Tuesday, September 16, 2008

~cuti~

Yea yea..lagi 2 minggu nak raya...
Ops!
Assalamualaikum w.b.t..hehe

Dah 16 hari pose, rasa seronok sangat. Dah dekat nak raya pun. Kuliah ada lagi seminggu sebelum cuti raya. Tapi minggu depan; minggu terakhir sebelum cuti, banyak sangat keje. Test ada 3, lab report pun ada 3 yang nak kena submit. Assignment nutrition pun kena submit before cuti raya. Adoi hai, baru list out je pun aku dah rasa sempot..huhu..
Harini rasa letih sangat. Mungkin sebab aku tak sahur pagi tadi. Taktau la nape lately aku susah nak bangun sahur. Masa awal2 pose dulu, tiap2 hari sahur tak missed. Pas sahur terus stayup lagi untuk study. Sekarang ni macam dah susah je. Bukan aku sengaja tapi memang tak terbangun langsung walaupun jam loceng dah bunyi. Kadang2 aku pun naik confius, jam aku ni betul2 berbunyi ke?? Dah la tak bangun sahur, kelas harini agak meletihkan. Dari pukul 8 sampai pukul 3.30 petang. Ada test pulak kul 12.30. Test ni la yang menambahkan keletihan aku. Tiap2 kali lepas abes buat test mesti kepala aku rasa berat n rasa letih yang teramat. Padahal jawab test je, tapi macam baru abes joging je penatnya. Tu baru test. Final exam lagi la teruk. Selalunya mesti rasa nak rehat n tido je. Nak makan pun dah tak selera. Pelik betul aku ni..huhu. Lepas kelas pukul 3.30 tu pulak, aku kemas barang nak balik rumah. Esok cuti, nuzul Quran. So aku balik la. Dapat gak berbuka kat rumah. Hari khamis ni pulak kelas pukul 12.30 mula. Boleh la aku gi lambat sikit. Nampaknya ni last la aku balik rumah untuk minggu ni. Lepas ni aku balik untuk cuti raya terus. Banyak sangat keje yang nak kena settle kan. Kalau selalu sangat balik, kang tak siap lak keje aku. Biasalah kat rumah ni keje aku mengadap pc n tv je. Dari pagi sampai malam pun boleh..hehe..
Nampaknya sebelum raya ni aku memang akan kurus habis lah..huhu. Training SUA still jalan walaupun bulan pose. Koko pun on jugak. Raya ni sakanlah aku sebab sume benda yang membebankan u dah settle. Hopefully dapay settle dengan jayanya..Amin..

Wednesday, September 10, 2008

~pUaSe~

Assalamualaikum w.b.t
Arini aku kena selesema...wuwuwuwu.. Asyik bersin je..Sakit dah kepala ni.. Minggu ni dah mula panas. 2-3 minggu yang lepas asyik hujan je. Selalu gak aku mandi hujan. Tapi baru sekarang nak demam. Ingatkan dah takde apa2 masalah.
Harini 10hb, maknanya dah hari ke-10 ramadan. Cepatnye kan.. Dah selesai 1/3. Tinggal 20 hari je lagi. Harapnya 20 hari tu dapat selesai dengan penuh berkat dari yang Esa n semoga 20 hari terakhir ni dapat dilalui dengan lebih banyak lagi amal ibadat. Sayang pulak rasanya nak tinggalkan bulan ramadan nanti.huhu.
Bulan ramadan ni, siang kite pose, malam lak kita terawih. Best kan? Tiap2 kali aku terawih, mesti hati aku rasa sayu. Aku teringat n rindu untuk solat kat masjidilharam. Rindu sangat. Bau dalam masjidilharam tu, suasana, sumenye pasal masjidilharam tu aku rindu. Rindu sangat nak tengok kaabah. Tak puas rasanya 9 hari kat mekah dulu. Kekadang masa erawih kat masjid taman aku ni, bau die sama dengan bau masjidilharam, lagilah bertambah sayu hati aku. Bila lagi aku akan ada peluang nak jejakkan kaki kat sana lagi? Harapnya lepas ni ada la rezeki aku nak buat haji pulak. Sementara ada kudrat ni.
Em, haritu aku gi buka pose kat luar. Abang aku belanja. Masa kat kedai makan tu, aku perhatikan banyak pasangan2 yang datang buka pose kat situ. Ada gak la famili tapi tak seramai pasangan. Pasangan ni maksud aku couple la. Yang bukan laki bini. Yang bukan muhrim la senang cite. Diorang gi buka pose, means diorang Islam la kan? Maknanye diorang puase la kan?(ke tak pose?wallahualam), tapi masa kat kedai tu aku tengok diorang2 ni bukan main romantik lagi. Peluk2 la, main cubit2 la, sementara nak tunggu azan tu. Apa ada dengan puase diorang tu ek? Wallahuaalm. Aku pun manusia, tak layak nak judge manusia. Tapi aku tertanya2 la. Lepas buka pose tu, aku n famili bergegas la sebab nak solat maghrib. Masa tu pun dah pukul 8. Makanan sampai lambat. Dah masuk waktu pun, makanan tak sampai lagi. Tapi masa aku nak blah dah tu, aku tengok diorang2 tu tak gerak2 pun. Boleh dok bersandar lagi sambil gelak ketawa. Diorang tak gi solat maghrib ke? Terawih? Takkan diorang meraikan ramadan ni dengan buka pose ngan awek @ pakwe je? Macam tu ke orang sekarang memeriahkan ramadan? Aku wonder, risau, tertanya2, pelik n macam2 lagi. Apa yang diorang fikir ek? Macam mana dengan pose diorang tu? Apa yang berkatnye?? Ntah la, manusia sekarang dah macam2 fiil. Susah nak jangka. Aku ni, setakat mana iman aku mampu tahan godaan dunia? Aku pun akan jadi macam diorang ke satu ari nanti? Ya Allah, jauhkanlah.
Semoga ramadan ni akan menjadikan aku seorang hamba yang menginsafi kekurangan dan kelemahan diri. Semoga aku menjadi insan yang lebih solehah. Semoga ramadan ni memberi seribu keberkatan. Kalaupun ini ramadan terakhir untuk aku, aku takkan kesal.
Ya Allah, hanya cintaMu yang ku damba..
Ampunilah Dosa2 hambaMu ini..
Sesungguhnya manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan..
Kau berilah petunjuk dan jalan yang benar kepada saudara seIslamku yang lain..
Agar kami dapat sama2 memartabatkan IslamMu Ya Allah...

Saturday, September 6, 2008

~aku lemah~

Assalamualaikum w.b.t

Takde ape2 pun aku nak coretkan. Agak kebosanan walaupun actually banyak kerja yang aku kena buat,huhu. Kemalasan aku makin menjadi jadi sekarang. Apesal ngan aku ni? Sekarang ni pun aku rasa otak aku tengah membeku. Aku tak dapat nak pikir ape2. Banyak kerja, tapi taktau nak buat ape. Hujan pulak. Petang nanti kena gi stadium UiTM, untuk latihan untuk sukan Asean. Tapi dari pagi tadi hujan je. Harap2 petang nanti tak hujan la. Kalau hujan, aku nak gi camne? Aku dah la gi naik motor je. Lagipun kalau hujan, training still ade ke? Kalau takde, penat je aku gi. Bazir minyak n masa. Minyak dah la mahal walaupun dah turun sikit,huhu.
Study aku macam mane ek sekarang? Aku sendiri tak pasti,huhu. Dah masuk minggu ke9 ni. Aku masih rasa aku sekarang kat awal2 sem lagi. Rupa2nya dah nak sampai penghujung. Lagi 3 minggu dah nak raya. Lepas raya ada 3 minggu sebelum final exam. Kira lebih kurang 2 bulan je lagi aku nak tamatkan semester 3 aku. Ya Allah, cepatnya masa berjalan. Apa yang dah aku buat sepanjang semester 3 ni ek? Pelajaran pun terkontang-kanting lagi.
Harap2 bulan puase ni aku dapat sesuatu yang bermanfaat untuk aku. InsyaAllah aku akan cuba lawan rasa malas ni.
Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini....

Thursday, September 4, 2008

~CiNtA~

Kisah benar...ambillah pengajaran dari kisah ni Wahai teman-teman sekalian. Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidupsaya, dan dialah orangnya.Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuhdan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yangsentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah. Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empa tbulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah."I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them.So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now. "Not a single phrase, nor a word.""My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah P.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yangs aya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini. Ummi berkata:"It's not me who want you to make a decision likethis, but Allah tells you so." Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini,saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya.


Kisah ni pun aku dapat dari web ILuvIslam.com. Sangat2 tertarik dengan kisah pemuda bernama Mafraq yang tengah belajar kat Jordan ni. Kisah cinta remaja dari sudut pelajar sekolah agama. Aku dulu selalu fikir yang budak2 sekolah agama ni mesti tak ber'couple'. Mereka ada pegangan agama yang kuat, ada ilmu agama yang mantap berbanding aku dan tentulah sama sekali berfikir pasal halal haram dalam agama. Tapi lepas baca kisah ni, aku tahu yang siapa saja bergelar manusia, mesti ada melakukan kesilapan. Tak kiralah ustaz, pelajar sekolah agama, gadis bertudung labuh dan sesiapa sahaja termasuk aku.
Aku pernah ber'couple'. Mungkin itulah kesilapan terbesar yang pernah aku buat. Aku ingat dia adalah lelaki yang ditakdirkan untuk aku. Aku fikir Allah cipta dia untuk aku. Aku ingat memang dah sampai masa untuk aku menyayangi dan disayangi. Tapi rupanya aku silap. Perjalanan hidup aku masih jauh. Terlalu banyak benda penting selain berkasih sesama manusia bukan muhrim, yang aku perlu hadapi dan tangani. Ye, aku akui dia lelaki baik. Selalu mengingatkan aku tentang solat. Tapi itu bukanlah penyebab untuk aku hanyut dengan cinta manusia. Aku tak patut jadikan itu alasan untuk aku bercinta. "No Couple In Islam".
Alhamdulillah, sekarang aku rasa lebih bahagia dengan hidup aku walaupun tanpa cinta dari seorang lelaki bernama kekasih. Aku sedar sekarang yang aku tak perlukan itu. Aku hanya perlu cinta Allah. Cinta yang tiada noktah dan sempadan. Aku lebih bahagia bila hubungan kami diteruskan sebagai sahabat dan saudara sesama Islam sahaja. Soal jodoh, Allah yang berhak menentukannya. Sekarang aku tak mengharap pada sesiapa. Aku takkan salahkan dia kalau satu hari nanti gadis lain yang menjadi permaisuri hati dia. Bukankah jodoh adalah ketentuan Allah? Aku tak perlu kecewa. Mungkin Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk aku. Dan alhamdulillah, dia pun serahkan segala2nya pada Allah dan dia akan bahagia juga andai aku bahagia bersama insan lain. Dan kebahagiaan itu hanyalah melalui perkahwinan. Cinta dan kasih sayang yang diberkati hanyalah cinta suami isteri. Semoga Allah menetapkan yang terbaik buat kami...Amin...

Ummi..Aisyah gagal exam...

“Kring…kring..kring…”aku bergegas mengangkat telefon. Seusai mengangkat telefon, kedengaran suara anak sulungku, Aisyah di talian teresak-esak menangis. “Ummi, Aisyah sedih,” katanya. Kaget aku seketika. Kenapa dengan anakku ini, setahu aku, Aisyah seorang yang sangat susah untuk menangis. “Aisyah, boleh ummi tahu kenapa Aisyah menangis tiba-tiba ni? Ada sesuatu yang buruk terjadi ke?” aku bertanya. “Ummi, hari tu Aisyah ada cerita kan pasal exam Aisyah yang susah. Aisyah ‘fail’ ummi.” Serentak dengan itu, makin kuat esakannya. “Aisyah , tidak mengapa, sabar Aisyah, ummi tahu, Aisyah dah berikan yang terbaik. Allah pun tahu Aisyah dah usaha sungguh-sungguh untuk paper Aisyah yang satu ni,” pujukku. “Ummi, Aisyah sedih. Kawan Aisyah banyak yang lepas ummi, Aisyah seorang saja yang tersangkut ummi,” katanya dalam sedu sedannya. “Aisyah, sabar sayang, banyakkan istighfar, nak.” Pilu hatiku mendengar esak tangisnya. Teringat aku pada peristiwa yang sama yang pernah terjadi padaku dua puluh lima tahun yang lalu. “Aisyah, tidak mengapa, gagal sekali ni bukan bermaksud gagal selama-lamanya. Aisyah masih ada peluang nak baiki mana yang silap, yakinkan mana yang ragu, sebab Aisyah masih belajar. Nanti Aisyah masih ada peluang untuk ulang semula paper ni kan?” soalku. “Ummi, tak sama ulang semula dengan tak perlu ulang semula. Aisyah malu.” “Aisyah, malu yang diajar islam bukan begitu caranya. Kita perlu malu kalau kita buat salah dengan Allah, tak ikut apa yang Allah suruh buat, buat apa yang Allah larang. Lulus atau gagal ini letaknya di tangan Allah, Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Allah tak kisah kalau kita gagal atau lulus, tapi Allah kira usaha yang kita buat untuk jawab soalan kita,belajar, berdoa, itu semua termasuk dalam nilaian Allah. Lepas tu, keputusan itu di tangan Allah, dan kita sebagai umat islam diajar untuk redha dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita selepas kita dah berusaha dan bertawakal.Sepatutnya Aisyah, kita kena rasa malu kalau kita tak percaya dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita,” nasihatku. “Tapi ummi, perit sungguh rasa ni. Ummi, kenapa Aisyah ummi..Aisyah rasa tak cukup kuat pun nak hadapi ujian Allah ni,” esaknya. “Aisyah, manusia ni pertimbangannya tak jauh. Ilmunya terhad, tak pernah sama dengan ilmu Allah. Yakinlah Aisyah, kalaupun Aisyah tak nampak, bahawa ini adalah yang terbaik untuk Aisyah. Jangan cakap seperti itu nak, itu tanda orang putus asa, Allah tak suka orang yang berputus asa,” pesanku. “Aisyah, ingat tak ayat Quran yang ummi ajar Aisyah baca setiap pagi.. “Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya….” (Al-Baqarah : 286) “Aisyah, dalam ayat ni, Allah dengan jelasnya beritahu bahawa dia tidak akan uji kita kalau kita tak mampu. Ini kata-kata Allah Aisyah, yang tiada ragunya, yang sentiasa benar dari dulu hingga kini, kata-kata dari pencipta kita.,” katanya. “Ummi, Aisyah tahu….tapi, susahnya ummi nak terima hakikat ni,” katanya. “Aisyah sayang, ini barulah apa yang kita katakan praktikal dari apa yang kita belajar selama ini. Kalau dulu, ummi asyik ajar Aisyah teori bersabar, inilah waktunya bila mana Aisyah kena praktikkan sabar itu. Ummi tahu, ia memang manis dan sedap untuk diucapkan, tetapi hakikatnya susah untuk dilakukan. Sebab tu orang yang banyak bersabar ni ganjarannya tinggi di sisi Allah.” “Aisyah, cuba kita tengok kisah Rasulullah dulu. Sayang Allah padanya, Allah uji dengan pelbagai ujian, Allah uji dengan kaum Mekah yang tidak jemu-jemu menentangnya, Allah uji dengan perginya orang-orang yang tersayang ketika baginda sangat-sangat memerlukannya, Allah uji dengan macam-macam lagi bentuk ujian. Allah tak bagi Rasulullah kemenangan dengan mudah, kerana Allah nak ajar Rasulullah s.a.w. dan umatnya bersabar itu bagaimana. Sabarlah Aisyah, Allah sayang padamu, sebab tu Allah uji dengan ujian sebegini rupa, sebab Allah nak Aisyah lagi dekat padaNya, Allah nak bagi peluang dekat Aisyah tambah pahala berlipat ganda dengan banyak-banyak bersabar.” “Aisyah, kadang-kadang, gagal inilah yang akan memacu kita untuk lebih berjaya. Bersyukurlah sayangku, sebab Allah tunjuk kelemahan kita sejak dari mula lagi, Allah bagi kita peluang untuk baiki segala kesilapan kita dari awal supaya kita berjaya dengan cemerlang kelak. Allah ajar kita untuk pandai bahagikan masa antara kerja persatuan dan pelajaran, sebagai langkah awal sebelum menempuh alam rumahtangga yang pastinya lebih mencabar kelak.” “Ummi, Aisyah rasa Aisyah dah bagi yang terbaik ummi,”katanya. “Aisyah, sebab tu ummi kata, pengetahuan manusia ni terhad. Kita sukar untuk nampak hikmah di sebalik sesuatu peristiwa. Mungkin apa yang Allah nak didik Aisyah ialah kemenangan dan kejayaan kita bukan terletak pada banyak mananya usaha yang telah kita buat, tapi pada rahmat dan kekuasaan Allah.” “Aisyah ingat tak kisah perang Hunain di mana bilangan umat islam yang ramai tidak menjamin kejayaan mereka. Kenapa agaknya Aisyah?” tanyaku. “Kenapa ummi?” tanyanya berminat. “Kerana bilangan yang ramai itu telah menyebabkan mereka lupa untuk bergantung penuh pada Allah, mereka merasa mereka kuat dengan tentera yang banyak, walhal kemenangan itu terletak pada tangan Allah. “Samalah dengan usaha kita yang banyak. Usaha itu diibaratkan sebagai pancing untuk meraih rahmat dan redha Allah yang akan menentukan kejayaan atau kemenangan kita kelak.” ceritaku. “Ummi, Aisyah rasa Allah nak ajar Aisyah untuk jadi hamba Allah yang betul-betul hamba, tanpa ada secebis pun rasa aku hebat dalam diri. Mungkin benar apa yang ummi cakap, sebab sebelum ni Aisyah kan sentiasa senang, cemerlang dalam segala-galanya. Nombor satu dalam kelas perkara biasa, semua ‘A’, pelajar terbaik sekolah sampai mungkin Aisyah terlupa untuk mengembalikan rasa syukur itu kembali kepada Allah,” jawabnya. “Alhamdulillah, itulah yang ummi cuba sampaikan. Itulah yang dinamakan ujian dalam nikmat, yang mana kita selalu terlupa, bak Qarun yang terlupa untuk ingat Allah dengan banyaknya harta yang dimiliki.” kataku. “Nauzubillah ummi, Aisyah tak nak jadi macam tu ummi.” katanya. “Begitulah sayang, Allah suruh ambil pengajaran dari kisah-kisah terdahulu,” nasihatku. “Terima kasih ummi, Aisyah rindulah nak jumpa ummi. Baiklah ummi, Aisyah akan usaha sungguh-sungguh lepas ni dan berdoa dan berharap betul-betul pada Allah.” janjinya. “Alhamdulillah nak, kita kembalikan semuanya kepada Allah,” tambahku. “Baiklah ummi, azan dah berkumandang tu, Aisyah solat dulu. Terima kasih lagi sekali, my dearest ummi.” katanya. “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ummi,” katanya menutu bicara. “Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, anakku,” balasku. Gagang telefon kuletak perlahan. Tanpa kusedari, air mataku bergenang, teringat perbualanku dengan ummiku 25 tahun yang dulu, yang nasihat dan perangsangnya telah banyak membantuku menjadi seorang doctor pada hari ni. Ummi, Ana rindu ummi juga…


Cerita kat atas ni aku dapat dari laman I Luv Islam.. Rasa menarik untuk dikongsi.. Sebagai seorang pelajar, aku pun kadang2 mengalami situasi yang sama.. Putus asa bila gagal.. Tapi bak kata seorang sahabat aku, kegagalan itu komponen kejayaan. Tanpa kegagalan, mungkin susah kita nak mencapai kejayaan sebab dari kegagalan lah kadang2 kita mengambil iktibar dan mula berfikir tentang kekhilafan diri. Aku pernah gagal.. Aku pernah menjadi seorang yang sangat pasif sebab malu dengan kegagalan aku. Putus asa, kecewa memang tak dapat nak elak. Peritnya masa tu, Allah je yang tahu.. Rasa macam aku tak mampu nak hadapi ujian seberat tu. Tapi sekarang aku sedar yang semua tu ada hikmahnya. Mungkin kalau aku tak gagal dulu, aku takkan berada di mana aku berada sekarang. Aku takkan jadi apa yang aku jadi sekarang. Setiap apa yang diberikan Allah kepada kita adalah yang terbaik untuk kita. Semuanya mengandungi hikmah yang kadang2 kita sebagai manusia yang lemah tak dapat jangka pun apa hikmahnya. So, kita sepatutnya lebih pandang ke depan. Apa yang bakal kita hadapi. Apa yang dah berlalu, jadikan iktibar, pengalaman dan pengajaran. Berusahalah untuk menjadi lebih baik. Dan ingatlah, setiap kejayaan yang kita dapat hari ni hanyalah dengan izin Allah semata2. Usaha kita yang dianggap besar tu sebenarnya hanyalah aksesori tambahan dalam mencapai kejayaan. Wallahualam....

Saturday, August 30, 2008

GERAM

Assalamualaikum w.b.t

Harini aku bukan nak menulis pasal apa2 info tapi sekadar nak meluahkan isi hati. Hati aku sekarang tengah agak bengkek. Bengkek dek member aku sendiri. Mungkin awalnya memang salah aku, but takkan dia tak boleh nak tegur secara baik? Perlu marah2 ke? Perlu cakap kasar ke? Aku sedih bila kawan yang aku anggap antara kawan yang baik dengan aku, tetiba menghentam tanpa usul periksa. Dia bagus sangat ke? Aku tak suka nak gaduh2 ni, sebab dia classmate aku n antara kawan2 yang selalu berdiskusi dengan aku pasal sesuatu perkara. Gaduh2 pun tiap2 hari jumpa juga. So, what for gaduh2? Cakap elok2 je la kan?

Kawan aku ni seorang yang aktif meng'post bulettin' kat friendster. But lately dia selalu post pasal UiTM, universiti tempat kami belajar sekarang ni. Tapi bukan yang baik2. Yang buruk2 aje. N termasuk hari ni dah entah kali yang ke berapa dia post bulettin memburuk2kan UiTM. Student2 UiTM ni racist la, UiTM ni teruk la. Kemudahan kurang, kelas kotor, student ramai sangat kena berebut2, kelas tak cukup n macam2 lagi. Yang aku pelik, dia ni student UiTM, tapi lantangnya mengutuk UiTM. Kalau nak kutuk pun, pada2lah. Perlu ke post bulettin kat friendster? Perlu ke nak bagitau kat semua umat manusia pasal kekurangan UiTM? Aku admit kebanyakan yang dia post tu bukan lah hasil tulisan dia. Dia dapat dari laman2 blog or Forum komuniti n ada yang dari forum komuniti UiTM sendiri. Tapi kalau dah nama pun forum komuniti UiTM, means untuk berdiskusi sesama student UiTM. Bincang tentang universiti kita ni. So, what for dia nak bagitau kat seluruh alam semester ni apa yang di bincangkan kat laman UiTM? Kalau tak puas hati sangat, kutuk la diam2, kenapa perlu heboh2? Tak pun terus gi jumpa YDP MPP @ kalau rasa dah bagus sangat, gi bersemuka dengan Naib Canselor, bagitau apa yang tak puas hati tu. Kan senang.
Yang aku bengkek sangat ni, dah la dia buat sesuka hati je pasal dalam kain UiTM, bila aku tegur, melenting. Tak boleh terima teguran langsung. Aku cuma bagitau kalau nak naikkan semangat student UiTM pun, nak cabar student UiTM jadi lebih baik dari sekarang, tak perlu kot nak post buletin kat friendster. Bincang kat laman komuniti UiTM sudah la. Dia dah uar2kan kelemahan universiti dia sendiri. Universiti lain pun ada kekurangan tapi takde lah sampai nak bagitau semua orang. Tapi teguran aku tak diterima. Dia marah2 aku. Cakap aku taknak terima hakikat. Aku nak sembunyikan kebenaran. Aku taknak akui kelemahan UiTM, aku hipokrit. Aku tak fikir panjang bila baca post bulettin dia tu. Dia cakap aku tegur dia dengan cara yang kurang elok. Pergh, sekali dia bagi, terbakar hati..
Ok friend, look here. Kalau dalam family kita contohnya ayah kita penagih dadah, pencuri, takde kerja tetap, selalu tak balik rumah etc yang buruk2 la, perlu ke kita bagitau dekat semua orang aib ayah kita? Dengan alasan kita taknak jadi hipokrit, taknak sembunyikan kebenaran. Is it ok? Adakah dibenarkan dalam agama kita mengutuk dan memperlekehkan sesuatu dengan alasan kita berfikir panjang, kita terima hakikat n sebagainya? hey friend, mazhab apa ko pakai?
Senang cakap la, kalau tak puas hati sangat dengan universiti ko ni, bungkus kain baju, n get out from UiTM. Pergi cari universiti yang memenuhi ciri-ciri universiti yang ko nak tu. Yang langsung takde kelemahan tu. Or kalau tak jumpa universiti idaman hati tu, ko pergi buka universiti ko sendiri, sediakan kemudahan selengkapnya tanpa ada cacat cela n bila student ko bising2 pasal facilities n post kat friendster pasal keburukan universiti ko tu, ko terima dengan pasrah. Ok?
Dah la yuran UiTM paling murah, dapat subsidi kolej n makan lagi selama setahun. Boleh kutuk2 lagi pulak? Yang buruk aje yang nampak, yang baik2 yang UiTM dah supply tak nampak? Complain sana sini, macam ko tu bagus sangat. Balance la tu ada kelebihan n kelemahan. Nothing perfect la kawan. Ko pun tak perfect. Layak ke ko nak judge sesuatu perkara? Masa nak apply masuk UiTM, beriya-iya. Dah dapat masuk, tak puas hati pulak. Ko nak sangat la orang pandang rendah kat universiti ko? Manusia...manusia.. Memang susah. Boleh tak kalau bersyukur atas apa yang kita dah dapat sekarang? Please think about others that got even worst than u. Sekurang2nya ko berada di universiti, ada tempat untuk sambung belajar, ada tempat untuk menuntut ilmu. Kalau rasa dah penat dengan UiTM, pergi balik kampung tanam jagung!
Aku bukan nak mengaibkan sape2. But people out there know what im trying to say. Kalau ada apa2 yang tak suka, tak puas hati, u can see the pengurusan. Kita ada MPP yang boleh jadi pengantara antara student dengan pihak atasan. Bincang elok2. Bagitau apa yang kurang. Mana kita tahu entah2 pihak atasan sekarang tengah bertungkus lumus nak mengatasi masalah yang sedia ada ni. N tak pernah terfikir ke punca segala masalah ni? Kita lah puncanya. KITA! Kelas kotor konon. Siapa yang kotorkan? Naib canselor ke? Lecturer ke? Kita la yang kotorkan. Facilities banyak rosak ek. Siapa yang rosakkan? HEP? KP? KITA la yang rosakkan. Did u realize that? So fikir2 kan lah sebelum complain macam2. Kan sekarang pun UiTM dalam proses menambahkan cawangan. Maksudnya orang2 yang berkenaan tu tengah berusaha la nak memberi keselesaan dekat kita ni. Ingat kalau nak buat cawangan baru tu, sehari dua perancangan? Bertahun2 la kawan. Nak bina kampus cawangan boleh sekelip mata je ke? Ko cuba la kalau mampu. Aku yakin ko pun tak mampu. Ko mampu cakap je. Biasa lah manusia yang tak kenal dek untung. Ko baru setahun kat sini, dah pandai nak cakap lebih. Graduan2 yang dah berjaya tu tak cakap apa pun. Dapat jugak konvo dengan jayanya. Dapat juga kerja yang bagus2. Ko apa ada? Kalau harini UiTM kick out ko, ko takde mende pun tau. So sedarlah kelemahan diri sebelum hebohkan kelemahan orang. But the best suggestion that i can give here is : bungkus kain baju, kosongkan bilik n jangan tunjuk muka lagi kat UiTM yang serba kekurangan ni.
Salam.

Friday, August 29, 2008

~AsSiGnMeNtS-TeSt~

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. Akhirnya test CHM431 (Physical Chemistry) aku dah berakhir semalam. Tapi tu baru test yang pertama. Aku ada lagi 2 test yang perlu diambil sebelum final exam nanti. And tu baru untuk subjek CHM431. Untuk CHM412 (Organic Chemistry) akan ada test dalam masa terdekat sebab chapter Aromatic ni dah nak habes. Lepas habes, sure test punye, mengikut jadual yang diberi. Minggu depan test CTU553 (Hubungan Etnik) and 2 minggu lagi test MIC500 (Food Microbiology). Nampaknya tiap2 minggu la ada test. N minggu depan jugak aku kena submit assignment Dr JJ. Assignment ni yang paling memualkan sebab aku tak tau macam nama nak settlekan dengan jayanya. Kena buat esei 500 words. Title "I believe that Science is the only way to know the truth about how and why natural events are happening". Dia nak at least 4 arguments. Sampai hari ni, Jumaat 29 Ogos 2008 aku masih belum dapat apa2 maklumat lagi walaupun dah penat aku merempat kat tangga ni nak dapatkan wireless untuk cari maklumat kat internet. Hadoi..Dr JJ ni dah la unexpected. Kang lain yang aku fikir, lain yang dia fikir. Susah2! Lagi 2 minggu kena hantar assignment koko pulak. "Cara2 meningkatkan mutu pemain badminton Malaysia". Hadoi, kalau ada cara, mestilah kementerian sukan dah amek tindakan. Tak la pemain2 badminton Malaysia ni lesu je. Kalah memanjang..huhu. If anyone out there have any idea(s) on my this 2 assignment, please help me..huhu..

Wassalam........................

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..