Monday, May 28, 2012

keseronokan dinikmati =)

last saturday, i spend the whole day with my friends. ya Allah sangat best tahu? dah lama sangat aku penuhi hidup aku dengan keje semata-mata. last saturday, sangat-sangat best. mengulang tabiat semasa bergelar pelajar.

pukul 9.30 pagi, semua kawan-kawan aku dah kumpul kat rumah aku. lepas lepak kejap makan-makan, kitorg gerak dalam pukul 10 pagi. untuk mengelak highway yang bakal mengenakan tol yang tinggi, kami lalu jalan dalam. jalan kampung. penuh 1 kete. nak gi kenduri kawen Adam kat Sg Sumun, Perak. sempadan je dengan Selangor. kalau ikut normal, 2 jam setengah dah boleh sampai. tapi, kerana asmirul yang sangat berhemah memnadu kereta proton wira itu, kami amek masa 4 jam untuk tiba. 4 jam dow!!! kalau aku drive, dah boleh sampai penang tahu?

nasib baik asmirul ni adik-adik je. nak marah pun tak sampai hati. layankan ajer la.

sejam lebih lepak kat kenduri Adam, baru gerak balik. on the way balik tu, kitorang singgah solat kat Sungai Besar. lepas solat, tetibe ternampak pasar malam. nama je pasar malam. padahal masa tu, tengah Asar. cet! tipu!

beli la bontot ayam goreng untuk dijadikan kudap-kudap sepanjang perjalanan.

tengah syok melalak dalam kete layan lagu dari radio, ternampak sawah padi luas terbentang di tepi jalan. disebabkan aku membesar di Kedah yang dikenali dengan nama Kedah Jelapang Padi, maka aku tak heran pun dengan sawah itu. tapi keterujaan dan kejakunan rakan-rakan ku terkinja-kinja tengok sawah, terpaksalah aku beralah. ni lah die, budak bandor =p






tapi malangnye, semasa sesi fotografi di sawah itu, aku pulak yang terlebih sudah. siapa yang jakun now????


lepas puas berpotoshoot, kitorang meneruskan perjalanan pulang. malangnya, kami terserempak dengan geri yang menjual kerang bakar. kami terburu-buru berhenti untuk singgah dan makan walaupun masa tu dah kenyang dek bontot-bontot ayam goreng yang dikunyah sepanjang perjalanan.




lepas isi perut dengan kerang bakar, kitorang meneruskan lagi perjalanan untuk balik ke rumah. tak sampai pun setengah jam, kitorang telah berhenti mengejut sekali lagi kerana ternampak gerai menjual cnedol pulut durian. mak ai!!!!! harus stop! 


 
sekali lagi kami mengisi ruang-ruang yang hanya tinggal secebis cuma di dalam perut kami. burrrp! alhamdulillah =D


kepenatan, kekenyangan, kegembiraan, keceriaan. sampai rumah pukul 9.30 malam. sampai tertido depan tivi. mak dah jerit-jerit suruh aku bangun masuk tido dalam bilik. aaah heaven nyeeee hidup.


sekian.

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..