Friday, July 19, 2013

shock!

Yesterday, me and my colleague was called to meet our manager aka our boss and the meeting gonna be held in meeting room.

Usually, when we are called up, it is either she wants to brief on the incoming job, or brief on preparation for any audit, or just a sharing on the task she gave and our progress.

But yesterday, she started the conversation with " i hope you guys stay calm after u hear what i gonna say"

Halamak! serius aku tak suke bile die cakap macam tu. Sebab, ape yang dok bermain-main dalam kepala otak aku ialah "department lain ade komplen pasal aku ke? MD ade komplen pasal aku ke? Department lain tak suke keje kitorang ke? Ade masalah dengan previous audit ke? Keje aku tak memuaskan ke?"

menerjah nerjah segala macam andaian masuk dalam kepala aku ni ha. memang suspicious habis. aku dah nebes tahap dewa dah. berpelu-peluh tak hengat, ketaq lutut bagai.

after a short silent, she continue.............


I tendered...............

"what???" monolog hati aku menjerit jerit tapi tak terluah kat mulut sebab mulut aku dah melopong mase tuh.

"I don't want u guys to hear from anyone else. I want u guys to hear this from me, because i respect u and u guys are like my own family"

mata mule memerah. pastu terase panas. pastu tetibe meleleh keluar air mata. and, she was the first person that cry.

Aku lelaju pegi lari keluar amek sekotak tisu kat meja bawak masuk meeting room. pastu duduk depan dia semula pas amek selai due tisu.

"I want u to know, i leave not because of the company. not because of the people in the company. i leave not because i want to go to other company. it is because of my personal matter, and i just feel that this is the time and i need to let go something that very dear to me"

"i will leave Malaysia"

"what i can tell...............it is a year of depression.........."


"it is hard for me too. really. but live must go on. please don't leave because i leave. please stay. and help the company. i can tell u, if u want to find the opportunities to grow, this is the right company"

"in this past 3 years and a half, i can see myself growing. a lot! I started fresh, zero, alone. just like u guys. if i can do it, u can do it too. it is just a matter of effort."

"i admit, it is not easy. u need to struggle hard. but i can guarantee, it worth it"


........

" i know atiqah, u are still new, baru masuk. sebab tu u sangat sedih"


i was crying a lot that time..


"i can smell your ability. your capability. i believe in u guys. infact, i was thankful that i have both of u. i have no regret in choosing u as my subordinate"

"after this, u will report to James (MD) directly"

after a short silent, i spoke up

"i am new. i still trying to adapt to this environment. this is not my field. i admit that, i am 100% rely on u. i don't know what will happen if u r not here"

"don't worry. i will talk to all the HOD to help and guide u. they will help, adik" - she sometimes call me adik which i like the most!

"please don't give up. don't feel down. this is our fate. i was very happy to see how both of u handle the situation when i went for retreat last time. i was very happy"

and our conversation continue for about and hour.



Aku shock! never cross my mind that my boss will leave me so soon. Never!

Aku dalam QA department. and QA is not an easy job. 

Kena deal denagn semua department in the company. Kena face a lot of audit from government, from certification body, from customer.

Sama ada company akan terus dapat supply produk kat customer atau tak, bergantung kepada audit result yang di handle oleh QA.

Complaint juga jatuh kat bahu QA.

kualiti mase proses pun jatuh kat bahu QA.

nak dapatkan certificate ISO, GMP, segala macam regulatory compliances, semua jatuh kat bahu QA.

and she is the one! she guides me a lot. i rely on her, 100%. She knows everything.

i just can't imagine how we want to tackle all this without her.


Sekarang ni, aku masih tak percaya dan takleh terime kenyataan. Rasa macam nak tampar diri sendiri laju laju, tapi sakit! maksudnye, ni kenyataan la. hadoi.


"this 2 months and a half, please learn as much as u can."


Depress!



Friday, July 12, 2013

Day-3 Ramadhan Alhamdulillah~

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dah masuk malam ke-4 terawih. So far so good. Terlalu banyak keje kot sampai tak sedar masa. Tau-tau je dah pukul 5 petang, dah boleh balik dari keje untuk buke pose ngeee =D

Ramadhan bulan yang aku sangaaaaat suka. Sebab hikmah dalam bulan ni MasyaAllah tak terjangka dan tak terhingga! Dah 2 kali Ramadhan, aku rasa hikmahnya. Terima kasih Allah =)

Ramadhan tahun 2011, masa tuh aku keje kat Taiping. Sengsorang membujang kat sane, buke pose pandang dinding. Masa tuhh, aku dapat berita yang aku terminated from the company yang aku keje tuh. Sadis weh! tak sempat nak confirm pun lagi. Masih under probation. Taknak confirmkan aku, terminate aku pulak! pastu cakap aku tak perform. Ntah hape-hape. Nasib baik bulan pose, tahap kesabaran aku agak luar biase, so aku ignore je dan cuba untuk terima and move on.

Tapi, tiap-tiap malam la aku menangis sensorang mengenang nasib. Dah la first job. First experience. Merantau lagi. Kena aniaya pulak. Susah hati aku mase tuh, Allah je yang tau. Sedih lagi dok mengenangkan mak. Kalau mak tau aku kena terminate, ape perasaan die? Tak sanggup weh.

Tapi syukur alhamdulillah sangat-sangat, besar hikmahnye. Hari raya yang ke-5, aku dapat panggilan interview kat opis yang dekaaaat je dengan rumah, and a week after that, aku dapat offer! Dah tak payah merantau. Dok berkepit dengan mak. Better salary. Better company and better place.

Hikmah dari Allah =)

Raya tahun lepas, saaaaangat best! Masjid sebelah rumah aku baru je launch, dan tahun 2012 tu terawih pertama la kat masjid nih. Masjid ni sebelah pagor rumah aje. Nice kan?

Balik keje, terus siap-siap untuk pegi masjid. Berbuka terus kat masjid ramai-ramai, pastu solat Maghrib berjemaah, Isyak dan terawih terus. Balik terawih terus tidor. Sepanjang bulan pose tahun lepas aku habiskan waktu aku macam tu je. dan aku rasa sangat sangat tenang. Hati dan jiwa aku yang tengah kacau before tu, sangat tenang sepanjang Ramadhan. Lepas raya, aku dapat 1 berita yang jadi penyelesaian kepada masalah jiwa aku sebelum ni dan buat aku jadi the new Atiqah.

Alhamdulillah after that, aku lebih matang, tenang dan bahagia.



Ya Allah, Kau Maha Pengasih. Kau Maha Penyayang. Aku banyak dosa. Aku banyak khilaf. Aku selalu lupa Kau, tapi Kau tak pernah lupa aku. Kau tetap sayang aku dan bantu aku. Kau atur semua yang terbaik buat aku. Tapi aku tetap masih lupa padaMu.

Ya Allah, aku bersyukur sangat dengan apa yang dah Kau aturkan untuk aku. Tak terjangka dek akal sebegini besar hikmah atas segala ujian yang Kau beri. Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang sabar. Supaya aku redha dengan segala ujianMu. Agar rahmat dan hikmahMu sentiasa ada untuk aku.

Saturday, July 6, 2013

Ramadhan Ya Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Ramadhan is coming, syaithon id leaving (^^)

Kira-kira 3 hari lagi sebelum menjelang bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu. Tunggu taaaaakkkk? Tungguuuuuuu.

Dah 2 tahun yang lepas, aku akan pegi beli barang untuk raya sebelum puase lagik. Sebab, aku takmo langsung kacau bulan puase untuk keluar pegi beli baju raya kasut raya tudung raya beg raya brooch raya bla bla bla. Maklum la puase. Panas lagi. Kang terkejar-kejar nak balik bukak puase lagi, nak ready pegi terawih lagi. Memang tak bersior.

Tapi tahun ni, sampai ke saat ni, aku masih belum beli ape-ape. Langsung takde mood dan keterujaan nak prepare untuk raya.

Mungkin besok kalau aku rajin, aku pegi la lari kejap ke Jakel Shah Alam sane carik kain nak buat baju kurung raya. Sepasang udah la ye. Itu pun beli kain esok ntah bile nak jahit. Silap hari bulan kang kain yang aku beli esok buat raya tahun depan. Biase daaaaahhhh.

Ganti puase alhamdulillah setel awal dulu. Sekarang bersedia nak dengar pengumuman puase jek =)

Untuk bulan puase ni, aku akan lebih kerap balik KRU (Kg Raja Uda) daripada terperuk kat Pulau Indah sane. Macam tahun lepas, aku dengan mak pegi berbuke kat masjid sebelah umah ni, pastu sekali dengan solat Maghrib, Isyak dengan teraih kat situ. Setel. Balik umah tido je. Bahagia seyh.

Mungkin tahun ni kalau keadaan keje aku mengizinkan aku untuk balik awal, aku akan terus shoot balik KRU je hari-hari sampai la raya nanti. Rugi jugak bayor sewa tu kan?haha

adios amigos

Saturday, June 22, 2013

life is getting busy.

Assalamualaikum wbt

Dah dekat sebulan jugak tak jengah-jengah sini. Tapi malas sangat rasenye jejari ni nak menaip. ini malam ku gagahi jua walaupun jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Oh Mai!

Keje kat opis makin lama makin berlambak. makin dibuat, makin banyak pulak die. bukan makin habis. betoi la macam skrip kat drama tb tu kan "ambik cuti bang. keje tu tak penah habis pun"

never ending story la. unless, benti keje.

aku suke dengan life aku sekarang. aku suke dengan keje aku sekarang. cabaran yang tak terhingga, tapi cabaran ni yang dah ajar aku banyak benda. and perhaps, i can benefit others too.

tapi tak bermakna tido bangun aku dengan keje aje. Isnin sampai Jumaat yes! tak dinafikan. kau call la aku, mesej la aku, whatsapp la aku, line, kakaotalk,wechat kejadah tu sume, memang aku lantok situ.

maaf. bukan nak menjauhi. bukan nak tunjuk lagak keje kilang. tapi aku memang tak sempat dan tak berkesempatan.

Hari-hari aku balik lambat. kekadang balik rumah terus tertido sampai esoknye. buat itu ini sampai rumah pun pukul 10 malam la, 11 malam la. pastu dah letih. memang tak bersior dah la nak cek balik phone tengok whatsapp wechat kakaotalk line bla bla bla tu.

weekend pun full. ade waktu yang pegi bukit cerakah, aritu mendaki Broga lagi buat kali ke-2. Pastu gi mandi air terjun (oh enpon saye juge sedang demam sebab pegi mandi air terjun same. makanye, saya memang langsung tak dapat dihubungi melalui telepon untuk sementara waktu). besok lak kene ke cheras. hadoi ai nasib baik kaki ade 2 je. kalau ade 4 gamaknye lagi jauh aku pegi tuh.

mungkin belog ni akan sepi. terabaikan.

maafkan aku wahai belog.


-atiqah-

Sunday, May 26, 2013

FUTSAL VS ATIQAH

Assalamualaikum

Semalam aku pegi main futsal. ceh main la sangat kan padahal aku tercongok je depan goal keeper dok tunggu bola tapi bila bola datang aku lari ke tepi.

Sport club company aku memang aktif. Tiap Jumaat dah booked court badminton. Futsal lak 2 minggu sekali. Sekarang ni semangat aku untuk kurus dengan bersukan dah berkobar kobar tahu?

Pasal cite futsal semalam, ni lah first time aku datang nak main dengan diorang. sebelum ni aku tak pegi sebab segan tak pandai main. Tetibe semalam segan aku tu hilang sikit.

Tapi bila sampai sana aku tengok yang main budak lelaki je, aku tetus tak bersemangat semula. Takut weyh tengok diorang sepak bola. Kalau kena kepala aku mau ting tong 24 jam.

Tapi lepas ade sorang member pompuan dah join, aku pun memberanikan diri untuk join. Pulak, bebudak tu sume asyik la dok desak aku masuk.

Aku dah macam display board je lat situ. Mementang aku tak pandai main, deme soh aku dok depan goal keeper je tunggu bola datang pastu strike. Gilo! Tendang bola pun tak reti, nak jadi striker dah kenape?

Tapi diorang memang ohsem dude! Kalau bola tu datang kat aku, semua orang akan jerit
"tiqah!!tiqah!!amek tiqah!!kejar tiqah!!amek tiqah!!"

Kau tahu aku nebes nak mati dengar orang sorak gitu?

Pastu dengan yakinnye soh aku shoot kat goal
"hah tendang tiqah!!tendang tiqah!!strike tiqah!!strike!!"

Gelabah puyuh!

Yang syoknye, bile bola tu dah dapat kat kaki aku, takkan ada sorang pun yang datang kat aku nak attack. Seolah-olah, diorang memang sengaja bagi can kat aku untuk masukkan gol. Kelako sangat sebab walaupun keadaan yang sangat lapang, aku tak dapat pun masukkan bola tu dalam gol. Ntah hape-hape je aku.

Penat diorang sorak bagai. Pas bola kat aku bagai. Sia-sia je. HAHAHA sori la kawan.

Ada satu time ni, geng aku dah dapat bola kat dia. Susah payah dia defend bola tu mase kena attack kaw kaw sambil jerit jerit
"jangan risau tiqah. aku reserve bola ni untuk kau. Aku reserve untuk kau tiqah! Tunggu je situ. Ketepi ketepi!! jangan kacau aku. Jangan halang aku. Aku nak reserve untuk tiqah. Bola ni untuk tiqah!!"

Punye semangat semata-mata nak kasik aku shoot bola masuk gol walaupun sekali!

Yang sorang lagi geng aku lak, dari dok jage gol tu ha sampai depan aku dia bawak bola sambil jerit "tiqah amek tiqah!!amek!!"

Diorang memang best dan supportive walaupun aku sangatlah spoil. Sikit je aku passing bola, diorang dah puji melambung lambung
"bagus bagus. Tingkatkan usaha. Bagus dah tu tiqah. Macam ni la kita nak"


Terharu la jugak. Tapi aku rase ni last kot aku join diorang main. Mesti diorang fed up giler aku join huahuahua lantak.

adios amigos

Sunday, April 21, 2013

akhirnye..kau mendedahkan jugak diri kau kannn..hahaha

Assalamualaikum wbt

malam ni malam Isnin. Maksudnye esok keje. Tapi sekarang dah pukul 11 malam aku masih kat rumah lagi. belum balik pulau. Aku nekad, aku taknak balik pulau malam ni! aku malas hua hua hua.

Makanya, esok pagi buat pertama kalinya aku akan shoot direct ke opis dari rumah. phew!

Ya Allah, janganlah jem besok. Jangan lah ade lori kontena ke tank ke yang eksiden kat pulau tu. Aku takmo sampai lambat kat opis. Kang elaun kehadiran aku burn! *mataduitan shadap u*

Takpe, kite tengok ape akan jadi besok.

ekceli, tujuan aku post ni bukan nak bebel pasal pegi keje tu. Aku just nak inform kat sorang budak ni, yang aku perasan die follow aku. Aku memang dah tau dari dulu die minat kat aku, suke kat aku, sayang kat aku sangat. Tu yang dok stalk je aku dari dulu.

KAH KAH KAH KAH

hoi 'adila! Kau stalk aku kan selama ni? pasni aku nak stalk kau pulak!hahahaha.


Ok dah la sikit sikit je mentioned nama kau. kang kau pegi google search nama sendiri jumpe lagi kat belog haku ni kau tacing terharu lagi pulak kang. Bahahaha!

Sekarang aku dalam fasa nak adapt diri aku dengan environment keje yang baru. Totally different from my previous experience.

Masa form 1 sampai form 3, aku sekolah kat girl's school. pastu kat matriks pun, course yang aku amek tu didominasi oleh ompompuan. Kat uni pun same. Aku dah keje dekat 2 tahun pun, ompompuan yang banyak kat keliling keliling aku.

Tapi sekarang ni, penuh dengan lelaki. Aku kekok. Tapi takla sampai berkokok. Aku lek je.

Last week paling takleh blah. Rase nak tampor diri sendri sebab tak pikir dulu sebelum cakap.

Last week aku attend training untuk OHSAS 18001. Ni standard untuk safety and health. Lebih kurang lebih macam ISO la. Standard standart tu semua.

Dalam training ni la, kebanyakan pekerja berkumpul. Awal-awal sesi pun, aku dah buat kontroversi depan ramaaaai pekerja kilang.

Trainer tu memulakan sesi pagi tu dengan tanya nama aku

"u name ape?"
"atiqah"
"ok atiqah. u dah kawen?"
"blom"
"u ade boifren?"

Aku geleng

Seluruh bilik bising bising dengan suara budak budak lelaki usik usik. Muke aku dah tebal. Panas.

"ok. u nak boifren yang ade berapa C?"
C = car, creadit card, cash bla bla bla

aku terkejut. tak sempat pikir. terus sebut "er. 3"

"u pun sendiri ada criteria untuk cari boifren kan? macam tu jugak dengan OHSAS ni. ade 6 criteria"

pastu sorang staff menyampuk

"kriteria atiqah 3 je. lagi senang"

trainer jawab " u follow criteria OHSAS, u dapat sijil tau. mahal ni"

diorang tambah "Follow criteria atiqah dapat atiqah"

PEH! panas muka haku.

then traier tu sambung tanya

"atiqah, ape u punye 3 C tu?"
"Er, bukan C"
"Then?"
"kaya, kacak, beriman"

bertambah kecoh bilik training dengan suara orang orang ni dok gelak dan bahan-bahan haku. sungguh kuanghajaq.

Sepanjang training dari pukul 9 pagi sampai 5 petang tu, asyik nama aku je yang naik. ah nice!


Dan lepas tu, pantang la diorang nampak aku. mesti words aku tu jugak diungkit-ungkitnya. 

iolls segan. Malu. Memalukan!!!!!

Baru 3 minggu keje. Macam mana aku nak berhadapan dengan diorang untuk tahun-tahun mendatang? *ape ayat skema nih*

takpe takpe. Aku yakin bende ni akan berakhir dengan cepatnye. Jangan risau tiqah. Semua ok. Buat bodoh je.

Assalamualaikum!

Saturday, April 6, 2013

Life must go on

Assalamualaikum wbt.

Syok kan harini Sabtu. Nasib baik aku tak bangun lewat. Semalam aku dah plan aku nak tidur sampai malam harini. HAHAHAHA melampau.

Officially, aku dah mula kerja kat Port Klang 1st April haritu. Hari Isnin.

First day memang mencabar. Exhausted dan  blank.

Aku ingat, first day ni takyah la nak beriya sangat. Weell, first day kan. Lek lek lu. Tapi sangkaan aku salah!

Lepas aku register pagi tu dengan HR, aku terus diberi taklimat ringkas pasal peraturan, kerja, organisasi bla bla bla. Lepas tu, aku di introduce pada staff-staff lain, and dibawak rounding around office area.

Dah settle tu, aku direct terus diberi training oleh bos aku pasal kerja-kerja aku.

She's helpful. Tapi mungkin aku belum ready lagi Isnin tu sebab dah cuti 9 hari sebelum tu, jadik lembab sikit. Aku tak paham kejadah apa pun yang dia ajar. MUAHAHA.

Start dari tu, waktu aku sangat occupied. Dia takkan biarkan aku takde kerja. Sentiasa tanya aku buat apa. Kalau aku dah lapang sikit, dia bagi lagi kerja.

Ok la. Aku suka macam ni. Takdelah bosan ke hape. Setakat ni, alhamdulillah semua masih under control. Aku boleh buat macam apa yang dia nak, dan tak ambik masa lama sangat. Harapnya, Tuhan permudahkan aku untuk buat kerja supaya tak susahkan orang lain. I just wanna give my bery best je. Amin.

Bila tukar kerja, aku pun berpindah rumah. Ekceli, rumah aku takla jauh sangat nak ke tempat kerja baru. Tapi aku tak suka nak berebut-rebut pepag dengan orang lain, jem. Aku pun dapat cari bilik kosong dekat je dengan tempat kerja dengan affordable price.

So, pepagi aku takyah rushing. Petang pun tak payah rushing nak balik tempuh jem bagai. Langsung takde jem dan takde tol. Minyak pun jimat kekeke.


ok bai bai.

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..