Assalamualaikum wbt.
How’s your raya celebration? Mine was great! Meriah tapi
bersederhana hiks~
As usual like last year and last 2 years and last 3 years
and blablabla, I was celebrating raya in Selangor. Yeah yeah damn right! Dah la
stay Selangor, keje kat Selangor, makan minum berak study melagho sume pun kat
Selangor. Raya juge di Selangor. See how loser I am? Tak masuk langsung highway
PLUS uolls. Tak rasa langsung sesak jem bagai tu uolls. NOOB haha!
As my mother ialah anak jati Selangor so beginilah kehidupan
aku saban tahun. My father’s village kat Batu Pahat Johor, but since my late
Grandma and Grandpa no longer there (meninggal dunia), so takde nak balik Batu
Pahat dah.
Raya pertama as usual, lepas mandi sunat hari raya, solat
sunat raya, make up dan makan-makan bersama ahli keluarga, kitorang balik kampong
kat Pulau Indah Pelabuhan Klang yang hanya memakan masa 30 minit perjalanan
dari rumah. Dekat rumah nenek, makan lagi dan lagi dan lagi sambil tunggu
kedatangan sedare mare dari KL. Lepas dah mengah, petang tu balik rumah semula.
Raya ke-2, adik beradik mak pulak berkumpul first at my
house la kan.
Makan lagi dan lagi dan lagi. Kemudian bergerak ke rumah my atok sedara yang
juge berdekatan rumah aku. Makan lagi dan lagi dan lagi. Kemudian ke rumah
bapak sedare aku pulak kat Putra Heights Shah Alam. Makan lagi dan lagi dan
lagi beserta solat Zohor dan gosips haha. Kemudian kami 5 kereta yang sama ni
menuju pula ke Kuala Lumpur
untuk menziarahi keluarge atok-atok sedare yakni adik beradik nenek. Mula-mula
ke Bandar Tun Razak, kemudian ke Ampang dan akhir sekali ke Kg Baru. Dan agendanye
tetap sama iaitu makan dan makan dan makan.
Aku memerlukan 1 bulan untuk menurunkan berat badan sebanyak
4 kg dan aku hanya memerlukan 2 hari untuk menambah berat badan sebanyak 5kg!
Damn U Damn U!
Dan lepas tuh, habis lah sesi beraya aku untuk tahun ni
hahaha! Senang kan?
Hari ni aku keje uolls. Hari raya ke-4 di opis bersendirian tanpa rakan-rakan
seagama dan sebangsa muahaha. Tapi tak mengapa. Kerana esok aku akan sambung
cuti dan membawa diri ke Kedah! Gua putus cinta. Haruslah pegi jauh-jauh untuk
mengubat hati yang lara, tak gitu?muehehe~
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. SEMOGA IBADAH SEBULAN KITA
SEPANJANG RAMADHAN DITERIMA OLEH ALLAH SWT DAN KITA TETAP ISTIQAMAH MELAKUKAN
IBADAH SEMAKSIMA MUNGKIN SEHINGGA KITA BERTEMU LAGI DENGAN RAMADHAN TAHUN DEPAN
INSYAALLAH.
No comments:
Post a Comment