ok, ni first time aku wat sendiri kek keju jenis ni. slalu aku wat kek keju span. yg ni, jenis padat n creamy. x gebu. tapi hasilnya gilerrr best..hehe..let's check it out!
mula2,aku kena wat base @ dasar utk kek aku. cm yg aku mention td, kek ni jenis creamy.so x kukuh. sebab tu kena ada base utk sokong kek. base ni basically wat dari bskut. aku guna biskut kosong biase ke. kalau nk recycle biskut raya yg x abes pun leh gak. tp kena make sure bskut tu elok lagi la. x spoile n rangup. bahan2 utk wat base ialah biskut yg dh dikisar, butter @ marjerin,n gula halus.
biskut yg dh dikisar
gula halus
marjerin
pastu campur je sume bhn2 ni, gaul rata. jgn kering sgt, nti adunan xnk melekat kt pan. so kena agak2 kuantiti butter. pas gaul jadi cmni la....
pastu letak dlm dulang pembakar. dulang pembakar tu kena alas dgn aluminium foil dulu supaya kek x melekat. pastu padat2kan adunan biskut td, tutup keseluruhan dasar pan. ketebalan bergantung kpd kuantiti adunan. agak2la mksdnya.
pas dh padat2kn, ni la hasilnya...
pastu bakar dlm oven lbh kurang 15 minit, 160 darjah celcius.
skg, kena wat kek plak. aku guna philadelphia cheese, susu pekat manis n telur. tu je. cheese tu aku beli dlm bentuk ketulan, setiap satu 250g. aku guna 500g. kena biarkan dulu cheese ni kt room temperature, supaya cair sikit, pasti potong kecik2 mcm ni.
Pastu pukul sampai lembut lebih kurang 20 minit.
bila dh lembut, masukkan susu pekat manis lebih kurang 1 tin 400g. masukkan sikit2 sambil pukul cheese.
pastu continue pukul. pas dh rata, masukkan telur lak 3 biji, satu2..pukul lagi bagi rata. ni la hasilnya pas siap.
berbalik pd base bskt, lepas bakar, kena sejukkan dulu lebih kurang 15 minit kt room temperature. pas dh sejuk, tuangkan adunan cheese td kt dlm pan yg ade base bskt. cmni...
so, skg kek dh sedia utk di bakar. lebih kurang sejam, 190 darjah celcius.
pas dh siap bakar, kena biarkan kek sejuk dulu, jgn kuarkn trs dr oven. cuma buka sikit oven utk udara pns kuar. lama gak la nk tggu kek ni sejuk. pas sejuk, masukkan dlm chiller sekurang2nya 4 jam to develop flavor. tp aku chilled semalaman. baru best,hehe.
bila dh sejuk, kita leh kuarkan dr chiller utk wat hiasan. aku guna kiwi, aprikot n ceri. ikut kretiviti je.aku nk penuhkan seluruh permukaan kek ni dgn buah, so aku susun penuh2 hirisan buah2 tadi. camni la jadinya...
pas dh siap hias, aku curahkan kristal jeli perasa anggur supaya buah2 ni stick kt permukaan tu. xla jatuh2. n utk cantikkan lagi la, sebab kristal jeli ni membuatkan permukaan kek nmpk berkilat. klu nk guna gelatin pun leh je.
So guys, this is my work. Rasanya memang sedap giler. xyah susah2 beli kt kedai. klu nk, leh order..hahaha....selamat menikmati =) daaaaaa....