Wednesday, January 28, 2009

kehilangan

Arini aku kehilangan. kucing aku mati, kena langgar kete. mungkin bagi sesetengah org, ni perkara remeh. biarla. bagi aku, aku macam kehilangan ahli dlm rumah. baru je beberapa bulan lepas, sekor kucing aku mati kena langgar jugak. harini sekor lagi. rasa macam nak tutup je jalan kt depan umah aku ni, supaya kucing2 aku boleh melintas sesuka ati tanpa perlu risau kete2 yg lalu lalang.
beberapa bulan yg lepas, kucing aku si comel mati. masa tu aku xde kat umah. aku kat uitm, tgh sibuk dgn latihan AUG. bila aku balik umah, aku cari comel. sebab die kucing kesayangan aku. bila aku cari die xde, aku igt die g merayau. biasela kucing jantan sekor tu, slalu kuar umah. balik bila lapar je. dan die paling suke frieskies. die phm sgt kalau aku ckp frieskies. mesti die akan dgn segeranya dtg kt aku, walaupun die bukan kategori kucing yg manja. tapi bila dh ptg pun die x blk, aku tanya mak.
"mak, mane comel?".
"comel dh 4 ari x balik umah. dh mati la kot."
"ha???xkan mati kot?die g merayau tu".
"x penah pulak sampai x balik 4 ari. mak dh cari dh kt tapak masjid seblah ni. dh panggil2 dh. slalu klu mak ckp frieskies je mesti die dtg.ni xde pun."
aku tetap nk sedapkan ati. aku pikir, die mesti ade kat mana2. tapi sampailah aku balik semula uitm pun, comel x balik2 umah lagi. seminggu lepas tu, aku dpt cuti lagi. aku balik.
"mak, mane comel?"
"comel dh mati"
"ha? mane mak tau? mak nampak ke?"
"org depan ni bgtau. die yg tanamkan. die nampak comel kena langgar"
"betol ke tu comel? kucing lain kot"
"comel la tu. ekor die berpintal mcm comel. masa die x blk umah tu la die kena langgar."
"dh lama la ni? dh lebih seminggu"
"haah.hari tu lagi. mak baru g tanya kt makcik dpn"
Ya Allah...aku sedey sgt. kenapa amek comel Ya Allah? aku syg die sgt2. tapi aku xleh wat pe2. comel tetap dh xde. die tetap dh mati. aku berdoa semoga aku boleh jumpa dgn comel lagi kt syurga nanti. aku slalu doa mcm tu tiap2 kali kucing aku mati.

comel masa kecik. lincah sgt.




harini, si kuning pulak mati. em, aku pun x pasti nape panggil die kuning. warna die light brown. tapi sebab adik/abg die sekor lagi dh panggil oren, so die dipanggil kuning. kuning n oren ni, abg aku amek dr umah org. org tu x nak. die nak buang. abg aku tgk oren n kuning ni comel, gebu. so abg aku pun amek bawa blk umah. lagipun die kecik lagi masa tu. klu kena buang, ntah dpt hidup ke x. umo oren n kuning dh nak dekat setahun. kuning dgn oren ni kuat makan. cepat je diorg besar. sume org yg dtg umah n tgk diorg, mesti rasa geram. comel n sgt gemuk. masa kecik2, diorang lincah sgt. kuning boleh lompat tinggi. kuning suke tangkap lipas n katak yg kecik2. slalu kena marah dgn aku. sebab katak yg kecik bahaya, slalunya beracun. kalau die gigit katak tu, takut die kena racun. aku plak paling x suke lipas. tapi kuning suke tangkap lipas kt luar umah, pastu bawak masuk dlm. geram betol aku. kuning pun suke garu2 karpet. dari karpet bulu2, mak aku tukar ke jenis kayu. igtkan die xleh garu dah, tapi die garu gak. slalu aku marah die. tapi sekarang kuning dh xde. xde sape lagi aku nk marah. kuning suke tido kt tengah2 laluan org. dah la suke tido terlentang. warna bulu kt bahagian bawah badan die lebih cerah. hampir putih. kadang2 aku x perasan die, nyaris2 terpijak. die je satu2nya kucing aku yg suke tido terlentang. comel sgt. tapi sekarang die dh xde. die suka masuk bilik aku, n kacau aku sembahyang. dok kt depan sejadah, tarik2 telekung aku, main dgn bulu2 kt hujung sejadah tu. tapi sekarang kuning dh xde. nanti xde dah kucing nak kacau aku.
dlm 2 3 ari ni, kuning slalu dok dlm umah. kucing2 aku slalu letak kt luar, sebab x nak die berak n kencing kt dalam. tapi kuning macam x nak dok luar. kalau letak kat luar pun, die akan tunggu depan pintu umah. die x nak dok luar. slalu malam2 letak sume kucing kat luar. tapi sebab kuning x nak, mak biarkan je die kat dalam. tapi pagi2 lepas subuh, mak kuarkan. nak bagi die buang najis kat luar. tapi pagi tadi, lepas mak kuarkan die, macam biase mak wat keje. x sampai 1 jam pun, bile mak kuar semula, mak nampak kuning kt tgh jalan, dh terbaring. mak masuk umah n bgtau aku n kakak. aku terkejut sgt. mak dh angkat kuning, letak kt halaman. masa tu die hidup lagi. tapi nmpk dh nazak sgt. mata die terbeliah, telinga die berdarah byk. mulut die pun ade darah sikit. mak ckp, mungkin die kena langgar kt kepala sebab badan die x terjejas. Ya Allah, aku menangis puas2. aku pegang badan kuning. lembut bulu die, cam biase. aku soh die bangun, tapi die x nak bangun. aku usap2, aku panggil nama die. die x gerak pun. Ya Allah, kenapa amek kuning dari aku? Aku syg die sgt2.

oren n kuning tgh tido. kuning yg atas.


No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..