Thursday, December 22, 2011

AKU DAN DIA..22 DISEMBER~


AKU


Sangat suke makanan pedas. Megi pun mau ade cili padi woo.

Gilekan durian. Akan meloncat kegembiraan jika dijamu durian.

Gemar melakukan aktiviti lasak dan outdoor activities like hiking, camping, jungle tracking.

Teruja dengan speed. Bawa motor lelaju, bawa kete lelaju

Sangat meminati motor dan skuter. Akan memilih motor dan skuter berbanding kereta.

Menginginkan mini cooper

Terlebih tenaga kalau berborak. Sangat talkactive dan terlebih ramah.

Bersuara sumbang. Tak layak nak menyanyi walaupun hanya di karoke.

Suke warna merah dan apa-apa barang yang berwarna merah




DIA


Tahap kekebalan pada pedas hanyalah 0.1%. weih letak cili besar pun muke dah merah padam ape cer?

Tah tahan bau durian. Akan berlari selaju dan sejauh mungkin bile dipertemukan dengan durian.

Tak gemar aktiviti lasak dan outdoor activities sebab tak tahan berjemur dan mudah jatuh sakit.

Sangat berhemah ketika memandu kenderaan. Speed maksimumnye hanya 80km/h.

Tak tahu langsung menunggang motosikal. Dan tak hingin langsung nak belajar sebab trauma tengok eksiden depan mata.

Menginginkan fair lady

Soft spoken dan agak pemalu.

Mempunyai bakat dalam nyanyian. Sedap gak wei die nyanyi.

Suke warna biru dan apa-apa barang yang berwarna biru.

AKU DAN DIA

Kami banyak perbezaan. Adelah jugak persamaan tapi lebih banyak ketidaksamaan. Tapi kami kongsi 1 rasa yang sama. Walaupun kami jauh, walaupun kami difitnah, Alhamdulillah kami mampu bertahan setakat hari ini, 22 Disember 2011. Dan hari ini, genap 2 tahun dan aku berdoa 2 tahun ni bukan pengakhiran.

Aku redha andai dia bukan imam aku nanti. Tapi aku akan berdoa sedaya aku.





Ya Allah, jika dia benar, KAU mudahkan lah.


Amin.



No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..