Assalamualaikum and a very good morning to all readers.
ok seperti dijanjikan, arini aku update pasal juice processing yang dah aku usahakan selama sebulan. ekceli boleh je siap earlier than that, tapi aku yang malas-malas kan, tu yang jadi sebulan.
aku yang pilih nak buat project bahagian food processing sebab aku imagine ade lah masak-masak ke. kalau analysis, of course main dengan chemical je, which i'm not really into it. dah puas main dengan chemical mase buat fyp.
unfortunetly, memang lah tak main dengan chemical sangat tapi quite bosan la jugak.huhu. soriiii kalau ade gaya macam tak bersyukur.
ok, first thing first. buah yacon tu korang tau tak camne rupenye? ade aku penah tunjuk kat sini. macam keladi keledek and sewaktu dengannye. tapi bile kupas, aik isi die macam pear la pulak. rangup dan berair. kat malaysia takde ni. ade kat China ni pun mase mscim sejuk je kot sebab ramai je orang China yang tak kenal.
yang paling susah nak handle yacon ni ialah, buah ni sangat senang teroksida. dari kaler peach, cepat naw tukar ke kaler brown and the worst is green. aku kena buat keje extremely fast once dah kopek buah ni. nak kopek pun kena under running water untuk elak from oxidation process. nasib baik jugak la tengah winter, so this cold environment quite help la.
pas dah siap kopek, potong and soak into solution [consist of preservative agent]. part ni untuk colour protection. taknak la nanti jadi kaler brown or green kan. tak cun. ok, dalam nak pilih the right preservation agent pun takes time jugak. about a week la aku buat test untuk pilih preservative yang paling ok.
pas dah soak 30 minit, basuh then boil pulak. boil ni tujuannye untuk menghentikan aktiviti enzim. inactivation of enzyme activity ni penting also for color protection. kejap je blanch, 3 minit dengan suhu 100 degree.
then, tapis kejap sebelum blend.
blend pun tak boleh lame-lame. mase kena consistent each time do blending sebab blending generate heat, and heat ni pun penyebab discoloration jugak.
pastu tapis untuk dapatkan jus aje
then letak 1% chitosan dalam jus ni and wrap beaker sebelum nak letak dalam water bath. chitosan tu adelah clarification agent. nanti korang akan tau kenape perlu letak chitosan.
ok korang nampak kan kaler juice tu macam kuning-kuning oren-oren kan. pastu letak dalam water bath temperature 50-60 degree setengah jam.
pas setengah jam, transfer juice tu dalam botol khas untuk letak dalam centrifuge.
tiap-tiap botol yang diletak dalam centrifuge ni, berat kena seimbang. aku kena betol-betol timbang tiap-tiap botol ni. sensitip naw! so kat bawah ni lah rupe centrifuge. speed yang aku gune adelah 8000 rpm with specific temperature and time.
wokey, ni lah hasilnye after centrifuge. nampak tak kaler dah tukar? like, more clear?kan? tu lah gunenye chitosan. untuk menghasilkan mendapan yang terdiri daripada molekul-molekul yang tak diperlukan *skema seyh ayat*
after siap centrifuge, aku kena check soluble solid pulak. dari soluble solid yang aku dapat ni lah aku akan tau berapa banyak gula aku kena tambah dalam jus tu nanti.
tada! eh belum siap lah. ok ni bile dah transfer semule jus tu dari botol ke beaker. mase ni dh tau soluble solid boley la tambah gula dan citric acid. aku buat 4 formulation, means 4 different concentration of citric acid. then aku buat sensory test untuk tau mane satu orang suke. aku panggil la budak-budak yang wujud kat situ untuk rase jus aku.
pas dah calculate pi mai pi mai, dah dapat la resultnye. mane satu yang orang suke. pastu baru boleh produce jus betoi. after dah tambah gula dan bahan-bahan lain, isi lah dalam botol yang bersesuaian.
ok aku tau ni botol jem, tapi tu lah. aku tak jumpe la botol jus. rembat je yang ni. ok botol ni kena rebus dulu tau. rebus dalam boiling water lebih kurang 10 minit. untuk bunuh bakteria, microbs dan kawan-kawan mereka. pas dah isi dalam botol, masih kena sterelise. tapi depends on keasidan jus ni. pH jus aku around 3.5 so, takyah sterelise lame-lame sebab dah berasid pun bakteria susah nak idop.
ok lah itu saje lah prosesnye. nampak senang kan? kenape aku buat lame sangat? ylah, sebab setiap step yang aku bagitau ni, aku kena buat analysis jugak untuk pilih ape yang tebaik. contoh macam preservative agent tu, blanching time and temperature, concentration of chitosan. semua tu aku buat dulu analysis banyak giler. then pilih yang mane yang terbaik then barulah proceed dengan buat the whole process sampai jadi jus.
ok see u next time ya! have a great weekend peeps~
p/s: adoi susahnye lah nak upload gambar. maklum lah gune line haram. nak hack china wall la kan sebab nak gune gak blogspot ngan fb. asyik hang je. tak pun connection putus terus. sabaq sabaq.
1 comment:
good research :) nanti balik malaysia leh ler jual gula dari yacon lak... bagus utk pesakit diebetes :)
Post a Comment