Thursday, June 26, 2008

Memory....


Assalamualaikum w.b.t....

Sedar tak sedar,cuti aku dah hampir sampai ke penghujung..tinggal lagi lebih kurang 10 hari untuk aku nak betol2 rileks and lepak2 sebelom aku mula semester baru a.k.a. tahun baru..Tahun 2..rasa sekejap sangat masa berlalu..Saat aku mendaftar sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan pada 1 Julai 2007 masih segar dalam kotak ingatan aku ni..Hari pertama menjejakkan kaki kat UiTM Shah Alam,Malaysia sebagai salah seorang mahasiswi,memang tak boleh nak lupa..Teringat lagi macam mana susahnya aku ngan mak hangkut barang2 aku(beg besar 2, baldi,kotak2 etc etc) naik bas dari Stadium UiTM ke Kolej Mawar,Kolej tempat aku mendaftar..Dengan ketiadaan hero2 yg sepatutnya angkat barang2 tuh(abang n adik aku tak ikut,tak sanggup nak lepaskan aku le tu..hik3) membuatkan aku,mak n kakak aku terpaksa memperkasakan diri..hehe..sorry byk2 sis,mmg barang i banyak siot,nak bermaustautin selama 4 tahun la katakan..ekeke..Bila dah sampai kt Kolej Mawar yang indah tu(indah ke?) aku terpaksa lak beratur untuk masuk ke dewan tempat pendaftaran..aku ingat aku dah habis awal dah,rupa2nya masa aku sampai(dalam kul9pg) dah penuh ngan orang2 yang nak mendaftar gak..Aku dh mula rasa malas nak beratur sebab aku tengok line tu panjang siot..sampai tengah hari pn aku tak dapat masuk..dengan tiba2,aku ternampak kelibat seseorang yang sangat aku kenali..classmate aku masa kat kmk dulu,yang sedang beratur menghampiri pintu dewan.."wah,ini rezeki" bisik hati kecilku(kecil ke?)..aku pun dengan selambanya terus capai dokumen2 yang diperlukan untuk proses pendaftaran tu n terus berlari-lari anak ke arah sahabat aku tu.."Watip!!!lama tak jumpa...awai no hampa"..konon2 aku sedang menyapa sahabat yang dah lama tak jumpa la..Aku pn memulakan strategi..Aku buka cerita bertanya perihal rakan2 kami yang lain yang masih belum aku jumpa..bila orang depan dah berginjak,ape lagi ditunggu..aku pun masuk la line sambil terus-terusan dengan cerita yang aku sendiri tak tahu hujung pangkal..hak2..selamat dah aku..dalam masa lebih kurang 5 minit,aku dah berada kat dalam dewan menyelesaikan apa2 saja seperti yang diarahkan oleh kakak2 senior.atau lebih tepat lagi,jpk2 kolej..dalam masa 15minit,aku dah berada kat luar dewan mencari-cari kelibat ibuku dan kakakku.."haiya..mana la diorang ni duduk,jenuh den nak mencari ni,dah la manusia punya ramai"..aku bermonolog sendiri..tak lama kemudian,aku nampak kelibat mak long sebelah abahku(staff UiTM yang terlibat dalam proses pendaftaran pelajar2 baru,yang secara kebetulan sedang mendaftarkan anak perempuannya a.k.a sepupu aku)yang sedang rancak berbual bersama seseorang..bila ku amat-amati,"macam kenal,tapi kat mana ye?".."la,tu mak aku la ngan kakak aku,memang la kenal"..Aku pun memanjangkan langkahku ke arah mereka..Bila sampai dengan penuh sopan santunnye aku bersalaman dengan mak longku yang dah lama tak bersua(aku jarang balik kg sebelah abah)..terserlahlah keayuanku...hak3..

Pas abes daftar tu,aku pun hangkut la semua barang2 aku yang berat n banyak giler tu ke bilik aku yang terletak di tingkat3 blok 2A Kolej Mawar..Masa aku masuk tu,dah ada 2 orang student n famili masing2 kat dalam tu..aku yang ke3..ada lagi sorang la yang belum sampai..Aku pun dengan ramah mesranya bertegur sapa ngan diorang..Ingatkan diorang ni la roommates aku sepanjang sem ni..rupa2nya sangkaanku meleset..diorang hanya roommates aku sepanjang minggu orientasi sahaja..Tak lama pas berpeluh2 mengemas barang2 aku tu,salah sorang kawan baik aku,mashi sms aku bertanyakan bilik aku..Dia soh aku gi bilik dia yang berada di ground floor untuk melawat dia atas sebab kami sudah lama tak bertemu(tak la lama sangat,beberapa bulan je..haiya mashi merinduiku..hehe)..Aku pun ngan langkah yang longlai gi ke bilik dia..masa tu pun mak n kakak aku dah nak balik dah..aku pun lepak je la ngan mashi sampai diorang panggil untuk taklimat..then macam biasa la,Minggu Mesra Siswa(mms) or lebih famous sebagai minggu orientasi..tapi yang bestnye minggu orientasi kat sini tak seperti yang aku bayangkan..aku bayangkan yang teruk2 je..kena berlari la,kena jerit2,kena buli n ragging..tapi kenyataannya kt UiTM,diorang tak sempat nak buat tu semua sebab jumlah student yang terlampau ramai..tak mampu nak handle..so mms tu penuh ngan taklimat2 yang tak berapa heavy..yang paling thrill bagi aku ialah masa nak wat pendaftaran(masa ni baru nak kena submit borang berjenis2 tu,x-ray.laporan kesihatan etc).kitorang diarah untuk berkumpul kat Pusat Islam(masjid) seawal jam7 pagi lagi..dok kat situ je dah berjam2..pastu dia soh kitorang beratur plak kt luar(panas siot masa tu) ikut fakulti..Diorang lepaskan by fakulti untuk ke step seterusnya dalam proses tu..Rupa2nya sebagai ahli Faculty Of Applied Science,aku akan menjadi antara orang2 terakhir yang mendaftar sebab fakulti ni mempunyai paling ramai ahli dengan bilangan program yang paling banyak antaranya program aku,food tech,science biology,applied chemistry,science forensic etc etc..dari pukul7 pagi sampai zohor kitorang ditahan di Pusat Islam tanpa sebarang aktiviti..bosan siot..Lepas zohor,barula kitorang diarah beratur dan bergerak ke step seterusnya iaitu betmaustautin lagi skali kat dewan kuliah fakulti akaun..Kat situ another i hour kot..sangat2 buang masa..Program aku yang terakhir sekali bergerak dari dewan kuliah tu ke Dewan Seri Budiman..kat dewan ni baru proses mendaftar bermula..tapi kat sini pun dah kena tunggu berjam2 sementara nak tunggu giliran..Sempat la solat Asar plak kat situ..Selesai kat dewan tu,beralih ke dewan Annex yang terletak bersebelahn je ngan Dewan Seri Budiman..kali ni untuk proses tangkap gambar untuk kad matrix..Masa ni dah dekat maghrib..aku memang dah letih yang maha letih sebab dari pagi dah menunggu..sampai masa nak snap,aku dah takde upaya nak senyum coz masa tu memang bengang tahap gaban..Rasa cam nak telan hidup2 je fasi2 tu..tapi bila memikirkan yang gambar yang bakal di'snap' tu akan digunakan sampai aku grade,dgn penuh keterpaksaan aku pun senyum supaya gambar tu cute je sampai aku konvo nanti..hehehe..Then sepatutnye pas maghrib kitorang kena berkumpul kat Pusat Sukan untuk taklimat,tapi disebabkan aku sampai kolej pun dah dekat pukul8,aku utk pertama kalinya selepas bergelar siswi mencuba untuk melanggar peraturan..aku keletihan yang teramat.memang tak mampu nak gi Pusat Sukan.So aku pun tido kat bawah katil(in case diorang masuk bilik tu,aku takde la kat atas katil) dalam keadaan yang panas sebab takleh on kipas(kipas tu bising,karang diorang tahu ade hidupan kat bilik tu)..sebab keletihan yang melampau,aku tidur dengan nyenyaknye persis puteri di peraduan..hak3..padahal tido beralaskan lantai dan berbumbungkan katil..hehe..oleh sebab aku tidur mati(kalau bom meletop pn,aku jamin aku tak bangun) aku tak sedar langsung bila roommates aku balik..dgn terkejutnya diorang kejutkan aku yang lena sedap je kat bawah katil tu..malu gak..aku buat2 mamai n tak peduli pun apa yang diorang tanya kat aku,aku terus panjat katil aku n sambung tido..kroohh..kroohh..hehe..bangun besok pagi,jenuh gak nak menjawab soklan2 roommates aku..lastly ngaku jugak la..terkejut gak diorang aku berani buat jahat sorang2..hehe..biaseee..desperate la katakan..Pas ari tu,dah takde ape2 yang teruk yang aku alami,malah aku masih ada masa untuk tido waktu petang disebabkan takde sebarang aktiviti utk kitorang..habis MMS,kitorang kena berpindah kolej plak..Nasib baek kolej baru aku dekat je dgn Kolej Mawar..Kolej Melati,yang terletak berhadapan ngan Kolej Mawar..Tapi,sempot jugak nak menghangkut barang2 aku yang maha berat n banyak tu..kali ni aku sorang2 tanpa bantuan mak n kakak,lagi la bertambah beban..tapi tetap kena setlekan..bila dah setle barang2,perkara pertama yang aku cari ialah bantal,selimut n sarung katil..bila katil aku dah cun berlapik,tanpa buang masa aku terus merebahkan diri dgn tujuan utk tido..penatnya hanya Tuhan yang tahu..semua roommates aku pun join aku..kitorang membuta sampai petang..dah malam baru kitorang sambung kemas barang2 tu..masukkan baju dalam locker,susun buku kat rak(buku ape la yg aku bawa sem1 tahun1 tu),susun kasut,alat2 tulis,barang2 peribadi..ha,selesai lagi 1 beban.. Then bermula la semester1 tahun1 aku sebagai seorang siswi kat UiTM..


Sekarang ni tinggal lebih kurang 9 hari je lagi aku akan mendaftar untuk masuk tahun2 plak..cepatnya masa berlalu..Banyak pengalaman aku sepanjang setahun blaja kat sini n i have another 3 years untuk aku timba ilmu n pengalaman kat sini..Hopefully semuanya berjalan lancar..Moga Allah kabulkan doa aku untuk grade dengan cemerlangnya...Amiinn=)

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..