Saturday, March 26, 2011

cooking-cooking



Assalamualaikum wbt


ingin menceritakan aktiviti semalam..kenangan yang best kat JU ni..


semalam pepagi aku, mim, alex and mohamed kuar gi pasar. kitorang rancang nak cooking-cooking makanan malaysia, sebelum aku and mim balik malaysia for good next week. ni first time aku dengan mim masak kat sini. selama ni either we went out to buy food, or masak megi je kat bilik gune periuk letrik murah beli kat koop JU.




kat blok asrama international student, setiap 2 floors share 1 kitchen. kitorang masak kat kitchen fifth floor.



ikut perancangan, kitorang nak masak tomyam, kari ayam, sayur goreng, and ikan sweet sour. so, kitorang gi pasar dalam pukul 10 lebih untuk cari bahan-bahan. alex ade bawa paste tomyam and kari ayam dari malaysia. bile sampai kat pasar, kitorang pun membeli belah la.








alex dengan mohamed tengah mengasah-asah pisau nak sembelih ayam yang alex pegang tu. harga ayam tu RMB 24, lebih kurang RM 12. ayam hidup ok! so bagi aku la, murah. korang rasa murah ke? ke aku yang tak tau harga ayam kat malaysia? =_=!





pastu mohamed pun sembelih la ayam tu. Innalillah~ pastu buang bulu and potong-potong siap kat pasar tu.






lepas beli ayam, aku kate kena beli carrot and sayur kalau nak buat sayur campur. kene beli tomato kalau nak buat tomyam. so kitorang pun beli bawang, sayur campur, nenas, susu cair. lepas tu nak beli ikan, tapi laoban jual ikan dah pi lunch la pulak. diorang lunch pukul 11 kat sini, kalau aku time tu bekpes tak abes agi.




so aku dengan mim balik dulu bawa barang-barang. mohamed dengan alex pegi beli ikan and cili kering kat pasar lain.






pukul 2 lebih kitorang mulakan operasi. nak tunggu mohamed balik sembahyang jumaat dulu. tapi masa tu mohamed tak balik pun lagi. kitorang mula dulu. potong-potong sayur, cuci ayam and ikan.





alex masak kari ayam. alex kate "saye tau masak kari ayam saje. mama saye ajar masak kari ayam instant saje." kiut kot. lepas tu boleh pulak cakap "mama saye sangat pandai masak. oleh sebab itu, saye pandai masak". aku dengan mim memang gelak tak hengat la dengar die cakap. dah la die cakap satu-satu, macam budak-budak tadika yang baru nak belajar cakap tu. sooo kiut!






mim sedang mencuci ikan. ikan ape ntah aku tak tau. nampak macam siakap. ikan ni mase beli hidup tau. kat pasar jual dalam air, takde ikan mati yang jual. murah sangat pulak tu. 2 ekor ikan saiz macam ni alex kate RMB 16. kenape lah diorang tak makan ikan kalau dah murah giler? kat restoran muslim takde menu ikan ok!







nak buat sweet sour, goreng dulu ikan. tapi kitorang takde kunyit. so goreng kosong je. tapi aku gune minyak dalam kari tu. kan masak kari ade banyak minyak kat permukaan, aku asingkan minyak tu untuk gune buat goreng ikan. jangan tak tau plak cara tu boleh. kalau kat rumah, minyak goreng cili nak buat sambal tumis, kalau buat goreng ayam or ikan, nanti ayam or ikan tu ade rase pedas-pedas sikit. sedap tau! ikan ni pun sedap goreng gune minyak kari sebab rase rempah kari tu lekat kat ikan.





ni kuah untuk ikan sweet sour tu. actually banyak bahan yang takde. cili boh, sos tiram, tepung jagung. aku gune bahan-bahan asas je. sos tomato, nenas, tomato, bawang, carrot, cili kering, garam, gula. boh sos tomato lebih sikit pastu biar lame sikit bagi pekat. bantai je~






tengah goreng sayur campur letak udang kering mamat hensem indonesia bagi. siyes hensem. cuci mate betoi aku kat situ. rugi aku pakai selekeh-selekeh. huh!





selekeh!





tada!!! inilah hasilnya. ikan sweet sour 2 ekor, tomyam yang takde daun limau purut dengan serai, sayur campur goreng, kari ayam. ade sikit nenas lebih, buat dessert. dengan telur ikan dari ikan sweet sour tu. mohamed kate "this fish eggs not good. u didn't put anything? spices and salt? its not good, really!"..pastu alex kate "its good for men, mohamed". aku dengan mim dah gelak guling-guling, mohamed senyum malu-malu sambil kunyah jugak telur ikan tu sampai habis. =D


best tau dapat makan masakan malaysia kat negara luar. sangat berselera. walaupun makann-makanan tu tak cukup bahan sangat. kitorang melahap macam hape ntah.


aku penat giler semalam sebab 3 dari 4 dishes aku yang masak. so harini aku cancel plan nak kuar gi park. maybe tunda ke hari isnin. esok aknak pegi shanghai pick up my mom.

assalamualaikum!

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..