Sunday, April 21, 2013

akhirnye..kau mendedahkan jugak diri kau kannn..hahaha

Assalamualaikum wbt

malam ni malam Isnin. Maksudnye esok keje. Tapi sekarang dah pukul 11 malam aku masih kat rumah lagi. belum balik pulau. Aku nekad, aku taknak balik pulau malam ni! aku malas hua hua hua.

Makanya, esok pagi buat pertama kalinya aku akan shoot direct ke opis dari rumah. phew!

Ya Allah, janganlah jem besok. Jangan lah ade lori kontena ke tank ke yang eksiden kat pulau tu. Aku takmo sampai lambat kat opis. Kang elaun kehadiran aku burn! *mataduitan shadap u*

Takpe, kite tengok ape akan jadi besok.

ekceli, tujuan aku post ni bukan nak bebel pasal pegi keje tu. Aku just nak inform kat sorang budak ni, yang aku perasan die follow aku. Aku memang dah tau dari dulu die minat kat aku, suke kat aku, sayang kat aku sangat. Tu yang dok stalk je aku dari dulu.

KAH KAH KAH KAH

hoi 'adila! Kau stalk aku kan selama ni? pasni aku nak stalk kau pulak!hahahaha.


Ok dah la sikit sikit je mentioned nama kau. kang kau pegi google search nama sendiri jumpe lagi kat belog haku ni kau tacing terharu lagi pulak kang. Bahahaha!

Sekarang aku dalam fasa nak adapt diri aku dengan environment keje yang baru. Totally different from my previous experience.

Masa form 1 sampai form 3, aku sekolah kat girl's school. pastu kat matriks pun, course yang aku amek tu didominasi oleh ompompuan. Kat uni pun same. Aku dah keje dekat 2 tahun pun, ompompuan yang banyak kat keliling keliling aku.

Tapi sekarang ni, penuh dengan lelaki. Aku kekok. Tapi takla sampai berkokok. Aku lek je.

Last week paling takleh blah. Rase nak tampor diri sendri sebab tak pikir dulu sebelum cakap.

Last week aku attend training untuk OHSAS 18001. Ni standard untuk safety and health. Lebih kurang lebih macam ISO la. Standard standart tu semua.

Dalam training ni la, kebanyakan pekerja berkumpul. Awal-awal sesi pun, aku dah buat kontroversi depan ramaaaai pekerja kilang.

Trainer tu memulakan sesi pagi tu dengan tanya nama aku

"u name ape?"
"atiqah"
"ok atiqah. u dah kawen?"
"blom"
"u ade boifren?"

Aku geleng

Seluruh bilik bising bising dengan suara budak budak lelaki usik usik. Muke aku dah tebal. Panas.

"ok. u nak boifren yang ade berapa C?"
C = car, creadit card, cash bla bla bla

aku terkejut. tak sempat pikir. terus sebut "er. 3"

"u pun sendiri ada criteria untuk cari boifren kan? macam tu jugak dengan OHSAS ni. ade 6 criteria"

pastu sorang staff menyampuk

"kriteria atiqah 3 je. lagi senang"

trainer jawab " u follow criteria OHSAS, u dapat sijil tau. mahal ni"

diorang tambah "Follow criteria atiqah dapat atiqah"

PEH! panas muka haku.

then traier tu sambung tanya

"atiqah, ape u punye 3 C tu?"
"Er, bukan C"
"Then?"
"kaya, kacak, beriman"

bertambah kecoh bilik training dengan suara orang orang ni dok gelak dan bahan-bahan haku. sungguh kuanghajaq.

Sepanjang training dari pukul 9 pagi sampai 5 petang tu, asyik nama aku je yang naik. ah nice!


Dan lepas tu, pantang la diorang nampak aku. mesti words aku tu jugak diungkit-ungkitnya. 

iolls segan. Malu. Memalukan!!!!!

Baru 3 minggu keje. Macam mana aku nak berhadapan dengan diorang untuk tahun-tahun mendatang? *ape ayat skema nih*

takpe takpe. Aku yakin bende ni akan berakhir dengan cepatnye. Jangan risau tiqah. Semua ok. Buat bodoh je.

Assalamualaikum!

Saturday, April 6, 2013

Life must go on

Assalamualaikum wbt.

Syok kan harini Sabtu. Nasib baik aku tak bangun lewat. Semalam aku dah plan aku nak tidur sampai malam harini. HAHAHAHA melampau.

Officially, aku dah mula kerja kat Port Klang 1st April haritu. Hari Isnin.

First day memang mencabar. Exhausted dan  blank.

Aku ingat, first day ni takyah la nak beriya sangat. Weell, first day kan. Lek lek lu. Tapi sangkaan aku salah!

Lepas aku register pagi tu dengan HR, aku terus diberi taklimat ringkas pasal peraturan, kerja, organisasi bla bla bla. Lepas tu, aku di introduce pada staff-staff lain, and dibawak rounding around office area.

Dah settle tu, aku direct terus diberi training oleh bos aku pasal kerja-kerja aku.

She's helpful. Tapi mungkin aku belum ready lagi Isnin tu sebab dah cuti 9 hari sebelum tu, jadik lembab sikit. Aku tak paham kejadah apa pun yang dia ajar. MUAHAHA.

Start dari tu, waktu aku sangat occupied. Dia takkan biarkan aku takde kerja. Sentiasa tanya aku buat apa. Kalau aku dah lapang sikit, dia bagi lagi kerja.

Ok la. Aku suka macam ni. Takdelah bosan ke hape. Setakat ni, alhamdulillah semua masih under control. Aku boleh buat macam apa yang dia nak, dan tak ambik masa lama sangat. Harapnya, Tuhan permudahkan aku untuk buat kerja supaya tak susahkan orang lain. I just wanna give my bery best je. Amin.

Bila tukar kerja, aku pun berpindah rumah. Ekceli, rumah aku takla jauh sangat nak ke tempat kerja baru. Tapi aku tak suka nak berebut-rebut pepag dengan orang lain, jem. Aku pun dapat cari bilik kosong dekat je dengan tempat kerja dengan affordable price.

So, pepagi aku takyah rushing. Petang pun tak payah rushing nak balik tempuh jem bagai. Langsung takde jem dan takde tol. Minyak pun jimat kekeke.


ok bai bai.

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..