Assalamualaikum
Weekend ni aku berjaya dok melekat je kat rumah tanpa keluar ke mana-mana. Yeah!
Jadinya bila kat rumah, kepala aku asyik pikir nak makan apa ye nak makan apa ye.
kebetulan petang tu hujan lebat melanda bumi Klang. menyebabkan perut aku keriuk keriuk tahap dewa. nak makan megi ah jemu rasanya. asyik telan megi je dah tak kire hujung bulan ke awal bulan.
tapi disebabkan megi berlambak kat rumah aku sebab dapat hamper hadiah famili day itu hari, aku pun memikirkan apa yang patut dibuat dengan megi megi ni ha?
maka aku pun decide untuk buat murtabak megi!
kebetulan 4 hari lepas, aku lepak kat rumah membe aku dan aku dihidangkan dengan murtabak megi. kenyang seyh aku habiskan murtabak megi die, pastu aku gi korek peti ais rumah dia habiskan pulak eskrem dia yang sedap tahap melampau tu.
senang giloss pulak tu nak buat murtabak megi ni ha. so ape tunggu lagi. masuk dapur jooom!!
bahan-bahan utama yang perlu ada ialah megi dan telur. lain-lain bahan, terpulang kat tekak korang la nak melahap apa. kalau rasa nak letak ayam cincang ke, daging cincang ke, bawang ke, kobis cincang ke, carrot cincang ke, kulit kayu manis ke. apo apo yo lah. hah campak yo dalam bekas gaul sekali.
untuk aku yang nak cepat siap dan boleh makan cecepat, aku malas nak ber'renyah' renyah kat dapur. maka aku cuma cincang carrot dengan bawang jek. setel.
mula-mula, rebus dulu mi megi tu tanpa perencah ye. kosong. sampai dah lembut. kemudian, tos kan air dia. amek mi tau. bukan air tos tuh. duh!
kemudian, dalam bekas lain, pecahkan telur, masukkan perencah megi, bawang dan carrot. kalau korang ada tambahan bahan lain, hah masukkan semua sekali dalam ni.
tengoook. ada 2 yolk la dalam sebijik telur ni. bukan sebijik je tau. setakat ni dah 4 biji telur aku pecahkan, semua double yolk dow. kalau lahir ni, mau kembar seiras anak ayamnye. kan? kan?
untuk hasil yang mantooop, gunakan 2 biji telur untuk sebungkus megi. tapi depends gak kat bahan lain. makin banyak bahan yang korang masukkan, makin banyak la jugak telur yang diperlukan. telur harus banyaaaak ye. nama pun murtabak.
*luckily aku ghoje dengan company jual telur*
lepas tu, masukkan pulak megi dalam bancuhan telur tadi. kacau rata rata.
panaskan minyak dalam kuali. minyak lebih sikit dari goreng telur tu. minyak kena banyak la jugak tapi bukan banyak sangat tau. haih tak reti la aku nak explain. pepandai kome ler.
bahagikan bancuhan ikut selera korang. kalau korang nak saiz murtabak korang kecik-kecik, bahagilah ke beberapa bahagian. kalau nak besau-besau, bahagi 2 je la atau takyah bahagi langsung!
aku bahagi 2 bahagian sebab aku buat untuk aku dengan mak aku. kengkonon sorang sekeping la nanti.
make sure masa letak dalam kuali, korang padat-padatkan dia supaya mereka melekat dengan rapatnya dan menghasilkan murtabak terbaik dari ladang gandum.
pastikan betul-betul garing sebelum balikkan murtabak ni. kawan aku profesional seyh. dia lambung-lambung je murtabak ni pastu automatik terus dah balik. peeeh aku rasa layak dia nak masuk pertandingan chef selebriti berita harian. tapi aku nasihatkan lah, korang yang jarang-jarang pegang sudip ni takyah la main lambung-lambung. kang tertempek kat muke sendiri kang, sadis je. aku pun balikkan guna sudip terkial-kial. haha.
kalau suka nipis and garing, buatlah nipis-nipis ye. nak balancekan rasa lemak dari telur tu, haruslah masukkan cili padi jugak. kalau korang tahan pedas la.
dah siap!! tada!! resipi paling senang aku penah kasik. korang layan murtabak megi panas-panas time hujan lebat. pastu layan dengan teh O strawbery cameron highlands panas. peeeeeh terbaik wa cakap lu!
Bismillahirrahmanirrahim. Ngap! =)
No comments:
Post a Comment