Sunday, July 10, 2011

perkara yang sangat menguji kekuatan hati aku


Assalamualaikum wbt


petang ahad yang hening kat taman aku ni. panas seyh. sonok aku tengok baju-baju aku kat ampaian tu melambai-lambai. kompom kering la petang ni. yes!

lately aku ade banyak masalah yang bertimpa-timpa. penat sangat otak aku nak pikir tiap-tiap satu. jadi orang dewasa ni memang payah kan?

yang pertama hal keje. tekanan time keje tu sangat jelas kat aku sebab sampai terbawa-bawa dalam tido. malam tadi aku gi tido kat umah opismate aku, sebab kebetulan akak ipar dengan abang die balik kampung. so die tinggal sorang. aku pun dok sorang. lebih baik aku gi rumah die, bleh gak tengok tv. rumah aku mana ade tv.

so, malam tadi tido la ngan die. tapi aku tido awal. tengah syok-syok tido tu, aku mimpi pasal hal keje. aku mimpi bos aku soh aku masak sebab ade order. tapi bile aku dah tuang minyak berkilo-kilo dalam kettle besar tu, baru aku pasan aku tak tutup valve kettle tu. bile tak tutup valve, minyak tu flow out la dari kettle pegi ke mesin untuk filling dalam pouch. giler! dah la minyak soya mahal nak mampos. berpuluh kilo plak tu aku tuang. dengan perasaan terkejutnye aku terus jerit "YA ALLAH!!!!!!". tapi yang bestnye, aku menjerit tu bukan dalam mimpi je, tapi kat realiti pun aku dok jerit rupanye. terkejut beruk la kawan aku yang dok sebelah tak tido lagi tu. dengan muka cemas die tanye "weh tiqah apesal??". pastu baru aku tersedar. aku pun cakap kat die "aku mimpi wei. mimpi puan suruh masak". pastu aku terus sambung tido semule tanpa sempat nak cite bagi abes mimpi aku tu. blur-blur kawan aku tu ditinggalkan penuh tanda tanya.

pastu pukul 4.20 pagi, enpon aku berbunyi. mesej masuk. aku dengar bunyi enpon aku terus bangun duduk gosok mata pastu tengok jam kat enpon. aku ingat bunyi alarm. aku pikir "alamak! dah pukul bape ni??dah lambat gi keje ke?". lame gak aku terkesima baru aku ingat yang harini ahad. cuti. aku takyah gi keje. dan aku tengah tido kat umah kawan aku.

giler betul. otak aku asyik pikir keje keje keje. keje separuh mati!

tu ketensenan pasal hal keje. hal cari makan. hal cari pengalaman.

pastu aku pun rimas dengan peel tuan rumah aku nih. menggatal tahap rase nak cincang. desperate ape ntah, padahal bini dah ade kat rumah. gile menyampah ngan laki macam ni. sangat sangat sangat menyampah. buat hati aku tak tenang je. BONGOK! ingat aku dok sorang kat sini, boleh mempermain-mainkan aku la? cis! kau tak kenal lagi aku la der~

yang paling worse adelah jumaat lepas. bila mana aku dapat detect kelainan incik zai. dia dah lama sangat tak contact aku, then ayat-ayat kat fb die macam siat-siat hati aku. bile aku mesej tak reply. aku call tak jawab. semalam baru dapat cakap dengan die lepas aku desak banyak kali. HE THINK OF LET ME GO CAUSE HE FEELS HE CANT TAKE CARE OF ME BECAUSE OF THE DISTANCE. BILE AKU SUSAH, DIE TAK DAPAT TOLONG OR ADE KAT SISI AKU. DIE ANGGAP DIE TAK LAYAK DENGAN AKU. DAN ORANG SEKELILING DIE PUN CAKAP HAL YANG SAMA.

nape aku yang kena hukum? yang tanggung sakitnye aku dengan die. bukan orang lain. aku tak puas hati betul ngan orang-orang yang tak puas hati dengan kitorang ni.

tolonglah doakan kebahagiaan kitorang. janganlah doakan perkara buruk. tak baik lah. patutnye support kitorang. we r having long distance relationship. dah la masing-masing sibuk, nak borak pun susah. nak jumpe, lagi lah! setahun sekali je tau. kenapa ade orang yang nak sangat tengok kitorang putus? ape salah kitorang? janganlah buat macam ni wei. banyak lagi hal aku nak kena pikir. aku taknak tambah masalah ni lagi. plez people~

alhamdulillah pas slow talk, aku dapat yakinkan die yang die mampu buat ape orang lain mampu. aku yakin die boleh jaga aku. insyaAllah kalau Allah izinkan. cuma perlu bertahan. tu yang aku tengah buat sekarang. bertahan dengan dugaan hidup. berdikari. kumpul duit. untuk masa depan nanti.



to zainul ariffin bin anuar: aku tak penah minta apa-apa dari kamu kan? tapi sekarang aku minta sangat, cube bertahan dengan cabaran. kamu kuat aku tau. cuba bertahan. kite buktikan kat diorang yang tanggapan diorang tu salah. kite mampu hadapi sume ni sama-sama. remember, Allah je yang boleh pisahkan kite. bukan diorang. jangan sakitkan aku lagi.



No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..