Wednesday, February 2, 2011

survey tempat belajar

Assalamualaikum
salam 1 malaysia
...
...
wah wah wah, dah masuk semangat 1 malaysia sudah..

aku baru je rajin rajinkan diri melawat ke portal UPM. yes! UPM. bukan UiTM ye. aku tak salah universiti la. aku menjelajah ke UPM sebab aku plan nak continue master kat sane. bukan ape, aku taknak la asyik terperuk je kat UiTM tu, mereput kat sane. nak juga merase jadi student uni lain. bukan bermakne UiTM tak bagus. UiTM best sangat sangat. 3 tahun setengah dah aku melekat kat situ. mane tak bestnye. tapi bak kate orang tua, jauh perjalanan, luas permandangan.

nak sambung kat China, uni yang aku buat practical ni, tapi rase berat hati. tak tau lah kenapa. rase teragak-agak. sebab jarak ke, sebab budaya ke, aku pun tak pasti. tapi aku admit Jiangnan Uni memang sangat sangat bagus, established, well-known and the best uni in china in food technology field. banyak advantage kat situ. tapi tu lah, macam takde hati nak continue sane lah. tu sebab aku mengusha-usha uni tempatan.

kenape UPM? sebab utama ialah UPM punye reputasi dalam bidang sains dan penyelidikan memang sume orang pun tau la kan. power tu. dalam bidang aku iaitu food science and technology, UPM memang famos amous pun. tak disangkal. bidang-bidang yang ditawarkan pun banyak. dan aku berminat untuk continue master dalam Halal Food Analysis. setakat ni, bidang halal ni memang UPM la yang leading sebab kat sane pun ade institute penyelidikan halal. UMS pun ade gak bidang ni tapi program untuk postgraduate aku rase takde dalam bidang halal analysis. aku rase lah. kalau ade, tolong inform k! sebab kalau nak ke sabah pun aku tak kisah sebab aku dah jatuh cinta dengan sabah since i went there last week =). another reason is, agak dekat dengan rumah haku. boleh balik selalu-lalu.

and kenape halal food analysis? well, as a muslim food scientist-to-be, aku rase bertanggungjawab untuk lebih mendalami bidang halal ni. kalau bukan muslim yang explore, sape lagi kan? bagi aku isu halal haram ni serius. *sambil buat muke serius*. zaman sekarang ni aku perati la kan, sesuka suki deme aje nak letak letak cop halal kat makanan. selalunye yang buat gitu, yang bukan muslim la kan. deme ingat halal haram ni bende main main ke ha? rase nak hempok je sorang sorang. makanan ni jadi darah daging tau!bukan makan pastu kuar jadi taik. kalau dah jadi darah daging, memang tak boley nak terminate dah la. pastu beranak pinak sume, bawalah darah daging tu turun temurun. sampai ke anak cucu cicit piut miut sampai kiamat nanti. ha? pikir betoi betoi beb! serius kan?

aku penah bercita-cita nak buka rangkaian pasaraya halal. ala macam tesco, econsave tu. aku tak sure dah wujud ke tak kat malaysia nih. aku tau kat malaysia tak susah nak cari produk halal, tapi aku nak bagi keutamaan kat produk bumiputera, tak pun produk aku sendiri. then kalau ade rezeki lebih, luaskan ke oversea la. sejak hidup di perantauan, aku dah rase susahnye nak cari produk makanan halal. aku jugak sangat sangat berharap pasaraya macam ni wujud kat wuxi tuh. tapi harap je la kan. memang takde punye.

yes i know sound macam impossible. but nothing impossible in this world. dengan izin Tuhan and kesungguhan, insyaAllah boleh tercapai. tapi sebelum nak buat tu, aku kena ade pengalaman and ilmu kan? nak cari pengalaman and ilmu ni makan mase sikit. so pelan pelan kayuh la der..

so readers, frens, doakan impian aku ni tercapai. first after finish degree, continue master. pastu baru pikir yang lain lain.

aku pun akan doakan kejayaan korang juagk. di dunia dan akhirat =)

adios~

2 comments:

kiwi hijau said...

Salam. nak tanya, akk skrg da sambung master dekat halal upm ke?

tqah said...

waalaikumussalam kiwi hijau.. akak tak sambung master kat mana-mana..terus kerja je..ade dapat offer master kat UPM dulu, tapi bukan dalam halal analysis..unfortunately takde rezeki nak sambung sebab komitmen kerja dan lain-lain..

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..