5 things that irritate me about opposite/same sex
Assalamualaikum
arini aku mc. esok jugak. sebab semalam aku eksiden. jumpe doktor and dapat mc. aku takmo citer pasal eksiden. walaupun motor aku rosak teruk, duit bakal melayang-layang, kaki aku bengkak susah nak jalan. aku anggap ni ujian Tuhan.
aku teruskan pasal 30 days challenge. nak abiskan cepat-cepat.
meh aku senaraikan 5 perkara pasal opposite sex. aku pilih opposite sex sebab senang nak bagi 5. kalau aku cakap sal same sex, cam mengata diri sendiri plak. cantik tak strategi?
1. perasan hot and macho. pastu bajet sume girls usha die and suke die. pastu nak mengelak-ngelak konon. aku rasa cam nak lempang laju-laju je. =p
2. smoker. kalau dah tak rasa nak hidup lama, jangan la babitkan orang lain. ni asap rokok tu agi buruk kesan kat orang sekeliling dari kat diri smoker tu tau. rimas betoi aku ngan bau-bau asap ni. kekadang tu terang-terang aku kibas-kibas muke depan diorang, boleh pulak buat donno jek. dasar!
3. suke mendesak. tak salah kalau suke kat seseorang, i mean girl la kan. tapi tackle cara elok la. kalau girl tu dah taknak, dah la. kawan biase la. kalau nak jugak, slow-slow amek hati. jangan la desak-desak paksa girl tu jugak. soal hati mana boleh paksa. soal hak pun mana boleh paksa. ada paham?
4. gila kuasa. maksudnye kat sini, die guna kuasa veto as a lelaki or as a leader dalam famili or dalam hubungan. bagi die, sebab die lelaki, die kuat. atau die suami. so, pompuan or isteri wajib ikut ape yang die nak, ikut cakap die je tanpa ade toleransi langsung. isy la. ko ape hal?
5. ringan tangan. ni bukan rajin tau. ni ringan tangan yang keje nak menampar menyepak dan sebagainye. pantang salah sikit, pelempang die bagi. ingat best ke kena lempang? meh sini aku try lempang ko baru ko tau ape rase. ko ingat ko kuat sangat ek? tambah-tambah laki yang pukul girl. sangat dayus!
ha tu je la nak 5 kan? kalau nak 50 pun aku boleh bagi. muahaha. kompom bengang kaum-kaum adam sekalian. tapi as a girl, aku pun suke lelaki what. lelaki yang soft spoken, sporting, funny, protective. paling penting, boleh jadi pembimbing. bukan diktator ok. pembimbing.
ok take care all. salam.
No comments:
Post a Comment