Assalamualaikum wbt..
lagi isu pasal halal. haih! penat la dengan isu macam ni kan? kita ni negara Islam. majoriti penduduk Islam. tapi pengeluar makanan ni suka suki je nak memperjudikan halal haram.
Semalam 19 Januari aku tak tengok tv. tapi aku dapat tau thru internet la, yang Jakim serbu Subway dan mendapati Subway ni gune sijil halal dari syarikat lain untuk pamer kat premis diorang, beserta dengan sijil halal dari syarikat swasta yang tak diiktiraf Jakim.
bukak-bukak FB, terpampang "SUBWAY TAK HALAL. JANGAN MAKAN" kat wall aku. dipost oleh seorang kenalan. then, aku pun tengok la video cite 999 tu. ok dah tau cite sebenar pasal sijil halal Subway kalau tak silap yang kat Mines tu.
rakan-rakan sekalian, pembaca yang bijaksana lagi budiman, sahabat-sahabat Islam saya sumenye, please take note. TAK HALAL dan TAK MEMPUNYAI SIJIL HALAL adalah 2 perkara yang berlainan ye. sila paham.
TAK HALAL bermaksud, makanan tersebut mempunyai unsur-unsur haram yang termaktub di dalam Al-Quran sebagai haram. dalam Al-Quran, benda yang diharamkan untuk makan adalah khinzir atau bahase kasaqnya babi, haiwan bertaring, haiwan 2 alam, haiwan yang mempunyai kuku cakar. juga makanan yang memabukkan seperti arak.
jatuh hukum haram jugak bagi haiwan yang halal dimakan, tapi tidak disembelih mengikut hukum Islam, hukum syarak.
jadi penerangan di atas ini membawa definisi HARAM UNTUK DIMAKAN.
manakala TAK MEMPUNYAI SIJIL HALAL bermakna, sesuatu premis makanan itu tak penah apply dari Jakim untuk dapatkan sijil halal dan tak diiktiraf sebagai halal, TETAPI tak semestinya TAK HALAL. ade paham?
berdosa kite menjatuhkan hukum HARAM kepada sesuatu.
sijil halal dari jakim ialah satu assurance kepada pelanggan bahawa makanan tersebut halal, dan tak perlu diragui. bukannya termaktub dalam Al-Quran "Wahai anak adam, janganlah kamu makan makanan yang tak mendapat pengiktirafan halal dari jakim kerana makanan tersebut haram dimakan".
takde kan? tak de kan? takdeeeeeeeee.
jangan salah paham. aku bukannya nak back up Subway ke atau mane-mane premis makanan yang tipu customer tu. aku cume rimas bile baca statement kebanyakan orang yang mengatakan "kedai makan A haram sebab takde sijil halal"..blablabla~
yes they are guilty when they cheat on us, especially about halal haram thing. but it doesn't shows that they are haraaaaam. got me?
itu syubhah! bile syubhah, haruslah dihindari.
kalau semua orang buat statement menghukum macam tu, ape cer dengan makcik jual kuih ngan nasik lemak pepagi kat tepi jalan tu? sebelum gi keje, kite singgah beli kuih harge 40 sen sebiji tu tanpa ragu-ragu pun. penah tanye,
"makcik, bak sijil halal jakim saya nak tengok"
"makcik takde sijil halal la nak. makcil jual kuih talam je"
"isy tak boleh ni makcik. haram ni haram. takde sijil halal ni haram makcik!"
mau menangis makcik tu kalau korang buat macam tu.
so, what im trying to say is, be careful on what u wanna say, what u wanna write. kalau premis tu takde sijil halal, tulis terang-terang "SEKIAN SEKIAN KEDAI MAKAN TAKDE SIJIL HALAL. SILA AMBIL PERHATIAN". janganlah terus cakap haram sayang oi. tak bagus tu tak bagus.
Salam.
1 comment:
Google punye google pasal isu subway haram bagai tu..terjumpa article ni! Sgt setuju. Org melayu skang ni..cpt sgt melatah. Serius tak faham.
Post a Comment