Assalamualaikum wbt.
InsyaAllah, harini hari ke-12 umat Islam kat Malaysia ni berpuasa. tapi aku.. er.. er.. 12 ke? thihihi~
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur kita semua. sempat lagi beribadat. kumpul amalan. sementara masih bernafas ni. nak buat bekalan kat akhirat sana. yang kekal. forever and ever tu.
Alhamdulillah, setakat ni aku mampu istiqamah lagi dengan niat aku dan azam aku before Ramadhan itu hari. ha, bukan tahun baru je tau aku ade azam. tahun tak baru pun aku berazam. pendek kata, aku ni sentiasa mempunyai azam. tapi terlaksana atau tak, malas nak kabor.
Setakat ni, aku masih mampu berbuka puasa kat masjid, solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah dekat masjid. kakak aku yang tengah pregnant tu, dah banyak hari missed sebab dia kurang sihat. kesian dia. Syukur Ya Allah Kau beri aku kesihatan lagi untuk aku istiqamah.
I am very lucky to be chosen by Allah, to have big, beautiful, and comfortable mosque just at my 'door step'! beberapa langkah je dari pagar rumah, dah masuk masjid. pagar masjid pun beberapa jengkal je jarak dari pagar rumah aku. dah kalau aku yang paling hampir ni tak mengimarahkan masjid, yang jauh tu acaner? lagi malu kalau tengok makcik-makcik yang dah sakit lutut tu, jalan kaki lebih jauh dari aku. tapi tetap semangat ke masjid. malu wei malu!
aku selalu dapat kata-kata ni dari kawan-kawan yang hidup membujang
"best la kau. balik rumah jek mak dah masakkan. takyah susah nak pikir nak beli ape kat bazar tu ha. duit pun jimat dow. syiok ar.."
well, all i can do is just, SMILE. friend, i had that time before. Having Ramadhan all alone. break fast all alone. sahur, all alone. all by myself. for the whole Ramadhan dear. when people ate ayam percik, murtabak, bubur lambuk and all delicious foods from bazaar, I only have mi segera to break fast. cause it's raining heavily outside while all i have was just a motorcycle without roof. no refrigerator to keep my foods. no microwave to heat up my foods. all i have was just, stove and mi segera.
Tapi bila pikir-pikir balik, adventurous wo.
Tu tahun lepas la. Tahun ni alhamdulillah, 30 hari dalam Ramadhan aku dengan familia (^^)
dan tahun ni penuuuuh sangat jadual sepanjang Ramadhan ni. Jemputan iftar tu selalu sangat. dekat masjid sebelah rumah ni memang hampir tiap hari. weekend with friends. dan dan dan, aku tokey sekarang. hihihi. tokey cookies choc chip almond. wohho! tempahan berduyun-duyun. alhamdulillah. tapi penat la sikit. takpe, rezeki Ramadhan. jangan sampai aku terabaikan ibadah puasa and teraweh udah la ye.
Guys, 18 days more to go. tinggal sikit je kan? kenapa cepat sangat Ramadhan nye? Moga kita sama-sama dapat manfaat dengan Ramadhan ni. entah berpeluang ke tak jumpe Ramadhan tahun depan. ape lagi, Pulun wei Pulun bak kata orang Kedah. =)
Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment