Assalamualaikum
Sejak belanjawan 2013 diumumkan jumaat lepas, kebanyakan
post kat fb sume kondem. Yang private sector tak puas hati sebab government
sector dapat bonus lagi. Yang government sector pulak hentam balik. Katenye,
private sector gaji besar, bonus 3-4 bulan, setahun lebih dari sekali dapat
bonus.
Adoi nye pun.
Ni lah yang aku tak suke jadi dewasa ni. Dulu aku tak kisah
langsung pasal belanjawan. Lantak la nak bagi ape pun. Aku tetap macam tu
jugak. Gi kelas, balik kelas. Tido, makan. Sebab, duit dapat takyah susah-susah.
Aku Cuma kena habiskan je duit tu. Apa mau risau.
Tapi sekarang ni, tiap satu point dalam belanjawan 2013 tu
aku dengar. Peh matang siot.
Yang paling aku syok dengar, kalau beli smartphone boleh
dapat rebat RM200. kan
Galaxy Note aku dah hilang, dan aku baru berkira-kira nak beli Samsung S3.
nampaknya aku kena pendamkan dulu hajat aku ni sampai tahun depan la. Tunggu
rebat tu boleh dapat baru beli. Lagi pun time tu, mungkin harga S3 dah murah
sikit dari sekarang. Sooo the jimat uolls.
Harga gula pulak akan naik RM0.20 sekilo. Tapi tengoklah,
harga kuih mesti naik seposen untuk sebijik kuih. Padahal gula tu naik Cuma
RM0.20 sekilo. Sekilo tu boleh dapat berpuluh bijik kuih u know! Takde beza
sangat pun kos nye. Jangan klentong aku. Aku pun penah jual cookies ok! Cis~
Yang lagi best, BR1M akan diperluaskan. Dulu, Cuma ketua
keluarga ataupun orang yang mempunyai saran sahaja yang layak untuk apply BR1M
dan dapat RM500. tapi tahun depan, orang bujang pun boleh dapat uolls. Yang
berumur 21 tahun hingga 30 tahun, berpendapatan kurang dari RM2000, atau yang
tak berpendapatan langsung pun boleh. So kalau korang tu student, atau
penganggur, silalah apply dan tunggu untuk dapat RM250. tapi bukan sebulan
sekali tau. Dapat one-off payment jek. Kalau dapat sebulan sekali, takde sape
la nak keje dow.
Isu PTPTN pun ade. Kalau dapat langsaikan hutang dalam masa
1 tahun bermula harini, 1 October 2012, boleh dapat diskaun 20%. Kiranya kalau
aku hutang RM28K, aku akan dapat diskaun RM5600. tu kalau mampu bayar terus
habiskan lah. Tapi kalau aku mampu bayar RM28K sekaligus, tak perlu kot aku
buat pinjaman PTPTN mase nak belajar dulu. Lain la kalau aku sonok-sonok je nak
sedekah 1% interest, RM4000++ tu kat PTPTN. Saja nak beramal jariah. Pinjam
sikit, pastu bayar lebih-lebih. Kaaaan?
Kalau konsisten bayar pulak, boleh dapat diskaun 10%
setahun. Ok contohnya tahun ni aku bayar konsisten RM200 tiap bulan. Cukup 12
bulan, total aku bayar dah RM2400. So baki dari RM28K tu tinggal RM25600. pastu
deduct plak 10% iaitu RM2560. jadi total bayar untuk tahun ke-2 ialah RM23040.
tahun yang ke-2 aku konsisten lagi bayar RM200 tiap bulan. Cukup setahun, baki
pinjaman aku tinggallah RM20640. another 10% discount which is RM2064, baki
pinjaman aku tinggal RM18576. dan begitulah seterusnya. Ni kalau aku kire ikut
pemahaman aku la. Aku tak tau la PTPTN tu kire camne. Mungkin guna formulation
lain. Jadinya dari pemahaman aku, jumlah diskaun 10% tiap tahun tu lebih banyak
dari jumlah diskaun 20% 1 kali.
Aku Cuma senaraikan mana-mana point yang menarik perhatian
aku je. Pasal household, aku suke jugak dengar sebab memang ade impian nak beli
rumah, tapi disebabkan PM tak detail bagitau berapa kos untuk sebijik rumah,
berapa jumlah loan paling tinggi dengan interest paling rendah bank boleh offer,
area mana dan berapa keluasan rumah yang dianggarkan. So susah untuk aku
bergumbira. Lagipun harga rumah sekarang kalau tak RM300K tak sah tambah-tambah
area Selangor ni. Nak je aku jual tanah Selangor kok mahal benor. Sekilo berapa
boleh dapat? *sign*
Cuma yang tak bestnye, bile orang dok gaduh pasal bonus. Tak
puas hati sebab pekerja gomen dapat bonus lagi.
Bagi aku yang bekerja swasta dengan gaji yang tak besar mana
pun dan bonus hanyalah 1 bulan gaji tu pun dapat setahun sekali je, aku malas
nak amek port pasal bonus orang lain. Bior ler. Udah rezeki deme. Ape hak kita
nak nafikan rezeki deme ye dok? Bior ler kite bayor tax mahei pun untuk tampung
gaji deme. Sabor je la yob. Cuma pastikan, kite keje la dengan baik, amanah,
tak mengulor. insyaAllah, gaji kecik yang dapat bonus 1 bulan gaji setahun
sekali tu pun mampu jugak beli kereta, beli rumah buat berteduh, beli makanan
isi perut, beli topup nak call mak, beli baju nak tutup aurat, beli toiletries
nak bersihkan badan, beli minyak kete, bayar zakat. Asalkan cukup udah la ye. Berlebih
sangat pun buat ape kalau tak berkat. Elok dapat duit berkepuk, kete pulak
rosak. Anak sakit, rumah kena rompak. Mane la tahu kaaaan? Last-last tak ke
mana puuun duit berkepuk tu.
Doakan Negara aman damai je la. Amiiin.
2 comments:
Salam.. hi awak.. tumpang komen :)
Saya nak bertanya pasal discount Ptptn 10% tu kan.. setiap tahun dia akan deduct 10% daripada jumlah pinjaman sebanyak 28k tu atau tolak dari jumlah yg dibayar secara konsisten which is RM2560 tu? xkan pemurah sangat dorang nak deduct dari 28k tu kan.. hehe..
salam to u too..
yang itu sayapun tak berapa sure sebab takde penjelasan lanjut dari pihak ptptn. tapi kalau ikut kaedah pengiraan ptptn untuk kenakan ujrah 1% pada peminjam, formula nya cmni
baki pinjaman x 1% x 15 tahun
ok katakan baki pinjaman adalah rm28k..jadi, 28 000 x 1% x 15 jadi jumlahnya lebih kurang 4k++. bermakna kita kena bayar extra rm4k++ sebagai ujrah. tapi cuba bayangkan kalau formula ni digunakan untuk diskaun 10% tu. jadi total dikaun adalah rm40k++ la kan? mana mungkin ye tak? jadi saya tak rasa yang 10% diskaun tu adalah dari jumlah rm28k yang kita pinjam. tapi agak tak adil di sini kan? bila nak kutip ujrah, kira 1% dari jumlah pinjaman. tapi bila nak bagi diskaun, taknak pulak kira dari jumlah pinjaman.
Post a Comment