagi aku ubah template and layout. buang mana-mana gadget yang tak memberangsangkan dan tolak tambah mana-mana yang patut.

white. lebih tenang. and white, i can throw anything inside freely. tanpa perlu memikirkan, eh matching ke dengan layout aku karang ni?
ok lah readers. next entry aku pasal hari berpoyapoya aku di Sunway Lagoon. Tunggu proses gambar siap, then akan dipublish.

Assalamualaikum =)

Saturday, September 15, 2012

Aiman si permata hati

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

syukran Ya Allah..

Aiman comel. Aiman sihat. Aiman cahaya dalam keluarga kami. Aiman rezeki dari Allah. Aiman tanggungjawab dan amanah dari Allah. 

tadi first time pegang Aiman. pangku dia sementara mama dia makan. ntah kenapa, sebak rasa hati. pangku Aiman sambil berselawat, tetiba suara bergetar. lama-lama, air mata menitis sikit.

Hoi la malu aku kalau nenek Aiman nampak ni aku menangis takde angin takde ribut. 


tak tahu perasaan ape yang datang masa tu. menyelinap terus ke lubuk hati, dan hantar impuls pada otak agar mata mengalirkan air.

Ya Allah. sekarang aku paham perasaan dan naluri seorang ibu. walaupun aku hanya ibu saudara. ajaib sangat sangat.

Ya Allah, lindungi Aiman. jadikan Aiman seorang lelaki yang bertanggungjawab dan soleh. amin.

Friday, September 14, 2012

letting go my DSLR



Im thinking of letting go this 1 gadget of mine..

I can’t hold the memories anymore..

I don’t wanna keep the memories in it..





I felt this before. Losing the thing I love. I used to it. Never mind. I just need to face it 1 more time. Letting go is not that hard.

Chill lah!


UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..