Monday, February 23, 2015

Tahun 2015........ It's going to be March already~

Assalamualaikum wbt..

Dah lama sangat aku mengabaikan belog ni. Kurang masa, kurang tenaga dan kurang story. Dulu tak kisah pun nak merepek cite-cite seharian yang ntah hape-hape, tapi sekarang ni rasa kalau takde cite yang boleh dimanfaatkan lebih baik takyah cite pape.

Frankly speaking, as my age will turn 27 in a few months, bukan masa untuk aku merepek tak tentu hala lagi. Masa untuk aku establish myself supaya dalam masa beberapa tahun lagi aku boleh selesa dengan kehidupan aku.

And yes, as my age will turn 27 in a few month, I am still single. Belum berkahwin apetah lagi mempunyai anak-anak yang comel. setakat anak tekak je yang ada sekarang. And a BIG YES, aku sangaaaaaat nak berkeluarga dan mempunyai anak. and a BIG YES too, aku dah ready nak ada komitmen untuk keluarga sendiri.

Lately aku selalu rasa tersentuh bila tengok kawan-kawan bawak anak pergi sana sini. Perasaan dalam hati tu macam "Ya Allah comelnyeeeeeeee lahai baby ni. Nak jugak nak jugak nak jugak!!" hati aku meronta-ronta.

Tapi, takdir Tuhan melebihi keinginan hambaNya sebab Dia je yang tau apa yang terbaik untuk hambaNya kan? Mungkin di mata Tuhan aku sebenarnye belum ready lagi nak pegang tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sebab tu sampai sekarang Tuhan belum kurniakan jodoh yang terbaik untuk aku.

Sejujurnya, aku tak pernah salahkan takdir. Walaupun soal jodoh belum menyebelahi aku, aku happy dengan life aku. Cuma bila terpandang budak-budak especially baby, hati aku mudah tersentuh. Aku tak risau pasal umur yang makin hari makin banyak. Tak! Umur langsung tak buat aku risau. Aku pun bukannya risau sebab tak berjodoh. Aku cuma nak berkeluarga.

Nak kahwin, jaga suami dan anak, solat lima waktu, pergi umrah dan haji, then can prepare for the death peacefully.

Dalam masa setahun dua ni, banyak sangat dugaan Allah bagi kat aku soal hati dan perasaan. Bohonglah kalau aku kata lepas kecewa dengan kisah lama aku langsung tak terbukak hati untuk orang lain. Tapi semua tu dugaan yang Allah bagi untuk lebih kuatkan aku jadi wanita yang lebih baik dan lebih bersedia for the real one HE destined for me.

Jatuh cinta dengan orang yang salah beberapa kali, Allah je tau how much I struggled to get back my strengh, my hope, my life. How hard i tried to fix the pieces of my broken heart. Allah knows.

Jangan tanya "bila nak kahwin?" sebab soalan-soalan tu buat aku rasa perit dan teringat persiapan-persiapan yang pernah dirancang dulu. 

How do I know my future?

Sampai ke saat ni pun, aku masih merasakan aku mencintai orang yang salah. Bukan sebab dia tak cukup baik untuk aku. Tapi sebab dia terlalu baik dan aku rasa dia tak adil pada orang yang lebih berhak ke atas diri dia daripada aku.

Senang orang cakap "tinggalkan lah. fikirlah hati dan perasaan orang lain. biarlah hati kita yang terluka tapi jangan kita jadi penyebab kelukaan hati orang lain"

Try tu put yourself in my shoes and try to leave something that brings light and happiness in your life. I can tell, you will easily fail!

But, as a human and a woman, aku mengaku aku masih sangsi dan masih rasa aku mencintai orang yang salah. Cinta tak semestinya harus memiliki, kan? As long as orang yang kita cintai tu bahagia, kita akan bahagia. Tapi macam mana kalau dengan tidak memiliki, aku dan dia pun tak bahagia?

Dan sekali lagi orang akan cakap "sabar. ada bahagian untuk orang yang sabar. masa akan ubat semua luka tu"

Sejak BFF aku kahwin, aku hilang tempat mengadu, tempat rujukan, tempat minta pandangan. Aku macam hilang panduan, dan semua yang aku buat aku terpaksa fikir sendiri kesan dan akibat, patut or tak.

Susah sangat. Tapi ni semua kan ujian.

Allah, tolonglah selamatkan hati aku untuk kesekian kalinya.



-Atiqah-




Friday, July 11, 2014

Ramadhan 2014

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah, masih dipanjangkan usia untuk merasa Ramadhan tahun ni.

Dah nak masuk hari ke-14 Ramadhan dah. Cepat je kan?









Weh aku dah takde ape nak story kat belog ni dah. Tak macam dulu pot pet pot pet je kat sini.


K la, BAI..

Salam Ramadhan (^^)

Saturday, April 19, 2014

Travelling. It's awesome! Kundasang Trip.

Assalamualaikum!

Quite some times aku tak mengepost kat belog ni. Dah tak rajin macam dulu weyh. Makin meningkat usia agaknye.

Aku baru balik dari Sabah. Dah lama mengidam nak pergi lepak kat Kundasang and now dah tercapai. Percutian pendek yang aku arranged Alhamdulillah overall, success and aku sangat berpuas hati.

Semua aku arrange sendiri from flight ticktes, hotel, kereta sewa and tempat yang nak gi. Bila semua yang aku arranged tu berjalan lancar, Allah je tau betapa happy nye aku =)

Kat Sabah, aku habiskan 3 hari 2 malam kat Kundasang. Aku memang sengaja nak pegi jauh dalam-dalam sikit. Takmo stay kat bandar Kota Kinabalu. Aku nak berehat kat tempat sejuk, tengok pokok, bunga-bunga segar, sayur-sayur segar, and the most important reason, aku nak hadap Gunung Kinabalu sampai muntah hijau.

Tapi sampai ke saat aku nak tinggalkan Kundasang, aku belum jemu pun tengok Gunung Kinabalu.

Ciptaan Allah yang indah sangat kat bumi Malaysia ni (^^)

Ringkas-ringkas je la uolls. I dah tak koser nak menaip panjang lebar cam dolu-dolu. *sigh*


Aku bertolak dari LCCT flight pukul 7.50 pagi Ahad. Dalam pukul 10.30 pagi aku sampai KKIA Terminal 2. Ya ampun sebelah pantai je airpot tu. Dulu aku penah datang KK tapi tak pasan indahnya tempat ni.

Aku dah book kereta 2 minggu awal sebelum aku pegi sane. Aku gamble je round-round dalam alam maya google search "kereta sewa sabah". Dari situ aku survey la mana-mana yang boleh sewa kereta dengan harga berpatutan. Sumber kereta sewa pun kena teliti ye uolls. Mana tau kang kita book, kasik deposit semua tapi kereta tak datang-datang. Ah sudah~

Asalnya aku book kereta Viva Auto dengan harga RM100 sehari. Aku kena bayar deposit masa booking tu RM50. Aku rasa orait la tu RM50. Just in case aku kena tipu, RM50 la lesap takdelah ratus-ratus. So aku pun kontek brader tu, tanya harga and buat booking and payment.

Tapi masa aku sampai kat KKIA, brader tu kasi aku Saga Auto 1.3!

Dia kata Viva dia ade orang sewa sehari sebelum tu pastu orang tu komplen ade bunyi. Tu sebab die tak berani nak kasik aku tambah-tambah aku bagitau dia aku nak ke Kundasang, lagi lah dia tak suggest aku amek kereta yang tak meyakinkan.

But alhamdulillah, dia tukar kereta tu without any extra charge! Baik brader tu. Moga Allah merahmati dan melimpahkan rezeki kat die. Sape-sape nak pergi Kundasang or nak jenjalan kat Sabah drive sendiri, aku boleh suggest brader ni kat korang. Antara harga murah yang aku jumpa. Kereta pun good condition. Aku beruntung sebab dapat kereta baru uolls.  Pelastik pun ada yang belum cabut =)

Masa amek kereta, aku dah buat full payment. Settle bab kereta

RM250 = sewa kereta

Masa aku amek kereta tu pulak, petrol masih ada 2 bar. So aku decide nak penuhkan petrol dulu. Takut-takut susah nak jumpa petrol station bila dah mula masuk bukit. Aku singgah kat Shell masa kat KK and penuhkan tangki dengan kos RM40.

Pastu aku pun drive la ke Kundasang. Perjalanan amek masa 2 jam 30 minit. Jalan nak ke sana bengkak bengkok kat lereng bukit ala-ala nak ke Cameron tu. Tapi ini lagi mencabar sebab lagi jauh jarak yang berbukit tu, pastu lori yang bawak barang banyak tu akan jalan sloooowwwwww gileeerrrr dan korang akan stuck kat belakang dia kalau tak pandai nak potong. Jalan kecik, bengkak bengkok, susah sikit nak potong.

35km sebelum sampai pekan Kundasang, kitorang jumpe pekan Nabalu. Pekan kecik je. Kitorang stop tapi kejap je sebab banyak kedai tutup. Sunyi sepi plak macam pekan koboi yang ditinggalkan, ewaahh. Mungkin sebab hari Ahad kot.

Pastu straight ke Kundasang.

Aku sampai kat hotel lebih kurang pukul 2 lebih. Check in pastu terus lepak-lepak jap kat bilik. Aku stay kat Kinabalu Pine Resort. Cantik weyh resort ni. Landskap dia cantik, terjaga. Bunga-bunga nampak segar. Kat lereng bukit. Nampak Gunung Kinabalu straight from room. Ade wifi lagi. Bilik selesa, cantik. Ala-ala desa gitu. Tu yang aku suke tu =)

Harga resort ni RM210 untuk 1 malam included breakfast and dinner for 2 person. Aku amek standard room untuk 2 person jugak.

Aku tak guna Agoda or Booking.com or whatsoevah la tapi aku straight ke website hotel ni. Memula aku usha jugak dari Agoda and Booking.com pastu aku usha kat website hotel pulak and aku compare harga. Book terus dengan hotel faaarrr cheaper and including dinner lagi tau. So the jimat.

Dalam pukul 3 lebih pas solat aku pun keluar pegi carik makanan. Nak senang, kitorang gi KFC je kat Pekan Kundasang lebih kurang 700m dari hotel. Pas makan kitorang singgah jalan-jalan kat gerai-gerai tepi jalan tu. Banyak sayur-sayur segar and buah-buah segar jual kat situ. Kitorang jumpa ade 1 kedai ni jual cendawan rose. Besar, padat and bentuk rose. Mahal la jugak tapi sebab tak jumpa kat tempat lain, kitorang terus beli. Lagipun cendawan ni tahan lama sebab tanam dia tak guna banyak air. Pastu balik hotel semula untuk berehat.

Penat gilos masa tuh sebab 2 jam dalam flight, sempit, takleh tidur lena. Pastu another 2.5 hours drive pulak dengan keadaan jalan yang macam ular tu, curam some more. Penat giler so nak rehat puas-puas.

Masa tu pun dah pukul 5 lebih. Kat sana dah gelap sebab maghrib pun pukul 6.30 petang. Dah sejuk dah masa tuh. Nyaman je. Tenang fikiran tengok banyak bunga-bunga segar warna warni, pokok pine, kabus, bukit, rumah-rumah kayu kat lereng bukit. Ah nice =)

Pas dah mandi, solat, kitorang pun pegi kafe untuk dinner. Malam tu chinese food untuk dinner. Diorang hidang per table, bukan buffet ye uolls. And don't worry, kafe ni ditanggung halal dan dapat pensijilan halal dari Jakim (^^)v

Lepas makan, kitorang balik bilik lepak-lepak kat luar beranda layan angin bukit yang sejuuuukkkk sambil minum kopi panas.

Malam tu kitorang tidur awal. Lebih kurang pukul 10 lebih.

Esoknya pukul 5.30 pagi bangun untuk solat subuh. Syuruk pukul 6.10 pagi ye uolls. Bukan Subuh.

Pas solat ingat nak tidur balik tapi tak jadi sebab terkesima tengok keindahan gunung kat depan mata. Pagi tu cuaca baik, jelas nampak puncak Kinabalu dari bilik.

Pastu kitorang siap-siap gi breakfast. Breakfast pagi tu buffet style. Kopi sedap giler! Aku suke kopi dia. Dah tak nampak fresh orange and susu dah. Layan kopi jer.

Pas breakfast, kitorang balik bilik and packing barang sikit sebab nak pegi mandi kat Hot Spring Ranau. Tapi sebelum ke sane, kitorang singgah kat Kinabalu Park dulu sebab nak tangkap gambar Gunung Kinabalu dengan lebih dekat. Cuaca pun tengah cun. Kena cepat!

Kinabalu Park ni port untuk orang yang nak daki gunung. Tapi aku tak pergi daki. Aku pergi usha line je. Bayaran masuk RM3 per adult. Aku drive kereta sampai ke pintu gerbang point diorang mula mendaki. Sukati aku je kan. Aku pun tak sure tu legal ke illegal. Tapi selagi takde yang cakap tak boleh, aku redah je.

Pastu baru aku continue ke Ranau. Perjalanan nak ke sana makan masa lebih kurang sejam setengah. Aku guna waze je alhamdulillah jumpa dengan mudah (^^)

Kat Hot Spring ni, aku masuk free guna tiket masuk Kinabalu Park tu. Kalau korang tak pegi Kinabalu Park korang kena la bayar nak masuk sini. Harga sama dengan Kinabalu Park tu.

Kat sini ada pilihan nak mandi kolam air panas kat kawasan terbuka atau dalam private room. Memandangkan cuaca tengahari tu agak terik, aku yang dah sedia hitam ni takmo lah menambahkan kehitamana, maka aku pilih nak mandi dalam private room. Lagipun eloklah kite orang perempuan ni tak terlalu terdedah. Nak mandi berkemban pun tak kisah sebab bilik berkunci. Tapi kena bayar extra RM15 sejam kalau guna private room.

Dalam private room yang aku amek tu, ada 2 bath tub. So sesuai untuk 2 orang. Nak sumbat 4 orang pun boleh. Kongsi-kongsi la kalau gitu. Tadah air panas tu sampai penuh tab dan rendamlah dalam tu. Tapi aku was-was jugak betul ke ni natural hot spring. Atau deme dah letak heater untuk panaskan air tu sebab air tu kuar dari pili air. muahahaha berprasangka pulak aku kan. Dalam private room tu jugak ada bilik air untuk bilas dan salin baju.

Pas setel sejam lebih kat hot spring tu, aku meneruskan perjalanan ke Sabah Tea Plantation. Aku guna waze jugak masa ni pastu waze tu bawak aku jalan short cut ntah mane-mane, lalu celah kebun orang, rumah orang, ladang lembu bagai. Nasib baik sampai jugak. Tapi giler mencabar jalan nak ke situ. Bukitnye mak ai curam giler. Kalau gune kereta kecik agaknye tak mampu nak naik. 4wheel drive ke, pajero ke, layak la. Saga aku sewa tu pun ok. Nasib baik kereta baru.

Kat sini takde apa sangat yang menarik tapi kat sini la aku memborong Teh Sabah yang tanpa pewarna dan racun perosak tuuuu. Banyak jugak aku beli sampai habislah RM104. (T_T)

Mak aku pun sempat amek setangkai daun teh. Dah mintak izin wokeyyy.

Turun dari sana, plan nak ke Kg Luanti untuk buat fish spa yang natural punye. Dah dekat, lebih kurang 3km. Tapi tak jadi sebab kitorang nak gegas balik Kundasang nak pergi Desa Dairy Farm pulak sebab masa untuk tengok proses perah susu lembu pukul 3 petang. Masa tu dah pukul 1 lebih.

Terus gegas balik. Tengah jalan, kitorang singgah makan durian bukit Sabah. Wallawei sedap dow. Lemak berkrim. Penjualnye pun friendly sangat. Iolls suke =)

Pastu kitorang singgah hotel dulu untuk solat. Siap semua baru gerak ke Desa Dairy Farm. Tak jauh pun dari hotel. Lebih kurang 6km jer. Tapi mencabar bak ang jalan dia. Mencuram naik bukit. Pastu jalan berbatu batu pulak tu. Sama je macam nak ke Sabah Tea Plantation tu. Sakit-sakit badan den yang drive kete ni ha (T_T)





Nak masuk sini kena bayar RM4 per adult. Ladang dia besar, sejuk, kat bukit, kabus-kabus, lembu putih tompok-tompok hitam macam kat New Zealand =D






 Aku sempat rasa susu segar yang jual kat sini. Sedap! RM3.50 sekotak kecik. Tapi tak kecik sangat lah. Kenyang jugak perut aku yang cuma makan durian masa lunch tu. Pastu tengok proses perah susu lembu. Jalan-jalan kat ladang. Sejuuukkkkkk best sangat!



Pastu terus balik hotel untuk berehat. Masa ni dah hampir pukul 6. Dah nak dekat maghrib dah. Balik rehat kejap, solat pastu gi dinner kat kafe hotel. Malam tu kitorang dinner ala-ala melayu pulak.

Pas dinner, kitorang just lepak kat bilik tengok tv, layan angin sejuk Kundasang pastu tidur dengan selesanya =)

Esoknya lagi sekali lepas subuh kitorang dok layan Gunung Kinabalu je before gi breakfast. Kali ni breakfast hidang pulak bukan buffet. Dah ada menu yang ditetapkan untuk yang amek pakej sekali breakfast ni. Nasik goreng sebumbung dia kasik! Kenyang yang amat.

Pastu kitorang balik bilik berehat lagi sambil packing barang untuk balik. Tepat pukul 11 pagi kitorang check out dari hotel tu. Kitorang singgah lagi sekali kat Pekan Kundasang untuk beli jajan bawak balik KL. Kuih cincin tu wajib! pastu tambah amplang. Banyak jugak memborong kat situ. Tapi aku nasihatkan korang borong la jajan tu kat KK sebab lebih murah. Aku ingat Kundasang kawasan kampung murah rupanya tak! (T_T)

Sebelum keluar dari Kundasang, aku singgah topup petrol lagi RM40. Tapi kalau topup RM20 pun cukup je. Cuma masa tu tak pandai bajet. Sudahnya masa aku pulangkan kereta, ada baki 4 bar lagi.

Masa on the way balik Kota Kinabalu, kitorang singgah kat Rumah Terbalik Tamparuli. Tepi jalan je, senang nak carik. Aku macam biasa, guna waze.







Nak masuk rumah ni kena bayar RM10 per adult. Bagi aku tak berbaloi sebab tour dalam rumah tu kejap je. Tak sampai 10 minit pun. Ade tour guide yang bawak sambil cerita sejarah rumah tu. Dah la tak boleh amek gamba dalam rumah. Ntah hape-hape. Setakat gambar jamban terbalik kat luar rumah je. Sangat tak berbaloi dengan harga. Tapi disebabkan aku memang nak tengok sendiri keadaan dalam rumah, aku merelakan RM20 aku terbang (untuk 2 orang). Tapi sekali ni je la masuk. Tak perlu repeate lain kali.




















Settle Tamparuli, kitorang meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Sampai sane, terus gi Suria mall untuk solat. Plan nak lunch kat situ tapi food court sana ada makanan biasa-biasa so kitorang decide nak cari gerai jual seafood bakar.

Rupanya time tu pukul 3 petang belum bukak lagi gerai tu, so kitorang yang dah kelaparan singgah la alas perut makan kat Filipino Market tingkat atas. Aku try makan rumpai laut bulat-bulat ala-ala telur ikan. Best sebab letup-letup dalam mulut.

Settle makan, kitorang pergi jalan-jalan kat Handicraft market. Sempat beli t-shirt untuk diri sendiri and untuk Aiman.

Dekat-dekat pukul 5, barulah pasar malam yang jual seafood bakar tu mula nak bukak. Apalagi, macam orang gila kitorang tengok pasar malam dilimpahi seafood bakar. Ikan besar dow. Lagi besar dari penampar aku. Sotong, udang harimau, udang galah. Fuh!








Kitorang beli udang harimau fresh untuk bawak balik KL. Orang kat kedai tu siap pack untuk bawak as hand luggage masa naik flight. Sementara tunggu diorang bungkus, kitorang makan dulu udang galah dengan udang harimau bakar kat situ. FUUUUUUHHHH!!!!


Dah kenyang, kitorang gerak ke Tanjung Aru Beach pulak. Nak layan sunset. Sunset view kat sini MasyaAllah cantik sangat! Duduk je tepi pantai tu tunggu senja. Langit merah, suasana tepi pantai, angin laut, bunyi ombak. I don't wanna ask more =D





Bila matahari dah tak nampak lagi, kitorang pun pegi la minum kejap. Layan jus avokado dengan jus durian belanda. Sedaaaapppppp sangat! RM7 untuk cawan kecik. Tapi tak kecik sangat pun. Kenyang jugak tau.

Pukul 7.15, kitorang gerak ke KKIA terminal 2. Dekat je lebih kurang 5 minit dah sampai. Kitorang solat kat situ. Pulangkan kereta pastu terus check in. Flight pukul 10 malam and kitorang sampai LCCT pukul 1230 malam.

Tamatlah journey to Kundasang.


p/s: "kitorang" tu ialah i dengan mak i ye. Bukan boyafren.
p/s/s: tak koser nak taip pepanjang konon. tapi panjang yang amat jugak jadinya.

Saturday, January 11, 2014

Marriage? Here my thoughts

Assalamualaikum

Tahun 2014 ni tahun yang serius bagi aku sebab umur aku bakal mencecah 26 tahun pada 16 Mei nanti. Soalan yang tak dapat lari dari orang sekeliling is "bila nak kawen?"

Secara jujur, aku tak stress langsung dengan isu kawen ni. Sungguh! Yes, i am turning 26 and i am still single, so what?


Mazhab mana yang cakap umur 26 dah kena stress pasal kawen? Kena kawen? Kena ade anak?

Dah tertulis pun dalam Al-Quran, jodoh dan ajal maut tu kan ketentuan Allah. Sape kita nak mempersoalkan ketentuan Allah?

Bila orang tanya kat aku "bila nak kawen?", aku terasa cam orang tanya kat aku "bila nak mati?". Soalan yang aku takde jawapan. What do you expect me to answer?\

Kalau pun aku ada calon yang berkenan di hati, i won't simply answer "tahun depan saya kawen". Because i really don't know what future brings. How can i tell?

Aku ada impian. Ada benda yang aku nak capai. Marriage is not the priority. Yes, it's in the list but not the priority. I don't blame you when you put marriage as your priority instead of career and parents for example. So please, respect me when i either not putting marriage as my priority.

I am only turning 26 man. Come on!

My 2 most wanted things now are to build a house kat kampung as per my mother wish, and perform umrah. I am crazy about collecting money for that. So please don't ask me about marriage. Marriage today is about how grand you want your majlis be. And frankly speaking, i have NO MONEY for that, yet.

Tanah untuk rumah dah ada alhamdulillah. Aku pun dah setelkan tapak rumah. Dah clear up the semak samun and pokok kelapa sawit thing and siap dah tambun tanah merah. And for the house, i am still struggling for it.


Orang lain gedik gedik nak kawen right after habis belajar, go on. I am happy for you guys. Tu jodoh diorang. Tapi aku gedik gedik nak kumpul duit beli kereta, buat rumah and pegi umrah, janganlah ada yang distract aku dengan soal kawen pulak.

2014 tahun untuk aku build up diri sendiri. Bagi aku ruang. Kawen is not the only thing you should do in this world. Cool guys =)

Assalamualaikum!

Wednesday, January 1, 2014

selamat datang 2014. Krabi to be revealed

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru 2014 (^^)

Aku mulakan tahun 2014 dengan post yang dah basi. Poor me =(

Aku pergi Krabi Bulan November 2013. Dah 2 bulan dah pun tapi baru sekarang nak cerite. Tu pun sebab ade cuti tahun baru. Kalau tak, sampai kesudah tak share pape.

Aku pergi Krabi denagn 3 orang kawan aku and kitorang dah plan untuk trip ni 6 bulan lebih awal. Mula je decide nak pegi Krabi, aku dah mula menabung RM100 tiap bulan. See, takdelah banyak sangat pun nak commit rite? Kalau pegi dating hujung minggu pun lebih dari tu boleh habis =D

So 6 bulan dapat lah RM600. Tapi tu bukan full perbelanjaan la. It's more than that kalau termasuk shopping. So sila kawal nafsu shopping anda kalau nak jimat, which i failed =(


Kitorang naik bas dari Puduraya malam hari Jumaat pukul 9. Dan sampai dekat Hatyai pukul 8 pagi esoknya. Termasuk dengan stop kat imegresen sekali. Pastu naik van pulak dari Hatyai ke bandar Ao Nang, Krabi. Van ni macam bas la jugak. Cari je kat Hatyai tu bersepah-sepah. Beli tiket dan naik. Masa kitorang pegi tu, van tu ade bawak udang kering. Hah kau bernafas lah udara udang kering 4 jam dalam van tu muahahaha!

Kitorang sampai hotel pukul 3 petang. Before tu, ade stop kat somewhere untuk lunch. Mase sampai hotel tu, dah kenyang la.

Pastu kitorang lepak-lepak je. Solat, mandi kat swimming pool jap, siap-siap dan keluar carik dinner. Pastu merayau-rayau kat bandar Ao Nang. Banyaaaak sangat kedai sepanjang jalan kat Ao Nang ni. Nak ke pantai pun tak jauh. Shopping kat sini memang melemahkan jiwa raga. Murah berbanding Malaysia. Tapi kalau dah beli banyak, murah murah pun duit habis jugak kan cet!

Malam ni jugak kitorang carik pakej untuk buat aktiviti kat sini. Bersepah-sepah company yang boleh provide pakej. Takyah gelojoh carik awal-awal kat Malaysia. Sini jauuuuhhhh lebih murah.

Pas dah survey sane sini dan ikut bajet kitorang, kitorang decide untuk pilih 1 company ni. Aktiviti yang kitorang amek ialah

Sabtu - Island hoping
Ahad - Elephant trecking, ATV, hot spring


Best, memorable. and Alhamdulillah cuaca pun sangaaaaat baik. tapi balik dari Krabi, aku mengalami kesusahan untuk mengurangkan tahap kegelapan kulit muehehehe.

Till then, Assalamualaikum!

Saturday, December 28, 2013

Post last bulan 12 ni aku selitkan cite Escape Room

Hoi sebulan satu post je dah kenape?


Eh

Assalamualaikum =)

Aku terase macam nak menamatkan jer dunia blog aku yang satu masa dulu menjadi dadah untuk aku. Ntah la, makin berumur makin malas nak menaip. Mungkin sebab dah penat menaip kat opis, balik rumah takde paedahnye nak sambung menaip kat belog.

Banyak cite yang aku boleh share kat sini tapi malaaaasss giler weh!

Aku pegi holiday kat Krabi bulan lepas pun tak tampal sini lagi. Aku sendiri pun dah tak berapa ingat kronologinye. Acaner?

Pastu aku main Escape Room, Go Kart, Skytrex. Paling latest, aku pegi Gopeng main wet absailing, paintball dengan white water rafting.

Semua tu sumpah best! sebab tu aku nak share dengan engkau orang tapi ntah bilenye nak dapat kerajinan.

Maafkan saya. Barangkali ini faktor usia =P

Mungkin kat post ni aku boleh selitkan cite Escape Room. Sebab ianya mudah, ringkas dan pantas.

Ok korang penah dengar Escape Room? nak senang, gi google muahahaha!

Escape Room ni satu game yang still fresh kat Malaysia ni. Aku pegi main itu hari dekat eCurve Damansara. Tak lama pastu aku dapat tau diorang dah ade branch kat Bukit Tinggi Klang dengan Setia Walk Mall, Puchong.

Basically, you are given 45 minutes to complete the task. What task? you need to escape out from the room la! that is why nama game die pun escape room. Direct to the point uolls.

There are several theme you can choose. Masa aku pegi main kat eCurve tu, themes yang available are Prison Break, The Abandoned Factory, Pirate Ship - The Curse of the Adventure Galley, The Slaughter House. Tiap satu theme ni level of difficulties tak same. Aku dengan 3 orang member aku try Pirate Ship dengan level of difficulties are 5. To the max! First trial dah galak amek paling susah. But actually, time tu lain lain theme dah fully book. Tinggal ni je.

Ok, basically, we were locate at 1 room. The first room of the theme. Dari bilik ni, kitorang kena cari clue dan selesaikan untuk dapat next clue until we are finally manage to get out from the first room and enter the next room. 

Tak habes lagi.

Untuk Pirate Ship ni, ade 3 bilik sume skali yang kena setel barulah dikire berjaya. Dalam masa 45 minit ye kawan kawan. Untuk satu-satu bilik, clue bukan 1 dan masalah yang korang kena setel pun bukan 1. Ada banyak. So, untuk nak lepas dari 1 bilik pun payah giler! dan yang membuatkan game ni jadi lebih susah, bile korang tak tau pun mane satu clue pertama mana satu clue ke-2 dan seterusnya. Ntah-ntah yang korang jumpe tu clue yang ke limebelas. Dah terlangkau.Sedangkan korang kene ikut step by step baru dapat lead to the key untuk escape out.

Paham ke idok?

Konklusinye, aku dengan member member aku tak dapat lepaskan diri dalam masa 45 minit =D

Kitorang dah dok kat bilik terakhir dah. Tapi masa sangat mencemburui kami ngeh ngeh ngeh.

Nak tau lebih lanjut, layari laman web diorang kat sini escape room. Ade video sekali korang leh tengok.

Try lah. Memang menguji tahap kecerdasan dan kecergasan otak korang.

Enjoy!

Assalamualaikum


Tuesday, December 3, 2013

move on. jaga hati.

When i decided to move on and leave u behind, please remember that was not coming from my heart. not from my desire. i was fighting my own heart and desire. it's difficult. it's hard. but thats life. i have to. i am sorry. i am really sorry (T_T)

we met at a right place, but not at a right time. we met, its Allah's plan. how we manage our heart, its our own responsibility. its your responsibility. its my responsibility.

before someone get hurt, i better make a move. make a move and far from u. let me face the pain. let time heal the pain.


this is the hardest decision i ever made. letting go someone i really love. letting go someone who makes me happy.

can u see the pain i carry?

i have to. i am sorry. i am really sorry.


i do this for your happiness. i kill myself for your happiness. please, be happy. please!



i will always pray for your happiness. please pray for mine too. i may or may not find someone like u anymore. but its ok. someone need to be hurt and its better to be me. yes, it is better to be me.

Anggaplah apa yang pernah terjadi antara kita sebagai ujian dari Allah untuk menguji hati kita. Please leave me (T_T)

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..