Assalamualaikum
Semalam aku pegi main futsal. ceh main la sangat kan padahal aku tercongok je depan goal keeper dok tunggu bola tapi bila bola datang aku lari ke tepi.
Sport club company aku memang aktif. Tiap Jumaat dah booked court badminton. Futsal lak 2 minggu sekali. Sekarang ni semangat aku untuk kurus dengan bersukan dah berkobar kobar tahu?
Pasal cite futsal semalam, ni lah first time aku datang nak main dengan diorang. sebelum ni aku tak pegi sebab segan tak pandai main. Tetibe semalam segan aku tu hilang sikit.
Tapi bila sampai sana aku tengok yang main budak lelaki je, aku tetus tak bersemangat semula. Takut weyh tengok diorang sepak bola. Kalau kena kepala aku mau ting tong 24 jam.
Tapi lepas ade sorang member pompuan dah join, aku pun memberanikan diri untuk join. Pulak, bebudak tu sume asyik la dok desak aku masuk.
Aku dah macam display board je lat situ. Mementang aku tak pandai main, deme soh aku dok depan goal keeper je tunggu bola datang pastu strike. Gilo! Tendang bola pun tak reti, nak jadi striker dah kenape?
Tapi diorang memang ohsem dude! Kalau bola tu datang kat aku, semua orang akan jerit
"tiqah!!tiqah!!amek tiqah!!kejar tiqah!!amek tiqah!!"
Kau tahu aku nebes nak mati dengar orang sorak gitu?
Pastu dengan yakinnye soh aku shoot kat goal
"hah tendang tiqah!!tendang tiqah!!strike tiqah!!strike!!"
Gelabah puyuh!
Yang syoknye, bile bola tu dah dapat kat kaki aku, takkan ada sorang pun yang datang kat aku nak attack. Seolah-olah, diorang memang sengaja bagi can kat aku untuk masukkan gol. Kelako sangat sebab walaupun keadaan yang sangat lapang, aku tak dapat pun masukkan bola tu dalam gol. Ntah hape-hape je aku.
Penat diorang sorak bagai. Pas bola kat aku bagai. Sia-sia je. HAHAHA sori la kawan.
Ada satu time ni, geng aku dah dapat bola kat dia. Susah payah dia defend bola tu mase kena attack kaw kaw sambil jerit jerit
"jangan risau tiqah. aku reserve bola ni untuk kau. Aku reserve untuk kau tiqah! Tunggu je situ. Ketepi ketepi!! jangan kacau aku. Jangan halang aku. Aku nak reserve untuk tiqah. Bola ni untuk tiqah!!"
Punye semangat semata-mata nak kasik aku shoot bola masuk gol walaupun sekali!
Yang sorang lagi geng aku lak, dari dok jage gol tu ha sampai depan aku dia bawak bola sambil jerit "tiqah amek tiqah!!amek!!"
Diorang memang best dan supportive walaupun aku sangatlah spoil. Sikit je aku passing bola, diorang dah puji melambung lambung
"bagus bagus. Tingkatkan usaha. Bagus dah tu tiqah. Macam ni la kita nak"
Terharu la jugak. Tapi aku rase ni last kot aku join diorang main. Mesti diorang fed up giler aku join huahuahua lantak.
adios amigos
No comments:
Post a Comment