Sunday, June 29, 2008

my school..

Semalam, macam biasa aku rasa bosan yang teramat. So,aku pun view kebanyakan friendster kawan2 aku kat MRSM dulu untuk cari pic2 masa zaman school. Aku memang tak banyak pic2 masa sekolah dulu. Maklumlah aku ni lambat sikit terima benda2 teknologi ni. Handphone pun aku dapat masa form 5. Tu pun Nokia2100 yang biasa n takde kamera. Kamera pun aku takde lagi masa tu. So banyak sangat kenangan2 masa zaman sekolah dulu yang tak dapat aku simpan dalam bentuk gambar.. Dalam dok menjelajah ke page kawan2 aku,aku singgah kat page Kid. Then masuk blog dia kot2 ada apa2 story yang best untuk aku baca. Secara tak sengaja aku ternampak koleksi gambar2 dia yang bertajuk 'Kenangan Terindah'. Bila aku tengok,semua gambar2 masa kat MRSM dulu. Tapi banyak gambar Kid n the geng la..Tapi takpe,aku layan je.

Dalam dok usha2 gambar tu,teringat plak zaman2 aku kat MRSM dulu. My school MRSM PDRM Kulim,KedaH. Kat situ la aku mula belajar hidup berdikari coz buat pertama kali aku berjauhan dengan famili n dok hostel. Sebelum ke MRSM, aku belajar kat SMK Sultanah Bahiyah, Alor Star sampai form 3. Form 4 n form 5 aku kat MRSM. Even it juz 2 years i've been there,macam2 yang aku belajar. Kat Sultanah Bahiyah dulu,aku tak dok hostel. Rutin aku sama je hari2 berulang alik dari umah ke sekolah. Tapi kt MRSM, aku lebih banyak habiskan masa dengan kawan2 berbanding famili. Siang malam dengan kawan2 je. Kat situ,kawan2 lah famili aku. Aku belajar uruskan diri sendiri, selesaikan segala masalah sendiri, hadapi semua dugaan dan cabaran tanpa famili. Juga mula belajar bergaul dengan kawan2 berlainan jantina..hehe, maklumlah, Sultanah Bahiyah tu girl school. Kekok juga awal2 tu nak adapt tapi lama2 ok lah.

Masalah yang paling utama sekali ialah unity. Masa awal2 masuk tu, memang terasa dianaktirikan. Aku n pelajar2 baru dari sekolah kementerian seolah2 tak boleh ngam dengan pelajar2 lama yang memang asal dari form 1 lagi kat situ. Macam berpuak2. Pelajar baru geng dengan pelajar baru je. Pelajar lama geng dengan pelajar lama. Ada juga antara pelajar2 lama yang cuba berlagak senior dengan memberi arahan2 kepada pelajar2 baru terutamanya dekat hostel cam arahan menggunakan toilet, waktu2 yang tak boleh tinggalkan rumah, jadual bersihkan rumah(hotel kami adalah pangsapuri) n macam2 lagi sedangkan warden sendiri tak keluarkan arahan macam tu. Kena usha slek, kena perli, kena kacau memang dah lumrah. Ada yang masa hari pertama masuk kelas pun dah kena usik. Konon2nya ada cikgu nak jumpa. Melilaulah kawan 2 satu sekolah cari cikgu yang dimaksudkan tu. Dah la masa tu tak tahu lagi departmen kat mana. Diorang sedap2 je gelakkan bila bebudak ni balik kelas. Ada yang nakal sikit tu, gi angkat meja kitorang budak2 baru ni letakkan kat tangga hujung bangunan. Kadang2 sorokkan beg or buku, sengaja kumpulkan sampah kat bawah meja kitorang n macam2 lagi la. Ada gak sorang budak baru ni (girl) yang berminat nak pegang jawatan dalam BWP(Badan Wakil Pelajar), tapi diperli dengan macam2 kata2 yang tak sedap didengar. FYI, nak jadi BWP kena melalui berbagai proses. N jawatan ni terbuka kepada pelajar2 tingkatan 4 dan tingkatan 2 untuk menggantikan pucuk pimpinan yang terdiri daripada pelajar2 tingkatan 5 dan tingkatan 3 yang akan letak jawatan untuk fokus dalam SPM n PMR. Antara prosesnya ialah isi borang permohonan,kena dapatkan sokongan cikgu2, kena interview dengan penasihat BWP, lastly kena buat pilihanraya. Sebelum pilihanraya,mestilah ada proses kempen kan. Masa ni lah semua calon kena berusaha mem'promote'kan diri supaya pelajar2 lain undi diorang. Tapi kesian kat budak baru tu. Bagi aku dia memang layak sebab dia sangat rajin, sangat sabar dengan budak2 yang selalu kacau dia n dia memang dedicated dengan semua tugas dia. Tapi kerana dia pelajar baru dari sekolah kementerian(macam aku) dia tak berjaya. Masa kempen,teruk dia kena sound dengan student2 lama. Selalunya calon akan mendapat sokongan kuat dari batch masing2. Cuma senior je yang akan tanya macam2 killing question untuk memerangkap calon2 ni. Tapi dia dah la dapat killing question dari senior, kawan2 dari batch sendiri pun tak sokong dia. Lagilah seronok senior2 tu nak kondem dia. Poster2 dia pun habis kena conteng2 dengan budak2 yang nakal tu n aku sendiri dengar dari mulu student lama "siapa dia tu nak jadi BWP? Ntah datang dari mana ntah tiba2 nak jadi BWP". Aku dengar kata2 ni lepas abes kempen tu. Aku sangat2 kecewa dengan diorang ni. Bagi diorang hanya budak2 yang asalnya student MRSM sahaja yang layak bertanding dan memimpin. Tapi diorang tak sedar yang ramai dikalangan pelajar2 baru dari sekolah kementerian yang berbakat dan bagus n even better than them. Kenapa aku cakap macam tu? sebab kami yang dari sekolah kementerian ni ditapis dengan teliti sebelum diterima masuk ke MRSM. Result PMR kami kena cemerlang(sekurang2nya 6A dan wajib mendapat gred A untuk subjek math n science), kami mestilah seorang pelajar yang aktif dalam kokurikulum dan kepimpinan di sekolah kementerian. Tapi diorang yang sememangnya pelajar MRSM sejak dari tingkatan 1 lagi tak terlalu ketat untuk meneruskan pelajaran di MRSM. Mereka diberi keistimewaan. Ada je yang dapat 5A masa PMR tapi masih boleh continue kat situ. Tapi diorang sangat pandang rendah pada kami.

Tapi alhamdulillah, berkat inisiatif cikgu2 yang sangat2 sayangkan kami, ntah berapa kali kami berkumpul untuk kena brain wash. Cikgu2 tu kecewa dengan kami yang langsung tak bersatu, yang berpuak2 dan bergaduh. Cikgu2 takut kami tak dapat perform masa SPM nanti sebab kami asyik nak tikam sesama kami. Akhirnya dengan bermacam2 program yang PAMA(persatuan untuk pelajar menengah atas) buat,kami semua dah semakin bersatu. Dah takde lagi istilah 'budak baru budak lama', dah tak berpuak2 lagi. Student lama yang dulu bermasam muka dengan student baru dah mula berbaik malah ada yang dah jadi 1 geng. Aku sendiri pun berkawan rapat dengan student2 lama. Makin dekat SPM, kami makin rapat n makin sayangkan batch kami. Penasihat2 PAMA yang berkorban banyak untuk kami, buatkan motivasi dekat hotel, bawa kami gi camping, berhabis wang ringgit untuk kami. Memang seronok sangat masa aku form 5. Kami dah macam 1 keluarga. Cikgu2 semua harap kami buat yang terbaik masa SPM, naikkan ranking ,MRSM PDRM untuk SPM kami ni. Batch sebelum kami hanya berjaya letakkan MRSM PDRM dalam tangga ke-22 dan alhamdulillah kami berjaya naikkan ranking ke tangga ke-15. Memang nampak macam kurang bagus tapi sekurang2nya peningkatan yang mendadak. Alhamdulillah..

Sekarang ni dah hampir 3 tahun aku tinggalkan zaman sekolah. Tapi semua ilmu, kenangan, n pengajaran kat sana tak dapat aku lupa. MRSM PDRM Kulim akan sentiasa ada dalam hati aku forever n ever............................

Saturday, June 28, 2008

2.15a.m









Its already 2.15 in the morning but my eyes still feel fresh,my hand still didn't get tired from typing here and my mind keep thinking about all my friends when I was in KMC(Kedah Matriculation College). I missed them soooo much. I don't know why i keep thingking of them lately. My roommates, my classmates, my team (AJK Cluster C2), and all my lecturers..Waaa, really missed them..


Acctually,banyak sangat kenangan aku kat sana. Terlalu banyak sampai aku sendiri tak habis nak cerita bila jumpa dengan kawan2 matrik aku semula. Selasa lepas, Liyana my roommate datang rumah aku. She spend 1 night here at my house that i feel really a short period for us to spend time together since we haven't seen each other for more than 6 month i think..Couldn't remember when is the last time we meet. She studying at UKM Bangi while me at UiTM Shah Alam. Mungkin ramai yang fikir 'alahai dekat je Bangi ngan Shah Alam,then baru berapa bulan je tak jumpa pon"..But deep inside my heart i really wanna see her more often. Not juz her, but all my roommates and my H5T4-friends.



Bila jumpa,banyak kenangan2 yang kitorang lalui dulu, diungkit dan dikenang semula. First day daftar n menjalani proses berkenalan..hehe..Hari orientasi yang mana 4 of us keep being together coz at that time tak kenal orang lain. Maybe ada yang dikenali tapi my roommates la yang terdekat sekali masa tu. Hari pertama pun,kitorang dah boleh borak macam2 perkara,bergelak ketawa seronok bercerita.. Macam dah lama sangat kitorang kenal..Masa tu aku dapat rasa yang diorang ni akan jadi antara manusia2 yang terpenting dalam hidup aku. Dan memang betul. Bilik kitorang la yang paling happening sekali masa tu. Apa2 je yang kitorang nak buat,kitorang akan buat sama2. Kalau ada problem, kitorang akan cerita n luahkan dan akan rasa selesa sangat coz akan ada orang yang support. Macam mana kitorang sama2 buat benda nakal dengan tak pergi perjumpaan wajib kat DSB,berbisik-bisik dalam gelap taknak felo kesan, macam mana seronoknya kitorang berbuka puasa sama2,beli makanan banyak2 then makan je semua makanan yang orang lain beli. Tukar2 baju sampai ada yang pernah confius aku ngan Nadia coz dia pakai baju aku. Kitorang melalak sama2 bila masing2 nak lepaskan tension study malam2 buta. Kitorang berebut-rebut nak call ikim sampai ada satu ari aku n Liyana dapat call dan kitorang wish sesama sendiri untuk exam final. Seronoknya kitorang menjelajah ke blok boys, gi kafe diorang sebab dah boring ngan makanan kat kafe girls. Seronoknya kitorang gi main game kat game centre lepas exam,lawan lumba kereta n main tembak2,karaoke ramai2.. bestnya masa kitorang round satu KMK nak snap gambar untuk kali terakhir sebelum masing2 tinggalkan KMK..dan sedihnya bila tiba hari perpissahan..Tak dapat tahan sebak bila Liyana yang pertama nak balik. Maklum la,dia paling jauh kat Seremban mesti paling excited nak balik. Masa tu tak dapat tahan air mata. Lepas tu Nadia plak tinggalkan KMK diikuti Hidayah. Aku yang last sekali n masa tu takde sape yang lambai kepergian aku. Nadia,Liyana,Dayah..Aku rindu korang semua..Setiap kali kita berkumpul mesti akan ada gelak ketawa..Korang sahabat aku dunia n akhirat.

Kenangan dengan classmates aku pun banyak. Awal2 memanglah tak berapa rapat n kekok. Aku pun masa tu agak kekok nak berkawan dengan lelaki since masa kt MRSM pun aku tak ramai kawan lelaki. Tapi masa kat kelas ni,ntah kenapa aku jadi famous sampai diorang semua panggil aku 'bos'. Aku tak berapa suka sebenarnya sebab takut ada yang salah anggap aku ni gila kuasa. Tapi dah penat mulut aku tegur Zainul(org pertama yang create panggilan tu) supaya jangan panggil aku cam tu tapi untill now he keep calling me 'bos' sampai aku sendiri dah biasa.huhu..zainul zainul.. Masa ni aku rapat dengan Afiq. Aku sendiri tak tahu kenapa. Kalau ada apa2 hal aku akan berurusan dengan dia. Dia pun selalu tegur aku n tanya apa2 pasal aku. Sampai penah ada gosip antara aku dengan dia..hahaha..Lawak tol..Yes, Afiq baik. Terlalu baik. Dia pandai (sekarang dh jd medic student), aktif but low profile. Very good in english since he study at Victoria Institute. Hampir perfect la. My group members mashi,piqah,murni n awatif. Kitorang asyik nak bersama je dalam satu group kalau ada apa2 group asiggment coz selalunya assigment tu akan siap dengan jayanya. But when times come which where it required only 4 in a group, i'll be the one who will volunteer to out from them and go to other group since my room are quiet far from their room. but its ok coz i like to cooperate with other friends and i thinks thats why i can fit with anyone from my classmates =). Masa merdeka day pengalaman manis untuk kitorang. Last minute planning, kitorang decide untuk join buka gerai jualan masa malam sambutan tu. Fikir punya fikir kitorang decide nak jual rojak and i be the leader..huisy,aku tak pernah conduct sesuatu seperti ini tapi since aku penah ada pengalaman jual rojak dengan classmmates aku masa kt MRSM dulu,aku diminta untuk menggunakan pengalaman tersebut.huhu..Perkara paling susah untuk aku decide ialah berapa banyak duit yang perlu untuk setiap ahli kelas kitorang bayar untuk dijadikan modal. Biasalah manusia. Akan ada yang bercakap belakang n yang menanggungnya mestilah aku. Ada yang bising2 complain kena bayar mahal sedangkan aku dah janji duit diorang tu akan dapat balik lepas dapat untung n even kalau kitorang rugi sekali pun aku tetap akan bayar balik guna duit aku sendiri. RM25 bagi aku bukan lah melampau sangat. Kami bernasib baik sebab ayah Awatif sanggup beli barang2 untuk buat rojak like buah yang berjenis2, kuah, kacang. Beliau juga menyediakan barang2 perkakas yang kami perlukan seperti pisau, papan potong, bekas membancuh etc. N also last minute kami tambah barang2 jualan which is air gas, aiskrim n float(air gas+aiskrim je). Dengan itu pertambahan perkakas seperti tempat menyimpan ais, cawan, sudu, straw n etc. Semua tu aku dapatkan menggunakan duit yang dikumpul dari kawan2 kelas. Takde 1 sen pun yang aku amek. Penat memang penat sebab persiapan kena buat seminggu lebih awal. Kelas macam biasa then kena buat o.t plak setlekan pasal nak pinjam barang2, meja , sewa kanopi, lampu etc.. Samapi hari sambutan kemerdekaan kitorang dah sibuk siapkan semuanya. Masa ni la hubungan kami bertambah erat n unite. Yang mana keje girls tak mampu buat, then the boys will help. Kami bergilir-gilir siapkan tapak,angkat bahan2 mentah, potong2 buah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sampai malam kitorang giat berniaga. Yang nampak macam pemalu sebelum tu pun dah pandai manis2kan mulut menarik customer. Kebetulan kami ada saingan so rojak kami kena la special sikit n layanan pun kena tahap tertinggi. Teringat lagi macam mana aku 'merayu' kat Shahfiz untuk cuba ringan2kan mulut tarik customer coz i'm sure kalau dia yang dok kat depan gerai tu akan ramai la awek2 yang singgah beli. sebab ape??dia jejaka idaman malaya kononnya..hahaha..Tapi dia memang agak hampeh sebab taknak tolong pun. Dua kali aku terpotong jari masa nak potong buah. Power tol pisau yang ayah awatif bagi tu..hehe.. Masa tu baru nampak siapa yang betul2 bagi komitmen untuk kebaikan kelas n sape yang tak. Masa countdown, aku tak dapat menikmatinya sebab kawan2 semua tinggalkan gerai nak countdown. So aku seorang diri jaga gerai. Tapi masa tu Zainul n Afiq datang temankan aku n countdown sama2 ngan aku kat gerai berdepan rojak n float..hehe..Jadi laa. Penatnya tak terkata tapi happy sangat2. Lepas tu kelas kami memang bertambah unite. n sudah semestinya aku bertambah famous dalam kelas..hahahaha..Seperti yang aku janji,aku pulangkan semula duit diorang n aku gunakan duit untung untuk mengadakan majlis berbuka puasa untuk kelas kami tu. Rasa berbaloi berpenat lelah. Ni baru kenangan sambutan kemerdekaan. Belum lagi keseronokan kami masa lab biology meng'operate' tikus yang sebesar anak kucing. Tikus Shahfiz habis hancur akibat kerakusannya mengeluarkan semua organ2 dalaman tikus tersebut dan mengopak kepala tikus itu. Tikus aku?? Penuh dengandarah sampai aku tak dapat identify organ2 yang sepatutnya aku keluarkan sebab dilimpahi darah. Aku sepatutnya tak potong saluran darah tapi dah kecik sangat, tak sedar dah terpotong. Bahagian mengopak kepala untuk mengeluarkan otak,tak mampu aku buat. Tak sampai hati. Afiq yang buatkan untuk aku. Shahrul plak teliti giler. Tikus dia bersih tanpa darah n dia keluarkan semua organ dalaman dengan bagus sekali. Masa kelas BI pun banyak kenangan. Mis Aza sendiri tahu yang kitorang sangat unite. Seronok bila group aku yang berlima ni selalu jadi perhatian sebab banyak bercakap. Kitorang selalu leading kalau ada apa2 assiggment cam lakonan, nyanyian, gubahan lirik n even oral speaking aku dipilih sebagai best speecher bersaing hebat dengan Afiq, Shahfiz n another 2 yang i couldn't remember. Mungkin dah rezeki akumenjadi peserta terakhir yang masa tu ramai dah boring nak dengar..huhu..Tak sangka masa turn aku,semua bagi tumpuan. Maybe takut aku tanya soalan2 cepumas berkenaan tajuk yang aku sampaikan(aku satu2nya yang berani bertanya pada audience masa aku speech). Kadang2 aku bermalam kat bilik pqah n murni(diorang juga adalah roommate) yang memang menjadi bilik tumpuan sebab diorang jarang study sebab murni kaki korea yang mana laptop dia tak pernah off dari pasang CD korea. Kadang2 lepak bilik mashi bila nak borak. Bila nak study baru balik bilik sendiri..hehe. Tapi masa sem2 aku banyak habiskan masa kat bilik ayie.



Masa matrik ni jugak aku dapat pengalaman menjadi orang yang gagal. bukan makna aku tak pernah gagal sebelum tu. Tapi kegagalan aku masa tu amatlah terkesan dalam diri aku. Result final sem1 aku sangat mengecewakan. Aku dapat rasa result aku teruk coz aku memang tak dapat jawab dengan baik masa exam. Tapi aku tak sangka ramai kawan2 aku yang performed well. Aku ingat semua orang lebih kurang aku je. Tapi aku silap. Aku je yang teruk. I only get 2.98 for my GPA. Malu sangat masa tu sebab semua kawan2 aku dapat above 3.0. Baru rasa menyesal masa tu sebab bermalas-malasan sepanjang sem. Selalu tak serius dalam kelas n kuliah. Jarang siapkan tutorial. Bila ada masa terluang,ada gap antara kelas n lecture aku lebih senang lepak2 ngan my group bersembang,bergelak n bermain2. Masa dalam kelas n lecture pun selalu main2, tak bagi tumpuan. Konon nak cover bila dah dekat exam. Tapi makin dekat exam aku makin malas. Mungkin ujian atau lebih tepat balasan Allah untuk orang macam aku. Bila sekali terjatuh baru tersentak n fikir jalan untuk bangun. Masa masuk sem2, kelas dirombak. mungkin ini hikmahnya. Mula2 memang tak boleh terima sebab kami memang dah rapat sangat n aku pun sayang dah ngan kelas aku. Tapi aku jadikannya sebagai hikmah untuk aku berubah. Mungkin bila aku dah tak sekelas dgn geng yang sekepala aku boleh jadi rajin. Yes!memang betul. Kelas baru H2T7 tak macam kelas lama. Ramai antaranya yang baik2, kurang bercakap dan study lebih. Aku dah takde geng untuk berborak n bergelak ketawa. Bila masuk kelas aku akan study. Ada gap antara kelas n lecture,aku akan setlekan semua tutorial or study. Aku banyak habiskan masa kat library siapkan segala tutorial,assiggment n cari bahan2 untuk siapkan lab report. Aku bergerak seorang diri. yes,all by my own. Jarang sekali dengan kawan2. Masa sem2 aku dah mula busy dengan jawatan aku sebagai setiausaha Cluster C2(my kolej kediaman), AJK E-club, also one of the AJKs yang terlibat menyelenggara tayangan 2 kali dalam seminggu. Aku tetap cuba bersungguh2 untuk improve result aku walaupun aku lebih sibuk dari sem1. Aku tolak tepi kenyataan ramai lecturers yang mengatakan result sem2 takkan better dari sem1. Aku lupakan keletihan aku yang kadangkala balik bilik masa semua orang dah tido sebab menghadiri meeting2 tertentu. Terpaksa bersengkang mata siapkan laporan2 minit mesyuarat n bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja untuk apa2 program yang dianjurkan cluster. Aku spend masa untuk merayu kat depan Pencipta agar memberi aku peluang mendapat keputusan cemerlang untuk semester tu. Aku habiskan masa malam aku kalau takde ape2 hal, kat masjid KMK berjemaah n merenungi kesilapan dan kelalaian aku dulu. Merajinkan diri aku membuka Al-Quran dan membasahkan bibir aku dengan bacaan Al-Quran. Dengan kuantiti masa yang sama yang aku ada masa sem1, tapi kali ni masa aku penuh dengan pengisian dan buat pertama kalinya aku rasa menjadi seorang pelajar yang betul2 berusaha sebagai pelajar. Dan aku rasa sangat berpuas hati bila aku berjaya mendapat GPA 3.53 untuk sem2. Aku dapat buktikan aku boleh dapat better result.

Macam2 yang aku dapat sepanjang setahun pengajian di matrikulasi. Harapan aku,semua pengajaran n kenangan ni akan tetap berada dalam ingatan aku supaya aku boleh jadikan pengajaran, pengalaman n peneman di saat aku sangat2 merindui zaman tersebut.

Semoga aku terus konsisten dalam study aku dan dapat grade dengan first class. Doakan aku wahai sahabat2ku........................................................................



Thursday, June 26, 2008

Memory....


Assalamualaikum w.b.t....

Sedar tak sedar,cuti aku dah hampir sampai ke penghujung..tinggal lagi lebih kurang 10 hari untuk aku nak betol2 rileks and lepak2 sebelom aku mula semester baru a.k.a. tahun baru..Tahun 2..rasa sekejap sangat masa berlalu..Saat aku mendaftar sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan pada 1 Julai 2007 masih segar dalam kotak ingatan aku ni..Hari pertama menjejakkan kaki kat UiTM Shah Alam,Malaysia sebagai salah seorang mahasiswi,memang tak boleh nak lupa..Teringat lagi macam mana susahnya aku ngan mak hangkut barang2 aku(beg besar 2, baldi,kotak2 etc etc) naik bas dari Stadium UiTM ke Kolej Mawar,Kolej tempat aku mendaftar..Dengan ketiadaan hero2 yg sepatutnya angkat barang2 tuh(abang n adik aku tak ikut,tak sanggup nak lepaskan aku le tu..hik3) membuatkan aku,mak n kakak aku terpaksa memperkasakan diri..hehe..sorry byk2 sis,mmg barang i banyak siot,nak bermaustautin selama 4 tahun la katakan..ekeke..Bila dah sampai kt Kolej Mawar yang indah tu(indah ke?) aku terpaksa lak beratur untuk masuk ke dewan tempat pendaftaran..aku ingat aku dah habis awal dah,rupa2nya masa aku sampai(dalam kul9pg) dah penuh ngan orang2 yang nak mendaftar gak..Aku dh mula rasa malas nak beratur sebab aku tengok line tu panjang siot..sampai tengah hari pn aku tak dapat masuk..dengan tiba2,aku ternampak kelibat seseorang yang sangat aku kenali..classmate aku masa kat kmk dulu,yang sedang beratur menghampiri pintu dewan.."wah,ini rezeki" bisik hati kecilku(kecil ke?)..aku pun dengan selambanya terus capai dokumen2 yang diperlukan untuk proses pendaftaran tu n terus berlari-lari anak ke arah sahabat aku tu.."Watip!!!lama tak jumpa...awai no hampa"..konon2 aku sedang menyapa sahabat yang dah lama tak jumpa la..Aku pn memulakan strategi..Aku buka cerita bertanya perihal rakan2 kami yang lain yang masih belum aku jumpa..bila orang depan dah berginjak,ape lagi ditunggu..aku pun masuk la line sambil terus-terusan dengan cerita yang aku sendiri tak tahu hujung pangkal..hak2..selamat dah aku..dalam masa lebih kurang 5 minit,aku dah berada kat dalam dewan menyelesaikan apa2 saja seperti yang diarahkan oleh kakak2 senior.atau lebih tepat lagi,jpk2 kolej..dalam masa 15minit,aku dah berada kat luar dewan mencari-cari kelibat ibuku dan kakakku.."haiya..mana la diorang ni duduk,jenuh den nak mencari ni,dah la manusia punya ramai"..aku bermonolog sendiri..tak lama kemudian,aku nampak kelibat mak long sebelah abahku(staff UiTM yang terlibat dalam proses pendaftaran pelajar2 baru,yang secara kebetulan sedang mendaftarkan anak perempuannya a.k.a sepupu aku)yang sedang rancak berbual bersama seseorang..bila ku amat-amati,"macam kenal,tapi kat mana ye?".."la,tu mak aku la ngan kakak aku,memang la kenal"..Aku pun memanjangkan langkahku ke arah mereka..Bila sampai dengan penuh sopan santunnye aku bersalaman dengan mak longku yang dah lama tak bersua(aku jarang balik kg sebelah abah)..terserlahlah keayuanku...hak3..

Pas abes daftar tu,aku pun hangkut la semua barang2 aku yang berat n banyak giler tu ke bilik aku yang terletak di tingkat3 blok 2A Kolej Mawar..Masa aku masuk tu,dah ada 2 orang student n famili masing2 kat dalam tu..aku yang ke3..ada lagi sorang la yang belum sampai..Aku pun dengan ramah mesranya bertegur sapa ngan diorang..Ingatkan diorang ni la roommates aku sepanjang sem ni..rupa2nya sangkaanku meleset..diorang hanya roommates aku sepanjang minggu orientasi sahaja..Tak lama pas berpeluh2 mengemas barang2 aku tu,salah sorang kawan baik aku,mashi sms aku bertanyakan bilik aku..Dia soh aku gi bilik dia yang berada di ground floor untuk melawat dia atas sebab kami sudah lama tak bertemu(tak la lama sangat,beberapa bulan je..haiya mashi merinduiku..hehe)..Aku pun ngan langkah yang longlai gi ke bilik dia..masa tu pun mak n kakak aku dah nak balik dah..aku pun lepak je la ngan mashi sampai diorang panggil untuk taklimat..then macam biasa la,Minggu Mesra Siswa(mms) or lebih famous sebagai minggu orientasi..tapi yang bestnye minggu orientasi kat sini tak seperti yang aku bayangkan..aku bayangkan yang teruk2 je..kena berlari la,kena jerit2,kena buli n ragging..tapi kenyataannya kt UiTM,diorang tak sempat nak buat tu semua sebab jumlah student yang terlampau ramai..tak mampu nak handle..so mms tu penuh ngan taklimat2 yang tak berapa heavy..yang paling thrill bagi aku ialah masa nak wat pendaftaran(masa ni baru nak kena submit borang berjenis2 tu,x-ray.laporan kesihatan etc).kitorang diarah untuk berkumpul kat Pusat Islam(masjid) seawal jam7 pagi lagi..dok kat situ je dah berjam2..pastu dia soh kitorang beratur plak kt luar(panas siot masa tu) ikut fakulti..Diorang lepaskan by fakulti untuk ke step seterusnya dalam proses tu..Rupa2nya sebagai ahli Faculty Of Applied Science,aku akan menjadi antara orang2 terakhir yang mendaftar sebab fakulti ni mempunyai paling ramai ahli dengan bilangan program yang paling banyak antaranya program aku,food tech,science biology,applied chemistry,science forensic etc etc..dari pukul7 pagi sampai zohor kitorang ditahan di Pusat Islam tanpa sebarang aktiviti..bosan siot..Lepas zohor,barula kitorang diarah beratur dan bergerak ke step seterusnya iaitu betmaustautin lagi skali kat dewan kuliah fakulti akaun..Kat situ another i hour kot..sangat2 buang masa..Program aku yang terakhir sekali bergerak dari dewan kuliah tu ke Dewan Seri Budiman..kat dewan ni baru proses mendaftar bermula..tapi kat sini pun dah kena tunggu berjam2 sementara nak tunggu giliran..Sempat la solat Asar plak kat situ..Selesai kat dewan tu,beralih ke dewan Annex yang terletak bersebelahn je ngan Dewan Seri Budiman..kali ni untuk proses tangkap gambar untuk kad matrix..Masa ni dah dekat maghrib..aku memang dah letih yang maha letih sebab dari pagi dah menunggu..sampai masa nak snap,aku dah takde upaya nak senyum coz masa tu memang bengang tahap gaban..Rasa cam nak telan hidup2 je fasi2 tu..tapi bila memikirkan yang gambar yang bakal di'snap' tu akan digunakan sampai aku grade,dgn penuh keterpaksaan aku pun senyum supaya gambar tu cute je sampai aku konvo nanti..hehehe..Then sepatutnye pas maghrib kitorang kena berkumpul kat Pusat Sukan untuk taklimat,tapi disebabkan aku sampai kolej pun dah dekat pukul8,aku utk pertama kalinya selepas bergelar siswi mencuba untuk melanggar peraturan..aku keletihan yang teramat.memang tak mampu nak gi Pusat Sukan.So aku pun tido kat bawah katil(in case diorang masuk bilik tu,aku takde la kat atas katil) dalam keadaan yang panas sebab takleh on kipas(kipas tu bising,karang diorang tahu ade hidupan kat bilik tu)..sebab keletihan yang melampau,aku tidur dengan nyenyaknye persis puteri di peraduan..hak3..padahal tido beralaskan lantai dan berbumbungkan katil..hehe..oleh sebab aku tidur mati(kalau bom meletop pn,aku jamin aku tak bangun) aku tak sedar langsung bila roommates aku balik..dgn terkejutnya diorang kejutkan aku yang lena sedap je kat bawah katil tu..malu gak..aku buat2 mamai n tak peduli pun apa yang diorang tanya kat aku,aku terus panjat katil aku n sambung tido..kroohh..kroohh..hehe..bangun besok pagi,jenuh gak nak menjawab soklan2 roommates aku..lastly ngaku jugak la..terkejut gak diorang aku berani buat jahat sorang2..hehe..biaseee..desperate la katakan..Pas ari tu,dah takde ape2 yang teruk yang aku alami,malah aku masih ada masa untuk tido waktu petang disebabkan takde sebarang aktiviti utk kitorang..habis MMS,kitorang kena berpindah kolej plak..Nasib baek kolej baru aku dekat je dgn Kolej Mawar..Kolej Melati,yang terletak berhadapan ngan Kolej Mawar..Tapi,sempot jugak nak menghangkut barang2 aku yang maha berat n banyak tu..kali ni aku sorang2 tanpa bantuan mak n kakak,lagi la bertambah beban..tapi tetap kena setlekan..bila dah setle barang2,perkara pertama yang aku cari ialah bantal,selimut n sarung katil..bila katil aku dah cun berlapik,tanpa buang masa aku terus merebahkan diri dgn tujuan utk tido..penatnya hanya Tuhan yang tahu..semua roommates aku pun join aku..kitorang membuta sampai petang..dah malam baru kitorang sambung kemas barang2 tu..masukkan baju dalam locker,susun buku kat rak(buku ape la yg aku bawa sem1 tahun1 tu),susun kasut,alat2 tulis,barang2 peribadi..ha,selesai lagi 1 beban.. Then bermula la semester1 tahun1 aku sebagai seorang siswi kat UiTM..


Sekarang ni tinggal lebih kurang 9 hari je lagi aku akan mendaftar untuk masuk tahun2 plak..cepatnya masa berlalu..Banyak pengalaman aku sepanjang setahun blaja kat sini n i have another 3 years untuk aku timba ilmu n pengalaman kat sini..Hopefully semuanya berjalan lancar..Moga Allah kabulkan doa aku untuk grade dengan cemerlangnya...Amiinn=)

Sunday, June 22, 2008

A Word....


Tarbiyyah. Bukanlah satu perkataan yang boombastik bagi yang melaluinya. Mungkin bagi mereka yang masih belum berpeluang mendapat tarbiyyah, bunyinya agak alien, untuk orang-orang wara` sahaja... pernah seorang sahabah bertanya tentang program yang kami sertai. Dan dia memberitahu, rasanya di tempatnya juga ada program yang sama, tapi cuma disertai oleh budak-budak yang cam baik...hurm... tarbiyyah itu definisi kasarnya, satu proses pendidikan berterusan yang membentuk diri ke arah yang lebih baik. Maknanya kalau orang yang dah baik jadila semakin baik, dan yang masih kurang baik jadi bertambah baik... ia melibatkan semua orang, tak kira buruk baiknya kita.

Renungkan, sudah tertarbiyyahkah kita? Tarbiyyah itu adalah bilamana kita tidak lagi mengambil diri kita sebagai satu individu, sebaliknya sebagai satu kumpulan (jemaah)... tarbiyyah itu bukannya duduk dengan sopan, tunduk terangguk-angguk di dalam usrah, dan kemudiannya kembali lagha dengan dunia.. tarbiyyah itu bukan bersiap-siap bersimpuh dalam halaqah, getting ready debating the next step to proceed the job, tapi kemudiannya balik bilik dan bersila membicarakan filem tu,lagu ni,orang tu,orang ni.. tarbiyyah itu bukan hanya mengingatkan dalam usrah, tapi sentiasa mengingatkan dalam dunia nyata.. dan tarbiyyah itu bukannya berasa bangga diri dan rasa cam bagus sebab kita beroleh tarbiyyah, sebab dengan itu sebenarnya kita lebih teruk daripada orang yang tak dapat tarbiyyah pun... tarbiyyah itu bukan hanya sekadar solat berjemaah,tapi apa yang diperoleh dari solat itu sendiri.....tarbiyyah itu sebenarnya hati.....

Sepatutnya, tarbiyyah itu suatu proses yang menembusi hati. Membuka akal dan minda, dan membersihkan jiwa. Membuatkan kita bersyukur sebab beroleh fikrah (pemikiran) baru, tapi sentiasa beringat-ingat. Sebab manusia yang mudah lupa memang selalu lupa dan perlu diperingatkan. Sebak-baik cara membentuk tarbiyyah diri ialah dengan duduk dalam satu bulatan (halaqah) yang kita panggil usrah dan saling ingat-mengingatkan.. tapi apa yang penting, tarbiyyah itu bukannya bila kita duduk di dalam usrah atau mendengar tazkirah semata-mata, tapi bila kita ambil ingatan yang diperoleh dari usrah dan tazkirah, lalu mengaplikasikannya di dunia luar...dan itulah tarbiyyah yang sebenar..

Melihat diri sendiri, tanyakan pada hati; apa sudah beroleh tarbiyyah kah kita? Apa kita insan baru yang lebih baik, atau masih diri yang lama, yang terperangkap dengan fantasi dunia... Apa sudah beroleh tarbiyyah kah kita? Beroleh tarbiyyah kah kita dalam ibadah? Beroleh tarbiyyah kah kita pada akhlak? Beroleh tarbiyyahkah kita dalam pergaulan?! Sudah tertarbiyyahkah tutur kata, adab bicara? Sudah tertarbiyyahkah kita dalam pekerjaan ukhrawi duniawi, dalam pelajaran ?! Sudah ditarbiyyahkah jiwa raga, seluruhnya? Islam yang syamil (lengkap menyeluruh) lagi kamil (sempurna) ini, sudah mutakamil (saling menyempurnai)kah dalam diri?! This beautiful ad-deen, is the perfect way of life;no other than this, for this shall we die.....

Dan usah sekali-kali menghakimi, sebab kita tak pernah layak menjadi al-Hakim.. kita ni bukannya baik sangat untuk dijamin sentiasa tetap di jalan ini, na`uzubillahiminzalik, dan kita bukannya baik sangat untuk dijamin beroleh syurga. Maka ingat-ingatkanlah diri kita sendiri.. dan jangan pernah menghakimi, sebab sekali orang yang dihakimi itu beroleh hidayahNya, dan dianugerahkan fikrah baru, sesungguhnya dia adalah jauh lebih baik daripada kita yang berpalit dosa ini... wallahua`lam bissawab

Friday, June 20, 2008

FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY...

Sejak aku dapat tawaran untuk sambung blaja dlm kursus ni,dh banyak org yg aku jumpa akan tanya.."cmne food tech tu ek?'.."blaja ape food tech tu?".."food tech tu blaja masak ek?"..hadoi..dh penat aku nk terangkan kt org2 di luar sana ape tu food science n technology..
So meh aku nk cite kt cni serba sedikit pasal kursus yg aku amek ni..
Actually,dlm course ni,kitorg bknlah diajar memasak secara khususnya tapi bg aku la kan,sape yg amek course ni kena tau gak ckit2 cmne nk masak..at least,ade basic la.. Dlm course ni,kitorang blaja banyak benda2 yg menarik..serius aku ckp..sgt menarik.. Yup,aku blaja cmne nk wat makanan,but dr segi industri..UiTM mmg fokus lebih kepada industri yg mana main point dia supaya student2 yg dihasilkan oleh UiTM ni bkn setakat cemerlang secara teorinya,tp jugak mahir dari segi praktikalnya.. aku diajar utk produce makanan secara industri..contoh cm kt kilang makanan tu la..n utk pengetahuan korang jgk,sape yg amek course ni masih bleh bergelar engineer..sebab kitorg ade subject food engineering..bleh gak wat pengkhususan kalau sambung master..Food engineering ni blaja pasal mesin2 pemprosesan makanan yg digunakan kt kilang2..macam mana nk handle,bersihkan,macam mana nk cipta mesin utk proses makanan2 tertentu..Berkaitan tekanan air n udara semasa pemprosesan makanan(semua ni mempengaruhi kualiti makanan),sukatan yg perlu dikire utk menghasilkan sesuatu produk makanan..n banyak lagi la..Sebab tu la dalam course aku ni,background student dia bercampur-campur..kalau dr matrik tu,ade yg dr sc fizikal n ade jgk yg dr sc hayat..Kalau student diploma yg sambung degree,x semestinye dr diploma food tech baru bleh sambung degree food tech..banyak je senior2 aku yg dr diploma science..sebab kitorg blaja semua..Math,chemistry,biology,physic n byk lagi subject2 tmbhn(minor)..kalau student degree engineering,for sure diorg kena ade latar belakang fizik yg kuat,but then subjek mcm biology diabaikn..tp utk course aku ni,TAK! Semua diambil kire..
Cuba tengok kt pasaran,ade brape banyak produk makanan yg ade?? Banyak kn..ha,semua tu adalah dr idea2 n ilmu2 food technologist la..diorg yg bertanggungjawab utk create new food product,or improve the quality of food product or making a healthy food product n macam2 lagi.. Kalau dulu kita makan sosej ayam or daging je..Tapi sekarang dh ade peningkatan..tambah keju la,cendawan la n macam2 lagi..idea2 utk tu semua dr food technologist..
Sape kata bidang ni xde keperluan?xde peluang pekerjaan? Instead of mkn gaji,kita pn bleh buka kilang mknn sendiri..Bidang ni luas..boleh jd nutritiounist, quality controller,pemilik kilang makanan,engineer(food engineering),keje bahagian packaging,labelling,market control,consumer acceptibility,jd lecturer pn bleh..duh,kalau nk tulis semua mmg x mampu la..banyak sgt..
Cuba fikir2kan,semua manusia mesti makan kn? x kesah la makan utk hidup or hidup utk makan,yg penting kena makan..so,makanan ni mmg dh jadi keperluan..permintaan akan sentiasa ade..bg aku, x rugi kalau ceburkan diri dlm bidang ni..
Tp,semua bidang pn ade tanggungjawab masing2..Macam bidang aku ni,dh berkali2 lecturer aku nasihat,sebagai seorg Islam dh menjadi tanggungjawab kitorang utk menghasilkan produk makanan yang halal..Banyak isu2 berkaitan halal haram produk makanan yg diuar2kan lately.. Benda ni mmg kena take serious coz makanan yg dimakan akan jadi darah daging..salah satu sebab doa kita x makbul adalah kerana pemakanan kita..Kalau ade termakan benda yg haram tu,nauzubillah la..Thats y sekarang ni kena produce byk pakar2 dlm bidang ni utk nk memastikan makanan yg dimakan oleh org2 islam di Malaysia khususnya n di dunia amnya adalah HALAL dan bersih..
Ok,aku rasa cukup la ape yg dh aku informkan ni..actually banyak lagi nak cerita,but aku pn student yg dlm proses nk mempelajari course ni..baru nk melangkah ke tahun 2..banyak lagi benda2 yg aku xtau pasal course ni..nanti bile ade info tambahan,aku akan coretkan kt blog ni..
Ape2 pn,setiap ilmu yg kita pelajari tu,mesti ade kegunaan di dunia ni..jgn anggap sape yg amek medic or engineering or account or law saje yg bleh berjaya dlm hidup..itu course2 yg glamour..Tp course2 yg x glamour ni pn byk sumbangan dlm negara,bangsa n agama..x semestinya sape yg x dpt jd doktor,peguam,arkitek or engineer tu org yg x hebat..Allah letak kita kt tempat yg selayaknya utk kita..Hargai n cuba buat yg terbaik walau kt mana pn kita diletakkan..Wallahualam.....

fuel!!!!!!!!!

tak penah abes cite pasal minyak ni...actually aku x berapa minat nak tulis pasal minyak ni sebab buat masa skarang ni mmg ake xde kena effect ape2 pn bkaitan peningkatan harga minyak..moto xde,kete pn xde gak..nk isi minyak moto pusaka kt umah ni,minta duit mak bapak..tp sebab dh ramai sgt org bcakap pasal ni,aku pn nk la menyampuk ckit2 setakat yg aku tau..about fuel....sebab ade la ckit2 benda yg meng-confius-kn aku pasal minyak ni..

aku rasa semua org pn tau yg negara kita ni pengeluar minyak..but why kita kena merana sebab minyak..??harta yg Allah kurniakan pd negara kita ni..?? kalau ikut kpd logik kepala otak aku la kn,kita pengeluar minyak..means kita jual minyak..kalau harga minyak dunia naek,sepatutnye kita akan rasa gumbira sbb kita akan dpt untung..tp wya r negara kita makin miskin sbb minyak..??

dr ape yg aku bc from my fren's blog, minyak yg negara kita produce ni adalah minyak yg berkualiti..dari segi kandunagn sulfur yg kurang..sampaikan xleh digunakan utk wat minyak kereta..coz kualitinya terlalu tinggi..so, kita kena jual minyak kita ke luar utk kegunaan laen yg lebih besar..so then,patutnye kita dapat untung yg banyak hasil dr penjualan minyak kita tu..

Drpd keuntungan jual minyak tu,kerajaan akan beli plak minyak dr luar yg sesuai digunakan sebagai minyak kereta yg harganya lebih murah..So,kalau difikir-fikirkan, pendapatan yg negara kita dapat hasil export minyak - perbelanjaan utk import minyak, keuntungan tu masih ade.. sebab kite jual minyak yg mahal,kita beli minyak yg murah..

Sekarang pulak,kerajaan nk kurangkan subsidi minyak(or maybe nk hapuskan terus subsidi minyak). Maksudnya pendapatan negara akan bertambah sebab kerajaan kurang gunakan duit utk subsidi minyak,ditambah denagn pendapatan import?export minyak tu... But, mana pergi semua duit2 tu ek..?

kena jugak diingat,bila naekkan harga minyak,bukannye rakyat kena tanggung perbelanjaan kenaikan harga minyak aje,tp sume barang keperluan pn naek harga..Beras yg dulunya bleh dpt dgn harga +-RM20(utk yg kualiti sederhana) sekarang dh jadi +-RM30.. Sekarang nk cari beras yg harga below RM20 mmg susah..kalau ade pn,kualiti yg sgt rendah..

Tu baru cakap pasal beras..pasal tambang teksi,bas,train etc yg mungkin juga akan melambung naek membuatkan org pikir 10 20 kali kalau nk ke mana2 destinasi..sumenya melibatkan kos yang tinggi..Bayangkan kalau org dh malas nk pergi melancong ke dlm negara,kn ekonomi gak yg terjejas..

Org2 yg buat bisnes kecik2,bleh gulung tikar bro..For example,kalau ade yg sara hidup dgn berniaga kt pasar malam..Minyak kenderaan kena isi nk gerak ke tempat2 berniaga..bila harga minyak naek,duit dia nk isi minyak pn kena la topup..pastu gaji pembantu dh kena topup gak..Tp bisnesnya makin merosot..sebab apa..?sebab kuasa pembeli dh berkurang..org pn dh xde nk beli barang banyak2 sebab nak save duit..perniaga tu nak naekkn harga barang? lagila x laku barng dia nanti..so,cmne dia nk sara hidup..?duit untung yg dia dpt cukup2 utk isi minyak kete utk gi balik berniaga je..Lastly,penat je dpt,hidup x senang2 gak..lama2 bleh bosan tau..

Kalau dulu,org yg kategori kaya,sekarang dh jadi level sederhana..Org yg kategori sederhana,dh jatuh miskin..Orang miskin????terus papa la jawabnya..tu sebab orang cakap negara kita sekarang makin miskin..

Apa2 pn yg aku coretkan kt blog aku ni,hanya pendapat aku aje..pendapat seorang rakyat yg kurang arif dlm bidang ekonomi..tp sebagai rakyat mestila kita nk kan yg terbaik utk negara kita kn..?? I love Malaysia n im proud to be Malaysian..Thats y aku xnk negra tercint ni jatuh miskin n rakyat sengsara....
Chiow..........

Tuesday, June 17, 2008

Akhwat...

Lelaki..
Dulu,Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh kami ramai tak terkira
Kini,Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokohnya sedikit sekali
Ramainya, boneka yahudi
Dulu,Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga , melindungi
Kini,Bila disebut lelaki
Wanitanya ingin cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri
Dulu,Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membelaAl-Mu’tasim kebanggaan wanita
Kini,Ribuan wanita suci dipenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bermaya
Dulu,Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda
Kini,Apabila wanita di bawah jagaanya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas , binasa
Dulu,Lelaki menggadai nyawa dan harta
Untuk mengangkat kemuliaan agama
Kini,Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya
Dulu,Lelaki bermati-matian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah
Kini,Lelaki hanya menyanjung sejarah
Diri bermalasan tenaga tak dikerah
Dulu,Lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al-Farouq,Zunnurain mati terbunuh
Kini,Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh
Dulu,Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,Lelakinya asobiah dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami merindui lelaki dulu
Acuan madrasah Rasul.

Lelaki Idaman

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya
Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran
Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi
Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Monday, June 16, 2008

Hawa...


Sampaikanlah kpd para wanita...

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc....

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.............................................

Hadis nabi mengenai wanita:Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".Wallahua'lam..Ya Allah,adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke situ lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.

Aku Cinta Kamu


Kucintai Engkau dengan dua cintaCinta karena diriku dan cinta karenadiri-MuCinta karena diriku membuat dirikulupa pada yang lain Senantiasamenyebut nama-MuCinta karena diri-Mu membuat dirikuselalu memandang-MuKarena Kau kuakkan hijabTiada puji bagiku untuk ini dan ituBagi-Mulah puji dari penghuni semesta.Ya Allah, Engkau Tuhan YangDisembah..!Kuatkanlah imanku dalam keadaan apapunDan janganlah Kau bolak-balikkanhatiku setelah Kau berikan hidayah-MuYa Ghaffar, Engkau Maha Pengampun...!Aku hanya mampu mengungkapkan secuilrisalah-MuNamun, belum mampu mencegahkemaksiatanBelum mampu menyentuh hati yang keruh.Ya Hafizh, Engkaulah MahaMemelihara...!Lindungilah aku dari kehancuran moraldan mendustakan agama-MuJangan jauhkan aku dari Ramadhan-MuKarena di sanalah kutemukan muaratangisan umat-MuJangan jauhkan aku dari si lapar dansi miskinKarena di sanalah ku menemukan-Mu.Ya Akbar, Engkaulah Yang MahaBesar...!Betapa kecilnya diriku dibandingkankebesaran-MuAku tak mampu melihat kebesaran-Mudengan mata kepalaBukalah pintu hatiku agar ada ruangbagi kebesaran-MuBukalah pintu hatiku agar aku dapatmelihat rahmat-MuYa Razzaq, Engkaulah pemberirezeki...!Niat telah kuikrarkanUsaha telah kulakukanTenaga telah kukerahkanAku tak berharap kepada siapapunHanya kepada-Mu aku memohonpertolonganBukalah pintu rezekiku...!Ya Ghani, Engkau Tuhan Yang MahaKaya...!Ada orang miskin tak bisa makan enakkarena tak ada makananTapi tak sedikit orang kaya yang takmerasakan kelezatan makanan karenasakitYa Hakim, Engkaulah Yang MahaBijaksana...!Aku ingin menjadi orang yang bijaksanaAku ingin menjadi orang yang palingbermanfaat bagi orang lain.Ya Alim, Engkaulah Tuhan Yang MahaMengetahui...!Berilah aku hikmah agar mampu melihatkebaikan-MuBerilah aku hikmah agar mampumenyelami tangisan dan impian saudarakamiYa Jabbar, Engkau Yang Maha Kuasa...!Kepunyaan-Mulah apa yang ada di langitdan di bumiJangan putuskan harapanku untukmenanti nikmat-MuDi tengah kesusahan hidupku ini.

My Love Note (suke2 je)


This is my love note,
For my beloved,
My epitome of love,
My symphony of trust.
This is my love note,
To show you
How much you meant to me,
To show you
How much I thanked God
For showing me your love.
This is my love note,
To show you how much
I appreciate
All the times we had
All the times we will
All the times we are
Going to go through together
This is my love note,
To show how strong is my love
This is my love note

pelik2

Pelik ya,
duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid,
tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama utk berzikir tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi. Pelik ya,
betapa lamanya 1 jam berada di masjid, tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung. Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,
dah rasa jemu
tp tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali. Pelik ya,
dengar iklan jualan murah dlm tv,
rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,
tp dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain. Pelik ya,
pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi,
tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak. Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat,
tp betapa mudahnya cari bhn bersembang dgn kawan-kawan. Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran kita,
tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan bacaannya lama dan panjang.


Pelik ya,
rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran walau satu halaman,
tp majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
Pelik ya,
ramai org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert,
tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Pelik ya,
susahnya org mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.
Pelik ya,
kita begitu percaya pada yg dikatakan di email yg layang di internet,
tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

tahu tak..??

Tahukah anda bahawa PEPSI mempunyai maksud yang tersendiri. Jika Muslim & muslimat ingin tahu, PEPSI membawa maksud
Pay Every Pound Save Israel
Saya mendapat tahu daripada seorang rakan saya semasa memberi tazkirah di SMAP Labu.
So, fikir2 la pasni kalau nak minum PEPSI..Banyak lagi kan air yg boleh diminum..susah2 sgt,kite minum air kosong sudeh..=)

Result For Final Sem2



hello my frens...hehehe..food tech member... so,result dh kuar kan...amacam semua?? aku dengar ramai je bebudak kelas kita yg dapat dekan..fuh,bijak2 kwn aku semua ye..ape2 pn,congrates for all of u..yang berjaya dapat dekan,tahniah..keep it up..yang x dpt,xpe...jgn putus asa or rasa sedey2..kite ade lagi 6 sem..kita boleh cuba lagi n lagi n lagi..makin naek sem makin tough,so usaha pun kena lebih..for all my frens,jom kite usaha sama2 ye..aku harap sesangat masa kite konvo nanti,semua kita dapat dekan 4 cgpa insyaAllah..doa utk itu k..salam=)

My Journey


















Alhamdulillah.....akhirnya tercapai gak hasrat aku nak gi wat umrah..actually aku teringin nk wat haji,perkara yg wajib bg umat Islam yg mampu..but for now aku dh cukup puas hati dapat wat umrah..haji kecik.. sepanjang dok kat sana,aku rasa seronok, tak teringat sangat ngan keje2 n benda2 yg ditinggalkan kt malaysia..kepada sesiapa yg berminat nk tau ape yg aku alami sepanjang kat sana,keep reading k..=)





Aku bertolak dr Malaysia pd 24 mei yg lepas..dr KLIA aku naek flight Gulf Air kul12.40 tgh ari.. Gulf Air ni penerbangan dari Bahrain.. Perjalanan aku amek masa 7 jam 30 minit..lebih kurang la ek..sepatutnye aku nk dok seblah mak aku dlm flight,biasela anak mak kn..hehe,tp ketua kumpulan kitorg tu x dpt nk arrange tempat duduk so group kitorang ni dok bersepah2 la dlm flight tuh..die soh tukar suke sama suke klu nk dok ngan famili or kengkawan sendiri..aku dpt seat tgh2 mak aku plak hujung skali kt tepi tingkap..best siot bleh tengok awan..hik2..aku je x dpt tgk ape2..kebetulan yg dok kt sebelah kanan n kiri aku ni lelaki..hadoi..7 jam lebih aku kena tahan dok ngan laki..seblah mak aku plak pompuan,so klu nk tukar pn pompuan tu sure xnk kn tersepit antara lelaki..so aku pasrah je la..huhuhu..mula2 tu aku diam je la dh x kenal kn..seblah kanan aku mat saleh plak tu,cari nahas la klu aku nk ajak borak,kang eden keno speaking plok..so lebih baek dian yo x?hehe..yg kt seblah kiri plak aku tgk cm India,tp x brani gak nk tego kang dia speaking hindustan plak..hak3..so aku cuma abeskan masa aku pndang kerusi org depan..kul2 peragawati2 bg menu utk lunch..fuh,kelaparan den maso tu..dh nama pn penerbangan dari Bahrain,makanan die pn Bahrain mali lo..tp aku xnk mkn nasi ms tu,aku minta pasta je..mat salth seblah aku pn makan nasi dow..hik3..xpe2,tuko jap.. pas mkn dh xtau nk wat pe..lelaki2 kt seblah aku ni syok je dok layan tv kt depan diorg..aku plak tercangak2 coz aku x reti pn nk on tv 2..huhu..(tiap2 seat ada tv)..nk tanya,malu..so aku jeling2 je la tengok ape yg diorg tekan..igt nk try2 sendiri..tp tu la org tua2 ckp malu bertanya sesat jln..hahaha..langsung xleh on..pastu deme perasan kot aku ni terkial2..yg kt sebelah kiri aku tu pn tunjukla cmne nk guna..dia tolong pasangkn earphone n mat saleh seblah tu pun tlg carikan chanel..rupo2nyo mat saleh tu bleh speaking malay maaa...dh 7 thn dok malaysia..hihi..klu gtau awal2 kn sonang den..cuma ada la pelat ckit..baru la aku lega nk abeskn masa 7 jam lebih tu ngan diorg..bleh la borak ckit2..aku sampai airport bahrain kul3 lebih waktu Bahrain..klu waktu Malaysia dh mlm dh..perubahan waktu tu wat aku jd bengong la jap..kul5 baru smpai hotel coz bas lambat..wat solat jamak then rest..maghrib kt sana kul6.50ptg..mkn mlm kul9..hadoi bayangkan la klu waktu malaysia kul2 pagi tu..pttnya masa kitorg utk tido..dh la lapo yg teramat..so ble dinner tu,aku melantak la..buffet...hehe..pas mkn trs tido..sok pepagi pas breakfast kitorg amek flight gi Jeddah plak..tp kali ni x lama,2 jam je.. x sempat tido pn..pas smpai Jeddah,naek bus plak gi madinah..another 6 hour..hadoi,penat tu Allah je la yg tau.. sampai kt Madinah kul8.10 mlm..turun je dr bas,kehangatan angin madinah dh terasa..panas tol..ni mlm.klu siang aku rs cm nk mendidih je..huhu..pas check in hotel,terus siap2 nk gi masjid nabawi..nk jemaah isyak mmg dh x sempat..nasib baek hotel aku ngan masjid tu x jauh..orait la kn..aku igt nk gi solat je kt ctu,tp pas kitorg siap solat,org2 kt masjid tu suruh kitorg dok dlm group yg diorg dh atur..kitorg dok dlm group org2 malaysia n Indon la..yg pakai telekung putih(org mlysia n Indon je yg pakai telekung putih,yg laen sume x pakai telekung but pakai jubah hitam,dr kepala smpai kaki sume hitam)..aku ms tu x phm ape yg kitorg nk wat ni tetibe je soh dk dlm group..rupa2nya diorg nk bw masuk raudah..nk melawat makam nabi n sahabat..kena wat group cm 2,klu x sesak nanti sume org berebut2 nk masuk..ms tgh dok nunggu turn tu,aku tgk group yg pakai telekung putih ni je yg diam n berhemah..ade yg bzikir,selawat..group2 laen yg dr pakistan n laen2 tempat tu riuh rendah..diorg bising2 sbb x sabo nk masuk..hmm,mcm2.. pas dpt msk pn,kena cari peluang solat sunat dlm tu,pahala beso n doa pn mkbul..tp mmg payah la sbb org terlalu ramai,berhimpit2..nk sujud pn xde tempat..tp mungkin dh rezeki aku,ms aku nk solat tu,tetibe je ruang depan aku jd lapang n muat utk aku nk sujud..alhamdulillah..dpt la aku solat dlm raudah..tp xleh lama,diorg soh kuar cpt2 sbb ramai yg nk masuk..so pas solat tu aku pn cpt2 la blah..penat berebut,aku singgah minum air zam2 kt dlm masjid tu..mmg disediakan n bleh minum anytime..kire klu dok msjd tu,xkn dahaga la..tong air zam2 ade merata2..aku pn nk balik la hotel coz dh penat n lapo..nk kena kuar ikut pintu yg aku masuk sbb selipar tinggal kt ctu..tp ble smpai kt pntu tu,selipar aku dh xde kt rak dia..huhuhu..dh hilang..sedey gak 1st day br beberapa jam smpai,selipar dh hlg..terpksa la aku blk hotel kaki ayam je..tahan la..b4 smpai hotel,aku singgah kt kedai2 yg ade kt luar msjid tu nk cari selipar..beli la selipar baru,10 rial..huk3..yg bestnye,peniaga2 kt sana pndai ckp melayu..xyah ssh2 blaja bhs arab..hehehe..tp setakat nombo2 je la sbb diorg nk gtau harga..pas2 diorg ni pggl customer pompuan 'siti rahmah' or 'hajjah'..perkatan melayu yg diorg tau 'murah', 'bagus'..lebih kurang la..ckp omputih mmg failed le deme tu..hihi..3 hari 2 mlm dok madinah abeskn masa dok kt masjid,jln2 kt kedai2 n wat ziarah..sempat la aku beli buah kurma ms kt madinah..waktu ziarah plak kitorg gi kilang wat Al-Quran,Masjid Quba' etc..pas madinah,kitorg gerak gi mekah plak..naek bus kul2 ptg,another 6 hour..b4 sampai mekah,kitorg stop kt bir ali utk niat ihram..solat sunat skali..smpai je mekah,trs masuk hotel n terus jln gi masjidilharam sambil talbiah..dh dalam ihram kn,so kena wat umrah secepat mungkin coz dlm ihram ni byk pntang larang,kena jaga sesgt..sampai masjidilharam,terus gi tgk kaabah..1st time tgk,tergamam den..impressed..huhu..x terkata..depan mata..kitorg bc doa nmpk kaabah then solat sunat..mlm tu x ramai sgt org so aku bleh gi dkt2 je ngan kaabah tp xleh pegang la dlm ihram kn..pastu kitorg mula umrah..wat tawaf,then saie n lastly tahalul(bcukur)..kitorg mula kul11 lbh,kul2.30pg baru abes..ponatnya Allah je yg tau..subuh kul4.10..klu balik hotel mmg dh x dtg dh msjd subuh nanti coz ponat yg teramat,so aku pn rest je la kt msjd..ok gak,aircond.. aku tdo x sedo dunia dh..tersedar kul3 mak aku kejut soh amek wuduk..toiletnye teramatla jauh(bg aku yg agak pemalas nih..hehe)..kena kuar dr masjid then turun escalator coz toiletnye kt bwh tanah..huhu..tp mmg selesa n bersih la..sentiasa dicuci..nk tido pn bleh kt toilet tu..hehehe..pas amek wuduk,lepak blk kt masjid..kul3.30pg azan utk panggil org..then kul4.10 azan lagi skali..dr ms azan ke masa iqamat utk solat tu,ade la setgh jam..huhu..bleh tertido den..tp tahan je la dh ade wuduk..keistimewaan kt mekah ni,tiap2 waktu solat akan ade wat solat jenazah..pg tu kebetulan aku dok dkt ngan pintu utama,so aku nmpk diorg bw masuk mayat..pas solat fardu,wat solat jenazah plak..sume org yg solat kt msjd tu akan solat utk jenazah tu..bayangkan berapa ramai org yg solat kt masjidilharam..tiap2 wktu solat mmg penuh smpai ade yg kena solat kt luar klu lmbt..untung kn sape yg meninggal kt mekah?pas subuh,aku balik hotel,breakfast then tdo..huhuhu..keletihan yg teramat..bgn je trs siap utk gi solat zohor plak..masuk waktu kul12.15 tp kul11.30 dh kena kuar sbb jln pn dh setengah jam..klu lmbt,alamatnye solat kt tangga le..eden ponah rasa..huhu..ms tu lmbt kuar dr hotel..adeh,sejak tu yg aku slalu awal..pas zohor,balik hotel utk lunch..rest..kul2.30 gi masjid semula utk solat asar yg masuk waktu kul3.30..aku akan stay kt masjid utk maghrib n isyak skali..maghrib kul7 n isyak kul8.30..pas isyak br balik hotel,dinner n tido..musim panas kt sana,siang jd pjg n mlm jd pendek..bayangkanla aku tido waktu yg biasa je cm kt malaysia dlm kul10 or 11 tp bgn kul3 coz subuhnya awal..rutin aku mmg sama je sepanjang kt sana..klu wat umrah,aku akan gi miqat pas asar then trs wat umrah..stop jap klu masuk waktu maghrib n isyak..biasanya pas isyak dh selesai..klu x wat umrah,aku akan wat tawaf sunat..seigt aku 3 kali aku dpt solat kt hijir ismail..dpt pegang kaabah,dpt pegang pancur emas n solat kt multazam..alhamdulillah,byk yg dipermudahkn..klu musim haji,jgn harap la nk dpt tu semua..huhuhu..kt mekah pn ada gi ziarah..gi Jabal Al-Rahmah, Jabal Thur, Jabal Nur, gi ladang unta(dpt minum susu unta),tgk tempat diorg amek air zam2, gi hudaibiah..terkilan sbb x dpt gi kilang wat kelambu kaabah sbb ms tu ari khamis,kt sana cuti..so kilangnya tutup..xpe la xde rezeki..overall mmg best..cara hidup kt sana mmg x sama ngan kita..diorg sgt cepat..xlh lmbt2..bas yg kitorg naek utk gi ziarah tu,klu lmbt dia tinggal je..x pn bingitla telinga kena horn..padahal kita bayar die..hadoi..huhu..klu drive kt sana,kete xde radio pn xpe..klu ade radio pn x guna agaknya sbb bingit ngan bunyi horn je..x dengar radio pn..bunyi horn sana sini.agak2nye diorg mmg dh diajo dr kecik kot guna horn ni coz aku penah kena horn ngan budak yg kayuh beskal ms aku jln nk gi masjid..hampeh tul..beskal pn dia modified tmbh horn..mula2 tu aku consider ar gak ke tepi klu kena horn tp lelama aku rs maleh plak..klu kena horn,aku wat bodoh je,biar dia ikut aku dr blakang..hak3..org kt sana pn kaso2..kena betol2 ready dr segi fizikal n mental..hihi..memula tkejut gak aku tgk diorg tolak2,langkah2 je org tgh solat tp lelama cm dh jd kebiasaan..yela,dh ramai sgt kn..mula2 cm nk nangis je rs bila kena tolak ms tawaf..tp pas2 aku plak tolak blk..hehe..pertahankan diri..=)..klu dr segi perniagaan,org2 kt madinah lebih agresif..klu kita dh masuk kedai dia,for them, kita kena beli..klu x,kita ni cm wat dosa plak..siap la kena mrh2 n jerit2..tp kt mekah deme bhemat ckit..xpe de klu x beli pn..thats y ms kt madinah aku x shoping sgt,yela nk shopping cmne nk masuk kedai dia pn takot..hehe..selesai 9 hari kt mekah aku dpt wat 5 kali umrah..3 hari b4 balik dh domam so dok hotel je..domam sampai pengsan la den ms pas saie tu..takut pe2 jd,cpt2 selesaikn tahalul..nasib baek xde pe2..demam biasa je..ada 2 3 kes dengar jemaah malaysia yg meninggal time tu..tp sape yg meninggal kt ctu mmg sangat beruntungla..tanah suci kn..6 Jun aku bertolak blk dr mekah..naek bus gi Jeddah 1jam lebih then tunggu kt airport dia flight kul1 lebih..flight dr Jeddah ke Bahrain 2 jam,sampai Bahrain kul3 tp flight ke malaysia kul8mlm..so tunggu je la kt airport tu..sampai kt Malaysia kul9pg 7 Jun..Alhamdulillah sumenya selesai..














Doa Hawa Untuk Adam

Ya Rabbi...Aku berdoa untuk seorang lelaki...Yang akan menjadi sebahagian dari hidupku..Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu..Seorang lelaki yang akan meletakkanku...Pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau..Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu..Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati...Yang sungguh mencintai dan dahaga..Akan Engkau...Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan...untuk apa dia hidup,sehingga hidupnya tidaklah sia2..seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak ...dan bukan sekadar otak yang cerdas...Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku...tetapi juga menghormati aku...seorang lelaki yang tidak hanya memujaku..Tetapi dapat juga menasihatiku ketika aku berbuat salah..Seorang lelaki yang mencintaiku..Bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku...Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku...Dalam tiap waktu dan situasi..Seorang lelaki yang dapat membuatku...Berasa sebagai seorang wanita ketika berada disisinya..Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya...Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya..Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya....Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk...membuat hidupnya menjadi sempurna....Sesungguhnya aku amat menyayanginya....amat menyintai dirinya...Seorang lelaki yang diciptakan untuk membahgiakanku....

Bila aku jatuh cinta..

Allahu Rabbi
aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengankasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
aminn...

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..